Rajah : Bagaimana DAP terlibat dalam skandal rasuah Scorpene..
1. Kita
sedia maklum bagaimana Pakatan Rakyat, melalui SUARAM telah membuat tuduhan
berat terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kononnya terlibat dalam
rasuah, malah pembunuhan, dalam proses pembelian kapal selam scorpene oleh
Kementerian Pertahanan.
2. Bagi
menguatkan tuduhan ini, SUARAM telah mengaitkan kerajaan dan sistem kehakiman
Perancis kononnya kes ini sedang dibicarakan di negara tersebut dan beberapa
nama, termasuk Perdana Menteri, akan disapina.
3. Namun,
akhir-akhir ini SUARAM telah mengambil sikap berdiam diri apabila pihak
kerajaan berjaya membuktikan bahawa tiada perbicaraan yang membabitkan ahli
politik atau kerajaan Malaysia yang sedang berlangsung di Perancis sekali gus
tidak timbul soal sapina. Malah, pihak
kedutaan Perancis di Malaysia juga bingung dengan kebiadapan SUARAM yang
sanggup mempermainkan Hakim, Mahkamah malah kerajaan Perancis semata-mata untuk
‘mengenakan’ kerajaan Malaysia.
4. Nama-nama
syarikat seperti Thales dan Terasasi langsung tidak terlibat dalam urusniaga
scorpene. Manakala Perimekar pula jelas
bukannya menerima komisen, tetapi bayaran yang sah atas khidmat
menyediakan kediaman lengkap, elaun, tambang pulang bercuti, kos latihan kepada
pegawai, krew dan staf serta kos pengurusan dan koordinasi selama 6 tahun.
5. Pihak
polis Perancis juga mengesahkan bahawa SUARAM menipu apabila nama Altantuya
yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Abdul Razak Baginda langsung tidak
pernah memasuki Perancis pada ketika urusniaga ini berjalan.
6. Lebih
menarik lagi apabila SUARAM didapati berdaftar sebagai perniagaan dan menerima
dana entah dari mana yang menjadikan pertubuhan yang kononnya NGO yang memperjuangkan
hak dan keadilan ini, semakin dicurigai.
Sehingga kini, SUARAM masih belum dapat menjelaskan latarbelakang kewujudan
mereka dengan pasti.
7. Apapun,
setelah terkantoi, SUARAM mengambil sikap pasif dan tidak lagi agresif dalam
menangani isu.
Enggan
mematikan isu ini, DAP mengambil alih membangkitkan semula isu yang sudah semakin
padam ini.
8. Untuk itu, akhbar TheROCKET
15 Julai 2012, menyiarkan satu carta aliran yang menunjukkan hubungkait
kerajaan, Perdana Menteri dan beberapa syarikat yang dikatakan menerima dan
mengambil rasuah dalam pembelian kapal selam.
Kononnya, carta aliran yang
dilakarkan mereka itu menjadi bukti kukuh dan rakyat wajib mempercayainya.
9. Memang
mudah untuk melakarkan sebuah carta aliran dengan ‘penerangan atau penjelasan’
tertentu bagi mencipta isu, membuat fitnah atau apa saja. Contohnya ialah carta aliran dan tajuk
artikel ini sendiri. Sesiapa sahaja boleh menuduh sesiapa sahaja
mengambil atau memberi rasuah dan kemudian menulis artikel dan mencipta kronologi
dan carta aliran sesuka hati serta menyuruh rakyat mempercayainya.
10. Penulis
atau pihak yang merangka strategi politik Perdana Menteri juga boleh saja
mereka-reka dokumen untuk menunjukkan DAP sememangnya terlibat secara langsung
dalam memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu scorpene dengan mendapat
tajaan dan dana dari Singapura dan juga CIA.
11. Tetapi,
bukan semua orang adalah pembohong seperti DAP dan SUARAM. Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang
bertanggungjawab dan sedia menghadapi musuh (pembangkang) secara
professional.
12. Kerajaan
tidak perlu memfitnah untuk meraih sokongan rakyat. Setakat ini, SUARAM, alat pembangkang, sudah
pun terkantoi. DAP, PKR dan PAS sendiri
berhadapan dengan berbagai-bagai skandal salahlaku rasuah dan seks siap dengan
bukti dan saksi. Malah ada juga kes di
mana saksi penting kes rasuah DAP ditemui mati sekali gus menguatkan persepsi
rakyat bahawa DAP bukan sahaja korup tetapi samseng. Dan
semua ini adalah benar, bukan direka-reka oleh kerajaan sepertimana pembangkang
mereka-reka isu rasuah scorpene.
13. Kita
sedia maklum bahawa strategi menyerang dengan menggunakan fitnah dan
kisah-kisah separuh benar tanpa bukti dan saksi sudah terbukti memakan diri
pembangkang. Kemuncaknya ialah apabila
‘penulis cereka fiksyen tersohor’ mereka sendiri, iaitu Raja Petra Kamaruddin
terpaksa mengangkat tangan mengaku kalah setelah memulakan fitnah terhadap
kerajaan dalam isu scorpene ini.
14. Dan
kini SUARAM telah menyerah kalah juga.
Hanya DAP sahaja yang tinggal yang beria-ia sekali ingin menghangatkan
kembali isu yang tiada isu ini. Sekali
gus, membuat kita tertanya-tanya, apakah carta aliran hasil imaginasi penulis
di atas punya sedikit kebenaran?
No comments:
Post a Comment