1. Beberapa tahun lepas isu komisyen pembelian kapal selam
Scorpene pernah digembar gemburkan oleh Anwar dan pakatan pembangkang sebagai
skandal penyalahgunaan wang dan penyelewengan dana negara yang terbesar dalam
sejarah tanahair.
2. Bila disebut penyelewengan dan salahguna wang, wajib saja
akan terbeliak mata penyokong pembangkang ditambah pula dengan tokok tambah
kematian wanita Mongolia serentak dengan itu bergentayanganlah segala macam
cerita angin mengaitkannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak.
3. Walhal realitinya Altantuya yang dikaitkan dengan PM itupun
langsung tidak dikenali apatah lagi untuk bercemolot macam laki bini seperti
disebarkan oleh penyokong pembangkang. Hingga saat ini PM sudah tiga kali
mengangkat sumpah bersaksikan Allah s.w.t dengan menyebut kalimah
"Wallahhi, Wabillahi, Wataallahi" menafikan penglibatannya dalam
pembunuhan tersebut.
4. Jika dihitung dari jumlah hari PM bersumpah, sudahpun
melebih tempoh setahun dan terbukti beliau dipihak yang benar kerana berdasarkan
huraian hadith dan pendapat ulama, sekiranya seseorang itu bersumpah palsu
dengan menyebut tiga kalimah tersebut maka bala bencana dari Allah s.w.t akan
menimpanya dalam tempoh seawal 40 hari pertama atau 2 bulan ataupun
selewat-lewatnya dalam jangka masa setahun.
5. Berbalik pada isu komisyen pula, sebetulnya ianya langsung
tiada kaitan dengan penyelewengan apatah lagi salahguna kuasa mahupun dana
negara. Sebaliknya yang berlaku ialah bayaran sejumlah EURO 114.96 juta (RM540
juta) yang diterima oleh syarikat Perimekar Sdn. Bhd adalah untuk nilai kontrak
bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi selama enam tahun.
6. Malah, Datuk Seri Najib pada 14 Mei 2008 yang ketika itu
adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan juga mengambil
tanggungjawab penuh memberi penjelasan bersama fakta dan angka di dalam Dewan
Rakyat sekaligus menepis tohmahan oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya dalam
isu komisyen tersebut.
7. Walaupun demikian, disebabkan tabiat sesetengah manusia yang
mudah lupa, sukalah penulis sekali lagi mengutip fakta-fakta tersebut sekadar
sepintas lalu supaya lebih ramai lagi kembali memahami dengan jelas ke mana
wang sejumlah RM540 juta itu dibelanjakan.
8. Untuk makluman semua, Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang
dikaitkan sebagai menerima komisyen RM540 juta itu sebenarnya dimiliki secara
bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad
dan K.S Ombak Laut Sdn Berhad.
9. Nilai RM540 juta itu sebenarnya merangkumi banyak skop kerja
sokongan dan koordinasi yang perlu disedia dan diselesaikan sepanjang tempoh
enam tahun untuk memenuhi keperluan anggota anak kapal selama Scorpene serta
pasukan pegawai yang bermastautin di luar negara selama tempoh tersebut untuk
tujuan latihan berkaitan pengedalian kapal selam Scorpene.
10. Syarikat Perimekar Sdn Bhd itu bertanggungjawab sepenuhnya
sebagaimana ditetapkan dalan kontrak tersebut yang mengkehendakinya
melaksanakan skop kerja sokongan & koordinasi sebagaimana berikut;-
i. Menyediakan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk
kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.
ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan
untuk keperluan 156 orang anggota krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di
Perancis dan Sepanyol.
iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew
kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis
dan Sepanyol.
iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang
berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro
sehari bagi tiga tahun seterusnya.
v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di
malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan
berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis
dan Sepanyol.
11. Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta
(114.96 juta euro) itu turut meliputi khidmat koordinasi antaranya memastikan
syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses
pembinaan, program off-set, serta penyelarasan latihan krew kapal selam dengan
kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam
bulan sekali.
12. Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540
juta itu sama sekali bukan bayaran komisyen, ia juga bukannya merupakan
keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut
meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6
tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut. Bukti perbelanjaan dan
nilai sebenar keuntungan syarikat Perimekar ini boleh kita ketahui dengan mudah
melalui laporan audit syarikat itu.
13. Manakala bagi Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) yang
masih hijau dalam bidang pengendalian kapal selam, tentu sahaja segala program
dan latihan yang diatur di luar negara cukup bermanfaat supaya aset ketenteraan
yang baru dimiliki itu beroperasi pada tahap optimum dan bertahan lama.
14. Inilah kebenaran yang sedari awal lagi sengaja disembunyikan
oleh Anwar dan pembangkang. Cerita separuh masak di perbesarkan, kebenaran
dinafikan kerana mereka tahu jika fakta betul diberikan kepada khalayak umum
tentu saja hilang ummpph propaganda yang cuba mereka sebarkan itu.
15. Namun bagi pihak pembangkang yang diketuai oleh Anwar,
mereka tidak pernah kisah soal peri penting kelengkapan persenjataan dan
pertahanan negara diperkukuhkan. Yang mereka tahu hanya mempersoalkan jumlah
sekian-sekian banyak hingga kerap kali lupa langkah tersebut sebenarnya turut
mendedahkan rahsia kelengkapan aset pertahanan negara kepada pihak musuh.
16. Walaupun isu ini sudah sejuk namun menjadi kewajipan bagi
penulis dan pembaca sekalian untuk terus menyebarkan kebenaran kerana apabila
menjelang pilihanraya kelak tentu sahaja pihak pembangkang akan cuba spin fakta
mengikut sudut lain pula bagi mengabui mata khalayak umum.
17. Malah pembangkang kini sibuk menyatakan bahawa Datuk Seri
Najib telah meminta komisyen USD 1 billion dalam pembelian kapal selam ini
iaitu RM 3.8 billion (semasa Scorpene dibeli UDS1 diikat dengan nilai RM 3.80 )
sesuatu yang lansung tidak masuk akal kerana nilai dua buah kapal selam
Scorpene yang dibeli pun baru berharga kira-kira RM3.6 billion. Nampaknya,
pembangkang tak henti-henti mahu menipu kerana percaya rakyat Malaysia mudah
ditipu!
No comments:
Post a Comment