mykmu.net

Thursday 14 February 2013

PANAS !!! UPDATE TERKINI PENCEROBOHAN KUMPULAN LELAKI BERSENJATA DI LAHAD DATU SABAH



Angkatan Tentera Malaysia sentiasa dihadapan dalam menanggani pencerobohan asing


Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.

Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.




Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.


Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.

Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.
“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.

Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.

Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.

Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata “tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara”.

Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Mynewshub.my difahamkan ‘semua tindakan perlu’ telah diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kawasan yang terlibat khususnya dan Sabah amnya berada dalam keadaan selamat.

Dikatakan, beberapa kawasan pulau kecil yang disyaki digunakan oleh warga asing tersebut telah dikenal pasti lokasinya.

Menurut sumber, insiden tersebut berkait rapat dengan tuntutan warga asing berkenaan terhadap kedaulatan Sabah namun siasatan terperinci masih dijalankan bagi menentukan motif sebenar kejadian.



Maklumat dari sumber:-


Assalamualaikum, maklumat dr Ops room KK:


1. Staf telah menerima maklumat daripada ACP Manaf (Polis Marin Sabah) memaklumkan mengenai status terkini penglihatan kejadian. Pada jam lebih kurang 0800 hari ini, IPD Lahad Datu telah menerima maklumat seramai 32 orang (6 orang berpakaian jubah dan selebihnya memakai baju celoreng dan seluar biasa) telah berkumpul di rumah Ahmad Malandi @ Mat Bom di Kampung Tanduo. Kumpulan ini dipercayai daripada ahli Kesultanan Sulu dari Pulau Sibutu dan Pulau Sipangkot, Filipina di ketuai oleh Hj Musa @ Hj Kuning @ Dato’ Puin. Kumpulan ini juga dilaporkan membawa senjata M16.

2. Kumpulan ini dilaporkan bertujuan untuk melawat Ahmad Malandi @ Mat Bom yang kini berada di wad ICU Hospital Lahad Datu (sakit tidak diketahui). Kejadian ini juga berlanjutan daripada insiden pertemputan MNLF dan KAS yang dilaporkan sebelum ini. Kumpulan ini dilaporkan juga dilaporkan cuba membuat huru-hara dan memalukan kerajaan Malaysia sebelum pilihanraya yang akan datang.

3. Berlanjutan daripada insiden tersebut, Polis Marin telah memulakan Op DAYAK bagi mencegah kemasukan kumpulan ini. 3 buah bot telah ditugaskan untuk mengawas perairan negara dari Pulau Tambisan ke Tanjung Labian. Pasukan VAT 69 juga akan tiba pada malam ini untuk membantu operasi. Bagi aset TLDM KD TODAK telah berada di Tanjung Labian dan sedang melaksanakan rondaan bersama KM BANGI. KD PERAK dalam pelayaran ke Tanjung Labian dan dijangka tiba pada 1900. Tim ZULU dan ZEBRA dalam perjalanan ke Lahad Datu sebelum ditugaskan menaiki CB 90 ke Tanjung Labian.

4. Maklumat daripada anggota perisikan PASKAL, pada 1500 hari ini telah terserempak dengan 10 orang berpakaian celoreng di Tanjung Labian. Butiran lanjut belum dapat dipastikan lagi. Dijangkakan seramai 100 dari kumpulan ini akan bergerak ke kawasan Felda Sahabat dari Pulau Bangao, Filipina (35 bbn Timur Tanjung Labian).

5. Kapal-kapal dipelabuhan telah dimaklumkan untuk meningkatkan 4HNFS.

Maklumat terkini dr PWL2, kapalx tingkatkan immediate notice for sea.


kredit sumber : DISINI 


6 comments:

  1. Adik saya di Sabah bagitau kes ni tidak jadi ancaman penduduk tempatan. Gerombolan tentera pembebasan MORO itu mengiringi ketuanya yang menziarahi saudaranya yang sakit. PIhak tentera dan polis kita berkawal mengikut standard, manakal pegawai kanan PDRM mengadakan perbincangan dengan ketua mereka untuk keluar dari bumi Sabah tanpa sebarang masalah.

    Sebenarnya,banyak masalah boleh diselesaikan melalui rundingan, dan tak semua perkara perlu dihebahkan di media.
    Moga negara kita kekal aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak2 la nak lawat sedara sakit pun dtg smpai 100 orang bwak senjata..

      Delete
  2. tajuk utama sila edit ..typing error

    lahad datu bukan lahat datu..

    saya berasal dari daerah lahad datu..
    situasi kami disini telah dikawal sepenuhnya oleh askar dan polis tanpa lelah..:)

    ReplyDelete
  3. Ok done... Typing error telah pun dibetulkan. Terima kasih kepada puan yang menegur

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah..tapi saya bukan puan...masih umur 20 dan belum berkahwin..^^...no hurt feeling ^^

    ReplyDelete
  5. Oooppps sorry..... Cik lagi ker.... Me too no hurt feeling :-)

    ReplyDelete