1. Rakyat Kedah mula
tertanya-tanya apa ceritanya tentang anggaran hasil RM20 juta dari penjualan
air kepada Pulau Pinang yang dimegahkan oleh Menteri Besar Kedah sebagai
langkah bijak untuk mengurangkan defisit bajet negeri itu. Apakah ia akan terus menjadi sekadar sebuah
cerita dongeng yang dibacakan untuk menghiburkan hati rakyat?
2. Menteri Besar Kedah, Dato’
Seri Azizan Razak telah tersalah congak akan kuasa seorang Menteri Besar
agaknya. Sangkanya, dengan hanya
mengumumkan dalam bajet, maka perkara tersebut akan dengan sendirinya
terlaksana.
3. Atau mungkin juga beliau
menyangka, apa yang perlu dilakukan selepas mengumumkan bajet, hanyalah
menghantar ‘invois’ setiap hujung bulan kepada kerajaan Pulau Pinang
sepertimana urusniaga biasa, dan kerajaan Pulau Pinang pun akan
membayarnya.
4. Oleh kerana kebebalan ini,
maka Ketua Menteri Pulau Pinang juga mengambil sikap acuh-tak-acuh dengan
cerita dongeng Azizan.
5. Apabila cerita dongeng ini
meletup, si Phahrolrazi, exco kerajaan PAS Kedah pun terpaksa menunjuk tegas
dengan membuat kenyataan yang Kedah tetap akan meletakkan harga ke atas air
yang dibekalkan kepada Pulau Pinang.
Malangnya, Phahrolrazi, mahupun Azizan sendiri enggan mengadap kerajaan
negeri Pulau Pinang untuk berbincang.
Apa yang difahamkan, hanya satu surat sahaja yang dihantar oleh Kedah
kepada Pulau Pinang untuk menyatakan hasrat mengenakan bayaran terhadap bekalan
air mentah kepada negeri itu.
6. Justeru, tidak salah apabila
Pulau Pinang hanya menghantar Pengurus Besar Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang,
Jaseni Maidinsa untuk memberi respon terhadap kenyataan seorang exco. Dan tidak salah juga jika Jaseni memberi
jawapan yang seolah-olah tidak serius iaitu Pulau Pinang hanya menggunakan
sumber air Sungai Muda bermula dari sempadan sungai yang mengalir ke negeri itu
sahaja dan oleh itu, ia tidak boleh dikenakan bayaran kerana ia bukan di dalam
tanah jajahan Kedah. Dengan jawapan
begitu, kerajaan Kedah pun menjadi kelu.
7. Inilah masalahnya apabila
hanya bijak bercakap tetapi tidak tahu bekerja.
Kedah kini benar-benar bergantung kepada sumber semulajadi, iaitu air
dan balak. Melihat kepada keadaan
semasa, di mana Azizan tidak pernah, tidak akan dan tidak mungkin akan berani
berbincang dengan Guan Eng, maka Kedah pasti akan berputih mata dalam mengharapkan
hasil dari penjualan air kepada Pulau
Pinang.
8. Sudahlah tidak dapat membawa
hasil melalui air, satu-satunya yang dapat membawa hasil iaitu balak, nampaknya
telah menyumbang masalah kepada bekalan air kepada rakyat Kedah pula.
9. Pembalakan yang tiada
batasan dan yang tidak menghiraukan sempadan kawasan tadahan bukan sahaja
memberi kesan kepada geologi dan berisiko menyebabkan tanah runtuh atau banjir
lumpur, tetapi juga mencemarkan bekalan air.
10. Antara yang paling kronik
ialah kegiatan pembalakan yang cuma 100 meter dari Tasik Pedu. Sebelum itu, di kawasan seluas 5,000 hektar
di Gunung Inas, Sik untuk diwujudkan Ladang Sejahtera manakala 350 hektar di
hutan simpan dan tadahan hujan di Tasik Pedu dikatakan bakal dijadikan ladang
buah-buahan. Meskipun mendapat bantahan
keras pelbagai pihak, namun kerajaan Pas Kedah terus angkuh meneruskan kegiatan
itu. Malah Azizan juga mahu mengenal pasti lagi kawasan pembalakan baru seluas
800 hingga 1,000 hektar untuk dipajak kepada pihak lain.
11. Masalah air yang tercemar
kerana pembalakan luar kawal bukan cerita dongeng seperti dongeng ingin menjual
air mentah kepada Pulau Pinang.
12. Pada bulan Oktober 2011,
penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat
demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang meluluskan lesen
pembalakan kepada syarikat Ng N Beh Trading,no lesen KT 01-(P)-52-2011 di
kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak.
Akibatnya, air yang mengalir ke 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas, Kg Sg
Pisang, Kg Sungai Siput, Kg Mahawangsa, Kg Lasau, Kg Titi Akar dan Kg Padang
Durian menjadi keruh kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan
tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit. Penduduk kampung terpaksa menggunakan air yang
berwarna merah berlumpur untuk urusan seharian termasuk memandikan
jenazah.
13. Namun, kerajaan negeri Kedah
masih lagi mengambil sikap tidak peduli dengan nasib rakyat. Kononnya, ini semua hanyalah mainan politik
UMNO.
14. Jelas bahawa Azizan
sebenarnya telah buntu atau ‘mati kutu’ dalam usaha untuk menjana pendapatan
negeri kerana itu beliau sanggup membiarkan kawasan hutan simpan kekal juga
diteroka.
15. Segala-gala projek yang
dirancang tidak menjadi, termasuk projek-projek besar seperti projek perladangan
di Papua New Guinea. Ini sangatlah tidak
menghairankan kerana projek bersifat biasa seperti perumahan juga telah gagal
dilaksanakan dengan sempurna di bawah kerajaan negeri di mana terdapat
unsur-unsur ketidaktelusan yang amat ketara sepertimana yang dilaporkan dalam
pembentangan audit baru-baru ini.
16. Azizan tidak berjaya memaksa
Pulau Pinang membayar harga bekalan air mentah dan tidak mampu pula untuk
memberhentikan bekalan air kepada negeri itu.
Sedangkan, rakyat Kedah pula berhadapan dengan masalah air yang masih
tiada tanda-tanda akan selesai selagi kawasan pembalakan belum gondol
sepenuhnya. Senarionya kini ialah
apabila semua balak sudah selesai, rakyat Kedah mungkin akan berhadapan dengan
masalah banjir lumpur pula, tetapi rakyat Pulau Pinang tetap akan menerima
bekalan air dari Kedah secara percuma.
17. Kata orang utara,
pi-mai-pi-mai, tang tu jugak. Apa saja
yang kerajaan negeri lakukan untuk mencari hasil, kononnya, yang dapat hanyalah
kerugian semata-mata.
hahaha.... geli hati tgk pas di perkotak katikkan.
ReplyDeletebro...add blog MB dlm list blog tuan ye...