1
1. Program Fiqh Mentaati Pemimpin yang diadakan pada 16-17 Jun
lalu amat bertepatan sekali di saat-saat umat Islam sering bertelagah sesama
sendiri. Jika semua umat Islam
menghayati apa yang diseru oleh para Ulama dalam program tersebut, pastinya
kita akan kembali bersatu dan semakin kuat.
2. Kesimpulan yang paling penting yang didapati dari program
ini ialah: masalah hudud dan masalah dosa pahala pemimpin tidak harus dijadikan
penyebab untuk umat untuk berpecah dari kumpulan. Pemimpin wajib ditaat agar negara boleh
menjadi kuat dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk masuk dan menghancurkan
segala nikmat.
3. Selain dari pengajaran dari kertas-kerja yang dibentang,
satu pengajaran tidak langsung yang mungkin ramai peserta terlepas pandang
ialah bagaimana kita menilai Ulama.
4. Ulama-ulama yang hadir di program tersebut adalah
Ulama-ulama tersohor termasuk Syeikhul Universiti Al-Azhar sendiri. Penyampaian kertaskerja mereka adalah
berdasarkan kajian mendalam selama
berbelas atau berpuluh tahun. Mereka
juga bercakap mengenai pengalaman sendiri dengan melihat perpecahan yang
berlaku di negara-negara Asia Barat.
5. Namun, walaupun mereka semua terdiri dari pakar agama yang
dihormati, mereka sentiasa berpesan di akhir pembentangan bahawa mereka
mengalu-alukan perbezaan pendapat agar dapat diperbincangkan.
6. Selain itu, dari segi keperibadian juga, mereka semuanya
bersikap merendah diri, sentiasa bercakap dalam tonasi lembut, mengajak kepada
perpaduan, kebaikan dan keamanan.
Pendek kata, para hadirin dapat merasa ketenangan yang dibawa oleh Islam
di akhir setiap pembentangan.
7. Jika kita seorang yang gemar memerhati dan belajar dari
persekitaran, kita akan mendapati bahawa semua ciri-ciri ini tiada dalam diri
Ulama-ulama PAS yang sering mendabik dada sebagai ‘pemilik mutlak’ agama
Islam.
8. Dengan itu, penulis meminta agar para penganut PAS bertanya
kepada diri sendiri, apakah Nik Aziz layak untuk duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan Ulama-ulama tersebut?
Apakah Hadi Awang layak berbincang bersama mereka?
9. Kita tahu, jauh di sudut hati para penganut PAS mereka
terpaksa jua mengaku yang Tok Guru dan Tuan Guru mereka itu bagaikan langit
dengan bumi kedudukannya dari segi ilmu dan akhlak berbanding Ulama-ulama
tersohor tersebut.
10. Selama kita mendengar ceramah-ceramah Nik Aziz atau Hadi
Awang atau mana-mana Ustaz PAS, tiada ilmu yang kita dapat melainkan mendengar
bagaimana mereka memuji diri sendiri dan menghentam semua orang lain yang tidak
bersetuju dengan mereka. Selain dari
memetik hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menepati kepentingan mereka, tidak
ada kajian mendalam mengenai ayat-ayat terbabit yang mampu dihuraikan mereka
dengan sebaiknya tanpa berbunyi politik kepartian.
11. Mungkin dalam menjunjung semangat perpaduan dalam soal perbezaan
pendapat, Nik Aziz telah menolak pendapat para Ulama di dalam program Fiqh
tersebut yang sepakat bahawa politik tidak seharusnya mempengaruhi niat untuk
mengerjakan ibadah haji. Tetapi,
malangnya, Nik Aziz tidak mampu menghuraikan pendapatnya dengan menggunakan
hujah-hujah ilmiah yang terperinci dengan rujukan-rujukan yang pasti. Sebaliknya pendapat Nik Aziz hanya berasaskan
fikiran dan emosi sendiri.
12. Kita pasti, para penganut PAS yang membaca dan memerhati
akan dapat mengenalpasti kesilapan ataupun lebih tepat, kesesatan yang dibawa
oleh Nik Aziz. Cumanya, kita tidak tahu
berapa ramai di antara yang sedar itu yang akan kembali ke pangkal jalan. Kita tidak tahu berapa ramai yang lebih rela
berpegang kepada kebencian terhadap UMNO yang ditanam oleh Nik Aziz, berbanding
berpegang kepada tuntutan Islam untuk bersatu padu dan mentaati
pemerintah.
13. Kerana itu, di harap program seperti ini diadakan lagi untuk
kebaikan umat Islam di Malaysia. Untuk
itu, eloklah dijemput Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali malah, Pak Sheikh Anwar
Ibrahim juga, untuk duduk bersama-sama berforum dengan Syeikh Uthman
AlMuhammady serta para Syeikh dari Tanah Arab dari program Fiqh ini, demi
mencari titik penyatuan. Dengan program
seperti ini, kita akan dapat menilai sendiri, mana Ulama sebenar, mana Ulama
jahat dan mana satu peliwat.
Sumber: BERUANG BIRU
No comments:
Post a Comment