1. Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang
terpaksa bersilat lidah untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat
diperkatakan sekarang.
2. Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang
ampuh. Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar
adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.
3. Tapi sudah tabiat Anwar, tiap kali dirinya terbelit dengan
isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang
timbul.
4. Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing
hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan
dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong pembangkang.
5. Bendanya bukanlah susah, jawab YA atau TIDAK, itu sahaja.
Jika YA, rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut. Jika
TIDAK, kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara, Abdul Murad yang
mendedahkannya.
6. Ini tidak, hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula
Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau. Tiada kaitan langsung
dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.
7. Penulis teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun
yang lalu membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan tanya komennya tentang isu
tersebut, tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi. Pun
bersilat lidah juga. Mengarut sungguh caranya menjawab.
8. Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan
perwatakan dan kegemarannya. Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap
intelektual sebagai seorang pemimpin.
No comments:
Post a Comment