Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa
terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan
dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba
menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin, berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.
"Beberapa
pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga
sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk
mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya
(PKM) di sana.
"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini. – BERNAMA
Sumber: BERNAMA
No comments:
Post a Comment