mykmu.net

Wednesday 18 July 2012

PERIHAL KOHILAL YANG PERNAH DILACURKAN OLEH PAS


1.0  Pendahuluan
1. Pada 5 MAC 2010, di Ibupejabat KOHILAL di No. 34-4-1, Blok F, Jalan 4 /50, Off Jalan Gombak, Diamond Square, KUALA LUMPUR, satu wawancara khas telah diadakan di antara SHAMSURI bin ROSLAN dengan MOHD KUSRIN bin RAHMAD , RAZALI bin MOHD DAUD dan MOHD SHUKOR bin ABD. AZIZ.


2. Wawancara tersebut diadakan untuk mendapatkan fakta sebenar berhubung isu penyelewengan KOHILAL sebanyak RM 45 juta. Antara lain wawancara tersebut mendedahkan perkara berikut:


a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. MOHD KUSRIN bin RAHMAD menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 2002.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

3. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

4. MD. SHUKUR bin ABD AZIZ berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings SDN. BHD. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

5. KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

6. SHUKUR bin ABD. AZIZ menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

7. Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

8. Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

9. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% - 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. 

10. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

11. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

12. Keadaan diburukkan lagi apabila pihak pengurusan yang lama tidak mengakui kesilapan mereka sebagai mana laporan tahunan KOHILAL bagi tahun 2003.

13. Tapi apakah cara penyelesaian yang dicadangkan oleh Pas? Dalam wawancara tersebut KURSIN bin RAHMAD , MD. SHUKOR bin ABD. AZIZ dan RAZALI melahirkan harapan agar kesemua 89,000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi memajukan lagi koperasi tersebut serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu serta turut membantu pihak pengurusan baru meningkatkan lagi mutu dan prestasi syarikat dalam melaksanakan rancangan – rancangan perniagaannya.

14. Lembaga Pengarah sedang mengkaji projek 5 tahun untuk mengumpul dana RM 50 juta melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang telah dirancangkan, termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia.

15. Maksudnya setelah telan duit ahli Kohilal sebanyak RM46 juta, sekarang Pas nak ahli yang sama melaburkan sekali lagi (Round 2) dana sebanyak RM50 juta untuk menutup penyelewengan mereka.


2.0 Cara PAS menipu 20,000 ahli PAS dalam Kohilal



16. Untuk membaik pulih image Pas (kononnya) berkenaan skandal Kohilal ini, Pas membuat beberapa cadangan :

a) Menggalak ahli melabur semula modal sebanyak RM 45 Juta untuk mengganti wang yang telah lesap. Setelah menipu ahlinya sebanyak RM45 juta, Pas nak tipu mereka Round Kedua.


b) Jika (a) tidak menjadi Pas akan mengeluarkan kenyataan keras tidak mengiktiraf KOHILAL sebagai sebahagian daripada PAS



c) Cuba memujuk ahli Kohilal dengan cata memohon maaf saja; dan akhir sekali



d) Mengambil tindakan disiplin parti terhadap mereka yang telah menghancurkan kepercayaan ahli


ULASAN


KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. KOHILAL telah dianggotai hampir 23,000 orang di seluruh negara. Sejak akhir ini PAS terlalu teruja dengan masalah dalaman parti dan terlalu sibuk memberi tumpuan terhadap isu Kerajaan Perpaduan sehingga mereka lupa nasib KOHILAL yang sudah lama jadi kudis dan virus kepada PAS. Sekiranya isu KOHILAL tersebar luas, ramai ahli KOHILAL yang juga ahli PAS bakal berpaling tadah kerana mereka tertipu.

Mengikut survey HarakahDaily.net pada 2003, didapati sekurang-kurangnya 60% responden menyokong PAS atas dasar parti itu menjamin kerajaan yang bersih dari rasuah dan salah gunakuasa. Maka PAS khuatiri skandal RM45 juta duit Kohilal yang lesap ini bakal menghancurkan keyakinan rakyat kepada PAS.

Untuk menjaga maruah parti dan menipu ahli, PAS akan sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum. Namun melihat bahawa begitu banyak maklumat telah sampai ke tangan Unspinners, ahli Pas sendiri yang sudah mula pecah tembelang Pas.

Kes KOHILAL adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi. KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan tidak peka menceburi perniagaan.

Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) tanpa sebarang perjanjian bertulis menunjukkan betapa dunggu Pas tidak tahu mengurus hanya satu saja koperasi. Tapi Pas masih berangan hendak mentadbir negara.

Perbelanjaan tanpa kawalan (contohnya : duit Kohilal digunakan untuk membeli tiket kapalterbang Haji Hadi melawat ke luar negara) menyebabkan ketirisan dalam pengurusan. KOHILAL mengalami kerugiaan yang teruk sehingga tiada duit bayar dividen kepada ahli dunggu yang dahagakan pahala dan syurga.


PAS monopolikan KOHILAL sejak awal lagi



17. Sejak detik wahidnya, Kohilal ditubuhkan dan dimonopolikan oleh Pas. Jadi jangan pula Pas berkata sekarang bahawa Kohilal itu bukan dia punya.



18. KOHILAL didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia mengikut Akta Koperasi 1948 pada 3 JUN 1986. Mesyuarat pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) diadakan pada 19 JULAI 1986. Allahyarham Hj. ISMAIL ABDULLAH, Bekas Timb. Pesuruhjaya PAS WILAYAH PERSEKUTUAN telah dilantik sebagai Pengerusi KOHILAL yang pertama.



Lembaga Pengarah Kohilal dimonopoli ahli Pas semuanya, terdiri daripada 10 orang. Tidak ada langsung Independent Director. Profesional pun tak ada.

Pengerusi: HASSAN SHUKRI


Naib Pengerusi: SHEIKH ABU BAKAR OMAR



Setiausaha: MOHD ISMATH HABIB MOHAMAD



Bendahari: ALI MAIDIN



Anggota Lembaga Pengarah:
ASIMUDDIN SHAMAAN
DR. RAYNEY AZMI ALI
ABDUL AZIZ HASSAN
SYED HAMID SYED MOHAMED
WAN PAUZI YAHYA
AHMAD SUBKY ABDUL LATIF


Semua mereka adalah ahli atau penyokong kuat Pas. Siapa tidak kenal Ahmad Subky Abdul Latif?



Kira-kira bagaimana Pas songlap duit Kohilal



19. Setiap ahli Kohilal dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.



20. Pada awal penubuhan 1986, anggotanya sekitar 156 orang, meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002.



Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta.



21. Apa sudah jadi kepada semua duit ini? Ustaz sudah telan. Buaya yang terbesar di sini termasuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin, bekas Ketua Persatuan Ulama Malaysia. Ada banyak lagi cerita Ustaz Abdul Ghani ini.




3.O AKTIVITI PENIPUAN DAN SONGLAP DUIT KOHILAL OLEH PAS



22. Pada pertengahan 1997, Lujnah Ekonomi PAS Pusat telah melancarkan satu dana pelaburan dikenali sebagai pelaburan “The Year 2000”.



23. Pertama sekali pasal apa PAS guna bahasa Inggeris: pelaburan ‘The Year 2000’? Kenapa tidak digunakan bahasa Arab yang betul ia itu ‘Al Fala’afil Wa ‘Allafa 2000’? Tidakkah bahasa Arab lebih afdal? Atau pun sekurangnya gunalah bahasa Melayu “Dana Tahun 2000”.



24. Pelaburan tersebut dirancang sebagai serampang dua mata iaitu jaminan (palsu) memberi keuntungan kepada ahli Kohilal. Tapi tujuan sebenarnya ialah bagi menampung perbelanjaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-10. Tempoh matang pelaburan pula dijanjikan tamat pada 2000 ataupun sehingga tarikh PRU ke-10 diumumkan. Malangnya sehingga hari ini, tahun 2010, ahli Kohilal hanya menggaru buntot masing-masing.



25. Untuk menipu orang, setiap pelabur KOHILAL dijanjikan bayaran dividen 10% SETIAP BULAN !! Dividen pula akan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Seterusnya badan Perhubungan PAS Negeri dikerah mencari pelabur baru.



26. Mengikut PAS “sekitar 1998, pelaburan KOHILAL menerusi projek ‘Pelaburan - The Year 2000’ telah mendatangkan keuntungan yang memuaskan di mana ahli-ahli yang melabur di bawah skim tersebut telah mendapat keuntungan sepertimana yang dijanjikan”.



27. Tapi sila perhatikan bahawa skim pelaburan ini sudah menyalahi undang-undang. Bagaimanakah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948 boleh digunakan untuk menjana dana untuk membiayai kempen sebuah parti politik seperti PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-10?



28. Apabila Pas mengambil dana Koperasi untuk bayar kempen politik, sudah tentu hak dan kepentingan ahli Kohilal akan tercabul. Dan inilah yang telah berlaku. Yang memburukkan keadaan lagi ialah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Kohilal semuanya adalah ustaz dan orang politik PAS.



29. Memandangkan bahawa Kohilal sekarang kehilangan RM45 juta dan lebih 20,000 ahlinya tertipu, jelas bahawa Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kohilal telah mengutamakan politik PAS dan membayar tambang kapalterbang Haji Hadi Awang. Duit ahli Kohilal RM45 juta sudah hilang.



Skim Pelaburan ala Pak Man Telo



30. Sebelum kita sambung cerita pasal PAS songlap duit ahli Kohilal, mari kita lihat sepucuk surat yang ditulis oleh seorang ahli PAS yang tersiar di HarakahDaily.Net, akhbar Online parti PAS.



31. Hamba Allah ini namanya Nooramaludin Mohamad daripada Bandar Jengka, seorang pengusaha Felda yang sara hidup dengan menanam pokok kelapa sawit. Kerana terlalu mempercayai ustaz PAS, Nooramaludin telah ditipu duit RM4,000 oleh Kohilal.

Bekas ahli Kohilal mohon keprihatinan


Nooramaludin Mohamad, Bandar Jengka 

Sehubungan itu, sehingga sekarang saya masih belum menerima apa-apa bayaran / pemulangan balik wang caruman saham kohilal yang berjumlah hampir RM4,000.00. Sudah hampir 4 kali surat saya utuskan, namun tiada jawapan dari Kohilal.

Besarlah harapan saya agar Kohilal dapat memulangkan kembali wang saham yang saya laburkan itu dipulangkan segera. Saya amat memerlukan wang tersebut bagi urusan perbelanjaan persekolahan anak-anak saya.

Sekian, semoga mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak tuan”

Sudah empat kali Nooramaludin tulis surat minta balik duit dia, habuk pun tak dapat.


Sila perhatikan bahawa Nooramaludin tidak minta bayaran dividen atau bonus. Beliau minta dipulangkan pelaburan asalnya saja RM4000 untuk bayar perbelanjaan sekolah. 



Dan ini pula jawapan PAS? Sila baca berita ini daripada Malaysiakini:

“Bekas pengarah: Pelaburan Kohilal rugi kerana ‘tidak bernasib baik’


Seorang bekas pengarah Koperasi Al-Hilal (Kohilal) berkata, kegagalan pelaburan koperasi itu – yang dianggotai oleh ahli PAS – pada tahun 1990-an sehingga kerugian RM45 juta, bukanlah kerana kelemahan pihak pengurusannya, tetapi kerana ‘tidak bernasib baik”.”



Jadi Nooramaludin, fahamilah bahawa dalam skim perniagaan PAS dan Kohilal, saudara perlu tentukan “nasib baik” dulu. Kepintaran memahami bisness semua tidak perlu. Kecekapan menerokai pasaran semua tidak perlu juga. Kebolehan pengurusan perniagaan semua tidak perlu.

Dalam skim perniagaan PAS dan Kohilal, anda hanya memerlukan “nasib baik”. Kalau ada “good luck” atau “nasib baik” maka boleh berjaya. Jelas sekali bukan saja Kohilal tetapi saudara Nooramaludin pun “tidak bernasib baik”. Sorry lah brader.

Satu lagi tempat untuk menceburi bisnes secara “nasib baik” ialah di Casino Genting Highlands. Sunnah di Casino Genting Highlands serupa saja dengan sunnah di Kohilal. Kita cuba “nasib baik” atau “good luck” saja. Kalau ada “nasib baik” boleh jadi kaya.

Kalau “tidak nasib baik”, sorry lah. Modal semua hilang.



32. Jadi saudara, inilah jawapan yang diberi oleh Pengurusan Kohilal untuk menutup penipuan mereka menelan duit ahli PAS sebanyak RM45 juta.



33. Mereka berani dan sanggup memberi jawapan seperti ini kerana secara lazimnya ahli PAS dan Kohilal adalah orang kampong yang dhaif dan kurang berpelajaran, seperti saudara Nooramaludin, peneroka Felda di Bandar Jengka.



34. Majoriti ahli PAS memang orang kampong yang tidak berpelajaran tinggi yang mudah ditipu dengan bacaan doa, ayat-ayat bahasa Arab, janji “undi syurga” dan sebagainya. Di sini saya salahkan ahli Pas juga. Bila kita bodoh, orang lain akan perbodohkan kita lagi.





Saudara-saudari ahli PAS, amat jelas sekali Pas telah menipu ahli Kohilal dengan janji kosong dan palsu.



35. Pada 1997, Pas telah menjanjikan mereka, ‘di bawah skim ini, setiap pelabur yang melabur di bawah KOHILAL dijanjikan dengan bayaran dividen sehingga 10% setiap bulan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Selain itu, Badan Perhubungan PAS Negeri juga dipertanggungjawabkan mencari pelabur baru dan akan mendapatkan dividen yang sama’.



37. Untung 10% setiap bulan? Ini adalah perkara yang amat mustahil sekali. Maksudnya 120% setahun. Pada 1997, tabung Amanah Saham Nasional ia itu antara tabung pelaburan yang paling berhasil sekali hanya membayar dividen sekitar 8% SETAHUN sahaja ataupun 0.67% SEBULAN.



Tapi Kohilal telah janjikan ahlinya pulangan 10% SEBULAN!! Ia itu 120% SETAHUN !!



Saudara saudari ahli PAS, jangan marah secara membuta. Marilah kita bersama-sama gunakan otak dengan waras untuk meneliti perkara ini.



38. Cuba kita bandingkan: Apakah kelebihan Kohilal yang dipengerusikan ustaz totok PAS dan pengurus Kohilal yang tidak berkelulusan apa pun, berbanding dengan Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh pakar-pakar kewangan dan pakar ekonomi bertaraf dunia? Jauh sekali bezanya.



39. Walaupun demikian, Amanah Saham Nasional hanya janjikan dividen 8% SETAHUN. Sebaliknya Kohilal pula boleh janjikan dividen 10% SATU BULAN!!! MAKSUDNYA 120% SETAHUN? Hebatnya janji mereka. Janji mereka semua palsu sebab yang menjadi nyata sekarang Kohilal dan PAS sudah songlap duit ahli PAS sebanyak RM45 juta.



40. Jadi sekarang saudara saudari ahli PAS perlu untuk mengimbas kembali ‘Apakah niat mereka, apabila Kohilal janjikan dividen 10% sebulan (120% setahun)?’ Jelas sekali orang yang pandai sikit (ustaz PAS) hendak perbodohkan orang yang kurang pintar (ahli Kohilal peneroka Felda dsbnya) dengan janji dividen 10% sebulan.



41. Bayangkanlah : kalau lah Amanah Saham Nasional yang jauh lebih pandai berniaga daripada Kohilal, janjikan dividen 10% sebulan, boleh ke kita percaya mereka? Sudah tentu tak boleh. Habis macam mana pula kita nak percaya PAS, yang tak tahu niaga apa pun, boleh bayar dividen 10% SATU BULAN?



42. Ianya memang benar sebahagian ahli Kohilal telah mendapat pulangan lumayan pada tahap awal. Bagaimanakah Kohilal boleh melakukannya? Jawapannya terletak di sini :

“Selain itu, Badan Perhubungan PAS Negeri juga dipertanggungjawabkan mencari pelabur baru dan akan mendapatkan dividen yang sama”.

43. Maksudnya untuk memperdayakan ahli, Kohilal ambil sumbangan dana daripada ahli baru dan membayarnya sebagai dividen kepada ahli lama. Serupa dengan skim cepat kaya Pak Man Telo di Perak pada satu ketika dulu. Inilah skim cepat kaya yang akhirnya bungkus juga.


44. Tuan-tuan sekalian, pendek kata, selama 13 tahun, ia itu sejak 1997 PAS dan Kohilal telah membohongi dan menipu ahli Kohilal ia itu saudara seperjuangan dan saudara se Islam mereka sendiri.



45. Yang menjadi kaya adalah ustaz-ustaz dan pemimpin PAS yang sedia faham bahawa selagi PAS janjikan syurga dan pahala maka ahli PAS, yang kebanyakkannya orang kampong dan golongan yang tidak terpelajar, akan terus memberi sokongan kewangan kepada Kohilal menerusi yuran dan pelaburan mereka.


5.0  Penyata Akaun Misteri & Anak Syarikat Tidak Berdaftar

Keuntungan Kohilal RM1,575 sebulan! Kurang daripada gaji kerani kerajaan.

46. Itulah sebenarnya yang berlaku. PAS telah menipu ahli Kohilal bahawa skim pelaburan KOHILAL yang terlibat dalam memasarkan barangan tradisional seperti bedak, jamu, makanan ringan, minuman, ubat gigi dan sebagainya memberi kadar faedah yang menarik.


47. Tetapi perkara yang sebenarnya ialah sepanjang tempoh sepuluh 10 tahun (1986 – 1995), perniagaan KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan yang dianggarkan (PAS sendiri tidak pasti) RM 189,431.00. Maksudnya keuntungan purata tahunan hanya RM18,943.00 atau disekitar RM1,575.00 sebulan.



48. Tuan-tuan cuba fikir perkara ini baik-baik.



Dengan yuran ahli lebih daripada RM2.078 juta, bilangan ahli lebih 20,000 orang, Lembaga Pengarah 10 orang dan pasukan pengurusan yang dilantik PAS, Kohilal hanya dapat menjana keuntungan RM1,575 sebulan!!!



Makcik yang menjual nasi lemak atau pisang goreng di kaki lima Kuala Lumpur pun boleh mendapat keuntungan yang lebih daripada RM2,000.00 sebulan.



49. Pelaburan “risiko tinggi” pula.



Mengikut laporan consultant yang telah kami terima, berikut:

“Pada akhir 1995, KOHILAL telah melangkah lebih jauh di mana koperasi tersebut telah membuat pelaburan berisiko tinggi dan beberapa anak syarikat telah diwujudkan dalam dan juga luar negeri.


50. Di peringkat antarabangsa, koperasi ini telah melibatkan dalam pelaburan di INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, dan AUSTRALIA serta urusniaga import eksport barangan daripada YAMAN dan IRAN melibatkan barangan makanan dan minuman seperti Tamar, Kismis dan Air Zam- Zam menerusi anak-anak syarikat dalam negeri yang bernaung di bawah koperasi KOHILAL:

  • Pusat Perubatan KOHILAL, Taman Melawati, SELANGOR;
  • Koperasi Darul Qarar Berhad, KELANTAN;
  • Koperasi Al-Falah Berhad, Seremban, NEGERI SEMBILAN;
  • Koperasi Al-Makmur Berhad, PAHANG;
  • Koperasi Al-Barakah Berhad, Alor Setar, KEDAH;
  • Koperasi PERAK, PERAK; dan
  • Koperasi Hak Anak (KOHAMAS) MELAKA, MELAKA.”
51. Perhatikan bahawa perniagaan ini termasuk mengimpot kismis, air zam zam dan buah tamar yang dijual sebagai penawar anak dunggu, rahsia keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya oleh agen ustaz dan ulama tertentu seperti Ahmad Awang dan Harussani Zakaria.


52. Kismis dan tamar sering dijual dengan menggunakan nama mereka. Mereka mendapat komisen dan menjadi kaya tapi hutang kepada Kohilal tidak terbayar. Kohilal dan ahlinya rugi tapi Ahmad Awang, Harusaani Zakaria, Abdul Ghani Samsudin dan ustaz lain semua untung besar.



53. Dan mereka membohong lagi. Menurut PAS sendiri, “beberapa anak-anak syarikat KOHILAL tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Koperasi.” Maksudnya mereka masih beroperasi sebagai syarikat ‘haram’ yang tidak berdaftar.



54. Contoh anak-anak syarikat Kohilal yang beroperasi tanpa pengiktirafan Jab. Pembangunan Koperasi ialah :

  • Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Negeri Kelantan Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Negeri Terengganu Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Negeri Pahang Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Wilayah Tengah Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Negeri Melaka Sdn. Bhd.
Tuan-tuan apakah muslihat disebalik mengendalikan syarikat yang tidak berdaftar?


55. Senang saja.



Syarikat yang tidak berdaftar sebenarnya tidak wujud secara sah dan rasmi. Syarikat demikian tidak perlu sediakan penyata akaun atau menyediakan laporan tahunan setiap hujung tahun.



56. Tapi syarikat tersebut masih digunakan untuk mengutip derma, sumbangan daripada ahli PAS, yuran daripada ahli Kohilal dan juga dana pelaburan daripada syarikat induk ia itu Kohilal sendiri.



57. Kemudian duit yang diperolehi itu disonglapkan atas alasan membiayai kempen pilihanraya, lawatan pemimpin PAS seperti Hadi Awang ke luar negara dan projek yang membazirkan wang ahli Kohilal.



58. Ustaz-ustaz PAS yang jual kismis ajaib – penawar untuk anak dunggu lulus peperiksaan, menggunakan duit ahli Kohilal untuk mengimpot kismis daripada Iran, Yemen dan tempat lain. Kemudian mereka menjual ‘kismis untuk anak dungu’ dan memperolehi kekayaan yang besar.



59. Cuma mereka “terlupa” menjelaskan hutang mengimpot kismis kepada Kohilal. Hutang mereka kepada Kohilal sampai beratus ribu ringgit – semuanya tidak terbayar.



60. Jadi, jika sdra-sdri kunjungi kedai runcit kampong atau mini market dan melihat gambar Ustaz Ahmad Awang atau Ismail Kamus pada pelekat ‘kismis untuk anak dunggu”, fahamilah bahawa kismis itu dibeli dengan duit ahli Kohilal dan ahli PAS. Duit anda sendiri.



61. Tapi jika sesiapa ingin mencuba untuk memeriksa penyata akaun anak syarikat Kohilal itu – anda membuang masa saja.



62. Sebab syarikat itu TIDAK BERDAFTAR. Syarikat yang tidak berdaftar sebenarnya TIDAK WUJUD secara rasmi. Syarikat yang tidak wujud secara rasmi TIDAK ADA penyata akaun.



Aset dan kedudukan kewangan Kohilal



63. PAS berkata bahawa setakat ini, dana KOHILAL adalah dari :

  • BPA (Caruman Bulanan Anggota untuk Akaun Simpanan) dianggarkan berjumlah RM140,000.00 setiap bulan.
  • Hasil perniagaan berpunca dari aktiviti penjualan barangan sekitar RM 40,000.00 hingga RM 50,000.00 sebulan. Jumlah keuntungan kira-kira 10% - 20% sumbangan dari keseluruhan aktiviti dijalankan.
  • Pendapatan dari sewa bangunan berjumlah RM21,650.00 sebulan yang kebanyakan penyewa terdiri daripada anak-anak syarikat


Senarai perbelanjaan dan keuntungan adalah seperti gambarajah berikut: 





64. Yang amat pelik disini ialah caruman bulanan anggota sebanyak RM140,000.00 jauh melebihi hasil perniagaan dan penjualan barangan sekitar RM40,000 – 50,000 sahaja sebulan. Soalannya ke mana pula pergi baki caruman bulanan anggota sebanyak RM100,000 itu?


65. Sewa bulanan pun penipuan juga sebab menurut senarai Perbelanjaan dan Keuntungan, Kohilal tidak dapat kutip semua sewa. Sewa yang dibayar hanya 10% sahaja daripada RM21,650 itu atau RM2,165 sahaja.



66. Ini kerana sewa bulanan pun dikutip daripada anak-anak syarikat Kohilal juga, yang semuanya rugi.



67. Maksudnya sewa sebenarnya dibayar dengan menggunakan caruman bulanan anggota Kohilal juga dan bukan daripada hasil perniagaan. Pengurusan perniagaan jenis apa pula in?



Senarai aset yang dimiliki oleh Kohilal adalah berikut:








Penyata kewangan yang misteri.


68. Yang berikut pula penyata kedudukan kewangan Kohilal. Siapa pun tidak boleh memahami apa maksud penyata kewangan ini sebab penyata ini ditulis ikut cara yang amat mengelirukan supaya tiada siapa pun boleh faham maksudnya. Sila

Tuan-tuan sendiri cuba membaca dan memahami penyata yang berikut :





Akauntan pun tidak boleh faham apa maksud penyata kewangan ini.


69. Sila lihat bahawa Simpanan Anggota dicatit berjumlah RM39.840 Juta. Tapi ini pun pembohongan juga sebab duit ini sudah tidak ada.



70. Sudah jadi ghaib seperti hutang buah tamar, hutang buah kismis dan hutang air zam-zam yang masih tidak terbayar oleh pengusaha kismis, zam zam dan buah tamar yang bersekongkol dengan ustaz dan ulama pro PAS. Mereka semua sudah kaya dengan menelan duit ahli Kohilal.



71. Menurut konsultan yang dilantik oleh PAS, pada 2000-2002, KOHILAL berada dalam keadaan tenat dan terpaksa menampung kos perbelanjaan pengurusan kira-kira RM40,000.00 sebulan tidak termasuk pembayaran hutang secara bulanan kepada BIMB sebanyak RM 48,000.00. Ini sudah defisit setiap bulan.



72. Selain itu, Kohilal juga terpaksa menyediakan peruntukkan untuk pengeluaran pelaburan (modal pusingan) perniagaan dan pembayaran dividen saham kepada ahli setiap 3 bulan seperti yang telah dijanji. Pada 2000-2002 sahaja perbelanjaan memerlukan RM 10 juta.


4.0 Muktamar akan diguna untuk tutup kes



KEJATUHAN PERNIAGAAN KOHILAL



73. Sekitar 1998 hingga 2000 anak-anak syarikat KOHILAL mengalami kerugian dalam perniagaan dan pelaburan di dalam dan luar negeri. Faktor mendorong kejatuhan perniagaan KOHILAL antara lain adalah kegagalan anak-anak syarikat KOHILAL membuat sebarang perjanjian bertulis dengan syarikat-syarikat pelaburan di luar negeri seperti di THAILAND dan INDONESIA.



Inilah kebodohan PAS dalam menjalankan perniagaan – agreement atau perjanjian bertulis pun mereka tak tahu nak buat. Habis macam mana bisnes nak hidup?



74. Pada waktu itu juga, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan anak-anak syarikat KOHILAL sudah banyak berlaku tapi perkara tersebut tidak dilaporkan secara terbuka.



75. Sebaliknya PAS cuba tutup penyelewengan ini. Antara sebabnya ialah kerana Pilihanraya Umum menjelang tiba. PAS tidak mahu skandal ini dibocorkan (dan memang pun begitu sehingga hari ini).



76. Dedah atau tidak, pada 2003 KOHILAL sudah mula merasa kehilangan wang caruman dan dana perniagaan. Kohilal merasa tertekan kerana cashflow atau alirtunai sudah kering.



77. Parti PAS diberitahu bahawa Kohilal mengalami masalah kewangan yang serius dan usaha-usaha untuk menyelamatkan KOHILAL perlu dijalankan.



Antara cadangan yang telah diusulkan ialah :

i) supaya setiap anggota KOHILAL diwajibkan menyumbang RM10.00 seorang untuk menambah dana wang sekali lagi


ii) untuk menjimatkan kos, pekerja dibuang kerja dan elaun pekerja dikurangkan.



iii) KOHILAL boleh menjual aset yang sedia ada.

Walaupun kami Unspinners bukan penyokong PAS, tapi kami merasa kasihan juga terhadap nasib berpuluh ribu peneroka Felda, peneroka Felcra, kakitangan awam dan orang lain yang telah melabur duit dengan Kohilal. Duit tuan-tuan sudah lenyap.


Apakah tindakan yang harus diambil oleh tuan-tuan sebagai ahli Kohilal :

a.    Jangan melabur wang anda dengan Kohilal lagi


b.    Jangan membayar yuran atau caruman bulanan lagi

c.    Sesiapa yang telah melabur wang dengan Kohilal sila membuat Laporan Polis dengan seberapa segera. Wang anda sudah lesap ditelan oleh ustaz dan ulama PAS.

Bala Tuhan yang dijanjikan ke atas kaum yang penipu dan munafik sedang menimpa anda semua. Duit anda sudah hilang. Anda semua masih miskin, mungkin papa kedana. Inilah bala Tuhan. Inilah akibatnya menyokong parti yang pembohong dan penipu. Parti yang menjual ayat Quran, menjual nama Nabi dan nama agama. Parti yang menjual “tiket masuk syurga”. Inilah akibatnya menyokong Ketua

Pembangkang yang berfe’el kaum Nabi Lut yang peliwat. Inilah akibatnya memfitnah orang Islam lain sebagai kafir.


Jadi berhentilah daripada menyokong mereka semua. Mereka hanya memperbodohkan tuan-tuan semua. Tuan-tuan tidak perlu sokong UMNO tapi jangan jadi Pak Bodoh dan jadi kaldai ulamak PAS dan peliwat Anwar Ibrahim.



Sumpah Saiful Bukhari Azlan di Masjid dengan menjunjung Al Quran sudah direstui Allah swt. Jelas bahawa bencana demi bencana yang menimpa puak politik pembangkang adalah akibat sumpah berani Saiful Bukhari Azlan itu. Mugnkin tuan2 boleh bersumpah dalam masjid, kot?

Tuan puan, saudara saudari,



Apabila isu Tabung Memali bocor ditelanjangkan dulu, presiden PAS ketika itu Fadhil Noor, telah mengadakan suatu perjumpaan khas dengan balu dan anak yatim Memali yang dhaif dan miskin. 



Pada perjumpaan itu Fadhil Noor telah memaki hamun dan mencaci kesemua balu-balu Memali yang hadhir sebagai wanita murahan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.



Isunya senang saja. Lebih tiga juta Ringgit wang Tabung Memali sudah hilang. Balu-balu Memali mengadu tidak mendapat satu sen pun daripada Tabung Memali padahal PAS telah mengutip derma berjuta Ringgit dengan melolong nama mereka juga. PAS minta semua orang derma duit ke Tabung Memali untuk membantu balu dan anak-anak yatim para ‘syuhada’ Kampong Memali yang telah mati ditembak Polis.



Pada perjumpaan itu Fadhil Noor telah memutar belitkan keadaan dan memarahi balu dan anak-anak yatim Memali bahawa PAS telah berjuang untuk membersihkan nama suami dan ayah mereka yang terkorban. 



Maka mereka harus berterima kasih kepada PAS yang telah berjuang dengan begitu bersungguh menjaga maruah keluarga mereka. Pasal duit pula, itu perkara remeh saja kata Fadhil. Pasal apa nak merungut pasal sekupang dua kupang? 



Tapi Fadhil Noor mempunyai niat yang lebih jahat lagi untuk berjumpa balu Memali. Sebenarnya Fadhil Noor lebih khuatiri muktamar PAS yang bakal tiba dan bukan pasal kebajikan balu Memali. 



Fadhil Noor telah mengumumkan kepada muktamar PAS bahawa isu Tabung Memali sudah selesai setelah presiden sendiri mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan balu dan anak yatim Memali. 



Semua ahli PAS dungu yang hadhir bertakbir dan kesedapan sendiri melancap dalam keseronokan. Maka ditutuplah tirai atas babak Tabung Memali Bocor.



Tuan-tuan, dalam Kitab Suci Al Quran, Allah swt memberi amaran keras:

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala (Surah Al Nisaa : 10)."

Maka sedikit masa selepas memaki dan mencaci balu dan anak yatim Memali, Fadhil Noor mula jatuh sakit. Bala Tuhan mula jatuh atas kepalanya. Dia kerap masuk keluar hospital. 

Akhir sekali Fadhil Noor mati dalam kesakitan akibat penyakit kanser. Orang telah bercerita bahawa apabila mayat Fadhil Noor diusung, jenazah itu berasa amat berat. Mayatnya juga berbau busuk – semua ini menjadi alamat orang yang banyak berdosa.

Begitu juga pada muktamar bulan Jun 2010, PAS cuba untuk menutup “Skandal Hilang Duit Kohilal RM45 juta”.

Muktamar PAS bulan Jun ini (9 - 13) akan membawa pendekatan ‘kohilang’ saja lah. Maksudnya sesiapa yang ingin pertikaikan pasal hilang duit Kohilal RM45 juta, mereka akan disuruh ‘ngko pi hilang sajalah’.

Pendedahan Unspinners yang lewat ini tidak memberi PAS masa yang cukup untuk mengadakan ‘Perjumpaan Khas Untuk Memaki & Mencaci Ahli Kohilal’.

Tapi dont worry brader – PAS akan main silat taici supaya isu ini tidak akan ditimbulkan pada muktamar parti bulan depan. Sesiapa yang berani membawa usul untuk membincangkan isu “Hilang Duit Kohilal RM45 Juta” akan disuruh ‘kohilang’.


5.0  RUMUSAN



Pemimpin PAS mungkin sudah lupa akan 'Tragedi Berdarah Memali' pada tahun 1985 yang tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA. Penyokong PAS generasi kini pula mungkin ramai yang tidak tahu menahu mengenai peristiwa ini.


Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu. Kepimpinan PAS kemudiannya atau kononnya telah mengambil tugas menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh atas dasar tanggungjawab. Untuk tujuan ini, PAS telah melancarkan Tabung Memali untuk mengumpul dana bagi membantu balu dan anak Ibrahim Libya serta pengikut lain yang menjadi mangsa tembakan polis. Dianggarkan tabung tersebut berjaya mengutip lebih RM300,000.



Tetapi lebih sepuluh tahun kemudian, ahli PAS sendiri yang ketika itu dipimpin oleh Mujahid Yusof Rawa, telah mendedahkan bahawa selama lebih sepuluh tahun tidak ada satu sen pun daripada Tabung Memali yang telah sampai kepada balu dan anak-anak mangsa. Duit Tabung Memali semua telah di songlap oleh pemimpin PAS.




PAS cuba berdolak dalih serta menuding jari ke semua arah dalam usaha mereka membela diri. Tetapi, mahu tidak mahu mereka terpaksa juga menghadapi keluarga mangsa dalam satu perjumpaan yang mana berakhir dengan cabar-mencabar, pergaduhan dan ketegangan.



Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah. Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan. Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri 'bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan'.



Selain tabung Memali, PAS juga menubuhkan tabung derma yang dihulurkan kepada penyokong mereka setiap kali berceramah. Tidak cukup dengan itu, ada juga tabung yang bernama Tabung Mangsa Kezaliman UMNO yang kononnya diwujudkan untuk membantu mangsa perobohan rumah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Belimbing Api, Jabi Terengganu.



PAS memang suka ‘menabung’. Hairannya, tabung mereka semua kosong. Jika tidak, mana mungkin PAS Kedah terpaksa membalak secara haram untuk menjana pendapatan negeri dan PAS Kelantan sehingga kini masih menjadi negeri paling miskin walau telah berpuluh tahun berkuasa.



Tidak cukup dengan melenyapkan duit ‘menabung’, PAS juga telah melenyapkan hampir RM45 juta ringgit milik ahli mereka melalui Koperasi Al-Hilal (KOHILAL).




KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. Dianggarkan terdapat 23,000 orang ahli KOHILAL di seluruh negara. Setiap ahli KOHILAL dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.



Pada awal penubuhannya pada tahun 1986, anggotanya hanyalah sekitar 156 orang. Jumlah itu meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002 sahaja.



Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta pada jangka masa tersebut.



KOHILAL didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia mengikut Akta Koperasi 1948 pada 3 Jun1986. Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) diadakan Pada 19 Julai1986. Allahyarham Hj. Ismail Abdullah, Bekas Timb. Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan telah dilantik sebagai Pengerusi KOHILAL yang pertama.



Lembaga Pengarah Kohilal adaah terdiri daripada:



Pengerusi: Hassan Shukri



Naib Pengerusi: Sheikh Abu Bakar Omar



Setiausaha: Mohd Ismath Habib Mohamad



Bendahari: Ali Maidin



Anggota Lembaga Pengarah:
Asimuddin Shamaan
Dr. Rayney Azmi Ali
Abdul Aziz Hassan
Syed Hamid Syed Mohamed
Wan Pauzi Yahya
Ahmad Subky Abdul Latif



Aktiviti Pelaburan KOHILAL termasuklah memasarkan barangan tradisional seperti bedak, jamu, makanan ringan, minuman, ubat gigi dan sebagainya.



Di peringkat antarabangsa, koperasi ini telah melibatkan dalam pelaburan di INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, dan AUSTRALIA serta urusniaga import eksport barangan daripada YAMAN dan IRAN melibatkan barangan makanan dan minuman seperti Tamar, Kismis dan Air Zam- Zam menerusi anak-anak syarikat dalam negeri seperti:



• Pusat Perubatan KOHILAL, Taman Melawati, SELANGOR;
• Koperasi Darul Qarar Berhad, KELANTAN;
• Koperasi Al-Falah Berhad, Seremban, NEGERI SEMBILAN;
• Koperasi Al-Makmur Berhad, PAHANG;
• Koperasi Al-Barakah Berhad, Alor Setar, KEDAH;
• Koperasi PERAK, PERAK; dan
• Koperasi Hak Anak (KOHAMAS) MELAKA, MELAKA.”



Kismis dan tamar ini sering dijual dengan menggunakan nama Ahmad Awang, Harusaani Zakaria, Abdul Ghani Samsudin dan lain-lain dan mereka inilah menikmati keuntungan besar sedangkan ahli KOHILAL tidak mendapat apa-apa selain dapat menikmati kismis dan tamar.



Beberapa anak-anak syarikat KOHILAL masih beroperasi sebagai syarikat ‘haram’ yang tidak berdaftar contohnya:
• Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Kelantan Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Terengganu Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Pahang Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Wilayah Tengah Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Melaka Sdn. Bhd.



Syarikat-syarikat tidak berdaftar tersebut masih digunakan untuk mengutip derma, sumbangan daripada ahli PAS, yuran daripada ahli Kohilal dan juga dana pelaburan daripada syarikat induk ia itu Kohilal sendiri.



Kemudian duit yang diperolehi itu disonglapkan atas alasan membiayai kempen pilihanraya, lawatan pemimpin PAS seperti Hadi Awang ke luar negara dan projek yang membazirkan wang ahli Kohilal.



Akibatnya, KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan kejahilan pihak pengurusan mengenai perniagaan. Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) dibuat tanpa sebarang perjanjian bertulis dan perbelanjaan keluar masuk juga tidak dikawalselia.



KOHILAL kini tidak mampu langsung membayar dividen kepada ahli. Manakan tidak, apabila sepanjang tempoh sepuluh 10 tahun (1986 – 1995), perniagaan KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan yang dianggarkan (PAS sendiri tidak pasti) RM 189,431.00. Maksudnya keuntungan purata tahunan hanya RM18,943.00 atau disekitar RM1,575.00 sebulan.



Untuk menjaga maruah parti dan seterusnya menipu ahli, PAS sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum.



Pada tahun 1997, setiap pelabur di bawah KOHILAL akan dibayar dividen sehingga 10% setiap bulan atau 120% setahun dibayar secara tiga bulan sekali, melebihi ASN yang mana hanya mampu membayar 8% setahun. Simpanan Tetap Bank juga hanya mampu memberi pulangan sebanyak lebih kurang 4%. Dan simpanan melalui ‘Unit Trust’ pula hanya mampu memberi pulangan paling tinggi lebih kurang 12% bagi sesetengah saham. Justeru, bagaimanakh KOHILAL yang diuruskan oleh mereka-mereka yang tiada kelayakan dalam pengurusan kewangan boleh menjanjikan pulangan sedemikian tinggi?



Sesiapa sahaja yang arif tentang pelaburan dan perniagaan pasti tahu bahawa apa yang dijanjikan PAS melalui KOHILAL ini adalah tidak masuk akal sama sekali.



Hakikatnya, KOHILAL hanyalah satu skim cepat kaya yang jauh lebih kotor dari Pak Man Telo kerana ia menggunapakai nama Islam di bawah PAS. Kesemua wang kotor dari skim cepat kaya ini, wang dari dana milik waris mangsa Memali dan juga wang yang ditadah dari tabung-tabung ‘bocor’ PAS telah bercampur baur dengan darah mangsa Memali kini hanyir dan kering di tangan pemimpin PAS. Bayangkanlah, tangan itulah yang memegang mikrofon ceramah menjanjikan syurga kepada penyokong mereka.






sumber: 



1 comment:

  1. Tuan, boleh tahukah bagaimana nak menuntut modal dana yg dilaburkan? Arwah abah sy telah melabur sebanyak 20k hasil duit pencen, sekarang arwah abah sy dh tiada. Ada ke cara menuntut kembali?

    ReplyDelete