1. PAS nampaknya keseorangan dalam memperjuangkan Islam
dalam Pakatan Rakyat.
2. Walaupun mendakwa Presiden PAS, Andul Hadi Awang partinya
sebagai yang terkuat di dalam rangkaian kerjasama dengan PKR dan DAP namun
andaian ini tidak tercermin dalam realiti politik pakatan tersebut.
3. Hujah utama mengapa PAS bukan parti terkuat di dalam
Pakatan Rakyat adalah faktor bagaimana kedudukan dan status Islam dipertahankan
sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.
4. Apabila ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat - Anwar
Ibrahim, Abdul Hadi dan Lim Kit Siang mempersetujui serta menanda tangani
penegasan bersama apa yang dikenali sebagai Kerangka Dasar Bersama atau 'Common
Policy Framework (CPF)' pada Disember 2009, antara yang disetujui ialah
persetujuan untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat
berkuasa.
5. Pendirian jelas ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi
di dalam Buku Jingga yang dilancar pada
Mach 2011.
6. Di dalam CPF, PAS terpaksa (baca: dipaksa) mengorbankan
tuntutan berhubung Hukum Hudud yang telah menjadi teras perjuangannya selama ia
berada sebagai sebuah entiti politik yang independen.
7. Tidak ada Hukum Hudud bermakna tidak adalah Negara Islam
seperti yang diidamkan oleh PAS.
8. Sekiranya PAS adalah parti terkuat dalam Pakatan Rakyat
sudah tentu Hukum Hudud akan termaktub di dalam CPF dan Buku Jingga tetapi
kenyataan adalah sebaliknya.
9. PAS terpaksa menukar istilah Negara Islam kepada Negara
Kebajikan untuk memuaskan hati pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.
Ini telah dinyatakan oleh Abdul Hadi pada Muktamar ke-57
parti itu Jun tahun lalu.
10. Pada 8 Jun lalu juga Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat
berkata keputusan parti itu mengubah fokus kepada Negara Kebajikan dan
menggugurkan istilah Negara Islam adalah langkah yang betul.
11. Alasan DAP dan PAS 'bersetuju untuk tidak bersetuju'
mengenai undang-undang hudud adalah bagi menutup malu PAS bahawa parti itu
telah kalah dalam mempertahankan prinsip.
12. Jikalau pada tahap perundingan mengenai Hukum Hudud PAS
sudah kecundang, bagaimana mungkin ia akan melindungi Islam apabila Pakatan
Rakyat berkuasa?
13. Lama sebelum menyertai Pakatan Rakyat, DAP sudah pun
jelas menentang Hukum Hudud. sebagaimana dilihat pada kenyataan Karpal Singh,
'Islamic state over my dead body' pada 1990.
14. Tetapi yang lebih musykil ialah pendirian Anwar Ibrahim
sebagai Ketua Umum PKR yang juga dianggap pemimpin utama Pakatan Rakyat yang
juga bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan bukan sahaja isu Hukum Hudud
tetapi apa-apa sahaja yang berkaitan Islam di dalam CPF dan Buku Jingga.
15. Agenda bersama PKR-DAP untuk melemahkan kedudukan Islam terserlah dalam
ucapan dasar Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden pada November 2010 di
Kongres Nasional Tahunan Ke 7 yang mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan.
16. Selepas ucapan tersebut, malangnya tidak ada seorang
pemimpin Melayu di dalam PKR pun yang bangun membantah, malah mereka turut
serta memberi tepukan gemuruh bersama-sama pemimpin DAP dan PAS.
17. Menghapuskan Ketuanan Melayu bermakna juga menghapuskan
Ketuanan Islam kerana kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain.
18. Menghapuskan Ketuanan Melayu juga bermaksud PKR mahu
menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada bangsa
Melayu dan Islam di Malaysia.
19. Inilah yang diperjuangkan Umno bermatian sejak 66 tahun
lalu agar Islam dan Melayu menjadi tunggak segalanya di dalam negara ini baik
politik, ekonomi, pendidikan atau agama dengan institusi raja menjadi pelindung
kepada keutuhannya.
20. Pemimpin Melayu yang berada di dalam Pakatan Rakyat
semuanya boleh diibaratkan sebagai lembu atau kambing yang telah dikasi, kerana
mereka amat takut sekali menyentuh isu-isu perihal Islam atau Melayu,
takut-takut nanti DAP akan melenting.
21. Kini PAS juga tersepit dengan desakan Persekutuan
Kristian Malaysia berhubung hak kebebasan agama.
22. Golongan Kristian kini menuntut hak ini haruslah
merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal, menyebar dan mengembang
agama tanpa sebarang batasan
undang-undang, penegahan ataupun larangan.
23. Sehingga kini PAS membisu dan tidak menjawap cabaran yang
telah diberi kepadanya berhubung isu ini.
24. Pastinya pemimpin parti itu tidak akan mampu menjawab
kerana realitinya PAS telah menanda tangani perjanjian setan dengan DAP dan PKR
atau dalam bahasa Inggerisnya, 'PAS have sold its soul to the devil'.
No comments:
Post a Comment