1. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nasional Media Group
Indonesia, Noor Syamsuddin Chatib, "reformasi Indonesia telah menyebabkan
rakyat menemui matlamat yang palsu, bukannya matlamat baru, hak rakyat untuk
memberi pendapat, bebas berbicara dan ekspresi semuanya dijamin oleh
negara".
2. Luahnya lagi, reformasi 1998 di Indonesia telah
mengakibatkan lebih banyak peningkatan masalah rasuah yang seterusnya
menjejaskan program pembangunan negara. Kewujudan kerajaan pusat yang lemah
juga diikuti dengan masalah demonstrasi jalanan yang berterusan pula
mengakibatkan pertumbuhan ekonomi terbantut.
3. Terdapat logik di sebalik kata-kata beliau yang diucapkan
pada 28 Februari 2012 itu. Sejarah reformasi Indonesia 1998 yang dimulakan oleh
gerakan jalanan mahasiswa Indonesia terbukti menyebabkan banyak pelaburan dari
luar terhenti disebabkan suasana tidak tenteram dalam negara.
4. Walaupun selepas kejatuhan Suharto, program pembangunan
ekonomi Indonesia masih gagal dilaksanakan dengan berkesan oleh pemimpinnya
yang turun naik bersilih ganti dalam jangka masa beberapa tahun selepas itu.
5. Manakala ramai golongan peniaga yang terdiri dari kaum Cina
Indonesia pula masih ramai yang bermastautin di luar negara gara-gara bimbang
peristiwa pembantaian dan keganasan terhadap orang Cina atau Tionghoa pada Mei
1998 berulang kembali.
6. Dalam pada itu, kekecewaan Noor Shamsudin itu turut dikongsi
oleh para mahasiswa Indonesia apabila pada 22 Mei 2012 lepas sekumpulan
mahasiswa yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Mahasiswa Pembebasan Jabar
juga meluahkan nada kekecewaan yang hampir sama.
7. Menurut mereka, "masalah KKN di Indonesia masih
bermaharajalela. Lebih parah lagi, banyak kes KKN yang sudah di bawa ke
mahkamah tapi tidak dapat diselesaikan sebaiknya. Ini salah satu bukti
kegagalan reformasi".
8. Jika pada 14 tahun lalu rakan-rakan mereka berbangga
seketika kerana berjaya menjatuhkan sebuah pemerintahan secara kekuatan jalanan
yang meragut banyak nyawa.
9. Kini mereka berdemonstrasi lagi tapi bukannya untuk meraikan
kejayaan 14 tahun lalu, sebaliknya untuk menunjukkan rasa tidak puas hati di
atas kekecewaan lampau.
10. Akhirnya, nyawa-nyawa yang melayang dalam pelbagai peristiwa
semasa dan selepas reformasi 1998 di Indonesia menjadi sia-sia begitu sahaja.
Sekali lagi terbukti, kekerasan dan keganasan jalanan tidak pernah
merealisasikan perubahan yang lebih baik.
11. Justeru, kita di Malaysia harus cepat membuka mata dan peka
dengan apa yang berlaku di seberang supaya kegagalan di sana tidak berlaku di
sini.
12. Terbukti, reformasi yang diceduk dari Indonesia yang memberi
aspirasi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim amat tidak sesuai untuk dibiakkan di
Malaysia.
13. Dan yang paling penting, sebagai rakyat yang rasional kita
perlu mengutamakan keharmonian kaum agar pembunuhan beramai-ramai yang terjadi
di Indonesia akibat rasa tidak puashati orang Melayu kerana perbezaan pendapat
sessama mereka tidak merebak ke sini suatu hari nanti.
http://www.youtube.com/watch?v=kwcTUX3XPxg
No comments:
Post a Comment