mykmu.net

Sunday, 22 July 2012

ABBY ABADI SESAT SEJAK MASUK PAS


Abby Abadi yang cantik tapi sayangnya kecantikannya digunakan untuk menyalahgunakan agama Islam. Hmmm sekali tengok macam paderi wanita pun ada jugak gambaq nii... Jangan marah laa Abby, cuba hang tengok adap muslimat bertudung bukan lagu nii... ini dah gaya paderi wanita kristian 


"Sekadar mengucap kalimah syahadah belum tentu Nabi Muhammad SAW mengaku kita umat Baginda" Abby Abadi. Wahai Abby dimanakah rujukan yang dibuat kamu? Mana hadisnya, mana ayat suci Al-Quran yang menjadi rujukan kamu. Mungkinkah Abby Abadi merujuk para perjuangan beliau ini didalam akhbar Harakah a.k.a Kitab Harakah milik PAS? Nampaknya Abby dah tersesat jauh. Bertaubatlah Abby sebelum terlambat. 


Abby Abadi dimajlis penyerahan borang keahlian PAS sebagai tanda ke Islaman beliau. Muahahahahahaha yang aku heran tu awat dulu dia tak Islam ka? Laaa nii baru perasan dia Islam.....


Sekarang saya dah dapat tiket ke syurga... anda bila lagik?? eemmmm nak masuk syurga pun ke apply jadi ahli PAS ker? Nak Tanya Abby sikit, macam mana nasib umat Islam di oversea dan diwaktu PAS belum wujud lagi? Apakah Nabi Muhammad SAW tidak mengaku umatnya walau pun berpegang teguh dengan ajaran Islam, beramal dengan rukun Islam, dan rukun iman? Tolong jawap sikit Abby.... Abby kan kasyaf laaa nii... 












GEMPAR !!! KISAH NURUL IZZAH DEDAHKAN RAHSIA NEGARA LAGI



1. Saya tertarik untuk mengulas mengenai tuduhan ahli-ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti pembangkang yang telah menuduh bahawa sekarang sudah berlaku skandal dalam projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

2. Saya dapat tahu cerita ini dari blog Nurul Izzah, saya fikir pihak pembangkang ini tidak habis-habis menggodam cerita-cerita sensitif ATM.

21.Nurul sepatutnya sedar, Malaysia ini banyak negara yang “menaruh hati” dan masing-masing menghantar perisik mereka mendapatkan maklumat ke sini, Singapura, Indonesia, Filiphina malah Israel yang terletak jauh beribu kilometer itu pun sanggup melebarkan sayap risikan Mossadnya ke sini.

22.Dan bukan satu perkara rahsia, apabila DAP yang merupakan serpihan parti PAPSingapura menggunakan wartawan-wartawan dari akhbar Cina untuk mendapatkan maklumat mengenai ATM kerana akhbar biasanya mempunyai akses yang besar.

23.Saudari Nurul juga jangan lupa, bukan satu rahsia apabila banyak pergerakkan rakyat negara ini yang keluar masuk ke Afghanistan, Palestin, Lubnan dan ke mana-mana sahaja yang berkait dengan perjuangan dunia Islam antarabangsa telah disalurkan oleh rakyat Singapura yang berada dalam negara kepada pihak Mossad.


Baca selanjutnya DISINI

Friday, 20 July 2012

WALL STREET JOURNAL IKTIRAF EKONOMI MALAYSIA SEMAKIN TEGUH DISEBALIK KRISIS







1. New York, Hong Kong, London...Kuala Lumpur? Malaysia kini sedang giat berkembang. Kini, negara ini hanya perlu mengekalkan momentum.

2. Negara Asia Tenggara ini mempunyai tawaran awam permulaan (IPO) kedua dan ketiga terbesar dunia bagi tahun ini - RM10.4 billion bagi penyenaraian Felda Global Ventures dan IPO IHH Healthcare sebanyak RM6.3 billion. Manakala tanda aras bagi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) pula memecahkan rekod pada hari Rabu lalu kerana mencapai kenaikan sebanyak 7% bagi tahun ini.

3. Sokongan terhadap ekuiti Malaysia adalah antara faktor utama. IPO Felda sebagai contoh, banyak dibeli oleh pelabur yang berlatarbelakangkan kerajaan seperti anak-anak syarikat Kerajaan Negeri. Simpanan persaraan yang wajib diambil adalah antara perkara yang banyak membantu meningkatkan pasaran tempatan.

4. Ekonomi Malaysia turut menjana pendapatan yang baik. kadar pengangguran adalah rendah, kadar inflasi adalah pada kadar 2%. Kadar pertumbuhan produk domestik kasar adalah pada kadar 5%. Perkara-perkara tersebut adalah penting kerana pasaran saham Malaysia kebanyakannya terdiri daripada syarikat-syarikat domestik.

5. Kadar eksport juga semakin meningkat. Komoditi-komoditi seperti minyak sawit, petroleum dan gas merangkumi suku daripada keseluruhan kadar eksport, manakala selebihnya dirangkumi oleh barang-barang elektronik dan barangan kilang. HSBC menyatakan bahawa kadar eksport Malaysia hanya turun sebanyak 2% sejak Ogos lalu, berbanding dengan 13% bagi Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

6. Bank-bank Malaysia juga kelihatan teguh. Kualiti aset yang kuat dan pengurangan kadar hutang bagi bank-bank Eropah tidak memberikan sebarang ancaman.

7. Namun, masih lagi terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira. Kadar pasaran dunia yang agak lemah mungkin akan menjatuhkan ekonomi. kadar keseluruhan eksport adalah pada kadar 16% - lebih tinggi berbanding dengan negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.



8. Politik juga memainkan peranan penting bagi meningkatkan kadar ekonomi. Perdana Menteri Najib Razak mahu menaiktaraf infrastuktur dan menaikkan kadar pelaburan bagi sektor-sektor seperti minyak dan juga pelancongan. Para pelabur perlu berharap agar agenda ini kekal walaupun keputusan bagi PRU yang akan datang masih lagi tidak dapat dipastikan.

9. Kadar indeks dagangan pula berada pada kadar 15 daripada pendapatan semasa. Beberapa penganalisis yang menyatakan bahawa ini sudah cukup banyak dan mewah. Malaysia mempunyai momentum. Namun, kini segalanya bergantung kepada keadaan politik dan juga kadar kelemahan pasaran dunia. - Cynthia Koons


Dipetik dari The Wall Street Journal
Khamis, 19 Julai 2012

KOMPEM !!! PDRM SAHKAN JEMAAH ISLAMIAH DAN BEKAS PENGGANAS KOMUNIS KINI BERADA DALAM PAS DAN DAP


Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang. 

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin, berkata Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi PAS selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana. 

"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahannya bertajuk "Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama" pada Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen hari ini. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Thursday, 19 July 2012

APABILA LIM KIT SIANG MULA MEMPERTIKAIKAN CYBERTROOPERS BN: SIAPAKAH YANG LEBIH RACIST ??






1. Nampaknya para pemimpin dan gerakan cybertroopers pembangkang mula gerun dan takut dengan senario gerakan-gerakan para penyokong UMNO/BN yang semakin menguasai medan politik di ruang maya internet.

2. Lim Kit Siang melahirkan rasa risau dan susah hati dengan kewujudan puluhan ribu para penyokong UMNO/BN yang bermati-matian menyerang pembangkang dan mempertahankan maruah parti dari fitnah serta propaganda busuk Pakatan Haram.

3. Mungkin panik dengan keadaan ruang maya yang semakin hangat mendedahkan pelbagai pembohongan pembangkang, penasihat DAP itu jelas “tenggelam punca” apabila menuduh para penyokong UMNO/BN di ruang maya itu sebagai anti-nasional.

4. Lantaran itu, dia menyalahkan beberapa agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang cukai rakyat di negara ini dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru.

5. Pada pandangan saya, tuduhan Kit Siang bahawa pengamal media baru internet pro-kerajaan sebagai “anti-nasional” adalah satu tuduhan terdesak dan tidak masuk logik akal sama sekali.

6. Siapa Kit Siang untuk menuduh begitu sedangkan kebangkitan para pengamal media internet yang menyokong gagasan dan wawasan kerajaan itu berpunca dari tindakan Pakatan Haram sendiri yang mempergunakan medium media baru itu sebagai saluran persepsi buruk dan memfitnah pemimpin dan kerajaan.

7. Apatah lagi sejarah media baru itu memperlihatkan bagaimana pembangkang menjajah pemikiran rakyat supaya memberontak, berfikiran negatif, tidak konstruktif dan sering menimbulkan propaganda keji yang menimbulkan ketegangan isu sensitif, termasuk isu perkauman dan keagamaan.

8. Kita masih ingat lagi bagaimana kerajaan yang mengamalkan polisi ketelusan dan kebebasan bersuara telah disalahgunakan oleh media dan bloggers pro-pembangkang di internet dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah.

9. Dari sekecil-kecil kes seperti longkang pecah dirumah Pak Ali hinggalah kepada fitnah-fitnah besar seperti kes mendiang Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pihak pembangkang tidak jemu-jemu menabur tohmahan.

10. Malah, para pemimpin pembangkang seperti Nizar Jamaluddin beberapa kali mempergunakan medium internet untuk berlaku biadap, kurang ajar dan derhaka kepada institusi DiRaja dan pihak Istana.

11. DAP mengutarakan ideologi rasis chauvinis ultra kiasu, PKR begitu popular dengan cerita-cerita karut dan rekayasa yang tidak masuk dek akal, manakala PAS pula semakin giat menjalankan “perniagaan menjual agama” mereka kepada umat Islam di negara ini.

12. Peliknya, pembohongan serta propaganda jijik mereka itu tetap juga dipercayai oleh para penyokong Pakatan Haram meskipun segala bukti dan penjelasan berfakta diberikan bagi menafikan fitnah jahat tersebut.

13. Sedangkan, perkara benar dan sahih dibongkarkan mengenai skandal rakaman video yang jelas 99 peratus Anwar itu pula tidak dipercayai dengan alasan bahawa ia merupakan “besi” yang tidak boleh dijadikan bukti kukuh!

14. Dan sehingga kini, laman-laman web pro-pembangkang seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Malaysia Today, Harakahdaily, laman-laman blog dan portal masih lagi begitu aktif memburuk-burukkan keadaan serta menghuru-harakan pemikiran rakyat.

15. Jadi, salahkah rakyat Malaysia yang celik IT dan bijak membezakan antara mana satu yang benar dan mana satu yang salah untuk tampil di media internet menyatakan kebenaran dan pendapat yang bernas mengenai isu-isu tersebut?

16. Salahkah cybertroopers yang cintakan keharmonian di antara kaum di negara ini bangkit menentang dakyah politik jahat pembangkang itu?

17. Salahkah cybertroopers yang sayangkan sifat hormat menghormati antara antara agama di negara ini bingkas bangun meredakan ketengangan yang cuba dibangkitkan oleh pembangkang itu?

18. Berdosakah para penyokong UMNO mempertahankan kesucian agama Islam dari diperkotak-katikkan oleh para penganut “agama PAS”?

19. Dan apakah bertentangan dengan perlembagaan apabila rakyat Malaysia bertegas mempertahankan kedaulatan DYMM Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu dari terus diperlekeh serta dihina dengan beditu biadap sekali oleh para pemimpin Pakatan Haram.

20. Dan persoalan terbaik kepada Kit Siang, salahkah kami mempertahankan kerajaan BN yang kami sayang dan salahkah kerajaan memberikan penghargaan kepada mereka-mereka yang membantu menafikan kebobrokan pihak pembangkang yang mahu mempolitikkan semua isu di negara ini?

21. Jangan fikir rakyat Malaysia bodoh untuk terus diperbodohkan dengan kebejatan politik tidak bertamadun pihak pembangkang kerana kami tahu tentang taktik baru Pakatan Haram untuk menjajah minda kami dengan dunia persepsi jahat ciptaan kalian semua!

22. Tunggulah PRU ke-13 nanti kerana Pakatan Haram akan diajar untuk menerima kekalahan teruk dan dikala itu harapnya mereka sedar bahawa rakyat sememangnya sudah bosan dan benci kepada sikap buruk para pemimpin pembangkang!

Sumber: Mykmu.net & http://dukeofumno.blogspot.com



Ulasan 1 Mulut-Hebiaq 




MH terkenangkan perbahasan YB Dato' Zulkifli Nordin di Parlimen suatu ketika dahulu...

Di bawah ini saya perturunkan inti perbahasan Zulkfli Nordin di Dewan Rakyat 

`Mohon mencelah Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Pasir Mas sedar atau tidak, apabila kita dengar tadi Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap seolah-olah beliau lupa apa yang beliau dan parti beliau lakukan yang menyebabkan Ordinan Darurat 1969, peristiwa 13 Mei berlaku. 

Saya mahu baca semula Yang Berhormat sebab ada di kalangan kita di sini lupa atau buat-buat lupa setelah bersekongkol sekati ldengan DAP parti racist dancauvinis ini, dia lupa apa yang berlaku.

Saya mahu baca semula daripada Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan. Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi olehYang Berhormat Ipoh Timur dan parti beliau pada masa itu.

Saya mahu baca, biar rakyat dengar semula apa yang mereka kata pada tahun 1969
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai si’. ‘Malai si’ini maknanya “Mati Melayu”. Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polisboleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakanperarakanyang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” 

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu,sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang Cina punya”. Pada 12 Mei Jalan Ipoh,
Jalan Tunku Abdul Rahman, “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa.Sekarang kita Cina sudah control.” 

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti YangBerhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudahada kuasa”. 

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu...“...Semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi.Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeribukan Melayu punya, mata-mata lancau.”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu.” Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

Saya mohon bertanya Yang Berhormat setuju atau tidak dengan cadangan saya supaya Yang Berhormat Ipoh Timur dan part idia berani melakukan transformasi demokrasi yang matang ini. 

Saya cabar Yang Berhormat IpohTimur antara dalang pencetus 13 Mei supaya walk the talk menjadi anak jantan pertama minta maaf kepada rakyat Malaysia atas politik racist dan politik sempit yang dimainkan pada 1969.’.Ini adalah sebahagian yang saya sedut ucapan beliau di Dewan Rakyat.

Sekarang ini terpulang kepada kita.Adakah kita bersedia untuk menjadi baru-barua Cina-Cina DAP yang sedang mahu menjadikan Malaysia ini seperti Singapura?Bacalah nahasa yang mereka gunakan kepada orang-orang Melayu satu ketika dulu.Adakah kita sanggup telan dan lupakan segala apa yang Cina DAP lakukan terhadap kita?Terpulang kepada kita..



 ULASAN 2 MULUT HEBIAQ





Diantara perancangan hebat DAP sekiranya mereka berjaya ialah : 

1)    Kristian agama rasmi
2)    Bukan jadi melayu Perdana Menteri
3)    TYT Pulau Pinang bukan melayu
4)    Bahasa Inggeris Bahasa Rasmi
5)    Institusi Kesultanan Melayu Dihapuskan
6)    Malaysia Di Jadikan Republik
7)    Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) akan dibubarkan
8)    Panglima ATM Dan IGP PDRM Bukan Melayu
9)    Port Dickson Dijadikan Pangkalan Tentera Israel
10) Kedutaan Israel Di Buka Di Malaysia
11) Mahkamah Syariah Dibubarkan Diganti Mahkamah Sivil
12) Majlis Agama Islam Diganti Dengan Majlis Antara Agama
13) Menteri Agama Dan Timb Menteri Adalah Bukan Islam
14) Bendera Dan Lagu Negaraku Ditukar
15) Wang Zakat Boleh Diberi Kepada Bukan Islam
16) Parti Berasaskan Agama Seperti Pas Dihapuskan
17) Perkasa Dan Pekida Diiktiraf Pertubuhan Pengganas
18) Mara Dihapuskan
19) Dasar Ekonomi Baru Ditamatkan


Sumber: Mohd Razali Abd Rahman: Bekas Pegawai Khas Jeff Oii

FIKIR-FIKIRKAN LAH WAHAI PENGANUT AGAMA PAS 


Wednesday, 18 July 2012

ANTARA NAJIB ATAU DAP: SIAPAKAH PENERIMA RASUAH YANG SEBENAR DALAM SKANDAL SCORPENE??





Rajah : Bagaimana DAP terlibat dalam skandal rasuah Scorpene..

1. Kita sedia maklum bagaimana Pakatan Rakyat, melalui SUARAM telah membuat tuduhan berat terhadap kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri kononnya terlibat dalam rasuah, malah pembunuhan, dalam proses pembelian kapal selam scorpene oleh Kementerian Pertahanan.

2. Bagi menguatkan tuduhan ini, SUARAM telah mengaitkan kerajaan dan sistem kehakiman Perancis kononnya kes ini sedang dibicarakan di negara tersebut dan beberapa nama, termasuk Perdana Menteri, akan disapina. 

3. Namun, akhir-akhir ini SUARAM telah mengambil sikap berdiam diri apabila pihak kerajaan berjaya membuktikan bahawa tiada perbicaraan yang membabitkan ahli politik atau kerajaan Malaysia yang sedang berlangsung di Perancis sekali gus tidak timbul soal sapina.   Malah, pihak kedutaan Perancis di Malaysia juga bingung dengan kebiadapan SUARAM yang sanggup mempermainkan Hakim, Mahkamah malah kerajaan Perancis semata-mata untuk ‘mengenakan’ kerajaan Malaysia.

4. Nama-nama syarikat seperti Thales dan Terasasi langsung tidak terlibat dalam urusniaga scorpene.  Manakala Perimekar pula jelas bukannya menerima komisen, tetapi bayaran yang sah atas khidmat menyediakan kediaman lengkap, elaun, tambang pulang bercuti, kos latihan kepada pegawai, krew dan staf serta kos pengurusan dan koordinasi selama 6 tahun. 

5. Pihak polis Perancis juga mengesahkan bahawa SUARAM menipu apabila nama Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Abdul Razak Baginda langsung tidak pernah memasuki Perancis pada ketika urusniaga ini berjalan.        

6. Lebih menarik lagi apabila SUARAM didapati berdaftar sebagai perniagaan dan menerima dana entah dari mana yang menjadikan pertubuhan yang kononnya NGO yang memperjuangkan hak dan keadilan ini, semakin dicurigai.  Sehingga kini, SUARAM masih belum dapat menjelaskan latarbelakang kewujudan mereka dengan pasti.  

7. Apapun, setelah terkantoi, SUARAM mengambil sikap pasif dan tidak lagi agresif dalam menangani isu.  
Enggan mematikan isu ini, DAP mengambil alih  membangkitkan semula isu yang sudah semakin padam ini.

8. Untuk itu, akhbar TheROCKET 15 Julai 2012, menyiarkan satu carta aliran yang menunjukkan hubungkait kerajaan, Perdana Menteri dan beberapa syarikat yang dikatakan menerima dan mengambil rasuah dalam pembelian kapal selam.   Kononnya, carta aliran yang dilakarkan mereka itu menjadi bukti kukuh dan rakyat wajib mempercayainya.  




9. Memang mudah untuk melakarkan sebuah carta aliran dengan ‘penerangan atau penjelasan’ tertentu bagi mencipta isu, membuat fitnah atau apa saja.  Contohnya ialah carta aliran dan tajuk artikel ini sendiri.   Sesiapa sahaja boleh menuduh sesiapa sahaja mengambil atau memberi rasuah dan kemudian menulis artikel dan mencipta kronologi dan carta aliran sesuka hati serta menyuruh rakyat mempercayainya. 

10. Penulis atau pihak yang merangka strategi politik Perdana Menteri juga boleh saja mereka-reka dokumen untuk menunjukkan DAP sememangnya terlibat secara langsung dalam memfitnah kerajaan dan Perdana Menteri dalam isu scorpene dengan mendapat tajaan dan dana dari Singapura dan juga CIA. 

11. Tetapi, bukan semua orang adalah pembohong seperti DAP dan SUARAM.  Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan sedia menghadapi musuh (pembangkang) secara professional.  

12. Kerajaan tidak perlu memfitnah untuk meraih sokongan rakyat.   Setakat ini, SUARAM, alat pembangkang, sudah pun terkantoi.   DAP, PKR dan PAS sendiri berhadapan dengan berbagai-bagai skandal salahlaku rasuah dan seks siap dengan bukti dan saksi.  Malah ada juga kes di mana saksi penting kes rasuah DAP ditemui mati sekali gus menguatkan persepsi rakyat bahawa DAP bukan sahaja korup tetapi samseng.   Dan semua ini adalah benar, bukan direka-reka oleh kerajaan sepertimana pembangkang mereka-reka isu rasuah scorpene. 

13. Kita sedia maklum bahawa strategi menyerang dengan menggunakan fitnah dan kisah-kisah separuh benar tanpa bukti dan saksi sudah terbukti memakan diri pembangkang.   Kemuncaknya ialah apabila ‘penulis cereka fiksyen tersohor’ mereka sendiri, iaitu Raja Petra Kamaruddin terpaksa mengangkat tangan mengaku kalah setelah memulakan fitnah terhadap kerajaan dalam isu scorpene ini. 

14. Dan kini SUARAM telah menyerah kalah juga.  Hanya DAP sahaja yang tinggal yang beria-ia sekali ingin menghangatkan kembali isu yang tiada isu ini.   Sekali gus, membuat kita tertanya-tanya, apakah carta aliran hasil imaginasi penulis di atas punya sedikit kebenaran? 













PERIHAL KOHILAL YANG PERNAH DILACURKAN OLEH PAS


1.0  Pendahuluan
1. Pada 5 MAC 2010, di Ibupejabat KOHILAL di No. 34-4-1, Blok F, Jalan 4 /50, Off Jalan Gombak, Diamond Square, KUALA LUMPUR, satu wawancara khas telah diadakan di antara SHAMSURI bin ROSLAN dengan MOHD KUSRIN bin RAHMAD , RAZALI bin MOHD DAUD dan MOHD SHUKOR bin ABD. AZIZ.


2. Wawancara tersebut diadakan untuk mendapatkan fakta sebenar berhubung isu penyelewengan KOHILAL sebanyak RM 45 juta. Antara lain wawancara tersebut mendedahkan perkara berikut:


a. Selepas menerima aduan ahli koperasi berhubung skim pelaburan berjuta Ringgit yang diperkenalkan Pas antara 1996 dan 1999; Koperasi Al-Hilal Berhad atau KOHILAL yang ditubuhkan oleh Pas, disiasat oleh Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) atas dakwaan berlakunya penyelewengan pengurusan yang bermula sejak 2001.

b. MOHD KUSRIN bin RAHMAD menganggotai Lembaga Pengarah baru pada JUN 2002.

c. Lembaga Pengarah menyedari ramai ahli KOHILAL tidak berpuas hati dengan pengurusan skim-skim pelaburan tetapi tiada apa yang boleh dibuat oleh ahli yang tertipu. Mereka hanya melolong bahawa pihak pengurusan melakukan penyelewengan. Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Koperasi serta persidangan parti Pas.

3. Yang menjadi kebinggungan sekarang ialah jika ahli Kohilal boleh mendapatkan kembali pelaburan mereka sebanyak RM39.80 juta. Pengarah Kohilal KURSIN bin RAHMAD berkata ianya tidak mungkin berlaku kerana wang tersebut telah ghaib dalam beberapa skim pelaburan yang tidak menguntungkan. Wang RM39.80 juta telah lesap macam jin masuk ke dalam botol.

4. MD. SHUKUR bin ABD AZIZ berkata skim-skim tersebut dikendalikan anak syarikat yang bernama KOHILAL Holdings SDN. BHD. (KHSB) di antara 1996 dan 1999 yang kini telah pun gulung tikar.

5. KHSB ini pernah mempelawa ahli-ahlinya melabur melalui KOHILAL. Ini adalah penyelewengan besar. Md Shukur menuduh Ahli Lembaga Pengarah lama melakukan kesalahan menipu apabila mereka mengarahkan dana tersebut dipindahkan ke akaun anak syarikat KHSB untuk mengendalikan skim-skim tersebut.

6. SHUKUR bin ABD. AZIZ menjelaskan bahawa jumlah pelaburan membabitkan sejumlah RM 46.5 juta. Daripada jumlah tersebut, RM 8.9 juta dilaburkan dalam projek ladang burung unta, RM 8.9 juta digunakan untuk membeli saham penerbangan MALAYSIA (MAS) manakala RM 9 juta dan RM 16.2 juta lagi masing-masing dilaburkan dalam sektor pertanian di INDONESIA dan Perdana Teknologi Venture. RM43.2 Juta semuanya.

7. Hanya orang dunggu akan melabur RM8.9 juta dalam projek burung unta. Inilah dunggunya menjadi ahli Pas, asyik dengan unta sahaja. Di sini juga nampak betapa munafik Pas – membeli saham MAS sebanyak RM8.9 juta. Dulu Pas pernah menuduh MAS ”haram” sebab MAS hidang minuman arak dalam penerbangan.

8. Bakinya RM3.3 juta dilaburkan dalam 24 anak syarikat KHSB, termasuk UMMAH Asset Management yang kini disiasat Suruhanjaya Sekuriti atas kesalahan mengumpul dana daripada ahli Kohilal tanpa sebarang lesen rasmi.

9. Pada mulanya Kohilal telah membyar dividen 10% - 15% kepada ahli pada setiap bulan. Selepas 1997 bayaran dividen lesap macam asap. Para ahli mula menuntut keuntungan pelaburan dan ingin mengetahui perkembangan pelaburan mereka. 

10. Mereka juga mempertikaikan proses membuat keputusan berhubung pelaburan tersebut. Sehingga kini, Ahli Lembaga Pengarah baru tidak mengetahui proses pelaburan yang dijalankan samada kajian dibuat mengenai daya untung projek-projek pelaburan KHSB. Semua dokumen mengenai pelaburan dana juga tidak ditemui. Inilah antara cara Pas menipu ahli Kohilal.

11. Satu sumber KOHILAL mendedahkan bahawa tiada sebarang kajian dibuat kerana KHSB (anak syarikat) juga diuruskan oleh orang yang sama, yang menganggotai Lembaga Pengarah KOHILAL. Ahli-ahlinya marah dan menganggap pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah mengabaikan etika bisnes. Mereka menuduh Lembaga Pengarah bertindak tanpa pedulikan bahawa ahli Kohilal telah menghabiskan wang simpanan hari tua untuk melabur dalam skim palsu KOHILAL. Akhir sekali semua di tipu oleh Pas.

12. Keadaan diburukkan lagi apabila pihak pengurusan yang lama tidak mengakui kesilapan mereka sebagai mana laporan tahunan KOHILAL bagi tahun 2003.

13. Tapi apakah cara penyelesaian yang dicadangkan oleh Pas? Dalam wawancara tersebut KURSIN bin RAHMAD , MD. SHUKOR bin ABD. AZIZ dan RAZALI melahirkan harapan agar kesemua 89,000 ahli dapat membantu pihak pengurusan sekarang bagi memajukan lagi koperasi tersebut serta tidak lagi mengungkit kesilapan lalu serta turut membantu pihak pengurusan baru meningkatkan lagi mutu dan prestasi syarikat dalam melaksanakan rancangan – rancangan perniagaannya.

14. Lembaga Pengarah sedang mengkaji projek 5 tahun untuk mengumpul dana RM 50 juta melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang telah dirancangkan, termasuk usaha niaga dengan Maktab Kerjasama Malaysia.

15. Maksudnya setelah telan duit ahli Kohilal sebanyak RM46 juta, sekarang Pas nak ahli yang sama melaburkan sekali lagi (Round 2) dana sebanyak RM50 juta untuk menutup penyelewengan mereka.


2.0 Cara PAS menipu 20,000 ahli PAS dalam Kohilal



16. Untuk membaik pulih image Pas (kononnya) berkenaan skandal Kohilal ini, Pas membuat beberapa cadangan :

a) Menggalak ahli melabur semula modal sebanyak RM 45 Juta untuk mengganti wang yang telah lesap. Setelah menipu ahlinya sebanyak RM45 juta, Pas nak tipu mereka Round Kedua.


b) Jika (a) tidak menjadi Pas akan mengeluarkan kenyataan keras tidak mengiktiraf KOHILAL sebagai sebahagian daripada PAS



c) Cuba memujuk ahli Kohilal dengan cata memohon maaf saja; dan akhir sekali



d) Mengambil tindakan disiplin parti terhadap mereka yang telah menghancurkan kepercayaan ahli


ULASAN


KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. KOHILAL telah dianggotai hampir 23,000 orang di seluruh negara. Sejak akhir ini PAS terlalu teruja dengan masalah dalaman parti dan terlalu sibuk memberi tumpuan terhadap isu Kerajaan Perpaduan sehingga mereka lupa nasib KOHILAL yang sudah lama jadi kudis dan virus kepada PAS. Sekiranya isu KOHILAL tersebar luas, ramai ahli KOHILAL yang juga ahli PAS bakal berpaling tadah kerana mereka tertipu.

Mengikut survey HarakahDaily.net pada 2003, didapati sekurang-kurangnya 60% responden menyokong PAS atas dasar parti itu menjamin kerajaan yang bersih dari rasuah dan salah gunakuasa. Maka PAS khuatiri skandal RM45 juta duit Kohilal yang lesap ini bakal menghancurkan keyakinan rakyat kepada PAS.

Untuk menjaga maruah parti dan menipu ahli, PAS akan sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum. Namun melihat bahawa begitu banyak maklumat telah sampai ke tangan Unspinners, ahli Pas sendiri yang sudah mula pecah tembelang Pas.

Kes KOHILAL adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan lagi. KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan tidak peka menceburi perniagaan.

Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) tanpa sebarang perjanjian bertulis menunjukkan betapa dunggu Pas tidak tahu mengurus hanya satu saja koperasi. Tapi Pas masih berangan hendak mentadbir negara.

Perbelanjaan tanpa kawalan (contohnya : duit Kohilal digunakan untuk membeli tiket kapalterbang Haji Hadi melawat ke luar negara) menyebabkan ketirisan dalam pengurusan. KOHILAL mengalami kerugiaan yang teruk sehingga tiada duit bayar dividen kepada ahli dunggu yang dahagakan pahala dan syurga.


PAS monopolikan KOHILAL sejak awal lagi



17. Sejak detik wahidnya, Kohilal ditubuhkan dan dimonopolikan oleh Pas. Jadi jangan pula Pas berkata sekarang bahawa Kohilal itu bukan dia punya.



18. KOHILAL didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia mengikut Akta Koperasi 1948 pada 3 JUN 1986. Mesyuarat pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) diadakan pada 19 JULAI 1986. Allahyarham Hj. ISMAIL ABDULLAH, Bekas Timb. Pesuruhjaya PAS WILAYAH PERSEKUTUAN telah dilantik sebagai Pengerusi KOHILAL yang pertama.



Lembaga Pengarah Kohilal dimonopoli ahli Pas semuanya, terdiri daripada 10 orang. Tidak ada langsung Independent Director. Profesional pun tak ada.

Pengerusi: HASSAN SHUKRI


Naib Pengerusi: SHEIKH ABU BAKAR OMAR



Setiausaha: MOHD ISMATH HABIB MOHAMAD



Bendahari: ALI MAIDIN



Anggota Lembaga Pengarah:
ASIMUDDIN SHAMAAN
DR. RAYNEY AZMI ALI
ABDUL AZIZ HASSAN
SYED HAMID SYED MOHAMED
WAN PAUZI YAHYA
AHMAD SUBKY ABDUL LATIF


Semua mereka adalah ahli atau penyokong kuat Pas. Siapa tidak kenal Ahmad Subky Abdul Latif?



Kira-kira bagaimana Pas songlap duit Kohilal



19. Setiap ahli Kohilal dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.



20. Pada awal penubuhan 1986, anggotanya sekitar 156 orang, meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002.



Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta.



21. Apa sudah jadi kepada semua duit ini? Ustaz sudah telan. Buaya yang terbesar di sini termasuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin, bekas Ketua Persatuan Ulama Malaysia. Ada banyak lagi cerita Ustaz Abdul Ghani ini.




3.O AKTIVITI PENIPUAN DAN SONGLAP DUIT KOHILAL OLEH PAS



22. Pada pertengahan 1997, Lujnah Ekonomi PAS Pusat telah melancarkan satu dana pelaburan dikenali sebagai pelaburan “The Year 2000”.



23. Pertama sekali pasal apa PAS guna bahasa Inggeris: pelaburan ‘The Year 2000’? Kenapa tidak digunakan bahasa Arab yang betul ia itu ‘Al Fala’afil Wa ‘Allafa 2000’? Tidakkah bahasa Arab lebih afdal? Atau pun sekurangnya gunalah bahasa Melayu “Dana Tahun 2000”.



24. Pelaburan tersebut dirancang sebagai serampang dua mata iaitu jaminan (palsu) memberi keuntungan kepada ahli Kohilal. Tapi tujuan sebenarnya ialah bagi menampung perbelanjaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-10. Tempoh matang pelaburan pula dijanjikan tamat pada 2000 ataupun sehingga tarikh PRU ke-10 diumumkan. Malangnya sehingga hari ini, tahun 2010, ahli Kohilal hanya menggaru buntot masing-masing.



25. Untuk menipu orang, setiap pelabur KOHILAL dijanjikan bayaran dividen 10% SETIAP BULAN !! Dividen pula akan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Seterusnya badan Perhubungan PAS Negeri dikerah mencari pelabur baru.



26. Mengikut PAS “sekitar 1998, pelaburan KOHILAL menerusi projek ‘Pelaburan - The Year 2000’ telah mendatangkan keuntungan yang memuaskan di mana ahli-ahli yang melabur di bawah skim tersebut telah mendapat keuntungan sepertimana yang dijanjikan”.



27. Tapi sila perhatikan bahawa skim pelaburan ini sudah menyalahi undang-undang. Bagaimanakah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948 boleh digunakan untuk menjana dana untuk membiayai kempen sebuah parti politik seperti PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-10?



28. Apabila Pas mengambil dana Koperasi untuk bayar kempen politik, sudah tentu hak dan kepentingan ahli Kohilal akan tercabul. Dan inilah yang telah berlaku. Yang memburukkan keadaan lagi ialah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Kohilal semuanya adalah ustaz dan orang politik PAS.



29. Memandangkan bahawa Kohilal sekarang kehilangan RM45 juta dan lebih 20,000 ahlinya tertipu, jelas bahawa Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kohilal telah mengutamakan politik PAS dan membayar tambang kapalterbang Haji Hadi Awang. Duit ahli Kohilal RM45 juta sudah hilang.



Skim Pelaburan ala Pak Man Telo



30. Sebelum kita sambung cerita pasal PAS songlap duit ahli Kohilal, mari kita lihat sepucuk surat yang ditulis oleh seorang ahli PAS yang tersiar di HarakahDaily.Net, akhbar Online parti PAS.



31. Hamba Allah ini namanya Nooramaludin Mohamad daripada Bandar Jengka, seorang pengusaha Felda yang sara hidup dengan menanam pokok kelapa sawit. Kerana terlalu mempercayai ustaz PAS, Nooramaludin telah ditipu duit RM4,000 oleh Kohilal.

Bekas ahli Kohilal mohon keprihatinan


Nooramaludin Mohamad, Bandar Jengka 

Sehubungan itu, sehingga sekarang saya masih belum menerima apa-apa bayaran / pemulangan balik wang caruman saham kohilal yang berjumlah hampir RM4,000.00. Sudah hampir 4 kali surat saya utuskan, namun tiada jawapan dari Kohilal.

Besarlah harapan saya agar Kohilal dapat memulangkan kembali wang saham yang saya laburkan itu dipulangkan segera. Saya amat memerlukan wang tersebut bagi urusan perbelanjaan persekolahan anak-anak saya.

Sekian, semoga mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak tuan”

Sudah empat kali Nooramaludin tulis surat minta balik duit dia, habuk pun tak dapat.


Sila perhatikan bahawa Nooramaludin tidak minta bayaran dividen atau bonus. Beliau minta dipulangkan pelaburan asalnya saja RM4000 untuk bayar perbelanjaan sekolah. 



Dan ini pula jawapan PAS? Sila baca berita ini daripada Malaysiakini:

“Bekas pengarah: Pelaburan Kohilal rugi kerana ‘tidak bernasib baik’


Seorang bekas pengarah Koperasi Al-Hilal (Kohilal) berkata, kegagalan pelaburan koperasi itu – yang dianggotai oleh ahli PAS – pada tahun 1990-an sehingga kerugian RM45 juta, bukanlah kerana kelemahan pihak pengurusannya, tetapi kerana ‘tidak bernasib baik”.”



Jadi Nooramaludin, fahamilah bahawa dalam skim perniagaan PAS dan Kohilal, saudara perlu tentukan “nasib baik” dulu. Kepintaran memahami bisness semua tidak perlu. Kecekapan menerokai pasaran semua tidak perlu juga. Kebolehan pengurusan perniagaan semua tidak perlu.

Dalam skim perniagaan PAS dan Kohilal, anda hanya memerlukan “nasib baik”. Kalau ada “good luck” atau “nasib baik” maka boleh berjaya. Jelas sekali bukan saja Kohilal tetapi saudara Nooramaludin pun “tidak bernasib baik”. Sorry lah brader.

Satu lagi tempat untuk menceburi bisnes secara “nasib baik” ialah di Casino Genting Highlands. Sunnah di Casino Genting Highlands serupa saja dengan sunnah di Kohilal. Kita cuba “nasib baik” atau “good luck” saja. Kalau ada “nasib baik” boleh jadi kaya.

Kalau “tidak nasib baik”, sorry lah. Modal semua hilang.



32. Jadi saudara, inilah jawapan yang diberi oleh Pengurusan Kohilal untuk menutup penipuan mereka menelan duit ahli PAS sebanyak RM45 juta.



33. Mereka berani dan sanggup memberi jawapan seperti ini kerana secara lazimnya ahli PAS dan Kohilal adalah orang kampong yang dhaif dan kurang berpelajaran, seperti saudara Nooramaludin, peneroka Felda di Bandar Jengka.



34. Majoriti ahli PAS memang orang kampong yang tidak berpelajaran tinggi yang mudah ditipu dengan bacaan doa, ayat-ayat bahasa Arab, janji “undi syurga” dan sebagainya. Di sini saya salahkan ahli Pas juga. Bila kita bodoh, orang lain akan perbodohkan kita lagi.





Saudara-saudari ahli PAS, amat jelas sekali Pas telah menipu ahli Kohilal dengan janji kosong dan palsu.



35. Pada 1997, Pas telah menjanjikan mereka, ‘di bawah skim ini, setiap pelabur yang melabur di bawah KOHILAL dijanjikan dengan bayaran dividen sehingga 10% setiap bulan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Selain itu, Badan Perhubungan PAS Negeri juga dipertanggungjawabkan mencari pelabur baru dan akan mendapatkan dividen yang sama’.



37. Untung 10% setiap bulan? Ini adalah perkara yang amat mustahil sekali. Maksudnya 120% setahun. Pada 1997, tabung Amanah Saham Nasional ia itu antara tabung pelaburan yang paling berhasil sekali hanya membayar dividen sekitar 8% SETAHUN sahaja ataupun 0.67% SEBULAN.



Tapi Kohilal telah janjikan ahlinya pulangan 10% SEBULAN!! Ia itu 120% SETAHUN !!



Saudara saudari ahli PAS, jangan marah secara membuta. Marilah kita bersama-sama gunakan otak dengan waras untuk meneliti perkara ini.



38. Cuba kita bandingkan: Apakah kelebihan Kohilal yang dipengerusikan ustaz totok PAS dan pengurus Kohilal yang tidak berkelulusan apa pun, berbanding dengan Amanah Saham Nasional yang diuruskan oleh pakar-pakar kewangan dan pakar ekonomi bertaraf dunia? Jauh sekali bezanya.



39. Walaupun demikian, Amanah Saham Nasional hanya janjikan dividen 8% SETAHUN. Sebaliknya Kohilal pula boleh janjikan dividen 10% SATU BULAN!!! MAKSUDNYA 120% SETAHUN? Hebatnya janji mereka. Janji mereka semua palsu sebab yang menjadi nyata sekarang Kohilal dan PAS sudah songlap duit ahli PAS sebanyak RM45 juta.



40. Jadi sekarang saudara saudari ahli PAS perlu untuk mengimbas kembali ‘Apakah niat mereka, apabila Kohilal janjikan dividen 10% sebulan (120% setahun)?’ Jelas sekali orang yang pandai sikit (ustaz PAS) hendak perbodohkan orang yang kurang pintar (ahli Kohilal peneroka Felda dsbnya) dengan janji dividen 10% sebulan.



41. Bayangkanlah : kalau lah Amanah Saham Nasional yang jauh lebih pandai berniaga daripada Kohilal, janjikan dividen 10% sebulan, boleh ke kita percaya mereka? Sudah tentu tak boleh. Habis macam mana pula kita nak percaya PAS, yang tak tahu niaga apa pun, boleh bayar dividen 10% SATU BULAN?



42. Ianya memang benar sebahagian ahli Kohilal telah mendapat pulangan lumayan pada tahap awal. Bagaimanakah Kohilal boleh melakukannya? Jawapannya terletak di sini :

“Selain itu, Badan Perhubungan PAS Negeri juga dipertanggungjawabkan mencari pelabur baru dan akan mendapatkan dividen yang sama”.

43. Maksudnya untuk memperdayakan ahli, Kohilal ambil sumbangan dana daripada ahli baru dan membayarnya sebagai dividen kepada ahli lama. Serupa dengan skim cepat kaya Pak Man Telo di Perak pada satu ketika dulu. Inilah skim cepat kaya yang akhirnya bungkus juga.


44. Tuan-tuan sekalian, pendek kata, selama 13 tahun, ia itu sejak 1997 PAS dan Kohilal telah membohongi dan menipu ahli Kohilal ia itu saudara seperjuangan dan saudara se Islam mereka sendiri.



45. Yang menjadi kaya adalah ustaz-ustaz dan pemimpin PAS yang sedia faham bahawa selagi PAS janjikan syurga dan pahala maka ahli PAS, yang kebanyakkannya orang kampong dan golongan yang tidak terpelajar, akan terus memberi sokongan kewangan kepada Kohilal menerusi yuran dan pelaburan mereka.


5.0  Penyata Akaun Misteri & Anak Syarikat Tidak Berdaftar

Keuntungan Kohilal RM1,575 sebulan! Kurang daripada gaji kerani kerajaan.

46. Itulah sebenarnya yang berlaku. PAS telah menipu ahli Kohilal bahawa skim pelaburan KOHILAL yang terlibat dalam memasarkan barangan tradisional seperti bedak, jamu, makanan ringan, minuman, ubat gigi dan sebagainya memberi kadar faedah yang menarik.


47. Tetapi perkara yang sebenarnya ialah sepanjang tempoh sepuluh 10 tahun (1986 – 1995), perniagaan KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan yang dianggarkan (PAS sendiri tidak pasti) RM 189,431.00. Maksudnya keuntungan purata tahunan hanya RM18,943.00 atau disekitar RM1,575.00 sebulan.



48. Tuan-tuan cuba fikir perkara ini baik-baik.



Dengan yuran ahli lebih daripada RM2.078 juta, bilangan ahli lebih 20,000 orang, Lembaga Pengarah 10 orang dan pasukan pengurusan yang dilantik PAS, Kohilal hanya dapat menjana keuntungan RM1,575 sebulan!!!



Makcik yang menjual nasi lemak atau pisang goreng di kaki lima Kuala Lumpur pun boleh mendapat keuntungan yang lebih daripada RM2,000.00 sebulan.



49. Pelaburan “risiko tinggi” pula.



Mengikut laporan consultant yang telah kami terima, berikut:

“Pada akhir 1995, KOHILAL telah melangkah lebih jauh di mana koperasi tersebut telah membuat pelaburan berisiko tinggi dan beberapa anak syarikat telah diwujudkan dalam dan juga luar negeri.


50. Di peringkat antarabangsa, koperasi ini telah melibatkan dalam pelaburan di INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, dan AUSTRALIA serta urusniaga import eksport barangan daripada YAMAN dan IRAN melibatkan barangan makanan dan minuman seperti Tamar, Kismis dan Air Zam- Zam menerusi anak-anak syarikat dalam negeri yang bernaung di bawah koperasi KOHILAL:

  • Pusat Perubatan KOHILAL, Taman Melawati, SELANGOR;
  • Koperasi Darul Qarar Berhad, KELANTAN;
  • Koperasi Al-Falah Berhad, Seremban, NEGERI SEMBILAN;
  • Koperasi Al-Makmur Berhad, PAHANG;
  • Koperasi Al-Barakah Berhad, Alor Setar, KEDAH;
  • Koperasi PERAK, PERAK; dan
  • Koperasi Hak Anak (KOHAMAS) MELAKA, MELAKA.”
51. Perhatikan bahawa perniagaan ini termasuk mengimpot kismis, air zam zam dan buah tamar yang dijual sebagai penawar anak dunggu, rahsia keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan sebagainya oleh agen ustaz dan ulama tertentu seperti Ahmad Awang dan Harussani Zakaria.


52. Kismis dan tamar sering dijual dengan menggunakan nama mereka. Mereka mendapat komisen dan menjadi kaya tapi hutang kepada Kohilal tidak terbayar. Kohilal dan ahlinya rugi tapi Ahmad Awang, Harusaani Zakaria, Abdul Ghani Samsudin dan ustaz lain semua untung besar.



53. Dan mereka membohong lagi. Menurut PAS sendiri, “beberapa anak-anak syarikat KOHILAL tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Pembangunan Koperasi.” Maksudnya mereka masih beroperasi sebagai syarikat ‘haram’ yang tidak berdaftar.



54. Contoh anak-anak syarikat Kohilal yang beroperasi tanpa pengiktirafan Jab. Pembangunan Koperasi ialah :

  • Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Negeri Kelantan Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Negeri Terengganu Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Negeri Pahang Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Wilayah Tengah Sdn. Bhd
  • Kohilal Edar Negeri Melaka Sdn. Bhd.
Tuan-tuan apakah muslihat disebalik mengendalikan syarikat yang tidak berdaftar?


55. Senang saja.



Syarikat yang tidak berdaftar sebenarnya tidak wujud secara sah dan rasmi. Syarikat demikian tidak perlu sediakan penyata akaun atau menyediakan laporan tahunan setiap hujung tahun.



56. Tapi syarikat tersebut masih digunakan untuk mengutip derma, sumbangan daripada ahli PAS, yuran daripada ahli Kohilal dan juga dana pelaburan daripada syarikat induk ia itu Kohilal sendiri.



57. Kemudian duit yang diperolehi itu disonglapkan atas alasan membiayai kempen pilihanraya, lawatan pemimpin PAS seperti Hadi Awang ke luar negara dan projek yang membazirkan wang ahli Kohilal.



58. Ustaz-ustaz PAS yang jual kismis ajaib – penawar untuk anak dunggu lulus peperiksaan, menggunakan duit ahli Kohilal untuk mengimpot kismis daripada Iran, Yemen dan tempat lain. Kemudian mereka menjual ‘kismis untuk anak dungu’ dan memperolehi kekayaan yang besar.



59. Cuma mereka “terlupa” menjelaskan hutang mengimpot kismis kepada Kohilal. Hutang mereka kepada Kohilal sampai beratus ribu ringgit – semuanya tidak terbayar.



60. Jadi, jika sdra-sdri kunjungi kedai runcit kampong atau mini market dan melihat gambar Ustaz Ahmad Awang atau Ismail Kamus pada pelekat ‘kismis untuk anak dunggu”, fahamilah bahawa kismis itu dibeli dengan duit ahli Kohilal dan ahli PAS. Duit anda sendiri.



61. Tapi jika sesiapa ingin mencuba untuk memeriksa penyata akaun anak syarikat Kohilal itu – anda membuang masa saja.



62. Sebab syarikat itu TIDAK BERDAFTAR. Syarikat yang tidak berdaftar sebenarnya TIDAK WUJUD secara rasmi. Syarikat yang tidak wujud secara rasmi TIDAK ADA penyata akaun.



Aset dan kedudukan kewangan Kohilal



63. PAS berkata bahawa setakat ini, dana KOHILAL adalah dari :

  • BPA (Caruman Bulanan Anggota untuk Akaun Simpanan) dianggarkan berjumlah RM140,000.00 setiap bulan.
  • Hasil perniagaan berpunca dari aktiviti penjualan barangan sekitar RM 40,000.00 hingga RM 50,000.00 sebulan. Jumlah keuntungan kira-kira 10% - 20% sumbangan dari keseluruhan aktiviti dijalankan.
  • Pendapatan dari sewa bangunan berjumlah RM21,650.00 sebulan yang kebanyakan penyewa terdiri daripada anak-anak syarikat


Senarai perbelanjaan dan keuntungan adalah seperti gambarajah berikut: 





64. Yang amat pelik disini ialah caruman bulanan anggota sebanyak RM140,000.00 jauh melebihi hasil perniagaan dan penjualan barangan sekitar RM40,000 – 50,000 sahaja sebulan. Soalannya ke mana pula pergi baki caruman bulanan anggota sebanyak RM100,000 itu?


65. Sewa bulanan pun penipuan juga sebab menurut senarai Perbelanjaan dan Keuntungan, Kohilal tidak dapat kutip semua sewa. Sewa yang dibayar hanya 10% sahaja daripada RM21,650 itu atau RM2,165 sahaja.



66. Ini kerana sewa bulanan pun dikutip daripada anak-anak syarikat Kohilal juga, yang semuanya rugi.



67. Maksudnya sewa sebenarnya dibayar dengan menggunakan caruman bulanan anggota Kohilal juga dan bukan daripada hasil perniagaan. Pengurusan perniagaan jenis apa pula in?



Senarai aset yang dimiliki oleh Kohilal adalah berikut:








Penyata kewangan yang misteri.


68. Yang berikut pula penyata kedudukan kewangan Kohilal. Siapa pun tidak boleh memahami apa maksud penyata kewangan ini sebab penyata ini ditulis ikut cara yang amat mengelirukan supaya tiada siapa pun boleh faham maksudnya. Sila

Tuan-tuan sendiri cuba membaca dan memahami penyata yang berikut :





Akauntan pun tidak boleh faham apa maksud penyata kewangan ini.


69. Sila lihat bahawa Simpanan Anggota dicatit berjumlah RM39.840 Juta. Tapi ini pun pembohongan juga sebab duit ini sudah tidak ada.



70. Sudah jadi ghaib seperti hutang buah tamar, hutang buah kismis dan hutang air zam-zam yang masih tidak terbayar oleh pengusaha kismis, zam zam dan buah tamar yang bersekongkol dengan ustaz dan ulama pro PAS. Mereka semua sudah kaya dengan menelan duit ahli Kohilal.



71. Menurut konsultan yang dilantik oleh PAS, pada 2000-2002, KOHILAL berada dalam keadaan tenat dan terpaksa menampung kos perbelanjaan pengurusan kira-kira RM40,000.00 sebulan tidak termasuk pembayaran hutang secara bulanan kepada BIMB sebanyak RM 48,000.00. Ini sudah defisit setiap bulan.



72. Selain itu, Kohilal juga terpaksa menyediakan peruntukkan untuk pengeluaran pelaburan (modal pusingan) perniagaan dan pembayaran dividen saham kepada ahli setiap 3 bulan seperti yang telah dijanji. Pada 2000-2002 sahaja perbelanjaan memerlukan RM 10 juta.


4.0 Muktamar akan diguna untuk tutup kes



KEJATUHAN PERNIAGAAN KOHILAL



73. Sekitar 1998 hingga 2000 anak-anak syarikat KOHILAL mengalami kerugian dalam perniagaan dan pelaburan di dalam dan luar negeri. Faktor mendorong kejatuhan perniagaan KOHILAL antara lain adalah kegagalan anak-anak syarikat KOHILAL membuat sebarang perjanjian bertulis dengan syarikat-syarikat pelaburan di luar negeri seperti di THAILAND dan INDONESIA.



Inilah kebodohan PAS dalam menjalankan perniagaan – agreement atau perjanjian bertulis pun mereka tak tahu nak buat. Habis macam mana bisnes nak hidup?



74. Pada waktu itu juga, penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan anak-anak syarikat KOHILAL sudah banyak berlaku tapi perkara tersebut tidak dilaporkan secara terbuka.



75. Sebaliknya PAS cuba tutup penyelewengan ini. Antara sebabnya ialah kerana Pilihanraya Umum menjelang tiba. PAS tidak mahu skandal ini dibocorkan (dan memang pun begitu sehingga hari ini).



76. Dedah atau tidak, pada 2003 KOHILAL sudah mula merasa kehilangan wang caruman dan dana perniagaan. Kohilal merasa tertekan kerana cashflow atau alirtunai sudah kering.



77. Parti PAS diberitahu bahawa Kohilal mengalami masalah kewangan yang serius dan usaha-usaha untuk menyelamatkan KOHILAL perlu dijalankan.



Antara cadangan yang telah diusulkan ialah :

i) supaya setiap anggota KOHILAL diwajibkan menyumbang RM10.00 seorang untuk menambah dana wang sekali lagi


ii) untuk menjimatkan kos, pekerja dibuang kerja dan elaun pekerja dikurangkan.



iii) KOHILAL boleh menjual aset yang sedia ada.

Walaupun kami Unspinners bukan penyokong PAS, tapi kami merasa kasihan juga terhadap nasib berpuluh ribu peneroka Felda, peneroka Felcra, kakitangan awam dan orang lain yang telah melabur duit dengan Kohilal. Duit tuan-tuan sudah lenyap.


Apakah tindakan yang harus diambil oleh tuan-tuan sebagai ahli Kohilal :

a.    Jangan melabur wang anda dengan Kohilal lagi


b.    Jangan membayar yuran atau caruman bulanan lagi

c.    Sesiapa yang telah melabur wang dengan Kohilal sila membuat Laporan Polis dengan seberapa segera. Wang anda sudah lesap ditelan oleh ustaz dan ulama PAS.

Bala Tuhan yang dijanjikan ke atas kaum yang penipu dan munafik sedang menimpa anda semua. Duit anda sudah hilang. Anda semua masih miskin, mungkin papa kedana. Inilah bala Tuhan. Inilah akibatnya menyokong parti yang pembohong dan penipu. Parti yang menjual ayat Quran, menjual nama Nabi dan nama agama. Parti yang menjual “tiket masuk syurga”. Inilah akibatnya menyokong Ketua

Pembangkang yang berfe’el kaum Nabi Lut yang peliwat. Inilah akibatnya memfitnah orang Islam lain sebagai kafir.


Jadi berhentilah daripada menyokong mereka semua. Mereka hanya memperbodohkan tuan-tuan semua. Tuan-tuan tidak perlu sokong UMNO tapi jangan jadi Pak Bodoh dan jadi kaldai ulamak PAS dan peliwat Anwar Ibrahim.



Sumpah Saiful Bukhari Azlan di Masjid dengan menjunjung Al Quran sudah direstui Allah swt. Jelas bahawa bencana demi bencana yang menimpa puak politik pembangkang adalah akibat sumpah berani Saiful Bukhari Azlan itu. Mugnkin tuan2 boleh bersumpah dalam masjid, kot?

Tuan puan, saudara saudari,



Apabila isu Tabung Memali bocor ditelanjangkan dulu, presiden PAS ketika itu Fadhil Noor, telah mengadakan suatu perjumpaan khas dengan balu dan anak yatim Memali yang dhaif dan miskin. 



Pada perjumpaan itu Fadhil Noor telah memaki hamun dan mencaci kesemua balu-balu Memali yang hadhir sebagai wanita murahan yang tidak tahu bersyukur atau berterima kasih.



Isunya senang saja. Lebih tiga juta Ringgit wang Tabung Memali sudah hilang. Balu-balu Memali mengadu tidak mendapat satu sen pun daripada Tabung Memali padahal PAS telah mengutip derma berjuta Ringgit dengan melolong nama mereka juga. PAS minta semua orang derma duit ke Tabung Memali untuk membantu balu dan anak-anak yatim para ‘syuhada’ Kampong Memali yang telah mati ditembak Polis.



Pada perjumpaan itu Fadhil Noor telah memutar belitkan keadaan dan memarahi balu dan anak-anak yatim Memali bahawa PAS telah berjuang untuk membersihkan nama suami dan ayah mereka yang terkorban. 



Maka mereka harus berterima kasih kepada PAS yang telah berjuang dengan begitu bersungguh menjaga maruah keluarga mereka. Pasal duit pula, itu perkara remeh saja kata Fadhil. Pasal apa nak merungut pasal sekupang dua kupang? 



Tapi Fadhil Noor mempunyai niat yang lebih jahat lagi untuk berjumpa balu Memali. Sebenarnya Fadhil Noor lebih khuatiri muktamar PAS yang bakal tiba dan bukan pasal kebajikan balu Memali. 



Fadhil Noor telah mengumumkan kepada muktamar PAS bahawa isu Tabung Memali sudah selesai setelah presiden sendiri mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan balu dan anak yatim Memali. 



Semua ahli PAS dungu yang hadhir bertakbir dan kesedapan sendiri melancap dalam keseronokan. Maka ditutuplah tirai atas babak Tabung Memali Bocor.



Tuan-tuan, dalam Kitab Suci Al Quran, Allah swt memberi amaran keras:

"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka; dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala (Surah Al Nisaa : 10)."

Maka sedikit masa selepas memaki dan mencaci balu dan anak yatim Memali, Fadhil Noor mula jatuh sakit. Bala Tuhan mula jatuh atas kepalanya. Dia kerap masuk keluar hospital. 

Akhir sekali Fadhil Noor mati dalam kesakitan akibat penyakit kanser. Orang telah bercerita bahawa apabila mayat Fadhil Noor diusung, jenazah itu berasa amat berat. Mayatnya juga berbau busuk – semua ini menjadi alamat orang yang banyak berdosa.

Begitu juga pada muktamar bulan Jun 2010, PAS cuba untuk menutup “Skandal Hilang Duit Kohilal RM45 juta”.

Muktamar PAS bulan Jun ini (9 - 13) akan membawa pendekatan ‘kohilang’ saja lah. Maksudnya sesiapa yang ingin pertikaikan pasal hilang duit Kohilal RM45 juta, mereka akan disuruh ‘ngko pi hilang sajalah’.

Pendedahan Unspinners yang lewat ini tidak memberi PAS masa yang cukup untuk mengadakan ‘Perjumpaan Khas Untuk Memaki & Mencaci Ahli Kohilal’.

Tapi dont worry brader – PAS akan main silat taici supaya isu ini tidak akan ditimbulkan pada muktamar parti bulan depan. Sesiapa yang berani membawa usul untuk membincangkan isu “Hilang Duit Kohilal RM45 Juta” akan disuruh ‘kohilang’.


5.0  RUMUSAN



Pemimpin PAS mungkin sudah lupa akan 'Tragedi Berdarah Memali' pada tahun 1985 yang tercetus kerana Ibrahim Libya enggan menyerah diri untuk ditahan di bawah ISA. Penyokong PAS generasi kini pula mungkin ramai yang tidak tahu menahu mengenai peristiwa ini.


Kini tragedi yang menimbulkan banyak tanda tanya itu telah lama berlalu. Kepimpinan PAS kemudiannya atau kononnya telah mengambil tugas menjaga dan membela nasib waris mangsa yang terbunuh atas dasar tanggungjawab. Untuk tujuan ini, PAS telah melancarkan Tabung Memali untuk mengumpul dana bagi membantu balu dan anak Ibrahim Libya serta pengikut lain yang menjadi mangsa tembakan polis. Dianggarkan tabung tersebut berjaya mengutip lebih RM300,000.



Tetapi lebih sepuluh tahun kemudian, ahli PAS sendiri yang ketika itu dipimpin oleh Mujahid Yusof Rawa, telah mendedahkan bahawa selama lebih sepuluh tahun tidak ada satu sen pun daripada Tabung Memali yang telah sampai kepada balu dan anak-anak mangsa. Duit Tabung Memali semua telah di songlap oleh pemimpin PAS.




PAS cuba berdolak dalih serta menuding jari ke semua arah dalam usaha mereka membela diri. Tetapi, mahu tidak mahu mereka terpaksa juga menghadapi keluarga mangsa dalam satu perjumpaan yang mana berakhir dengan cabar-mencabar, pergaduhan dan ketegangan.



Salah seorang mangsa tragedi Memali, Encik Manas Abdullah, 57, menegaskan kesemua mereka (mangsa tragedi) kecewa dengan sikap Datuk Fadzil Noor selaku Presiden PAS yang berat sebelah. Seorang lagi mangsa, Azmi Haji Salim, 51, mendakwa hasil kutipan tabung itu dipercayai telah disumbangkan kepada pihak-pihak lain termasuk kepada akhbar Harakah. Mereka mendakwa wang tabung yang bertujuan membantu balu-balu dan anak-anak mangsa tragedi itu telah habis dan hidup mereka kini dalam kepayahan. Balu kepada Allahyarham Ibrahim Mahmud, Soleha Hussain, mendedahkan sendiri 'bahawa pihak pengurusan tabung kata duit sudah tiada tetapi selama ini saya tidak pernah diberitahu jumlah wang masuk dan keluar dari tabung berkenaan'.



Selain tabung Memali, PAS juga menubuhkan tabung derma yang dihulurkan kepada penyokong mereka setiap kali berceramah. Tidak cukup dengan itu, ada juga tabung yang bernama Tabung Mangsa Kezaliman UMNO yang kononnya diwujudkan untuk membantu mangsa perobohan rumah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Belimbing Api, Jabi Terengganu.



PAS memang suka ‘menabung’. Hairannya, tabung mereka semua kosong. Jika tidak, mana mungkin PAS Kedah terpaksa membalak secara haram untuk menjana pendapatan negeri dan PAS Kelantan sehingga kini masih menjadi negeri paling miskin walau telah berpuluh tahun berkuasa.



Tidak cukup dengan melenyapkan duit ‘menabung’, PAS juga telah melenyapkan hampir RM45 juta ringgit milik ahli mereka melalui Koperasi Al-Hilal (KOHILAL).




KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. Dianggarkan terdapat 23,000 orang ahli KOHILAL di seluruh negara. Setiap ahli KOHILAL dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.



Pada awal penubuhannya pada tahun 1986, anggotanya hanyalah sekitar 156 orang. Jumlah itu meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002 sahaja.



Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta pada jangka masa tersebut.



KOHILAL didaftarkan di bawah Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia mengikut Akta Koperasi 1948 pada 3 Jun1986. Mesyuarat Pertama Ahli Lembaga Pengarah (ALP) diadakan Pada 19 Julai1986. Allahyarham Hj. Ismail Abdullah, Bekas Timb. Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan telah dilantik sebagai Pengerusi KOHILAL yang pertama.



Lembaga Pengarah Kohilal adaah terdiri daripada:



Pengerusi: Hassan Shukri



Naib Pengerusi: Sheikh Abu Bakar Omar



Setiausaha: Mohd Ismath Habib Mohamad



Bendahari: Ali Maidin



Anggota Lembaga Pengarah:
Asimuddin Shamaan
Dr. Rayney Azmi Ali
Abdul Aziz Hassan
Syed Hamid Syed Mohamed
Wan Pauzi Yahya
Ahmad Subky Abdul Latif



Aktiviti Pelaburan KOHILAL termasuklah memasarkan barangan tradisional seperti bedak, jamu, makanan ringan, minuman, ubat gigi dan sebagainya.



Di peringkat antarabangsa, koperasi ini telah melibatkan dalam pelaburan di INDONESIA, SINGAPURA, BRUNEI, dan AUSTRALIA serta urusniaga import eksport barangan daripada YAMAN dan IRAN melibatkan barangan makanan dan minuman seperti Tamar, Kismis dan Air Zam- Zam menerusi anak-anak syarikat dalam negeri seperti:



• Pusat Perubatan KOHILAL, Taman Melawati, SELANGOR;
• Koperasi Darul Qarar Berhad, KELANTAN;
• Koperasi Al-Falah Berhad, Seremban, NEGERI SEMBILAN;
• Koperasi Al-Makmur Berhad, PAHANG;
• Koperasi Al-Barakah Berhad, Alor Setar, KEDAH;
• Koperasi PERAK, PERAK; dan
• Koperasi Hak Anak (KOHAMAS) MELAKA, MELAKA.”



Kismis dan tamar ini sering dijual dengan menggunakan nama Ahmad Awang, Harusaani Zakaria, Abdul Ghani Samsudin dan lain-lain dan mereka inilah menikmati keuntungan besar sedangkan ahli KOHILAL tidak mendapat apa-apa selain dapat menikmati kismis dan tamar.



Beberapa anak-anak syarikat KOHILAL masih beroperasi sebagai syarikat ‘haram’ yang tidak berdaftar contohnya:
• Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Kelantan Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Terengganu Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Pahang Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Wilayah Tengah Sdn. Bhd
• Kohilal Edar Negeri Melaka Sdn. Bhd.



Syarikat-syarikat tidak berdaftar tersebut masih digunakan untuk mengutip derma, sumbangan daripada ahli PAS, yuran daripada ahli Kohilal dan juga dana pelaburan daripada syarikat induk ia itu Kohilal sendiri.



Kemudian duit yang diperolehi itu disonglapkan atas alasan membiayai kempen pilihanraya, lawatan pemimpin PAS seperti Hadi Awang ke luar negara dan projek yang membazirkan wang ahli Kohilal.



Akibatnya, KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan kejahilan pihak pengurusan mengenai perniagaan. Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) dibuat tanpa sebarang perjanjian bertulis dan perbelanjaan keluar masuk juga tidak dikawalselia.



KOHILAL kini tidak mampu langsung membayar dividen kepada ahli. Manakan tidak, apabila sepanjang tempoh sepuluh 10 tahun (1986 – 1995), perniagaan KOHILAL hanya dapat menjana keuntungan yang dianggarkan (PAS sendiri tidak pasti) RM 189,431.00. Maksudnya keuntungan purata tahunan hanya RM18,943.00 atau disekitar RM1,575.00 sebulan.



Untuk menjaga maruah parti dan seterusnya menipu ahli, PAS sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum.



Pada tahun 1997, setiap pelabur di bawah KOHILAL akan dibayar dividen sehingga 10% setiap bulan atau 120% setahun dibayar secara tiga bulan sekali, melebihi ASN yang mana hanya mampu membayar 8% setahun. Simpanan Tetap Bank juga hanya mampu memberi pulangan sebanyak lebih kurang 4%. Dan simpanan melalui ‘Unit Trust’ pula hanya mampu memberi pulangan paling tinggi lebih kurang 12% bagi sesetengah saham. Justeru, bagaimanakh KOHILAL yang diuruskan oleh mereka-mereka yang tiada kelayakan dalam pengurusan kewangan boleh menjanjikan pulangan sedemikian tinggi?



Sesiapa sahaja yang arif tentang pelaburan dan perniagaan pasti tahu bahawa apa yang dijanjikan PAS melalui KOHILAL ini adalah tidak masuk akal sama sekali.



Hakikatnya, KOHILAL hanyalah satu skim cepat kaya yang jauh lebih kotor dari Pak Man Telo kerana ia menggunapakai nama Islam di bawah PAS. Kesemua wang kotor dari skim cepat kaya ini, wang dari dana milik waris mangsa Memali dan juga wang yang ditadah dari tabung-tabung ‘bocor’ PAS telah bercampur baur dengan darah mangsa Memali kini hanyir dan kering di tangan pemimpin PAS. Bayangkanlah, tangan itulah yang memegang mikrofon ceramah menjanjikan syurga kepada penyokong mereka.






sumber: