1. Bertalu-talu
pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan menyanggah PAS berkaitan hudud. Pening betul mereka dengan sikap putar-belit
dan dolak dalih PAS berkenaan isu itu.
2. Sedangkan kerjasama
PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu
Negara Islam termasuk hudud. Namun,
semakin PRU menghampiri, seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit
menjadi ‘pejuang hudud’ dan Negara Islam.
Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot
terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali.
3. Akhir-akhir ini, PAS dikecam
teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP. Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda
tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu. Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis
gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu
kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun.
4. Dengan PRU semakin hampir,
PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya
tinggal di serban dan jubah sahaja. Di
tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan ‘tak berapa cerdik’ yang mula
memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan ‘keIslaman’
PAS.
5. Justeru, tidak dapat tidak,
PAS terpaksa kembali memainkan ‘hudud’ sebagai bahan promosi dan kempen bagi
meraih undi dari umat Melayu.
Tindakan ini telah
membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS.
6. Karpal Singh pantas
membuat kenyataan tegas bahawa sebarang
cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk
niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan
Negara Islam dan membina Negara Kebajikan.
Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga.
7. Kenyataan sama juga diulangi
oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu
menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud.
8. Ternyata, PAS telah berjaya
menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang
kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang
melibatkan agama.
9. Sebenarnya, PAS tidak akan
mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. ‘Hudud’ bukan isu yang akan membawa PAS
mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia
hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS
tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.
10. Jika ada yang masih
menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS
memperjuangkan Islam. Mereka ini akan
tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam
seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.
11. Namun, sikap tidak konsisten
PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti
betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu. Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin
keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana
kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan
mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.
No comments:
Post a Comment