1. ADA pihak yang cuba
mengaitkan Arab Spring sebagai sesuatu yang mungkin berlaku dalam perkembangan
politik di Malaysia. Mereka ingin membawa perubahan landskap politk tempatan
unutk mencapai matlamat mengabil alih kuasa melalui apa yang dianggap sebagai kebangkitan
rakyat terhadap kerajaan yang ada.
2. Tanda-tanda yang menunjukkan
ada strategi menggunakan platform di luar proses pemilihan umum secara
demokratik ini termasuklah :
* Kritikan dan tomahan yang
berterusan ke atas kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melalui
himpunan Bersih
* Penganjuran rapat umum dan
perarakan secara berterusan yang menguruk kerajaan
* Penentangan terhadap
projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan termasuk Lynas di
Pahang dan Rapid di Johor atas alasan kesan negetif ke atas alam sekitar tanpa
mengambil kira menafaat projek dari segi sosial dan ekonomi
* Kenyataan-kenyataan
pemimpin pembangkang di media luar negara yang memburuk-burukan dasar kerajaan
dan sistem pilihanraya.
3. Isu-isu seperti ini diketengahkan
sebagai justifikasi bahawa Arab Spring perlu dilancarkan di Malaysia. Namun
perlu diingat, kerajaan-kerajaan yang tumbang atau tergugat berikutan gerakan
Arab Spring adalah kerajaan diktator yang telah menjadi dispensable bagi
kuasa-kuasa barat setelah sekian lama menyumbang kepada dasar luar negara dan
ketenteraan Barat.
4. Arab Spring tidak relevan di
Malaysia kerana ia bukan negara pemerintahan kuku besi walaupun ada pihak yang
mengatakan ia zalim, kafir, dan sebagainya.
5. Dakwaan kezaliman kerajaan yang
disuarakan, sama ada dalam Parlimen, media massa atau internet hanyalah
pandangan peribadi dan berdasarkan kepentingan politik sempit. kebebasan yang
dialami oleh rakyat Malaysia adalah nyata kepada seluruh dunia.
6. Mereka yang cuba mengimport
idea Arab Spring sebenarnya ketandusan dan kemuflisan idea. Apatah lagi geraka
itu sendiri bukan sesuatu yang timbul dari bumi Arab tetapi sebenarnya
diilhamkan oleh Barat, atau lebih tepat gerakan Neocons dan Zionisme
antarabangsa yang tahu tentang kelemahan rejim Arab di Tunisia, Mesir, Libya,
Yamen dan negara-negara Arab lain.
7. Kerajaan Malaysia
mengamalkan dasar bebas dari pengaruh mana-mana ideologi atau kuasa besar.
Tidak ada dokongan yang diberi mana-mana
pihak. Sebagai sebuah negara berkecuali Malaysia tidak terhutang budi kepada
Barat mahupun institusi-institusi tajaan mereka seperti Tabung Kewangan
Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan lain-lain.
8. Malaysia juga tidak
mengharapkan bantuan kewangan atau ketenteraan daripada mana-mana pihak.
Sebaliknya ia mengamalkan dasar terbuka bagi pelaburan langsung, perdagangan,
pelancongan, pendidikan dan keharmonian
9. Jika ada pihak cuba
mengaitkan Arab Spring sebagai satu gerakan kebangkitan Islam itu juga silap.
Di Mesir, puak Islamist mungkin telah memenangi pilihan raya presiden tetapi
golongan sekular dan bukan Islam yang disokong oleh Barat menentang
langkah-langkah untuk menerap dan memperkasa unsur-unsur Islam dalam
pemerintahan.
10. Di Tunisia, golongan
pro-Islam menguasai kerajaan selepas rejim Ben Ali ditumbangkan. Pembunuhan
tokoh pembangkang sekular Chokri Belaid baru-baru ini sungguh tidak
menyenangkan barat kerana ia merupakan satu tamparan kepada agenda mereka.
Mereka mahu golongan sekular dan pro-Barat berkuasa di Tunisia dan bukan
golongan pro-Islam yang ada.
11. Hakikatnya, gerakan Arab
Spring yang diilhamkan oleh Barat berhasil untuk memecahkan perpaduan yang ada
di dunia Arab. Seterusnya ia memperkuatkan neara kesayangan mereka iaitu Israel
yang selepas ini dijangka akan menunjukkan keganasan dan kezaliman lebih keras
ke atas orang Arab amnya dan rakyat Palestin khasnya.
12. Arab Spring hanyalah alat
dalam agenda Barat dan Zionisme untuk melemahkan dunia Arab dan Islam dalam
peperangan Crusade moden. Rakyat Malaysia cintakan keamanan perlu menolaknya, bahkan menganggap
ia adalah satu ancaman yang mesti dielakkan untuk megekalkan kestabilan politik
dan keharmonian agama dan kaum di negara.
No comments:
Post a Comment