mykmu.net

Tuesday, 14 August 2012

MENILAI AGENDA DAP MELALUI DONG ZONG YANG MENUNTUT DASAR APARTEID DIMALAYSIA


1. Dong Zong mula menakutkan kaum Cina yang rasional, menimbulkan kemarahan kaum Melayu dan menjengkelkan semua warganegara yang patriotik dan mencintai keamanan.  Kita tahu pada hakikatnya, tidak semua kaum Cina itu bersifat perkauman seperti Dong Zong.  Kebanyakan kaum Cina telah menerima hakikat bahawa mereka adalah warga Malaysia dan untuk memperjuangkan sebuah negara China di dalam Malaysia seperti Dong Zong, adalah mengarut. 

2. Kerajaan telah menerima atau sekurang-kurangnya cuba sedaya upaya untuk menerima semua tuntutan Dong Zong walaupun ia tidak praktikal dan membawa risiko kepada perpaduan rakyat.  Kementerian Pelajaran telah pun meluluskan Sekolah Cina Persendirian di Kuantan walaupun ia bertentangan dengan aspirasi negara kerana memisahkan lagi kaum Cina dari kaum lain serta meningkatkan prasangka antara kaum.

3. Bagaimanapun, tiada yang dapat memuaskan hati puak pelampau Cina ini.  Tidak selagi mereka tidak dapat melaksanakan sistem Aparteid seperti yang dilalui oleh Afrika suatu ketika dulu di mana rakyat diasingkan mengikut warna kulit dan dipisahkan di sekolah-sekolah, pusat peranginan, kenderaan awam dan berbagai-bagai lagi.  Dengan itu, sesiapa yang memiliki kuasa ekonomi akan dengan secara automatic menjadi kuasa mutlak dan secara automatic juga pihak yang lemah dan kurang bernasib baik akan terpaksa mengalah dan menderita. 

4. Jelas, Dong Zong bertekad untuk mengambil kesempatan atas kuasa ekonomi yang ada pada kaum Cina untuk memenuhi kepentingan diri mereka melalui perlaksanaan sistem aparteid ini di Malaysia. 

5. Cara Dong Zong menekan dan mengugut kerajaan dengan agenda rasis mereka menyerlahkan sifat ‘hati-kering’ atau ‘tiada hati perut’ sepertimana pihak komunis dan kongsi gelap yang begitu sinonim dengan kaum Cina.  Oleh itu, bagaimana kita boleh menjamin sistem aparteid yang diimpikan mereka tidak akan menjejaskan sesiapa?


Kalau dah Sebangsa, Senegara, Sejiwa ayuh kita mulakan dengan 1Sekolah untuk semua 

6. Tuntutan terbaru Dong Zong telah meletakkan sifat perkauman mereka ke tahap yang lebih tinggi lagi.  Puak ektremis ini kini menuntut agar pelajar di sekolah persendirian Cina tidak perlu menduduki SPM.  Pada ketika ini, mereka punya pilihan untuk tidak menduduki Unified Examination Certificate (UEC) di tingkatan 6 jika mereka menduduki SPM.  Tetapi, kerajaan bimbang jika tanpa SPM, dan hanya UEC maka mereka akan punya masalah untuk mendapat pekerjaan di Malaysia. 

7. Tentu sekali, Dong Zong tidak bimbang tentang hal itu kerana pasaran kerja adalah dibawah kawalan kaum Cina.  Jika para pelajar tersebut tidak fasih berbahasa kebangsaan kerana sistem ini, maka itu lebih bagus bagi Dong Zong kerana itulah matlamat mereka sebenarnya – iaitu melahirkan generasi baru yang tidak patriotik yang mana akan membina sebuah negara Cina baru di dalam Malaysia.

8. Seolah-olah itu belum cukup rasis lagi, Dong Zong juga menuntut agar semua guru-guru di sekolah persendirian mereka tidak berdasarkan kelulusan SPM dan PMR.  Malah mereka hanya menerima guru-guru dengan latarbelakang pendidikan Cina seratus-peratus atau dalam ertikata lain, menolak mentah-mentah sistem pendidikan nasional. 


Apakah Dong Zong mahu merealisasikan Tema Hari Kebangsaan Pakatan Rakyat?

9. Sifat rasis, pentingkan diri dan kegilaan Dong Zong nampaknya tidak akan berkesudahan dan tindakan kerajaan terus melayan mereka, mula menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat. 

10. Untuk Malaysia mempunyai sekolah yang berasingan mengikut kaum sudah cukup pelik di mana tiada satu pun negara di dunia membenarkannya.  Dan untuk membiarkan puak pelampau untuk menolak sistem pendidikan nasional mentah-mentah adalah amat keterlaluan. 

11. Bukanlah satu pilihan bagi mana-mana pihak, kumpulan atau individu untuk menolak atau menafikan segala perkara yang penting yang menjadikan mereka warganegara sesebuah negara, seperti bahasa kebangsaan dan sistem pendidikan. 

12. Bagi Dong Zong untuk membuat tuntutan atas perkara ini menunjukkan betapa mereka langsung tidak menghormati kerajaan dan betapa mereka langsung tidak mempunyai kesetiaan terhadap negara ini tetapi sentiasa mendambakan negara ‘China’ sepanjang hidup mereka. 

13. Dong Zong adalah ancaman kepada negara seperti juga semua puak pelampau lain.  Kerajaan perlu menghentikan kegilaan mereka serta merta kerana setiap perkara ada hadnya, termasuk kegilaan dan kemarahan.  Mungkin ada yang tidak dapat menahan kemarahan melihat semua kegilaan ini.  Justeru, beringatlah bahawa Dong Zong mungkin telah menghidupkan suis bom jangka dan sudah menjadi lumrah ciptaan bom jangka di mana ia telah dijadualkan untuk meletup jua lambat-launnya.

Friday, 10 August 2012

ADAKAH AHLI PAS JUGA AKAN MASUK NERAKA JIKA HUDUD GAGAL DILAKSANAKAN ?






1. Jika sebelum pilihanraya Pakatan Rakyat telah bertelagah sakan berkenaan corak pentadbiran yang akan mereka laksanakan, maka bagaimana agaknya keadaan di Malaysia sekiranya mereka berjaya memenangi pilihanraya nanti?

2. Pertelagahan mereka pula, bukannya berkenaan isu yang baru timbul, tetapi isu lama, iaitu ‘hudud’ yang diulang-ulang dan tenggelam timbul mengikut musim pilihanraya.   Hudud, yang tuntutannya hanya 0.0001% dalam Islam, tetapi dijadikan perkara tonggak oleh PAS kerana ketandusan isu untuk membuktikan diri mereka jauh lebih Islam dari UMNO. 



3. Dan hudud juga menjadi tonggak penentangan DAP yang pada dasarnya memusuhi segala apa yang berkaitan dengan Melayu, termasuk agama Islam, Raja-raja dan sebagainya. 

4. Kini, para Ulama telah memfatwakan bahawa menyokong DAP adalah haram kerana mereka merupakan kafir harbi, iaitu memusuhi Islam.  Malah, fatwa ini juga dipersetujui oleh Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan tetapi beliau memberi alasan ia dikecualikan dalam hubungan PAS-DAP kerana melawan UMNO/BN yang menolak hudud. 






5. Dalam kata lain, mengikut hukum PAS, boleh bekerjasama dengan kafir harbi yang menolak hudud demi menjatuhkan pihak lain kerana pihak itu juga menolak hudud.  Dan sekiranya PR menang dalam pilihanraya, maka tidak salah bagi PAS untuk berkongsi kuasa dengan pihak yang juga menolak hudud. 

Hukum apakah ini?  Atau agama apakah ini?

6. Oleh kerana ‘tidak melaksanakan hudud’ merupakan dosa besar sehingga UMNO/BN perlu ditolak, maka logiknya DAP juga perlu ditolak atau akan mendapat dosa besar juga. 

7. Justeru, selagi PAS masih bersama DAP maka semua ahli dan pemimpinnya adalah berada di dalam dosa besar.  

8. Lebih dahsyat lagi, jika Pakatan Rakyat akhirnya berjaya menjadi pemerintah dan PAS masih tidak melaksanakan hudud bagi memelihara kerjasama dengan DAP maka tentulah dosanya jauh lebih besar lagi.




9. Kita yakin, sekiranya PR benar-benar berjaya berkuasa, maka PAS akan memberi alasan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengambil kira realiti Malaysia yang bermasyarakat majmuk. 

10. Tetapi rakyat tidak mungkin menerima alasan ini kerana UMNO telah memperjelaskan alasan yang sama mengenai hudud selama bertahun-tahun, tetapi PAS menolaknya mentah-mentah.  

11. Oleh itu, jika UMNO dituduh PAS sebagai jatuh kafir atau berdosa kerana menganggap hudud tidak sesuai dengan masa, keadaan dan tempat, maka PAS juga sama. 

12. Malah PAS lebih dahsyat lagi kerana bersekongkol dengan DAP yang bukan sahaja menolak hudud, tetapi memusuhi segala-galanya tentang Islam.



13. Kita merasa kasihan melihat kecelaruan PAS gara-gara terlalu gilakan kuasa.  Sedangkan DAP sanggup mati dan keluar parti demi menentang Negara Islam, tetapi PAS jangankan tidak sanggup mati kerana hudud, malah nak keluar dari Pakatan Rakyat pun tak sanggup. 

14. Inikah rupa parti yang kononnya mampu membawa umat Islam ke syurga?  

Thursday, 9 August 2012

BILA ULAMA KATA HARAM, PAS KATA BOLEH KERJASAMA DENGAN KAFIR HARBI


1. KOTA BHARU : Adalah haram dan berdosa untuk umat Islam menyokong DAP yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.

2. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihan raya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.



3. Beliau berkata, agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional (BN) yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.

4. "Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya.

6. "Parti-parti yang bekerjasama dengan DAP juga berdosa disokong kerana sokongan kepada mereka bermakna kita juga menyokong DAP sebab mereka satu pakatan," katanya kepada Utusan Malaysia disini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa),

7. Datuk Ibrahim Ali yang mempersoalkan hukum dalam Islam mengenai tindakan ahli PAS mengundi DAP pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menurut Ibrahim, persoalan itu perlu dijawab Pas kerana  adalah jelas pengerusi DAP, Karpal Singh dan keseluruhan pemimpin parti tersebut ketika ini menentang keras penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud.

8. Mengulas lanjut, Abdullah berkata, DAP berbeza dengan MCA dan MIC yang menjalin kerjasama dengan UMNO dalam BN kerana parti tersebut tidak bermusuhan dengan Islam malah sedia menerima pemerintahan Islam.

9. "Sebaliknya, DAP tidak mahu, mereka mahu hak samarata, tidak mahu tinggi rendah, tidak Mahu Islam tinggi, sifat harbi mereka sangat jelas iaitu menentang hukum hudud dan penubuhan negara Islam.

10. "Saya menyeru orang melayu dan umat Islam supaya pada pilihan raya umum akan datang jangan sokong Pas yang masih tidak mahu keluar daripada pakatan pembangkang, sokong Umno dan BN supaya orang melayu dan syiar Islam terus dimartabatkan," katanya.



*Petikan dari Utusan Malaysia 8/8/12


Manakala Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan



11. Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama.  Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang.  DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi. 

12. Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.  

13. Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato’ Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut. 



14. Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut ‘standard’ pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.  

15. Sedangkan ‘murtad’ adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya.  Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad. 

16. Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP. 

17. Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau ‘gila’ untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.  Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

18. Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan ‘kegilaan’ PAS demi mengejar kuasa politik.   Menurut beliau, “adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO”.

19. Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga. 

20. Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak ‘Ulama’ dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih ‘kafir’ dari kafir harbi DAP. 

21. Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi. 

22. Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri.  Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.     

23. Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus. 

24. Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini. 

25. Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam. 

26. Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.  Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh. 

27. Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS. 

Tuesday, 7 August 2012

HOT !!! UNISEL TIDAK PULANGKAN SEMULA WANG HEMAT DIRI PELAJAR YANG TELAH TAMAT BELAJAR





1. MH merupakan bekas pelajar UNISEL dalam jurusan Bioteknologi bagi sessi Dis 2004 - 2007 dan berkonvokesyen pada 2008. Ini bermakna penulis berdaftar di UNISEL pada era negeri Selangor dibawah pemerintahan BN dan berkonvo pada era negeri Selangor dibawah pemerintahan PKR.

2. Seperti biasa semasa mendaftaran ada berbagai yuran yang perlu dijelaskan. Antaranya ialah WANG HEMAT DIRI. Wang Hemat Diri ialah wang cagaran diri dimana pelajar berjanji akan belajar bersungguh-sungguh sehingga bergraduan dan wang tersebut akan dikembalikan sekiranya berjaya menamatkan pelajaran disesebuah institusi pengajian tinggi (IPT). Ini merupakan satu standard praktis dimana-mana instutisi pengajian tinggi di Malaysia.

Bukti yang UNISEL akan mengembalikan semula Wang Hemat Diri


3. Apabila tiba masa untuk bergraduat MH bertanya kepada Pejabat Bendahari mengenai Wang Hemat Diri yang akan dikembalikan apabila pelajar bergraduat. Dengan selamba jaa pegawai kat Pejabat Bendari UNISEL Shah Alam bagi tau yang Wang Hemat Diri pelajar telah dimasukkan ke dalam tabung alumni (entah ya entah tidak)

4. Tanpa pekeliling pemberitahuan, tanpa keizinan pelajar UNISEL telah memasukan duit ini kedalam tabung alumni. Ini merupakan satu pecah amanah. Memang laa jumlah duit tu tak banyak, RM 200 ja sorang. Kalau dah sorang RM 200 gamak-gamak kalau dah jumlah pelajar yang bergraduat 5000 orang dah berapa duit tu yer? 

5. Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

6. UNISEL pernah berjanji untuk memulangkan balik Wang Hemat Diri kami. Sampai masanya rejim PKR Selangor tidak memulangkannya semuala...

7. Adakan ini janji ditepati atau janji ditaburi ??





Monday, 6 August 2012

JELAS TERBUKTI KERAJAAN PKR SELANGOR GAGAL MENTADBIR DAN MENGURUSKAN UNISEL








1. Jika pada tahun 2009, kerajaan PR Selangor telah menunjukkan kelemahan dengan terpaksa memohon bajet tambahan sebanyak dua kali dalam masa enam bulan selepas bajet dibentangkan, ia mungkin disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman mengurus negeri.  

2. Tetapi apabila sudah hampir sepenggal memerintah dan kerajaan PR Selangor masih lagi melakukan kesilapan dan terlepas pandang di sana-sini, terutamanya dalam soal yang membabitkan pendidikan yang menjadi tonggak janji mereka kepada rakyat, maka tidak salah jika kita mengisytiharkan secara rasmi bahawa PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah negeri, jauh sekali negara.

3. BN ‘melepaskan’ Selangor kepada PR dalam keadaan negeri tersebut mempunyai simpanan berjumlah RM1.4 billion.    Selangor merupakan negeri yang kaya dengan penjanaan ekonomi yang pesat saban tahun sejak dari pemerintahan BN sekian lama. 

4. Pada tahun ini pula, kerajaan PR Selangor mengumumkan simpanan berjumlah RM2.2 billion.  

5. Dengan itu, Dato’ Seri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, dalam beberapa kenyataan medianya sering bermegah dengan kemampuan kepimpinannya menambah pendapatan negeri.   Begitu juga dengan Azmin Ali dan beberapa pemimpin PR yang lain sering mendabik dada sebagai bijak mentadbir kewangan sehingga mampu menjanjikan pendidikan percuma kepada semua sekiranya mereka memerintah Malaysia. 

6. Namun, hari ini terbuktilah sudah, jangankan mentadbir negeri, tetapi sebuah universiti pun mereka tak mampu.   Jangankan memberi pendidikan percuma kepada lebih 600 buah pusat pengajian tinggi seluruh negara tetapi membayar kos penyelenggaraan dan asrama UNISEL dalam tempoh tidak sampai 2 tahun pun mereka tak mampu.  

7. Ini terjadi kerana kerajaan Selangor begitu berharap kepada yuran yang dibayar oleh pelajar untuk menampung semua kos yang terlibat dalam mengendali dan mengurus universiti itu tanpa mempunyai perancangan awal untuk mengatasi kekurangan bajet.   Akibatnya, yuran yang dibayar oleh pelajar berjumlah RM15 juta kepada UNISEL tidak sampai ke tangan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab menguruskan kediaman dan penyelenggaraan asrama. 

8. Akibatnya, pejabat operasi JNSB ditutup pada ketika sessi pendaftaran bermula kerana kakitangan mereka tidak menerima gaji. 

9. Tentulah pelik sekali apabila PR memperjuangkan pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN kerana “mementingkan pendidikan” tetapi di masa yang sama “mengabaikan kepentingan pendidikan” sehingga membiarkan pelajar-pelajar UNISEL dan kakitangan JNSB menjadi mangsa.

10. Perkara yang hampir sama juga berlaku di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kedah yang ditadbir oleh kerajaan PAS sehingga membawa kepada demonstrasi menuntut perletakkan jawatan rektor setelah kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak ambil peduli. 

11. Kegagalan kerajaan Selangor untuk mendahulukan simpanan negeri yang didakwa mereka sebagai banyak bagi menangani masalah UNISEL membuktikan bahawa PR tidak mengutamakan pendidikan.    Sama ada ini benar, ataupun sememangnya PR enggan membayar hutang kepada JNSB kerana berpegang kepada prinsip bahawa hutang tidak perlu dibayar sepertimana pendirian mereka dalam isu PTPTN.  

12. Atau mungkin juga kerajaan negeri sememangnya tidak ada wang dan segala apa yang diumumkan dalam bajet mereka hanyalah penipuan semata-mata.

13. Namun, ini juga tidak mungkin benar kerana kerajaan negeri Selangor telah mengesahkan akan menyumbangkan sejumlah RM500,000 untuk menampung kos guaman Rafizi Ramli dalam kes melanggar BAFIA.   Dan ini bukan kali pertama kerajaan negeri menyalahgunakan wang negeri untuk menampung kos guaman pemimpin atau wakil rakyat PR yang melanggar undang-undang.  Sebelum ini, kerajaan negeri telah pun menanggung kos guaman ADUN Seri Muda yang dihadapkan ke mahkamah atas kes menghina Sultan. 

14. Menggunakan wang negeri untuk menanggung kes peribadi dan kes politik yang tiada kena mengena dengan rakyat sudah cukup untuk menunjukkan yang kerajaan negeri Selangor amatlah tidak bertanggungjawab sekali.  Bukankah lebih baik wang ini digunakan bagi mengatasi masalah UNISEL dan masalah-masalah lain yang berkaitan secara langsung dengan hidup rakyat? 

15. Apa yang berlaku membuatkan rakyat semakin curiga dengan kerajaan negeri Selangor.  Rata-rata menyatakan kehairanan kenapa Menteri Besar gagal menangani masalah yang sebegitu kecil, seperti bayaran hutang kepada kontraktor penyelenggaraan di sebuah universiti?  Jawapan kerajaan negeri bahawa tumpuan diberikan kepada operasi universiti dan enggan menyusahkan diri dengan masalah penyelenggaraan asrama menunjukkan yang beliau langsung tidak prihatin dan menganggap perkara ini remeh. 

16. Justeru, kita ingin bertanya, siapa atau apakah ‘rakyat’ di mata PR?  Babu? Hamba? Anjing yang hanya perlu mengikut cakap mereka?  

Apakah erti slogan PR ‘Demi Rakyat’ jika rakyat yang perlu berkorban ‘Demi Pemimpin’?



Saturday, 4 August 2012

PAS HANYA MEMBISU APABILA PKR-DAP BERSEKONGKOL HAPUSKAN AGENDA ISLAM-MELAYU DI MALAYSIA





1. PAS nampaknya keseorangan dalam memperjuangkan Islam dalam Pakatan Rakyat.

2. Walaupun mendakwa Presiden PAS, Andul Hadi Awang partinya sebagai yang terkuat di dalam rangkaian kerjasama dengan PKR dan DAP namun andaian ini tidak tercermin dalam realiti politik pakatan tersebut.

3. Hujah utama mengapa PAS bukan parti terkuat di dalam Pakatan Rakyat adalah faktor bagaimana kedudukan dan status Islam dipertahankan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

4. Apabila ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat - Anwar Ibrahim, Abdul Hadi dan Lim Kit Siang mempersetujui serta menanda tangani penegasan bersama apa yang dikenali sebagai Kerangka Dasar Bersama atau 'Common Policy Framework (CPF)' pada Disember 2009, antara yang disetujui ialah persetujuan untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.

5. Pendirian jelas ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi di dalam  Buku Jingga yang dilancar pada Mach 2011.

6. Di dalam CPF, PAS terpaksa (baca: dipaksa) mengorbankan tuntutan berhubung Hukum Hudud yang telah menjadi teras perjuangannya selama ia berada sebagai sebuah entiti politik yang independen.

7. Tidak ada Hukum Hudud bermakna tidak adalah Negara Islam seperti yang diidamkan oleh PAS.

8. Sekiranya PAS adalah parti terkuat dalam Pakatan Rakyat sudah tentu Hukum Hudud akan termaktub di dalam CPF dan Buku Jingga tetapi kenyataan adalah sebaliknya.

9. PAS terpaksa menukar istilah Negara Islam kepada Negara Kebajikan untuk memuaskan hati pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

Ini telah dinyatakan oleh Abdul Hadi pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lalu.

10. Pada 8 Jun lalu juga Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan parti itu mengubah fokus kepada Negara Kebajikan dan menggugurkan istilah Negara Islam adalah langkah yang betul.

11. Alasan DAP dan PAS 'bersetuju untuk tidak bersetuju' mengenai undang-undang hudud adalah bagi menutup malu PAS bahawa parti itu telah kalah dalam mempertahankan prinsip.

12. Jikalau pada tahap perundingan mengenai Hukum Hudud PAS sudah kecundang, bagaimana mungkin ia akan melindungi Islam apabila Pakatan Rakyat berkuasa?

13. Lama sebelum menyertai Pakatan Rakyat, DAP sudah pun jelas menentang Hukum Hudud. sebagaimana dilihat pada kenyataan Karpal Singh, 'Islamic state over my dead body' pada 1990.

14. Tetapi yang lebih musykil ialah pendirian Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR yang juga dianggap pemimpin utama Pakatan Rakyat yang juga bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan bukan sahaja isu Hukum Hudud tetapi apa-apa sahaja yang berkaitan Islam di dalam CPF dan Buku Jingga.

15. Agenda bersama PKR-DAP untuk  melemahkan kedudukan Islam terserlah dalam ucapan dasar Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden pada November 2010 di Kongres Nasional Tahunan Ke 7 yang mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan.

16. Selepas ucapan tersebut, malangnya tidak ada seorang pemimpin Melayu di dalam PKR pun yang bangun membantah, malah mereka turut serta memberi tepukan gemuruh bersama-sama pemimpin DAP dan PAS.

17. Menghapuskan Ketuanan Melayu bermakna juga menghapuskan Ketuanan Islam kerana kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain.

18. Menghapuskan Ketuanan Melayu juga bermaksud PKR mahu menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.

19. Inilah yang diperjuangkan Umno bermatian sejak 66 tahun lalu agar Islam dan Melayu menjadi tunggak segalanya di dalam negara ini baik politik, ekonomi, pendidikan atau agama dengan institusi raja menjadi pelindung kepada keutuhannya.

20. Pemimpin Melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat semuanya boleh diibaratkan sebagai lembu atau kambing yang telah dikasi, kerana mereka amat takut sekali menyentuh isu-isu perihal Islam atau Melayu, takut-takut nanti DAP akan melenting.

21. Kini PAS juga tersepit dengan desakan Persekutuan Kristian Malaysia berhubung hak kebebasan agama.

22. Golongan Kristian kini menuntut hak ini haruslah merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, menyebar dan mengembang agama  tanpa sebarang batasan undang-undang, penegahan ataupun larangan.

23. Sehingga kini PAS membisu dan tidak menjawap cabaran yang telah diberi kepadanya berhubung isu ini.

24. Pastinya pemimpin parti itu tidak akan mampu menjawab kerana realitinya PAS telah menanda tangani perjanjian setan dengan DAP dan PKR atau dalam bahasa Inggerisnya, 'PAS have sold its soul to the devil'.







Wednesday, 1 August 2012

BILA BARACK OBAMA MENIRU SLOGAN NAJIB RAZAK








1. DUNIA tahu, semua orang tahu yang perkhidmatan Presiden Barack Obama sebagai Ketua Negara Amerika Syarikat akan tamat tahun ini dan mengikut perlembagaan Amerika Syarikat, beliau layak untuk bertanding bagi sepenggal lagi.

2. Tidak hairan kenapa persaingan merebut jawatan tersebut antara Obama dengan calon Republikan, Mitt Romney begitu hebat berlangsung sekarang.

Tapi ada seperkara yang menarik.



3. Sementara Romney hebat menjaja kelebihannya sebagai calon Presiden di kalangan pelobi yahudi, termasuk mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, Obama pula melancarkan kempen dengan tema “Promises Kept” atau dalam bahasa Melayunya “Janji Ditepati”.

Macam pernah dengar tapi dimana?

4. Begitulah hebatnya slogan Perdana Menteri Malaysia ini, merangkap Presiden UMNO dan Pengerusi BN, sehinggakan slogan yang dipilih pun sama, serupa.

Dahsyat tak dahsyat, Anwar ada? Nik Aziz ada?

5. Ironinya, sementara kempen Obama serupa dengan kempen Najib, kempen Romney pula hampir serupa yang dilancarkan Anwar Ibrahim tapi yang sedikit berbeza ialah Anwar berikrar untuk melindungi keselamatan Israel.

6. Adakah semua ini terjadi secara kebetulan?  Itu adalah antara hujah menarik untuk kita sama-sama debatkan.

7. Tapi yang lebih menarik lagi ialah, slogan Obama ini menunjukkan bahawa konsep Janji Ditepati ini diterima pakai di seluruh dunia dan diiktiraf mampu menarik sokongan rakyat.  Kalau tidak, macam mana Presiden negara kuasa besar seperti Obama pun menggunakannya?






8. Jangan kata Obama, Islam pun menganjurkan kepada menepati janji atau masuk dalam golongan munafik.

9. Yang Pakatan haram beria-ia menafikan itu kenapa?  Penulis tak nampak penjelasan lain, melainkan sebab mereka tidak menunaikan janji pilihanraya terdahulu, dah sibuk-sibuk nak membuat janji baru.

Itu saja sebabnya.  Tak nampak yang lain dah.

SUMBER: MYKMU.NET