1. Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan PKR
hanya akan bertanding di 66 kerusi parlimen dalam PRU 13 nanti, jauh
berkurangan berbanding sebelumnya.
2. Penyusutan 31 kerusi jika dibandingkan dengan 97 kerusi
parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12 2008 yang lalu.
3. Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini
juga berkaitrapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi
memberi cabaran sengit terhadap BN.
4. Dengan ketetapan jumlah kerusi untuk PAS tandingi pula
hanyalah 67 kawasan parlimen bermakna baki sejumlah 89 kawasan lagi bakal
menyaksikan calon DAP yang berentap menentang BN.
6. Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan
parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi
PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP.
7. Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk
mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.
8. Banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi PKR masih
kosong tak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon
payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili PKR.
9. Ini juga bermakna propaganda Anwar Ibrahim selama ini untuk
merampas Putrajaya tidak lebih sekadar seekor ayam yang riuh sekampung tapi
telurnya sebiji.
10. Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi
yang ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa.
Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di parlimen Sibu.
11. PKR pula hanya menang di 31 kerusi sekalipun berbanding 97
kawasan yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan dan hanya
menang di 23 kerusi.
12. Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi
parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi
lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil.
13. Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada
DAP, seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan parlimen
yang ditandingi pakatan pembangkang.
14. Dengan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR
dan PAS, tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan
pembangkang.
15. Dan sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar
dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai PM sekiranya
pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi
kenyataan.
16. Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang
Melayu Islam yang berada dalam PKR dan PAS?
No comments:
Post a Comment