1. PENDEDAHAN eksklusif muka depan akhbar New Strait Times (lanjutan
dari pemilikan 20 akaun rahsia Anwar bernilai RM 3 billion) memang menarik
perhatian MH untuk mengupas mengenainya.
2. Menurut laporan tersebut, seorang CEO bank telah mengakui
kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR – nama lama bagi SPRM) pada 1999, yang beliau
terlibat menguruskan wang dari akaun Anwar ini yang berpengkalan di British
Virginia Island (BVI). Agak mengejutkan
kerana nama negara itu pun jarang kita dengar tapi tahu-tahu wang negara kita
berlambak disimpan disana –semuanya gara-gara Anwar.
3. MH tidak mahu meneka CEO bank mana satu tapi sekarang
rasa-rasanya baru MH paham awat nama ‘Rashid’ begitu memberi nilai sentimental kepada Anwar sehinggakan ada
bekas banduan dengan nama sama pun menjadi mangsa pertamanya sebaik keluar dari
penjara pada 2004. Apa kaitan ‘Rashid’
dengan bank, pembaca boleh cari sendirilah tapi sekadar nak menyebutkan, bank
ini dulu diketahui mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Anwar.
4. Malah isteri Azmin, Shamsidar Taharin juga dikatakan pernah
memiliki saham yang besar dalam bank tersebut.
Tapi sekali lagi MH nak tegaskan disini, MH tidak mahu meneka
dan terpulang sepenuhnya kepada pembaca untuk membuat tafsiran sendiri.
5. Seperti yang kita ketahui, wang ini ada kaitan rapat dengan
not RM 1,000 dan RM 500 yang penggunaan dan pengeluarannya dihentikan oleh Bank
Negara Malaysian (BNM) pada 1998, sebagai sebahagian daripada proses pemulihan
ekonomi negara yang diserang penyangak mata wang asing pada 1997. Dalam Statutory Declaration (SD) yang dibuat
Datuk Murad dulu pun sudah dijelaskan tentang perkara ini, dan bagaimana ianya
dibawa keluar dari negara kita.
6. Berapa besarkah ekonomi BVI ini, MH tidak tahu tapi
yang jelas sekarang, apa pun nilainya, kelihatan ia disumbang sedikit sebanyak
oleh berbilion wang negara kita yang disimpan disitu.
7. BVI, setakat yang MH tahu, tidak mempunyai tahap
kerahsiaan kewangan sehebat Switzerland.
Di Switzerland, tidak ada Mahkamah atau undang-undang dalam negara itu yang boleh mengarahkan
bank-bank negara tersebut mendedahkan maklumat kewangan pelanggan mereka kepada
pihak ketiga. Ada khabar mengatakan
perkara ini menjadikan Switzerland sebagai tempat paling sesuai untuk menyimpan
jumlah wang yang banyal tanpa perlu risau ia diketahui pihak lain – termasuklah
wang haram.
8. Penulis yakin, sistem perbankan di BVI tidak jauh beza
dengan Britain yang menjajah negara tersebut.
Sudah tentu ada selok belok perundangan yang membolehkan pemilik sebenar
wang tersebut didedahkan kepada pihak-pihak berkepentingan. Mungkin masih ada saksi-saksi yang pernah
disiasat BPR dulu yang masih hidup dan boleh melengkapkan siasatan kalau kes
tersebut dibuka semula sekarang.
Itupun kalau samseng-samseng upahan Anwar tidak sampai
kepada dia dahulu.
9. Kerajaan, SPRM dan BNM perlu ambil serius perkara ini. Wang,
(walaupun dalam not yang sudah tidak dikeluarkan lagi), perlu dibawa
balik ke negara ini untuk dimusnahkan kerana ia boleh mempengaruhi ekonomi
negara kita, terutama bila bercakap tentang kitaran wang (circulation of
money). Apa terjadi kalau wang itu
dibawa balik ke Malaysia dan masuk ke dalam pasaran? Sudah tentu inflasi akan
meningkat naik, sila-silap sejarah ‘wang pisang’ semasa penjajahan jepun dulu,
boleh berulang semula.
10. Maaflah, ini bukan niatnya nak mengajar, penulis tahu, BNM
pun sedar tentang perkara ini. Cuma
penulis mahu sesuatu dilakukan segera untuk memastikan negara kita tidak lagi
terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi sekali lagi setelah kita terselamat dari
krisis sub prima yang melanda Amerika Syarikat pada 2008.
11. Dalam masa yang sama juga, tidak salah rakyat negara kita
berkunjung secara beramai-ramai ke BVI untuk melancong. Tahulah kita sekarang, apa pun yang cantik,
apa pun yang menarik, canggih dan sebagainya di negara tersebut, sedikit
sebanyak disumbangkan oleh wang negara kita yang disimpan disitu dan dilaburkan
oleh bank yang menyimpannya.
Note : MH dah google dimana letaknya Negara British Virgin Islands (BVI) nii.... Berikut adalah maklumat yang MH dapat dari http://en.wikipedia.org/wiki/British_Virgin_Islands
The Virgin
Islands, often called the British
Virgin Islands (BVI),
is a British overseas territory located in the Caribbean to the east of Puerto Rico. The islands make up part of the Virgin Islands archipelago, the remaining islands constitute
the U.S. Virgin Islands and the Spanish Virgin Islands.
The official name of the country is still simply
the "Virgin Islands",
but the prefix "British" is often used to distinguish it from the
neighbouring American territory which changed its name from the "Danish West Indies" to "Virgin Islands of the United States"
in 1917. British Virgin Islands government publications had traditionally
continued to commence with "The
Territory of the Virgin Islands", and passports simply refer to the
"Virgin Islands", but
recently, more legislation now refers to the country as the "British Virgin Islands".
The British Virgin Islands consist of the main
islands of Tortola, Virgin Gorda, Anegada,
and Jost Van Dyke, along with over fifty other smaller islands and cays.
About 15 of the islands are inhabited. The capital, Road Town, is situated on Tortola, the largest island, which
is approximately 20 km (12 mi) long and 5 km (3 mi) wide.
The islands have a population of about 27,800, of whom approximately 23,000
live on Tortola.
Tudia..... Dok tang niiii kaa Negara British Virgin Islands tuuu....
MH : Depa kata Anwar Ibrahim ni memang suka hat virgin-virgin niii... hehehehehe. Patut laaa simpan duit sampai Negara British Virgin Islands nuuuu.... MH pun tak tau ada nama negara nii...
p/s: Gamak-gamak Anwar Ibrahim tau dak Negara Pasir 2 Butir ? muahahahahahahaha.......
No comments:
Post a Comment