mykmu.net

Monday 6 April 2015

TUN DR MAHATHIR, NAJIB TUN RAZAK DAN ....................





1. Dalam keadaan politik umat Islam  di seluruh dunia tidak menentu pada hari ini, kita dikejutkan pula dengan kritikan terbuka yang dibuat oleh Ayahanda Tun Mahathir terhadap Perdana Menteri Malaysia.

2. Sewaktu Timur Tengah dalam keadaan krisis dan dunia yang tidak menentu akibat kemelesetan ekonomi dan peperangan, umat Islam di Malaysia masih lagi menikmati kemakmuran ekonomi dan kebahagian untuk hidup di negara ini. Ini nikmat besar Allah terhadap rakyat Malaysia. Tidak sama keadaan hari ini dengan keadaan pada zaman Tun Mahathir.

3. Dulu berapa ramai sahaja rakyat Malaysia? Dulu berapa banyak kereta yang ada atas jalan? Dulu berapa ramai yang pakai phone dan komputer? Dulu berapa ramai graduan dan universiti yang ada. Sekarang dunia sudah berubah, memimpin dalam dunia yang serba kompleks dan baru ini memang banyak cabaran.

4. Suatu ketika dulu, ramai juga yang mengagumi dan menghargai kepimpinan dan jasa yang telah ditinggalkan Tun Mahathir terhadap rakyat Malaysia. Namun usahlah penghormatan dan jasa itu berganti dengan sesuatu yang tidak baik.

Krisis Mahathir Dengan Tunku

5. Semua itu bertukar kerana sikap Tun Mahathir sendiri. Beliau seharusnya lebih memahami dan mengetahui kesan buruk menyatakan sesuatu yang negatif dalam blognya itu. Ianya lebih banyak menimbulkan kekeliruan dan persepsi di kalangan rakyat. Ada perkara yang tidak wajar dipertikaikan kerana ianya sudah pun diselesaikan menerusi jalan perundangan. 

6. Tun Mahathir sendiri perlu mengetahui sejarah lama beliau telah diusir keluar daripada UMNO pada suatu ketika, di zaman Tunku Abdul Rahman.

7. Pada 12 Julai 1969, Tun Mahathir dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO selepas menulis surat secara terbuka mengecam ulil amri ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman. Tidak bolehkah Tun Mahathir tegur Tunku pada waktu itu secara bersemuka dan baik tanpa mengaibkannya? Apakah tiada peluang langsung berjumpa?

Hukum Menegur & Cara Berhikmah

8. “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)

9. Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, adalah diminta agar orang yang ingin memberikan nasihat menyampaikan nasihat tersebut secara penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi. 162-Al-Idrisi

10. Sifat kasar dan keras ketika menegur hendaklah dijauhi.  Ianya supaya orang yang ditegur tidak merasa malu dan melarikan diri sekaligus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

11. “Mukmin itu menasihati dan menutup (aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan)” Fudhail Bin I’yadh,Kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah. Tun Mahathir tentunya lebih arif dan mengetahui tentang ayat ayat ini, amatlah tidak wajar bagi seseorang yang mengetahui tidak amalkan apa yang beliau ketahui.

Jasa Tun Razak Pada Tun Mahathir

12. Siapa yang membawa semula Tun Mahathir ke dalam UMNO sehingga beliau naik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang paling lama? Tun Razak (bapa Najib) yang membawa semula Tun Mahathir dalam UMNO pada 7 Mac 1972. Tun Mahathir terus dilantik sebagai senator pada 1973. Kemudian menang tanpa bertanding sebagai ahli parlimen Kubang Pasu pada 1974.

13. Daripada bukan ahli UMNO pada 1972, Tun Mahathir terus melompat naik dan menang kerusi Naib Presiden UMNO pada 1975.

14. Dalam masa 3 tahun sahaja. Sesuatu yang sukar berlaku pada zaman sekarang, seorang ahli UMNO biasa boleh buat “fast come back” dan menduduki kerusi penting di Naib Presiden UMNO.

15. Dalam masa 4 tahun, Tun Mahathir diangkat menjadi orang no 2 iaitu Timbalan Perdana Menteri. Diangkat dan dibawa naik oleh bapa Dato Seri Najib dan Dato Seri Hishammudin Hussein. Bertuah Tun Mahathir kerana diangkat dan dibawa naik begitu, belum tentu keistimewaan yang sama boleh dilakukan oleh mana mana pemimpin UMNO pada hari ini.

Bantuan Najib Menangkan Mahathir

16. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Dato Seri Najib telah membantu Tun Mahathir untuk mengekalkan kedudukan sebagai Presiden UMNO pada 1987. Pada 24 April 1987, Tun Mahathir telah dicabar sebagai Presiden UMNO buat pertama kalinya selepas dipilih selama 12 tahun dalam pelbagai jawatan dalam UMNO secara  tanpa bertanding.

17. Ianya sesuatu yang mencabar buat Tun Mahathir kerana pencabarnya pada waktu itu adalah Tengku Razaleigh Hamzah (bekas Menteri Kewangan), Tun Musa Hitam (Timbalan Perdana Menteri) dan Datuk Suhaimi Kamaruddin (bekas Ketua Pemuda UMNO dan Presiden Belia 4B). Pada waktu itu, Dato Seri adalah pemangku jawatan Ketua Pemuda UMNO bila Anwar Ibrahim melepaskan jawatan untuk bertanding Naib Presiden UMNO. 

18. Tun Mahathir hanya menang 43 undi sahaja. Tengku Razaleigh dapat 718 undi berbanding Tun Mahathir mendapat 761 undi. Daripada mana mana 43 undi itu datang? Menurut sumber sumber orang lama, undi itu datangnya daripada Pemuda UMNO yang dipimpin oleh Dato Seri Najib pada waktu itu.

19. Ini bermakna, jika tidak mendapat pertolongan 43 undi tersebut, sudah tentu karier politik Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan bertahan selama 6 tahun sahaja (1981 – 1987). UMNO berada dalam krisis yang cukup meruncing ketika Tun Mahathir menjadi Presiden.

20. Kini Dato Seri Najib sudah 6 tahun menjadi Perdana Menteri (4 April 2009 – 4 April 2015), keadaan UMNO tidak seperti pada tahun 1987. Bandingkan situasi yang sama ketika 6 tahun Tun Mahathir menjadi Presiden UMNO. Apakah Tun Mahathir sudah lupa pertolongan Najib terhadap beliau pada 1987?

21. Rakyat Malaysia perlu bijak menilai teguran teguran Tun Mahathir ini. Ada yang sudah dijawab berkali kali pun dalam media. Tun Mahathir pun tahun perkara ini, namun mengapa beliau sengaja buat begitu?

22. Dalam hal ini, perlulah kita berbalik pada pesanan Nabi Muhammad SAW dan perintah Allah SWT agar kita tidak terpesong dengan emosi dan terikut ikut dengan perasaan, antara pemimpin dan seorang negarawan.

23. Antara menjaga negara dan mengekalkan perpaduan dengan sayang pada negarawan dan cetuskan spekulasi. Yang penting adalah mentaati pemimpin dan menjaga keadaan semasa agar tidak menjadi tenteram dan huru hara.

24. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي


“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

Wednesday 11 February 2015

BYE BYE ANWAR IBRAHIM


1. Suasana, senario dan suhu politik Malaysia dijangka kembali aman dan tenteram dengan keputusan mahkamah persekutuan untuk mengekalkan keputusan mahkamah rayuan yang mendapati Anwar Ibrahim bersalah meliwat pembantunya.
2. Dengan keputusan tersebut Anwar akan menjadi tetamu khas penjara Sg Buloh untuk tempoh lima tahun akan datang.
3. Walaupun pihak pendakwaan mengemukakan hujah untuk menambah tempoh hukuman penjara terhadap ketua pembangkang itu namum mahkamah persekutuan berpendirian lima tahun sudah mencukupi sebagai pengajaran kepada ahli parlimen Permatang Pauh itu.
4. Beberapa implikasi akan berlaku akibat tindakan memenjarakan Anwar di mana kesan pertama ialah gugurnya keanggotaan beliau sebagai ahli parlimen.
5. Ini bermakna satu pilihan rakay kecil akan diadakan dan kemungkinan besar isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail akan kembali memikul tanggungjawab sebagai penyandang kerusi tersebut.
6. Samada Barisan Nasional akan bertanding atau tidak terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan.
7. Tetapi perkara yang lebih penting rakyat Malaysia secara keseluruhannya menghirup nafas lega apabila menerima berita penghakiman mahkamah persekutuan yang dibacakan oleh ketua hakim negara.
8. Ini berlaku setelah hampir dua bulan perbicaraan untuk mendengar proses rayuan terakhir Anwar untuk membuktikan beliau tidak bersalah atas dakwaan meliwat Saiful Bukhari Azlan.
9. Pihak pembangkang khususnya PKR mengadakan siri jelajah ceramah kes ke seluruh negara untuk menggembeling rakyat menjadi hakim negara dalam kes liwat beliau.
10. Malah dalam minggu terakhir sebelum keputusan mahkamah pada 10 Februari, PKR sibuk mengadakan solat hajat supaya keputusan mahkamah akan kelak memihak kepada mereka dan Anwar di bebaskan.
11. Pada pagi hari keputusan dibaca ribuan penyokong Anwar berkumpul sekitar ibukota dan Putrajaya untuk menunjukkan sokongan kepada bos mereka.
12. Namun beberapa pemgamatan amat menarik untuk dianalisa dalam konteks sokongan terhadap Anwar.
13. Pertama keadaan kali ini tidak seperti ketika Anwar dipenjarakan pada tahun 1998 atau semasa peringkat awal perbicaraan liwat kedua pada 2008.
14. Penyokong Anwar kali ini tidak seramai seperti yang dijangkakan dan rata-ratanya adalah anggota PKR.
15. Paling ketara ahli Pas yang pada umumnya adalah kumpulan paling aktif dan ramai dalam mana-mana perhimpunan pembangkang kali ini kelihatan sepi dan lenggang.
16. Malah presiden Pas, Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya tidak merestuinya ahli-ahli parti itu keluar beramai-ramai menyokong Anwar.
17. Menambahkan derita kekusutan politik pembangkang anggota Dap Cina yang dahulunya amat kuat mendokong impian Anwar untuk menjadi perdana menteri juga tidak kelihatan batang hidung mereka.
18. Melihat kepada keadaan yang hiba menimpa Anwar di saat beliau berdepan dengan hukuman penjara bagi kali kedua berhubung jenayah liwat bolehlah disimpulkan bahawa pembangkang sudahpun meninggalkan kegagalan agenda dan perjuangan politik yang dibawanya sejak 1998.
19. Pembangkang yang memanggil diri mereka sebagai pakatan rakyat sudah sedar tiba masanya mereka mengucapkan selamat jalan kepada ikon politik mereka.
20. Dengan keputusan mahkamah persekutuan riwayat dan karier politik Anwar sudah berakhir samada pembangkang suka atau tidak.
21. Sejurus Anwar dibawa oleh trak penjara untuk dibawa ke tempat bermastautinnya yang baru sudah terdengar suara pimpinan pembangkang untuk mencari pengganti sebagai ketua pembangkang.
22. Nampaknya pada waktu Anwar dihukum penjara, kawan-kawannya tidak sabar untuk melakar halatuju baru politik pembangkang tanpanya.