mykmu.net

Saturday 16 February 2013

UPDATE PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU: RUNDINGAN TAMAT PROSES PENGUSIRAN KINI BERMULA





Lanjutan mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah oleh sekumpulan warga asing bersenjata yang dilaporkan membuat dua tuntutan daripada kerajaan Malaysia iaitu 

a. Kumpulan itu tidak mahu dikenali sebagai kumpulan militan sebaliknya mereka mahu diiktiraf sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

b. Menggesa kerajaan Malaysia agar tidak menghantar balik rakyat berketurunan Sulu yang tinggal di Sabah.

PDRM kini sedang dalam proses mengusir pulang ke negara asal kumpulan penceroboh dari selatan Filipina yang dikepung di Kampung Tanduo. Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan PDRM sudah menamatkan rundingan dengan kumpulan itu dan kini memberi tumpuan untuk mengusir mereka pulang ke negara asal mereka. Pihak keselamatan akan cuba sebaik mungkin menyelesaikan masalah itu melalui perundingan tanpa bukan pertumpahan darah.

Kerajaan tidak akan melayan apa-apa tuntutan mereka kerana ini bukan platform yang betul untuk menyuarakan apa-apa yang mereka mahu. Justeru kumpulan ini akan dihantar balik secepat mungkin supaya mereka boleh mencari saluran yang sesuai untuk menyuarakan tuntutan mereka. Sumber risikan menunjukkan kumpulan itu bukan kumpulan militan atau pengganas tetapi penyokong Kesultanan Sulu.

Usaha memujuk kumpulan bersenjata tersebut supaya meninggalkan kawasan itu sedang giat dijalankan oleh pasukan keselamatan. Sepanjang operasi tersebut, pihak ATM membantu dari segi operasi pemantauan ke atas kumpulan tersebut disamping bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku. Admin berharap semua krisis ini akan dapat diselesaikan dengan cara yang baik oleh pasukan keselamatan demi kepentingan dan keselamatan rakyat dan negara.

sumber: DISINI

2 comments:

  1. Salam bro.. Hebat blog bro.. Mohon dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog bro.. Terima Kasehh Bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok blog tuan dah dipautkan disini. Mohon dipautkan juga diblog tuan yang amat hebat itu

      Delete