Berikut adalah surat terbuka seorang ahli PAS kepada Pucuk Pimpinan Tertinggi PAS
Sulaiman
Bin Abdullah,
Kg.
Melayu Subang,
4700
Selangor Darul Ehsan
22 Ogos
2012
Tuan
Presiden,
Parti
Islam SeMalaysia
ASSALLAMMUALAIKUM
DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA
Tuan,
Saya
sebagai seorang rakyat biasa negara Malaysia yang tercinta ini, ingin
mendapatkan penjelasan dari pihak tuan mengenai beberapa perkara yang menjadi
tanda tanya kepada diri saya selama ini.
Tujuan
saya meminta penjelasan ini adalah supaya dapat memudahkan saya membuat pilihan
apabila tiba Pilihan Raya Umum ke 13 nanti Insyaallah.
1. ADAKAH
FATWA UMNO KAFIR MASIH BERKUATKUASA LAGI?
2. ADAKAH
PIHAK TUAN RASAKAN PENYINGKIRAN YB DATO DR HASAN ALI DARI PAS SEBAGAI MENGIKUT
LUNAS – LUNAS ISLAM?
3. MENGAPA
PAS MASIH MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN ORANG YANG AKHLAK DAN MORALNYA
SANGAT MERAGUKAN? YANG SAYA MAKSUDKAN DI SINI ADALAH DATO SERI ANWAR BIN
IBRAHIM DARI PKR. MALAH TUAN LANTIK BELIAU SEBAGAI KETUA PAKATAN RAKYAT.
4. MENGAPA
DALAM TEMPOH 23 TAHUN PAS MEMERINTAH KELANTAN HANYA SATU MASJID DAPAT DI BINA
SEDANGKAN PADA MASA YANG SAMA PIHAK TUAN MEMBINA 2 BERHALA BUDDHA TERBESAR DI
NEGARA INI? SEDANGKAN PERKARA PERTAMA BAGINDA RASULLULLAH BUAT SEMASA MEMASUKI
KOTA MADINAH IALAH MEMBUAT MASJID.
5. MENGAPA
PIHAK TUAN TIDAK MENJAWAB DAKWAAN AHLI PARTI TUAN SENDIRI, USTAZ SAIDI YANG
MENDAKWA TOK GURU NIK AZIZ TIDAK AMBIL TINDAKAN KES TANGKAPAN ZINA ADUN
SELISING? MALAHAN TOK GURU BERKATA ALLAH SWT TELAH AMPUNKAN DOSA ADUN SELISING
ITU DALAM USAHA BELIAU MENUTUP KES INI DARI DI KETAHUI UMUM.
6. CAKAP
SIAPAKAH YANG PERLU AHLI PARTI IKUT? MURSHIDUL AM MENGATAKAN KAFIR BOLEH GUNA
KALIMAH ‘ALLAH’ SEDANGKAN TIMBALAN BELIAU BERKATA ‘GUGUR AKIDAH JIKA BENARKAN
KAFIR GUNA KALIMAH ‘ALLAH’.SEHINGGA SEKARANG RAKYAT TIDAK MENDAPAT SEBARANG
JAWAPAN.
7. MENGAPAKAH
MURSHIDUL AM PAS SEOLAH OLAH SERONOK APABILA AHLI-AHLI PAS MENGAGUNG – AGUNGKAN
BELIAU MELAMPAUI BATAS ALA ALA ‘CULT OF PERSONALITY’?
8. KENAPAKAH
APABILA ADA ORANG MENAJA MURSHIDUL AM PAS MENUNAIKAN HAJI TIDAK DI ANGGAP
RASUAH PADAHAL ORANG TERSEBUT ADA KEPENTINGAN PERNIAGAAN?
9. APAKAH
HUKUM JIKA SESEORANG ITU MEMUNGKIRI JANJI-JANJI BELIAU?
9.1 Datuk
Nik Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am sendiri, juga sepatutnya sedar bahawa
negara Islam dan hudud tidak mungkin dilaksanakan di negara ini kerana satu
jaminan yang diberikan kepada masyarakat bukan Islam satu ketika dulu.
Nik Aziz
perlu ingat janji yang dibuat semasa berdialog di Persidangan Gereja-Gereja di
Malaysia di Petaling Jaya, pada Mei 2000, PAS sudah memberi jaminan kepada
semua paderi kanan yang hadir dipersidangan tersebut bahawa PAS tidak akan
melaksanakan negara Islam, apatah lagi hudud.
Sebagai
orang Islam, Nik Aziz wajib berpegang kepada janji-janji tersebut atau beliau
akan masuk dalam golongan orang munafik dan dilaknat Tuhan. Soal janji itu
dibuat depan paderi atau tidak, itu bukan masalah, yang penting janji itu
sendiri dan ia mesti dikotakan.
9.2. Pada
suatu ketika dulu, semasa menjelang dan selepas PRU-10 (tahun 1999), Nik Aziz
Nik Mat mencabar Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad supaya
meletakkan jawatan Perdana Menteri kerana didakwanya Mahathir sudah tua dan
nyanyuk, sentiasa uzur.
Nik Aziz
kata lagi, jika Mahathir letak jawatan pada hari ini, esok ambo (saya) pula
letak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Mahathir
telah letak jawatan pada tahun 2003. Hingga ke hari ini pun, sudah lebih 9
tahun Mahathir letak jawatan, Nik Aziz masih belum letak jawatan lagi walaupun
sudah tua dan nyanyuk seperti apa yang dia pernah kata kepada Mahathir dahulu.
Ada
ulama-ulama berpendapat, di antara orang-orang fasik ialah orang- orang yang
suka berjanji tetapi tidak suka menunaikannya, atau sanggup memegang amanah
tetapi tidak berpegang kepada amanah itu.
10. SIAPAKAH
TUNJANG DALAM PAKATAN RAKYAT? SEDANGKAN UMUM MENGETAHUI PARTI DAP MEMPUNYAI
PALING BANYAK KERUSI DI PARLIMEN?
Cukup 10
soalan-soalan yang perlu pihak tuan perjelaskan buat masa ini. Ada banyak lagi
soalan-soalan yang saya perlu tanya kerana ini membabitkan keputusan yang tepat
untuk saya, anak-anak saya dan rakyat marhaen umumnya.
Saya
mohon ampun dan maaf jika tuntutan-tuntutan saya ini menyinggung perasaan tuan
tetapi saya anggap ini adalah soal-soal pokok dan tidak boleh dipandang ringan.
Sekiranya
ada silap dan salah dari pihak saya, mohon keampunan di bulan Syawal yang mulia
ini.Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, dan Allah SWT jua yang menentukan.
Sekian
dan terima kasih.
Sulaiman
Bin Abdullah
MH: Ada sapa-sapa pucuk pimpinan PAS boleh tolong jawap dak?? Jawap jangan tak jawap.....
No comments:
Post a Comment