mykmu.net

Friday 29 June 2012

IKHWAN MUSLIMIN DAN PAKATAN RAKYAT BEZANYA BAGAI LANGIT DAN BUMI



Lihatlah wahai penyokong Pakatan Rakyat... DAP dah awal-awal lagi tolak hudud kalau PR memerintah


1. Kemenangan Parti FJP yang meletakkan calon dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai insipirasi.  Menurut Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, seperti yang dilaporkan oleh sisipan akhbar Harakah, iaitu Fikrah, kemenangan Dr. Morsi dan perubahan yang berlaku dalam negara Arab hari ini boleh merebak kepada Malaysia dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat hari ini. 

2. Secara tidak langsung, Anwar juga membuktikan apa yang dituduh ke atasnya iaitu beliau sememangnya berniat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara keganasan sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir.  

3. Kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri Anwar sering berangan-angan membayangkan dirinya seperti tokoh-tokoh pembebasan lain seperti Aung Suu Kyi, Ghandi dan sebagainya.  Dan apabila Mesir mengalami pemberontakan serta Morsi diangkat menjadi Presiden, Anwar pantas menyamakan dirinya dengan Morsi, dan partinya, Pakatan Rakyat, umpama Ikhwan Muslimin pula. 

4. Sedangkan Morsi dan Anwar adalah jauh panggang dari api.  Dan Parti FJP dengan Pakatan Rakyat adalah bagai langit dengan bumi.  Manakala PKR, malah PAS juga, iaitu parti yang kononnya ‘paling Islamik’ dalam PR, langsung tidak menyamai Ikhwan Muslimin. 

5. Pertamanya, dalam era pemerintahan Mubarak, calon dari parti Ikhwan Muslimin hanya boleh bertanding atas tiket bebas kerana pertubuhan itu tidak diiktiraf.  Sedangkan Anwar dan apa saja nama parti yang ditubuh atau digabungkannya tidak pernah dinafikan hak untuk bertanding atas tiket parti. 

6. Walaupun Ikhwan Muslimin membawa imej Islam konservatif tetapi ia tidak pula menyamai PAS.  Ikhwan Muslimin tidak menggadaikan prinsip perjuangan mereka hanya kerana ingin memenangi pilihanraya.  Ia kekal meletakkan Islam sebagai platform tetapi dengan pendekatan lebih terbuka.   Jika dulu parti ini membelakangkan terus peranan wanita, hari ini Ikhwan Muslimin hanya menghadkan kedudukan wanita dalam politik dan tidak membolehkan mereka menjadi calon tetapi mereka dibenarkan untuk menjadi anggota kabinet. 

7. Justeru, menjadikan parti ini jauh lebih berbeza dengan PKR yang meletakkan Wan Azizah, isteri Anwar sendiri sebagai Presiden.  

8. Oleh kerana platform Ikhwan Muslimin adalah Islam, maka parti tersebut tidak membawa aspirasi terbuka dan liberal sepertimana PKR yang mengambil sikap ‘mesra’ dengan golongan songsang dan mengiktiraf perjuangan golongan ini di bawah hak asasi manusia. 

9. Morsi, Presiden baru Mesir adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai keperibadian baik, yang mana amat jauh berbeza dengan Anwar yang telah terbukti meliwat dan menyalahguna kuasa.  Morsi juga tidak mempunyai skandal dengan pelacur seperti Anwar. 

10. Oleh itu, bagi Anwar untuk meletakkan diri dan partinya menyamai Morsi dan Ikhwan Muslimin adalah satu penghinaan kepada Morsi dan Ikhwan Muslimin. 

11. Rakyat Mesir memberontak akibat dari tekanan ekonomi.  Itupun, keadaan hidup rakyat selepas pemberontakan adalah jauh lebih buruk dari sebelumnya.  Pada awal tahun ini, rizab matawang asing negara tersebut hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum pemberontakan.  Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik. 

12. Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain.  Kadar pengangguran pula berada di tahap 12 – 24 peratus berbanding 9 – 12 peratus sebelum pemberontakan. 

13. Rakyat Malaysia tidak mengalami semua masalah ini.  Malah kehidupan rakyat Malaysia adalah antara yang termewah di rantau ini.  Justeru, untuk kita memberontak dan meletakkan diri kita dalam keadaan yang lebih buruk dari ini sepertimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir, semata-mata untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang amat bodoh sekali. 

14. Pun begitu, belum ada kepastian bahawa Morsi mampu menerajui Mesir dengan lebih baik dari Mubarak.  Jika dilihat dari 4 langkah pertama yang diumumkan akan dilakukannya sebagai Presiden, kita akan dapati bahawa beliau tidak mempunyai visi yang jauh. 

Empat langkah tersebut ialah: 

a.Menyumbangkan wang gajinya untuk kebajikan rakyat

b. Melarang penggantungan gambarnya di bangunan kerajaan dan melarang menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

c. Berjanji untuk menghukum mereka yang membunuh para peserta perhimpunan dengan mendakwa semula bekas Presiden dan Menteri Dalam Negeri.

d. Mengarahkan pihak keselamatan mengurangkan kenderaan pengiring Presiden agar tidak berlaku kesesakan lalulintas.

15. Ini adalah gambaran awal pemikiran Morsi dan jika gambaran ini boleh dijadikan ukuran gaya pemerintahannya maka nampaknya Mesir akan berada dalam keadaan yang statik untuk beberapa lama sebelum merosot perlahan-lahan dan  tidak mustahil akan mencetuskan satu lagi pemberontakan. 

Justeru, rakyat Malaysia wajar berfikir beratus kali sebelum memperjudikan nasib dan nyawa sendiri dengan menyahut seruan Anwar agar mengikut jejak langkah Mesir.  

Thursday 28 June 2012

REFORMASI ANJURAN ANWAR IBRAHIM AKAN MERINTIS JALAN KEPADA RUSUHAN KAUM DAN AGAMA

1. Pasca reformasi Indonesia Mei 1998 yang saat awalnya dilaungkan bakal membawa Indonesia ke dunia baru yang lebih selesa dan maju ke depan tidaklah seindah yang disangka.

2. Selepas kejayaan demonstrasi jalanan berjaya menekan dan menjatuhkan Suharto, hubungan erat pelbagai kaum etnik dan agama yang selama ini baik akhirnya terurai kerana prasangka buruk kian melebar.

3. Fitnah dan adu domba dalam masyarakat menjadi-jadi. Dengan hanya satu dua kes kecil melibatkan kaum dan agama yang berbeza bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi besar.

4. Pada 21 November 1998 misalnya, berikutan pergaduhan kecil antara seorang anak tokoh masyarakat Desa Ketampang, Jakarta dengan beberapa orang pekerja premis judi adalah antara peristiwa awal yang dikaitkan dengan keganasan antara orang Islam dengan Kristian dari Ambon, Maluku.

5. Rentetan dari situ, sekumpulan 400 orang kaki pukul upahan dari suku kaum Ambon telah dihantar oleh pemilik premis berbangsa Cina pada subuh hari ke Desa Ketapang untuk melakukan kekacauan dan merosakkan rumah penduduk di sana.

6. Selain menyebabkan kecederaan pada ramai penduduk Islam, beberapa masjid turut mengalami kerosakan dalam serangan mengejut tersebut.

7. Penduduk lain yang menyedari berlakunya serangan telah bertindak balas dan akhirnya berjaya mengusir samseng suku kaum Ambon itu.

8. Bagaimanapun keesokan paginya ribuan penduduk Islam dari pelbagai daerah beramai-ramai menyerbu dan merusuh di kawasan China Town Jalan Hayam Wuruk dan Jalan Gajah Mada.

9. Selepas melakukan rusuhan di sana, kumpulan besar penduduk Islam menghala pula ke arah Jalan Zainul Ariffin, tempat di mana ramai suku kaum Ambon bekerja dan akhirnya berjaya membunuh beberapa orang samseng Ambon.

10. Dalam tempoh kekecohan tersebut juga para perusuh turut melepaskan geram dengan membakar dan memusnahkan beberapa buah gereja dan sekolah misionari Kristian.

11. Berikutan rusuhan semakin kuat melanda, akhirnya tentera Indonesia campurtangan dan berjaya meredakan keganasan yang berlaku diikuti dengan langkah menghantar pulang sebahagian pekerja suku kaum Ambon ke Maluku.

12. Selepas peristiwa tersebut, hubungan antara masyarakat Islam Indonesia dengan Kristian suku kaum Ambon semakin goyah dan kecurigaan semakin bertambah.

13. Dalam tempoh kurang setahun kemudiannya, rusuhan antara penganut agama Islam dan Kristian di Maluku berlaku secara besar-besaran berlanjutan sehingga tahun 2002.

14. Laungan indah reformasi ternyata hanya gah pada teorinya sahaja, realiti dan praktikalnya ia merintis kepada detik-detik awal pemusuhan sesama rakyat berbilang kaum, etnik dan agama di Indonesia.

15. Tidak mustahil, perasaan tidak puashati  pihak tertentu di Malaysia yang juga timbul kerana perbezaan kaum dan agama boleh mengakibatkan senario yang sama.

Apatah lagi, jika mereka dangkal dalam memahami makna reformasi yang sebenarnya.


sumber: BERUANG BIRU


GEMPAQ !!!!! ABBY ABADI TELAH PECAH-BELAHKAN PAS KUALA KEDAH !!!




Pada 26 June yang lepaih Pas Kuala Kedah telah menganjurkan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya dengan membawa ikon Abby Abadi sebagai penceramah. Kehadiran dianggarkan 1000 hingga 1500 orang sahaja.

Tapi yang peliknya hanya Nasir Mustafa saja yang ada, beriya-riya mai dan meraikan Abby Abadi dalam himpunan itu. Tapi kelibat Phahrolrazi dan Amiruddin langsung tak nampak.

Persoalan yang menarik mana pi depa 2 orang niihhh ???

Nak berhimpun hapahh kalau dua orang, orang kuat PAS Kuala Kedah tak mai......

Muaahahahahahahhahahha..... Nampak gayanya Abby Abadi berjaya memecah-belahkan Pas Kuala Kedah...


Baca selanjutnya DISINI




Wednesday 27 June 2012

YANG BENER PAK !!! AMIEN RAIS KAWAN BAIK ANWAR IBRAHIM SEBABKAN EKONOMI INDONESIA TERBANTUT


1. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group Indonesia, Noor Syamsuddin Chatib, "reformasi Indonesia telah menyebabkan rakyat menemui matlamat yang palsu, bukannya matlamat baru, hak rakyat untuk memberi pendapat, bebas berbicara dan ekspresi semuanya dijamin oleh negara".

2. Luahnya lagi, reformasi 1998 di Indonesia telah mengakibatkan lebih banyak peningkatan masalah rasuah yang seterusnya menjejaskan program pembangunan negara. Kewujudan kerajaan pusat yang lemah juga diikuti dengan masalah demonstrasi jalanan yang berterusan pula mengakibatkan pertumbuhan ekonomi terbantut.

3. Terdapat logik di sebalik kata-kata beliau yang diucapkan pada 28 Februari 2012 itu. Sejarah reformasi Indonesia 1998 yang dimulakan oleh gerakan jalanan mahasiswa Indonesia terbukti menyebabkan banyak pelaburan dari luar terhenti disebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.




4. Walaupun selepas kejatuhan Suharto, program pembangunan ekonomi Indonesia masih gagal dilaksanakan dengan berkesan oleh pemimpinnya yang turun naik bersilih ganti dalam jangka masa beberapa tahun selepas itu.

5. Manakala ramai golongan peniaga yang terdiri dari kaum Cina Indonesia pula masih ramai yang bermastautin di luar negara gara-gara bimbang peristiwa pembantaian dan keganasan terhadap orang Cina atau Tionghoa pada Mei 1998 berulang kembali.

6. Dalam pada itu, kekecewaan Noor Shamsudin itu turut dikongsi oleh para mahasiswa Indonesia apabila pada 22 Mei 2012 lepas sekumpulan mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Pembebasan Jabar juga meluahkan nada kekecewaan yang hampir sama.

7. Menurut mereka, "masalah KKN di Indonesia masih bermaharajalela. Lebih parah lagi, banyak kes KKN yang sudah di bawa ke mahkamah tapi tidak dapat diselesaikan sebaiknya. Ini salah satu bukti kegagalan reformasi".

8. Jika pada 14 tahun lalu rakan-rakan mereka berbangga seketika kerana berjaya menjatuhkan sebuah pemerintahan secara kekuatan jalanan yang meragut banyak nyawa.



9. Kini mereka berdemonstrasi lagi tapi bukannya untuk meraikan kejayaan 14 tahun lalu, sebaliknya untuk menunjukkan rasa tidak puas hati di atas kekecewaan lampau.

10. Akhirnya, nyawa-nyawa yang melayang dalam pelbagai peristiwa semasa dan selepas reformasi 1998 di Indonesia menjadi sia-sia begitu sahaja. Sekali lagi terbukti, kekerasan dan keganasan jalanan tidak pernah merealisasikan perubahan yang lebih baik.

11. Justeru, kita di Malaysia harus cepat membuka mata dan peka dengan apa yang berlaku di seberang supaya kegagalan di sana tidak berlaku di sini.

12. Terbukti, reformasi yang diceduk dari Indonesia yang memberi aspirasi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim amat tidak sesuai untuk dibiakkan di Malaysia.

13. Dan yang paling penting, sebagai rakyat yang rasional kita perlu mengutamakan keharmonian kaum agar pembunuhan beramai-ramai yang terjadi di Indonesia akibat rasa tidak puashati orang Melayu kerana perbezaan pendapat sessama mereka tidak merebak ke sini suatu hari nanti.

http://www.youtube.com/watch?v=kwcTUX3XPxg

Tuesday 26 June 2012

Keganasan Adalah ‘Trend’ – Pemimpin PR?


1. Penulis harus tabik kepada Laman Suara PR kerana berani menegur Pakatan Rakyat.  Selama ini, kita lihat laman-laman web dan blog-blog pro-PR lain tidak pernah menegur jauh sekali membongkar kesilapan pemimpin-pemimpinnya.  

2. Semuanya mengambil sikap kipas dan ampu dan membela apa saja yang dibuat oleh pemimpin PR tidak kira sama ada salah dari segi moral, undang-undang, mahupun agama.   Realitinya, di dalam PR itu, sesiapa sahaja yang menegur akan dipecat.  Mungkin kerana itu, tiada siapa yang berani mengambil sikap telus dan kritis sepertimana yang dilakukan oleh laman tersebut.

3. Antara artikel terbaru laman Suara PR yang wajar diberi perhatian serius ialah mengenai rancangan menumbangkan kerajaan melalui kekerasan yang diminitkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.  





4. Sebenarnya, apa yang didedahkan ini bukanlah mengejutkan kerana dari perbuatan dan percakapan harian para pemimpin PR kita sudah boleh membaca tujuan sebenar mereka.  Para pemimpin PR cukup maklum bahawa mereka sukar untuk memenangi pilihanraya kerana tidak mendapat sepenuh sokongan dan kepercayaan rakyat. 

5. Kerana itu, mereka perlu memburuk-burukkan sistem pilihanraya, membangkitkan kebencian terhadap pihak berkuasa dan menimbulkan ketidakpercayaan terhadap mahkamah supaya apabila kalah nanti, bolehlah mereka menyalahkan SPR, kerajaan dan mahkamah.  Ia kemudiannya akan dijadikan alasan kukuh untuk memberontak dan merusuh sekali gus menumbangkan kerajaan melalui kekerasan. 

6. Menurut laman tersebut lagi, “Sebab itu kalau kita lihat mutakhir ini, pemimpin Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa peralihan kerajaan akan berlaku secara aman, tapi tidak menjamin apa-apa jika keputusan sebaliknya berlaku.  Yang dijamin ialah keamanan kalau berlaku peralihan, itu pasti.” Malah disebutkan juga dalam mesyuarat yang sama mengenai kebarangkalian pertumpahan darah - jika keadaan benar-benar mendesak.

7. Nampaknya, pemimpin-pemimpin PR sedang mengugut kita semua iaitu jika kita tidak memenangkan mereka melalui peti undi dalam pilihanraya nanti maka bersedialah untuk menghadapi huru-hara dan pertumpahan darah. 

8. Sekali lagi, kita tidak terkejut jika Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Hadi Awang sanggup menggadai nyawa penyokong-penyokong mereka untuk mencetus keganasan dan memulakan pemberontakan berdarah di negara ini.  

9. Anwar adalah manusia yang sanggup melakukan apa saja dan tiada apa lagi yang dilakukannya yang mampu mengejutkan kita.  Bayangkan, jika dalam keadaan biasa juga Anwar sanggup melakukan apa saja, maka apatah lagi jika beliau berada dalam keadaan yang amat terdesak untuk berkuasa?

10. Kita juga tidak pernah lupa bagaimana Lim Kit Siang menjadi pencetus tragedi 13 Mei, berbekalkan kebencian mendalam terhadap kaum Melayu dan keangkuhan yang menebal, dengan sifat kejam semulajadi yang mengalir dalam darah komunisnya. 

11. Begitu juga Hadi Awang yang membara di dalam dirinya sifat fanatik atau ekstrem.  Sifat inilah yang diterapkannya ke dalam diri penyokong-penyokongnya yang membawa kepada tragedi Memali dan kemudiannya, Sauk. 

12. Jelas, keganasan dan pertumpahan darah bukan sesuatu yang asing bagi pemimpin Pakatan Rakyat dan kita pasti, mereka tidak punya masalah untuk mengulangi semua keganasan ini untuk kesekian kalinya bagi mencapai matlamat mereka.  Keinginan mereka untuk merampas Putrajaya sudah terlalu meluap-luap dan tidak dapat dibendung lagi. 

13. Untuk itu, pemimpin PR melihat keganasan dan pemberontakan sebagai ‘trend’.  Dan ‘trend’ inilah yang akan membantu membawa mereka ke puncak kuasa.   Sebagai persediaan ke arah ini, mereka kerap memberi isyarat kepada media-media asing bahawa Malaysia juga berada dalam proses ke arah mengikut ‘trend’ tersebut. 

14. Apa yang penulis dapat katakan di sini ialah adalah sesuatu yang amat bodoh jika rakyat sanggup memusnahkan segala nikmat dan menggadai nyawa mengikut telunjuk pemimpin PR semata-mata kerana ingin mengikut ‘trend’.  

15. Benar, mengikut kata pemimpin PR bahawa rakyat mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara. 


16. Justeru, ingatlah kita punya kuasa untuk menolak pemimpin yang sanggup menggadaikan nyawa kita semata-mata kerana mereka tidak tahan lagi untuk berkuasa.  Kita punya kuasa untuk menolak mereka melalui peti undi dan kita juga punya kuasa untuk menolak dari bersama-sama mereka menjahanamkan negara dan menggadaikan nyawa melalui jalanraya.  Tanpa kita  memberi sokongan kepada mereka, pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini tidak akan ke mana…



sumber: BERUANG BIRU 

Thursday 21 June 2012

Pengajaran Untuk Penganut Jumud PAS TOTOK !!!!


1    


      1. Program Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan pada 16-17 Jun lalu amat bertepatan sekali di saat-saat umat Islam sering bertelagah sesama sendiri.    Jika semua umat Islam menghayati apa yang diseru oleh para Ulama dalam program tersebut, pastinya kita akan kembali bersatu dan semakin kuat. 
  
      2.  Kesimpulan yang paling penting yang didapati dari program ini ialah: masalah hudud dan masalah dosa pahala pemimpin tidak harus dijadikan penyebab untuk umat untuk berpecah dari kumpulan.  Pemimpin wajib ditaat agar negara boleh menjadi kuat dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk masuk dan menghancurkan segala nikmat.  
   
      3.  Selain dari pengajaran dari kertas-kerja yang dibentang, satu pengajaran tidak langsung yang mungkin ramai peserta terlepas pandang ialah bagaimana kita menilai Ulama. 

      4.  Ulama-ulama yang hadir di program tersebut adalah Ulama-ulama tersohor termasuk Syeikhul Universiti Al-Azhar sendiri.   Penyampaian kertaskerja mereka adalah berdasarkan kajian  mendalam selama berbelas atau berpuluh tahun.  Mereka juga bercakap mengenai pengalaman sendiri dengan melihat perpecahan yang berlaku di negara-negara Asia Barat.  

      5.  Namun, walaupun mereka semua terdiri dari pakar agama yang dihormati, mereka sentiasa berpesan di akhir pembentangan bahawa mereka mengalu-alukan perbezaan pendapat agar dapat diperbincangkan.   

      6.  Selain itu, dari segi keperibadian juga, mereka semuanya bersikap merendah diri, sentiasa bercakap dalam tonasi lembut, mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan keamanan.   Pendek kata, para hadirin dapat merasa ketenangan yang dibawa oleh Islam di akhir setiap pembentangan.

      7.  Jika kita seorang yang gemar memerhati dan belajar dari persekitaran, kita akan mendapati bahawa semua ciri-ciri ini tiada dalam diri Ulama-ulama PAS yang sering mendabik dada sebagai ‘pemilik mutlak’ agama Islam.   

      8.  Dengan itu, penulis meminta agar para penganut PAS bertanya kepada diri sendiri, apakah Nik Aziz layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ulama-ulama tersebut?  Apakah Hadi Awang layak berbincang bersama mereka? 

      9.  Kita tahu, jauh di sudut hati para penganut PAS mereka terpaksa jua mengaku yang Tok Guru dan Tuan Guru mereka itu bagaikan langit dengan bumi kedudukannya dari segi ilmu dan akhlak berbanding Ulama-ulama tersohor tersebut.

      10.  Selama kita mendengar ceramah-ceramah Nik Aziz atau Hadi Awang atau mana-mana Ustaz PAS, tiada ilmu yang kita dapat melainkan mendengar bagaimana mereka memuji diri sendiri dan menghentam semua orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka.  Selain dari memetik hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menepati kepentingan mereka, tidak ada kajian mendalam mengenai ayat-ayat terbabit yang mampu dihuraikan mereka dengan sebaiknya tanpa berbunyi politik kepartian.  

      11.  Mungkin dalam menjunjung semangat perpaduan dalam soal perbezaan pendapat, Nik Aziz telah menolak pendapat para Ulama di dalam program Fiqh tersebut yang sepakat bahawa politik tidak seharusnya mempengaruhi niat untuk mengerjakan ibadah haji.  Tetapi, malangnya, Nik Aziz tidak mampu menghuraikan pendapatnya dengan menggunakan hujah-hujah ilmiah yang terperinci dengan rujukan-rujukan yang pasti.  Sebaliknya pendapat Nik Aziz hanya berasaskan fikiran dan emosi sendiri. 
  
      12.  Kita pasti, para penganut PAS yang membaca dan memerhati akan dapat mengenalpasti kesilapan ataupun lebih tepat, kesesatan yang dibawa oleh Nik Aziz.  Cumanya, kita tidak tahu berapa ramai di antara yang sedar itu yang akan kembali ke pangkal jalan.  Kita tidak tahu berapa ramai yang lebih rela berpegang kepada kebencian terhadap UMNO yang ditanam oleh Nik Aziz, berbanding berpegang kepada tuntutan Islam untuk bersatu padu dan mentaati pemerintah. 
  
      13.  Kerana itu, di harap program seperti ini diadakan lagi untuk kebaikan umat Islam di Malaysia.   Untuk itu, eloklah dijemput Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali malah, Pak Sheikh Anwar Ibrahim juga, untuk duduk bersama-sama berforum dengan Syeikh Uthman AlMuhammady serta para Syeikh dari Tanah Arab dari program Fiqh ini, demi mencari titik penyatuan.   Dengan program seperti ini, kita akan dapat menilai sendiri, mana Ulama sebenar, mana Ulama jahat dan mana satu peliwat.

      Sumber: BERUANG BIRU 


WAHAI PAKATAN RAKYAT, MENTAATI KERAJAAN BN MALAYSIA ADALAH WAJIB




Firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59:

"Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu  kepada Allah dan taatlah kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amin" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu".


Rasulullah SAW bersabda "Sesiapa yang taat kepada Ku, beerti ia taat kepada Allah, sesiapa yang derhaka kepadaKu bermakna dia derhaka kepada Allah; sesiapa yang taat kepada pemerintah bermakna ia taat kepadaKu, dan sesiapa yang derhaka kepada pemerintah bermakna ia derhaka kepadaKu." (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah).

Wajib ke atas setiap Muslim patuh dan taat kepada pemerintah samada ia suka atau tidak, selama mana ia tidak diperintah melakukan maksiat; sekiranya ia diperintah melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat."


Sabda Baginda Rasulullah SAW lagi "Kamu akan diperintah olek pemerintah-pemerintah selepas aku; yang baik akan memerintah kamu dengan kebaiknannya dan yang tidak baik akan memerintah kamu dengan keburukannya, maka hendaklah kamu dengar dan taat kepada mereka pada setiap perintah yang sesuai dengan kebenaran; sekiranya mereka melakukan kebaikan, maka kebaikan itu bagi kamu dan bagi mereka; tetapi sekiranya mereka melakukan kejahatan, maka kamu akan beroleh kebaikan, tetapi mereka akan menerima akibat kejahatan yang mereka lakukan." (Hadis ini disebut oleh AI-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam al-Sultaniah dari riwayat Abu Hurairah).

"Sesiapa yang menarik kesetiaannya kepada pemerintah, ia menemui Allah tanpa sebarang hujah, sesiapa yang mati tanpa kesetiaan kepada pemerintah, mati ia seperti dalam jahiliah (maksiat)". (Riwayat Muslim)

"Taatilah kepada pemerintah kamu bagaimanapun keadaannya sekiranya mereka memerintahkan kamu dengan perintah yang sesuai dengan ajaranKu, maka mereka akan diberi pahala dan kamu juga akan diberi pahala kerana mentaati mereka; sekiranya mereka memerintah kamu dengan perintah yang tidak sesuai dengan ajaranKu, maka dosanya ditanggung oleh mereka dan kamu terselamat dari dosa." (Riwayat Al-Tabari)

"Sekiranya kamu berada di bawah pemerintah-pemerintah yang menyuruhkan kamu mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berjihad, maka haramlah ke atas kamu mencaci mereka dan halallah bagi kami mengikut mereka". (Riwayat Al-Tabrani)


Inilah nas-nas Al-Quran dan Hadis yang mewajibkan umat yang mentaati pemerintah Islam (Waliyullah Amri). Abu Hurairah mentafsirkan perkataan ulil amri dalam ayat 59 Surah An-Nisa' di atas sebagai 'golongan pemerintah' (Tafsir Al-Tabari).

Prinsip ketaatan kepada pemerintahan ini sangat penting dalam Islam, kerana kehidupan umat serta peraturan-peraturan yang dibawa oleh Islam "tidak akan dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintah yang ditaati" (Imam al-Ghazali, al-Iqtisad dan Fi al-I'tiqad). Kerana itu mentaati ketua negara adalah "sebahagian dari asas-asas utama bagi syariat Islam yang suci dan benar ini" (al-Absyihi al-Mustatraf).

Bertolak dari prinsip ini jugalah, maka perbuatan mencabar pemerintah yang sah sehingga membawa kepada perpecahan masyarakat yang boleh memecahkan perpaduan dan melemahkan umat, adalah merupakan kesalahan yang dipandang berat oleh agama, seperti yang tersebut dalam sebuah hadis:

"Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I)


Tahniah kepada MyKmu serta Generasi Bestari, iaitu Penganjur Program Fiqh Mentaati Pemimpin selama 3 hari di PWTC pada 15-17 June baru-baru ini.  Program tersebut mendapat sambutan hangat serta pujian dari para peserta kerana berjaya mengupas isu-isu taat kepada pemimpin menurut Islam yang begitu membelenggu sebahagian rakyat Malaysia. 

Ketika satu demi satu negara Islam di dunia semakin lemah atau hancur dek kerana rakyatnya telah tersilap pertimbangan akibat terlalu mengikut emosi sehingga termakan hasutan musuh, Malaysia masih berdiri teguh dan bertahan dari mengikut jejak langkah mereka.

Memetik kisah yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought & Civilization (ISTAC), UIAM,  pembentang kertaskerja ke 7; ketika beliau berbual dengan seorang Ulama dari Turki, Dr. Ramadhan, kalau tak silap penulis, telah berkata bahawa “Malaysia adalah negara yang dijadikan seperti neraka – iaitu dengan terlalu berbilang kaum dan agama seolah-olah ditakdirkan untuk sentiasa berada dalam kacau-bilau, tetapi pemimpin Malaysia berjaya menjadikannya sebuah syurga,”  - iaitu makmur dan aman. 

Hakikat ini, telah terlebih dahulu ditegaskan oleh hampir semua pembentang kertaskerja sebelumnya yang mengiktiraf Malaysia sebagai Negara Islam yang dilimpahi nikmat Allah S.W.T.   Malah pembentang ke 3, iaitu Dr. Hamed Mohamed Abdel Rahman, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar Mesir juga menyatakan nama beberapa tokoh ilmuan Islam, antaranya, Dr. Hamza Hassan dan beberapa nama lagi yang penulis tidak sempat catitkan, yang semuanya mengangkat Malaysia sebagai negara yang mampu menjadi peneraju semua negara Islam di dunia. 

Keamanan dan kemakmuran adalah nikmat nyata yang tidak harus dinafikan.  Sikap umat yang kufur nikmat mampu mengundang bala kepada negara.  Tidak ada sesiapa yang lebih layak menilai nikmat yang dikecapi oleh umat Islam di Malaysia melainkan para Ulama tersohor dari Negara-negara Arab yang telah menyaksikan kemusnahan di negara mereka. 

Sesungguhnya, pekerjaan, makanan, kemudahan, keselesaan, keamanan, kesejahteraan, kegembiraan yang kita lalui dalam kehidupan adalah nikmat dan menafikan hakikat ini, adalah sifat orang-orang yang kufur. 

Tidak mungkin rakyat akan mampu merasai segala nikmat ini sekiranya pemimpin kita bukan seorang yang layak iaitu adil, cekap, bijak dan prihatin.  Yakinlah bahawa sekiranya pemimpin yang ada bukanlah seorang yang layak berada di tempatnya, maka negara ini sudah pasti hancur melihat dari keadaan lanskapnya yang begitu rapuh iaitu berbilang bangsa, agama dan budaya.

Jika kita meletakkan sesuatu di tempat yang tidak layak untuknya, maka tunggulah saat kehancurannya. 

Berdasarkan fakta ini, semua Ulama yang membentangkan kertaskerja sepakat bahawa pemimpin yang sedemikian wajib ditaati. 

Pembentang pertama, iaitu Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, Mantan Timbalan Syeikhul Azhar, Mesir juga menyatakan bahawa bukan hanya rakyat yang mempunyai hak, tetapi pemimpin juga mempunyai haknya.  Antara hak pemimpin ialah untuk ditaati dan dihormati.  Jika tidak, negara mampu menjadi huru-hara dan tidak akan maju ke hadapan.  Lalu, rakyat juga yang akan susah dan menderita. 

Justeru, mentaati pemimpin adalah wajib menurut Islam.  Selagi pemimpin tersebut menunaikan solat dan tidak menyuruh kepada kemungkaran. 

“Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)”. (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)”. (Majmu’ al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda:

“Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275).

Umat yang tidak mentaati pemimpin pastinya akan berpecah belah.  Umat yang berpecah belah pastinya lemah di mana musuh akan mudah menghancurkan mereka. Lebih buruk lagi, mereka juga akan menghancurkan sesama sendiri dengan kebencian yang meluap-luap, hasad dengki, iri hati dan dendam kesumat yang tidak berasas sama sekali.  Untuk menghancurkan sesama sendiri pula mereka akan menyebarkan fitnah, mencaci dan menipu orang ramai bagi mencapai matlamat mereka. 

Kehancuran sesebuah negara hampir semuanya berpunca dari tindakan sebahagian rakyat yang menentang pemimpin atau keluar dari jemaah. 

Dalam bahasa mudahnya, apa yang boleh disimpulkan dari isu ‘taat kepada pemimpin’ yang dibentangkan oleh para Ulama di dalam program tersebut ialah:  Pemimpin Malaysia hari ini adalah orang Islam, yang syahadahnya masih kukuh, solatnya juga terjaga.  Beliau juga tidak pernah menyuruh sesiapa berbuat maksiat atau melakukan kemungkaran.  Jika beliau punya kelemahan dan jika beliau ada melakukan dosa itu adalah soal dirinya dengan Allah S.W.T.  Selagi beliau mampu mentadbir negara dengan baik sehingga penduduknya aman damai, makmur dan mampu menyediakan kemudahan asas terutamanya pendidikan, maka menentang beliau adalah satu tindakan yang bertentangan dengan tuntutan Islam. 

Dengan berkat doa para Ulama tersohor dunia, harapan kita agar Umat Islam di Malaysia kembali bersatu dan menolak seruan golongan Ulama jahat akhir zaman yang ingin kita semua terus berpecah belah demi kepentingan diri dan politik kepartian. 

Sumber 2:  BERUANG BIRU

MH: Penulis tertarik dengan hadis dari Sumber 1 ini "Sesiapa yang datang kepada kamu pada hal kamu semua bersatu di bawah seorang pemerintah, ia ingin penderhakaan dan memecah perpaduan kamu, maka hendaklah ia dibunuh." (Riwayat Abu Muslim, Abu Daud, dan An-Nasa'I). Sangat bertepatan dengan susana sekarang ini di Malaysia 

Tuesday 19 June 2012

HOT BEB !!! ULAMAK BUKTIKANKAN MALAYSIA ADALAH BUKAN NEGARA SEKULAR


1. PADA sesetengah orang terutama yang berpakaian kerajaan tapi berfahaman pembangkang, menerima pandangan seorang alim ulama lagi professional bahawa Malaysia bukan negara sekular seperti yang mahu dipercayai oleh semua penyokong pembangkang yang berpegang kepada keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menyebutkan Malaysia adalah sebuah negara sekular.

2. Inilah kesimpulan penulis melihat dari respon-respon segelintir peserta selepas pembentangan kertas kerja terakhir seminar oleh Dr. Muhammad Uthman El Muhammady semalam.

3. Pada penulis sendiri yang tidak berganjak mendengar pembentangan kertas kerja Dr. Uthman, berpendapat pandangannya itu adalah berasaskan kepada buku-buku dan pandangan para ilmuan Islam dan barat mengenai sekularisme ini, bukan dicipta sendiri oleh Dr. Uthman.  Sudah tentu perkataan sekular ini tidak wujud di dalam al-Quran kerana ia adalah satu perkataan yang diperkenalkan barat untuk memudahkan penuturan bagi menggambarkan sistem pemerintahan yang membawa kepada pemisahan agama dan urusan kerajaan.

4. Lagipun seperti yang dijelaskan Dr. Uthman, Ketua Hakim Negara pada ketika keputusan Mahkamah tersebut dibuat, Tun Salleh Abas (yang juga mantan ADUN dan Exco kerajaan PAS Terengganu) tidak menyatakan Malaysia sebuah negara sekular, sebaliknya menyebutkan ada undang-undang negara ini yang  bersifat sekular.

5. Satu-satunya yang mengatakan Tun Salleh menyebutkan negara ini sekular adalah Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.  Sudah tentu Karpal mahu percaya dengan perkara tersebut kerana DAP memang menanti kenyataan seperti ini untuk menyokong tujuan dan matlamat agung penubuhan DAP – menubuhkan republik Malaysia.

6. Kepada peminat pembangkang yang gemar menggambarkan Malaysia ini sebagai negara sekular, pandangan Karpal itu adalah satu-satunya kenyataan yang tinggal untuk menunjukkan Malaysia ini sekular, setelah hampir semua perkara yang tertulis dalam perlembagaan kita tidak langsung menjurus ke arah itu.

7. Tidak mungkin sama sekali sebuah negara sekular meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaannya, malah perkataan sekular itu sendiri tidak wujud dalam perlembagaan negara kita sejak dulu hingga sekarang, tak tahulah kalau Anwar dah mengambil alih nanti.

8. Keseluruhannya seminar ini bukan sahaja menafikan pandangan yang mengatakan negara ini adalah negara sekular, malah seminar ini turut mengesahkan bahawa cara negara ini diurus adalah bertepatan dengan Islam dan ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli Feqah.

9. Dari sistem pemerintahan beraja, berkerajaan dan pentadbiran semasa negara, semuanya adalah menepati kehendak Islam, walaupun masih banyak yang tidak lengkap tapi masih lagi tidak salah dari segi syariatnya.

10. Kenyataan ini sudah tentu tidak sahaja mengejutkan penyokong pembangkang malah penyokong kerajaan sendiri kerana dikeluarkan oleh profesional dan ilmuan Islam yang terkenal di peringkat antarabangsa.  Bagi penyokong kerajaan, kita memang yakin sistem berkerajaan kita menepati syariat Islam berdasarkan pandangan ulama tempatan, tak pulak kita sangka, ilmuan dan ulama terkenal dunia Islam turut berkongsi pandangan yang sama.

11. Semua ini sepatutnya menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Barisan Nasional adalah jawapan terbaik kepada kerajaan mana satu yang sepatutnya memimpin setelah Pilihanraya Umum ke 13 berakhir.  Sistem sekarang bukan saja mendaulatkan Islam tapi juga memastikan hak bukan Islam tidak terbiar.

Kalau ada yang lebih baik dari ini, penulis suka nak mendengarnya.


Monday 18 June 2012

GEMPAR TAHAP GABAN !!!! ULAMAK-ULAMAK TERKEMUKA DUNIA MENYOKONG KERAJAAN BN MALAYSIA
































1. HIMPUNAN Fiqh Mentaati Pemimpin yang sedang berlangsung di PWTC pada 15-17 Jun yang lalu sebenarnya bukan setakat himpunan biasa, ia adalah satu perhimpunan yang mengumpulkajn tokoh-tokoh ilmuwan dan cendekiawan Islam dari serata dunia membincangkan tentang ketaatan kepada pemimpin.

2. Taat kepada yang makruf tapi menentang kepada yang mungkar, itulah isinya yang boleh disesuaikan dengan senario politik semasa.

3. Penulis tidak rasa orang PAS tahan walau 5 minit duduk mendengar pembentang kertas kerja.  Dalam pembentangan yang pertama, ada pulak soalan tentang kekecohan baru-baru ini yang ditimbulkan PAS dengan mengarahkan ahli partinya menangguhkan ibadah haji tahun ini demi untuk mengundi dalam pilihanraya dan bagi jentera parti, persiapan parti itu menghadapi pilihanraya.


4. Menurut Mantan Timbalan Syeikhul Azhar Mesir, Sheikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, setakat seratus ribu orang pun masih lagi tidak menjejaskan proses pengundian di negara ini (itu kalau betulah 100 ribu orang yang pergi ke Mekah).

5. Kuota haji negara kita ditetapkan pada 1% rakyat atau 28,000 orang, lebih kurang.  Kalau pandangan Sheikh Mahmoud diambil kira, pandangan PAS itu memang berlawanan dengan Islam.

6. Sudah tentu ada balaci PAS yang sudah teruk dirosakkan otaknya akan menyanggah pendapat itu dengan memetik kitab dan rujukan dari ulama yang entah siapa-siapa.  Tambahan pulak bila dewa hidup mereka Nik Aziz sudah endorse ‘cadangan’ Ketua Penerangan PAS itu.

7. Sengaja disebutkan ‘cadangan’ sebab walaupun berjawatan Ketua Penerangan, apa yang keluar dari mulut Tuan Ibrahim masih lagi dipandang sebagai mewakili pandangan peribadinya sahaja, bukan pandangan parti, walaupun hal itu hal berkenaan parti.

Pelik tapi itulah satu dari berpuluh jenis gila dalam PAS.






8. Pembentang yang kedua, Mantan Dekan Fakulti Syariah Universiti Al-Azhar, Dr. Ahmad Hamad Mohamed Abdel Rahman Al-Jilani lagi hebat.  Beliau yang kagum dengan negara ini turut memberikan pandangan positif mengenai Islam di negara ini.

9. Mau cair telinga balaci PAS mendengar pendapat beliau yang mengulas pelbagai aspek agama dan pentadbiran, termasuk hukum hudud.  Maklum di mata mereka tidak ada apa mengenai Islam di negara ini yang betul, semuanya salah belaka.

10. Penulis juga tertarik dengan pandangannya bahawa pihak yang menggunakan hudud untuk mendapatkan undi adalah mencari keredhaan manusia, bukan keredhaan Allah swt, sedangkan itulah (keredhaan Allah swt) itulah yang paling penting pun.

11. Penulis suka nak ingatkan, ini pandangan yang mewakili Universiti Al-Azhar, universiti yang menjadi kebanggaan majoriti penyokong dan pemimpin PAS, walaupun Nik Aziz dapat degree dari sebuah Universiti di India.

12. Malah sekarang pun, PAS masih galak merekrut lepasan Universiti Al-Azhar sebagai lapisan entah nombor berapa dalam saf kepimpinan mereka.  Maklum, dalam PAS, jawatan bermula dari Presiden sampai ke Mursyidul Am, relatifnya adalah jawatan seumur hidup.  Kena menunggu sehingga pemegang jawatan mati dulu baru boleh ada pegganti.

13. Maka itu penting direkrut dari muda dan lulusan Al-Azhar adalah salah satu kriteria utama.
Tapi sekarang Ulamak dari Universiti tersebut pun galak menyokong Malaysia dan pandangan kenapa hudud bukan satu keutamaan dalam masyarakat Islam.  Having said that, kita bukan menolak hudud cuma hukum ini belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia kerana komposisi masyarakat yang berbeza.

Alah, Haji yang rukun fardhu itu pun boleh tangguh kerana undi, apatah lagi hudud yang bukan fardhu itu.




Wednesday 13 June 2012

GEMPAR PAGI !!!!! TUN M BAKAL MENCABAR ANWAR IBRAHIM DALAM PRU 13

Menjelang PRU13 yang tidak lama lagi, parti yang paling kelam-kabut sudah tentu Pas kerana harapan mereka supaya PRU13 diadakan sejak 2010 lagi, hinggalah ke tahun 2011, kemudian mencongak-congak bulan Januari, April, Jun dan terbaru September hingga sanggup mengarahkan Jemaah Haji membatalkan pemergian Haji mereka ke Tanah Suci. Apa pun, kita umat Islam jika sudah menerima panggilan dari ALLAH, tiada siapa boleh menghalang termasuklah Pas.

Namun, desas-desus tengah malam di The Mines ialah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dicakap-cakap bersedia bertanding menentang Anwar di mana-mana sahaja! SELANJUTNYA DISINI http://mymassa.blogspot.com/2012/06/press-conference-tun-mahathir-vs-anwar.html

Tuesday 12 June 2012

Tu diaaaaaaa !!!!!!! Anwar Ibrahim simpan duit RM3 Billion di British Virgin Islands


1. PENDEDAHAN eksklusif muka depan  akhbar New Strait Times (lanjutan dari pemilikan 20 akaun rahsia Anwar bernilai RM 3 billion) memang menarik perhatian MH untuk mengupas mengenainya. 

2. Menurut laporan tersebut, seorang CEO bank telah mengakui kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – nama lama bagi SPRM) pada 1999, yang beliau terlibat menguruskan wang dari akaun Anwar ini yang berpengkalan di British Virginia Island (BVI).  Agak mengejutkan kerana nama negara itu pun jarang kita dengar tapi tahu-tahu wang negara kita berlambak disimpan disana –semuanya gara-gara Anwar.

3. MH tidak mahu meneka CEO bank mana satu tapi sekarang rasa-rasanya  baru MH paham awat nama ‘Rashid’ begitu memberi nilai sentimental kepada Anwar sehinggakan ada bekas banduan dengan nama sama pun menjadi mangsa pertamanya sebaik keluar dari penjara pada 2004.  Apa kaitan ‘Rashid’ dengan bank, pembaca boleh cari sendirilah tapi sekadar nak menyebutkan, bank ini dulu diketahui mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Anwar.

4. Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikatakan pernah memiliki saham yang besar dalam bank tersebut.  Tapi sekali lagi MH nak tegaskan disini, MH tidak mahu meneka dan terpulang sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri.

5. Seperti yang kita ketahui, wang ini ada kaitan rapat dengan not RM 1,000 dan RM 500 yang penggunaan dan pengeluarannya dihentikan oleh Bank Negara Malaysian (BNM) pada 1998, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan ekonomi negara yang diserang penyangak mata wang asing pada 1997.  Dalam Statutory Declaration (SD) yang dibuat Datuk Murad dulu pun sudah dijelaskan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya dibawa keluar dari negara kita.

6. Berapa besarkah ekonomi BVI ini, MH tidak tahu tapi yang jelas sekarang, apa pun nilainya, kelihatan ia disumbang sedikit sebanyak oleh berbilion wang negara kita yang disimpan disitu.

7. BVI, setakat yang MH tahu, tidak mempunyai tahap kerahsiaan kewangan sehebat Switzerland.  Di Switzerland, tidak ada Mahkamah atau undang-undang  dalam negara itu yang boleh mengarahkan bank-bank negara tersebut mendedahkan maklumat kewangan pelanggan mereka kepada pihak ketiga.  Ada khabar mengatakan perkara ini menjadikan Switzerland sebagai tempat paling sesuai untuk menyimpan jumlah wang yang banyal tanpa perlu risau ia diketahui pihak lain – termasuklah wang haram.

8. Penulis yakin, sistem perbankan di BVI tidak jauh beza dengan Britain yang menjajah negara tersebut.  Sudah tentu ada selok belok perundangan yang membolehkan pemilik sebenar wang tersebut didedahkan kepada pihak-pihak berkepentingan.  Mungkin masih ada saksi-saksi yang pernah disiasat BPR dulu yang masih hidup dan boleh melengkapkan siasatan kalau kes tersebut dibuka semula sekarang.

Itupun kalau samseng-samseng upahan Anwar tidak sampai kepada dia dahulu.

9. Kerajaan, SPRM dan BNM perlu ambil serius perkara ini.  Wang,  (walaupun dalam not yang sudah tidak dikeluarkan lagi), perlu dibawa balik ke negara ini untuk dimusnahkan kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi negara kita, terutama bila bercakap tentang kitaran wang (circulation of money).  Apa terjadi kalau wang itu dibawa balik ke Malaysia dan masuk ke dalam pasaran? Sudah tentu inflasi akan meningkat naik, sila-silap sejarah ‘wang pisang’ semasa penjajahan jepun dulu, boleh berulang semula.

10. Maaflah, ini bukan niatnya nak mengajar, penulis tahu, BNM pun sedar tentang perkara ini.  Cuma penulis mahu sesuatu dilakukan segera untuk memastikan negara kita tidak lagi terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi setelah kita terselamat dari krisis sub prima yang melanda Amerika Syarikat pada 2008.

11. Dalam masa yang sama juga, tidak salah rakyat negara kita berkunjung secara beramai-ramai ke BVI untuk melancong.  Tahulah kita sekarang, apa pun yang cantik, apa pun yang menarik, canggih dan sebagainya di negara tersebut, sedikit sebanyak disumbangkan oleh wang negara kita yang disimpan disitu dan dilaburkan oleh bank yang menyimpannya.


Note : MH dah google dimana letaknya Negara British Virgin Islands (BVI) nii.... Berikut adalah maklumat yang MH dapat dari http://en.wikipedia.org/wiki/British_Virgin_Islands 

The Virgin Islands, often called the British Virgin Islands (BVI), is a British overseas territory located in the Caribbean to the east of Puerto Rico. The islands make up part of the Virgin Islands archipelago, the remaining islands constitute the U.S. Virgin Islands and the Spanish Virgin Islands.
The official name of the country is still simply the "Virgin Islands", but the prefix "British" is often used to distinguish it from the neighbouring American territory which changed its name from the "Danish West Indies" to "Virgin Islands of the United States" in 1917. British Virgin Islands government publications had traditionally continued to commence with "The Territory of the Virgin Islands", and passports simply refer to the "Virgin Islands", but recently, more legislation now refers to the country as the "British Virgin Islands".
The British Virgin Islands consist of the main islands of Tortola, Virgin Gorda, Anegada, and Jost Van Dyke, along with over fifty other smaller islands and cays. About 15 of the islands are inhabited. The capital, Road Town, is situated on Tortola, the largest island, which is approximately 20 km (12 mi) long and 5 km (3 mi) wide. The islands have a population of about 27,800, of whom approximately 23,000 live on Tortola.

                                Tudia..... Dok tang niiii kaa Negara British Virgin Islands tuuu....


MH : Depa kata Anwar Ibrahim ni memang suka hat virgin-virgin niii... hehehehehe. Patut laaa simpan duit sampai Negara British Virgin Islands nuuuu.... MH pun tak tau ada nama negara nii...
p/s: Gamak-gamak Anwar Ibrahim tau dak Negara Pasir 2 Butir ? muahahahahahahaha.......