mykmu.net

Thursday 19 July 2012

APABILA LIM KIT SIANG MULA MEMPERTIKAIKAN CYBERTROOPERS BN: SIAPAKAH YANG LEBIH RACIST ??






1. Nampaknya para pemimpin dan gerakan cybertroopers pembangkang mula gerun dan takut dengan senario gerakan-gerakan para penyokong UMNO/BN yang semakin menguasai medan politik di ruang maya internet.

2. Lim Kit Siang melahirkan rasa risau dan susah hati dengan kewujudan puluhan ribu para penyokong UMNO/BN yang bermati-matian menyerang pembangkang dan mempertahankan maruah parti dari fitnah serta propaganda busuk Pakatan Haram.

3. Mungkin panik dengan keadaan ruang maya yang semakin hangat mendedahkan pelbagai pembohongan pembangkang, penasihat DAP itu jelas “tenggelam punca” apabila menuduh para penyokong UMNO/BN di ruang maya itu sebagai anti-nasional.

4. Lantaran itu, dia menyalahkan beberapa agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang cukai rakyat di negara ini dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru.

5. Pada pandangan saya, tuduhan Kit Siang bahawa pengamal media baru internet pro-kerajaan sebagai “anti-nasional” adalah satu tuduhan terdesak dan tidak masuk logik akal sama sekali.

6. Siapa Kit Siang untuk menuduh begitu sedangkan kebangkitan para pengamal media internet yang menyokong gagasan dan wawasan kerajaan itu berpunca dari tindakan Pakatan Haram sendiri yang mempergunakan medium media baru itu sebagai saluran persepsi buruk dan memfitnah pemimpin dan kerajaan.

7. Apatah lagi sejarah media baru itu memperlihatkan bagaimana pembangkang menjajah pemikiran rakyat supaya memberontak, berfikiran negatif, tidak konstruktif dan sering menimbulkan propaganda keji yang menimbulkan ketegangan isu sensitif, termasuk isu perkauman dan keagamaan.

8. Kita masih ingat lagi bagaimana kerajaan yang mengamalkan polisi ketelusan dan kebebasan bersuara telah disalahgunakan oleh media dan bloggers pro-pembangkang di internet dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah.

9. Dari sekecil-kecil kes seperti longkang pecah dirumah Pak Ali hinggalah kepada fitnah-fitnah besar seperti kes mendiang Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak pembangkang tidak jemu-jemu menabur tohmahan.

10. Malah, para pemimpin pembangkang seperti Nizar Jamaluddin beberapa kali mempergunakan medium internet untuk berlaku biadap, kurang ajar dan derhaka kepada institusi DiRaja dan pihak Istana.

11. DAP mengutarakan ideologi rasis chauvinis ultra kiasu, PKR begitu popular dengan cerita-cerita karut dan rekayasa yang tidak masuk dek akal, manakala PAS pula semakin giat menjalankan “perniagaan menjual agama” mereka kepada umat Islam di negara ini.

12. Peliknya, pembohongan serta propaganda jijik mereka itu tetap juga dipercayai oleh para penyokong Pakatan Haram meskipun segala bukti dan penjelasan berfakta diberikan bagi menafikan fitnah jahat tersebut.

13. Sedangkan, perkara benar dan sahih dibongkarkan mengenai skandal rakaman video yang jelas 99 peratus Anwar itu pula tidak dipercayai dengan alasan bahawa ia merupakan “besi” yang tidak boleh dijadikan bukti kukuh!

14. Dan sehingga kini, laman-laman web pro-pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Harakahdaily, laman-laman blog dan portal masih lagi begitu aktif memburuk-burukkan keadaan serta menghuru-harakan pemikiran rakyat.

15. Jadi, salahkah rakyat Malaysia yang celik IT dan bijak membezakan antara mana satu yang benar dan mana satu yang salah untuk tampil di media internet menyatakan kebenaran dan pendapat yang bernas mengenai isu-isu tersebut?

16. Salahkah cybertroopers yang cintakan keharmonian di antara kaum di negara ini bangkit menentang dakyah politik jahat pembangkang itu?

17. Salahkah cybertroopers yang sayangkan sifat hormat menghormati antara antara agama di negara ini bingkas bangun meredakan ketengangan yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang itu?

18. Berdosakah para penyokong UMNO mempertahankan kesucian agama Islam dari diperkotak-katikkan oleh para penganut “agama PAS”?

19. Dan apakah bertentangan dengan perlembagaan apabila rakyat Malaysia bertegas mempertahankan kedaulatan DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dari terus diperlekeh serta dihina dengan beditu biadap sekali oleh para pemimpin Pakatan Haram.

20. Dan persoalan terbaik kepada Kit Siang, salahkah kami mempertahankan kerajaan BN yang kami sayang dan salahkah kerajaan memberikan penghargaan kepada mereka-mereka yang membantu menafikan kebobrokan pihak pembangkang yang mahu mempolitikkan semua isu di negara ini?

21. Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh untuk terus diperbodohkan dengan kebejatan politik tidak bertamadun pihak pembangkang kerana kami tahu tentang taktik baru Pakatan Haram untuk menjajah minda kami dengan dunia persepsi jahat ciptaan kalian semua!

22. Tunggulah PRU ke-13 nanti kerana Pakatan Haram akan diajar untuk menerima kekalahan teruk dan dikala itu harapnya mereka sedar bahawa rakyat sememangnya sudah bosan dan benci kepada sikap buruk para pemimpin pembangkang!

Sumber: Mykmu.net & http://dukeofumno.blogspot.com



Ulasan 1 Mulut-Hebiaq 




MH terkenangkan perbahasan YB Dato' Zulkifli Nordin di Parlimen suatu ketika dahulu...

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat 

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dancauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polisboleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa.Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”. 

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’.Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?Bacalah nahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu.Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita?Terpulang kepada kita..



 ULASAN 2 MULUT HEBIAQ





Diantara perancangan hebat DAP sekiranya mereka berjaya ialah : 

1)    Kristian agama rasmi
2)    Bukan jadi melayu Perdana Menteri
3)    TYT Pulau Pinang bukan melayu
4)    Bahasa Inggeris Bahasa Rasmi
5)    Institusi Kesultanan Melayu Dihapuskan
6)    Malaysia Di Jadikan Republik
7)    Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) akan dibubarkan
8)    Panglima ATM Dan IGP PDRM Bukan Melayu
9)    Port Dickson Dijadikan Pangkalan Tentera Israel
10) Kedutaan Israel Di Buka Di Malaysia
11) Mahkamah Syariah Dibubarkan Diganti Mahkamah Sivil
12) Majlis Agama Islam Diganti Dengan Majlis Antara Agama
13) Menteri Agama Dan Timb Menteri Adalah Bukan Islam
14) Bendera Dan Lagu Negaraku Ditukar
15) Wang Zakat Boleh Diberi Kepada Bukan Islam
16) Parti Berasaskan Agama Seperti Pas Dihapuskan
17) Perkasa Dan Pekida Diiktiraf Pertubuhan Pengganas
18) Mara Dihapuskan
19) Dasar Ekonomi Baru Ditamatkan


Sumber: Mohd Razali Abd Rahman: Bekas Pegawai Khas Jeff Oii

FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI PENGANUT AGAMA PAS 


No comments:

Post a Comment