1. Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga
bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal
beberapa hari lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua
nantikan.
2. Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri,
ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung
halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu
sanak
saudara.
3. Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri
orang, ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari
bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala
Kelantan masih lagi dikuasai PAS.
4. Selepas Aidilfitri 2012 ini, detik baru untuk rakyat
Kelantan akan kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan
bermulanya PRU 13.
5. Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan
rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang
semakin mendekati UMNO, disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS
yang mahu berganding bahu membina Kelantan Baru, tidak syak lagi
Aidilfitri ini amat bermakna sekali.
6. Lebih kurang 22 tahun Kelantan dibayangi kelemahan urus
tadbir negeri gara-gara sikap tidak cakna Menteri Besarnya yang lebih
banyak bercakap berbanding kerja buat, kini tibalah masanya untuk
melakukan
perubahan total.
7. Mengikut beberapa kajian, analisis dan simulasi terkini
berkaitan kecenderongan para pengundi di Kelantan, kesemuanya positif
meletakkan BN khususnya UMNO berada di posisi yang selesa untuk menang
di 25 hingga 29 kerusi DUN.
8. Jumlah kerusi itu termasuk semua 7 DUN yang sedang berada
dalam genggaman sekarang yang mana turut berpeluang menambah undi
sokongan dan majoriti kemenangan.
9. Sebelum ini, kedudukan BN cuma selesa di 23 kerusi sahaja
bagaimanapun beberapa perkembangan menarik akhir-akhir ini di negeri
Serambi Mekah ini nampaknya telah meningkatkan lagi peluang untuk BN dalam
PRU
kelak.
10. Beberapa isu yang dekat di hati rakyat ternampak jelas
semakin mengharu-birukan kepala pemimpin PAS negeri umpamanya
membabitkan isu bekalan air bersih yang kerap terputus-putus di banyak
kawasan termasuklah kejadian yang terbaru di KB Mall seminggu dua
lepas.
11. Penyertaan beberapa NGO yang aktif memperjuangkan
penyelesaian isu air bukan sahaja berjaya menambah kesedaran di kalangan ramai
rakyat negeri ini malah kesannya kian ramai yang mula berani
mempertikaikan kelemahan urus tadbir kerajaan Nik Aziz yang agak tidak
efisien.
12. Isu royalti minyak yang sebelum ini dianggap senjata penting
PAS pula semakin tumpul sebaliknya mencengkam pula leher PAS
hinggakan menimbulkan desakan dalaman menuntut pemimpin kanan PAS, Husam
Musa supaya lebih banyak diam untuk mengelakkan PAS teruk
dihentam atas kebodohan sendiri.
13. Manakala isu ladang rakyat yang hingga kini masih menghantui
pendudk di Selatan Kelantan pula bukan sahaja bakal menyebabkan
gelombang kebangkitan rakyat menolak PAS dan Nik Aziz semakin kuat
mengasak, malah tidak mustahil kekuatannya bakal melampaui rekod yang
pernah dicatatkan semasa PRU 11 tahun 2004 yang menyaksikan PAS
hampir mati kelemasan di negeri tersebut.
14. Sementelah lagi ditambah dengan bonus keaktifan bekas Naib
Presiden PAS, Dr Hasan Ali yang kerap berkunjung ke negeri Cik Siti
Wan Kembang melalui roadshownya yang sentiasa menarik perhatian ramai
penduduk negeri itu, kesannya kini sudahpun cukup menyebabkan ramai
pemimpin PAS terpaksa mula mengira hari-hari akhir sambil mencongak
wang pencen
persaraan.
15. Gabungan semua isu tersebut ditambah dengan kajian data,
analisis serta peranan beberapa faktor lain yang diketahui seringkali menentukan turun naik undi sesebuah parti di Kelantan, maka
tidaklah keterlaluan untuk kita nasihatkan para penyokong PAS di
perantauan yang masih menyokong PAS supaya raikanlah Aidilfitri ini
dengan hati yang tenang dan tidaklah terlalu gundah gelana dalam jiwa.
16. Cukuplah 22 tahun PAS bermaharajalela menjahanamkan masa
depan negeri ini seakan sengaja disia-siakan begitu sahaja dek kerana
terlampau kemaruk mengejar komisyen balak dan laba untung hasil usaha
alibaba gadai tanah negeri tapi hasilnya pula mengalir pada Cina DAP
dan Cina Singapura.
17. Tak usahlah dicemari Aidilfitri ini dengan sendu tangis
mengenangkan bakal perginya tak kembali sebuah parti yang selama lebih
dua dekad diberi peluang mentadbir Kelantan ini, hanya air liur dan
janji manis
sahaja yang mampu ditaburi.
No comments:
Post a Comment