1. Isu kapal selam scorpene yang ditimbulkan oleh SUARAM a.k.a
pembangkang, telah berlanjutan sejak aduan dibuat mengenainya di mahkamah
Perancis pada November 2009. Secara
ringkasnya, SUARAM telah menuduh bahawa syarikat pembuat iaitu DCNS dari
Perancis telah membayar rasuah sejumlah EURO114 juta kepada syarikat Perimekar
Sdn Bhd dari Malaysia dengan kerjasama seorang model dari Mongolia, Altantuya
Sharibuu, yang kemudiannya dibunuh kejam kerana meminta bahagiannya.
2. Menurut kenyataan Pengarah SUARAM, Dr. Kua Kia Soong,
“SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan
Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million
komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene.”
3. Secara tidak langsung, namun jelas lagi terang, Dr. Kua
menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga
pembunuhan. SUARAM juga membuat
beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini
sedang dibicarakan di mahkamah Perancis.
4. Malah, SUARAM juga menyeru sumbangan rakyat Malaysia untuk
membantu mereka menanggung kos kes ini di mahkamah Perancis. Untuk itu, SUARAM mengadakan majlis makan
malam dengan jualan meja semahal RM10,000 - pastinya, untuk menutup jejak
bahawa mereka didalangi dan ditaja oleh sesuatu pihak untuk menipu.
5. Tidak dapat dipastikan berapa kerat rakyat Malaysia yang
telah menyumbang kepada SUARAM untuk memanjangkan fitnah tersebut. Kita tidak yakin ada rakyat yang sebegitu
bodoh untuk menaja SUARAM ‘makan-angin’ ke Perancis.
6. Tetapi, jika ada yang telah menyumbang, inilah disarankan
agar mereka mendesak SUARAM disiasat dan diaudit untuk mendapatkan kembali wang
mereka. Ini kerana, sumber-sumber
terkini memaklumkan bahawa kes kapal selam scorpene ini, pada hakikatnya tidak
pun dibawa ke mahkamah Perancis.
7. Mengikut undang-undang Perancis, sistem kehakimannya
membolehkan hakim menyiasat atau menyelidik sesuatu kes secara bebas. Hakim juga boleh menyoal saksi, orang yang
disyaki dan mengarahkan siasatan bagi mengumpul fakta dan bukti. Dimaklumkan juga bahawa dalam kes kontrak
penjualan kapal selam yang ditandatangani oleh DCN dengan Pakistan dan Taiwan,
keraguan yang berbangkit ialah bahawa rasuah yang berlaku adalah melibatkan DCN
dengan parti politik Perancis.
8. Hakikatnya, Pejabat Pendakwaraya Paris ada melakukan
siasatan berkenaan penjualan kapal selam yang membabitkan DCN dengan
negara-negara lain termasuk Malaysia dan tumpuan siasatan mereka adalah antara
DCN dengan ahli-ahli atau parti politik Perancis. Aduan SUARAM telah diambilkira dalam skop
siasatan ini.
9. Justeru, apa yang digambarkan oleh SUARAM bahawa kerajaan
Malaysia telah diheret ke mahkamah Perancis dan Perdana Menteri kita akan
disapina adalah bohong sama sekali. Isu
pembelian scorpene oleh Malaysia tidak pernah dibawa ke mahkamah dan segala
kenyataan akhbar dan taklimat oleh SUARAM mengenainya adalah berdasarkan
penipuan semata-mata.
10. Seharusnya, isu rasuah scorpene ini tidak timbul langsung
memandangkan penafian dan penjelasan terperinci secara berfakta telah pun
dibuat berkali-kali di parlimen. Selain
itu, Dato’ Seri Najib sendiri telah bersumpah sebanyak 4 kali menyatakan tidak
mengenali Altantuya dan alibinya serta Datin Seri Rosmah pada waktu kejadian
juga amat kukuh sekali. Malah, penyebar fitnah tersebut, iaitu Raja
Petra Kamaruddin (RPK) juga telah tampil membuat pengakuan bahawa dia hanya
mereka-reka cerita.
11. Namun, SUARAM tetap tegar untuk memainkan isu yang tidak ada
ini seolah-olah begitu terdesak sekali untuk memburukkan kerajaan. Kita berkata demikian, kerana jika tujuan
mereka bukan untuk memburukkan kerajaan, mereka sewajarnya tidak berbuat bising
dan menunggu sahaja perbicaraan selesai.
12. Bagaimanapun kini kita faham masalah SUARAM yang tidak boleh
duduk diam, iaitu kerana kes tersebut tidak dibicarakan pun!
13. Tujuan SUARAM menipu tidak sukar untuk dibaca kerana SUARAM
dan pembangkang merupakan satu entiti yang sama. Memandangkan jangkahayat pembangkang hanya
bergantung kepada kehebatan mereka menipu maka mereka melihat tiada salahnya
mengambil risiko jika penipuan mereka dikantoikan dalam isu scorpene ini,
kerana yakin penyokong-penyokong tegar mereka tetap akan percaya apa saja -
sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya selesai.
14. Dengan pilihanraya semakin hampir, scorpene adalah
satu-satunya isu yang mampu digunakan untuk terus mengelirukan pengundi agar
meragui kepimpinan Dato’ Seri Najib.
No comments:
Post a Comment