1. Mungkinkah Karpal Singh belum pulih sepenuhnya setelah jatuh sakit tempoh hari sehingga meracau-racau? Mungkinkah beliau masih berhalunisasi apabila berkata bahawa Tun Salleh Abbas pernah memutuskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che’ Omar Che Soh.
2. Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara hanya
menyatakan bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang berunsur sekular
dan beliau tidak pernah sekali-kali memutuskan negara ini sebagai negara
sekular.
3. Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia telah
pun menegaskan bahawa negara ini adalah negara Islam kerana ia diperintah oleh
orang Islam, meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan di masa yang sama tidak
pernah menyekat amalan agama-agama lain.
4. Untuk itu, Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah
dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam
melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong
untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa. Selain itu, semua cabang pemerintahan negara
sama ada Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang
di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap
masa.
5. Tindakan Karpal Singh membangkitkan hal ini dalam pertelagahannya
dengan PAS tentang hudud menyerlahkan lagi agenda jahat DAP yang menentang
kedaulatan Islam sebagai agama rasmi.
Tindakan Karpal Singh juga dilihat sebagai menentang prinsip Rukun
Negara.
6. Nampaknya, pertelagahan mengenai hudud antara DAP dan PAS
semakin mengganggu dan mengelirukan rakyat, malah mampu mencetus
ketegangan.
7. Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak
semestinya melaksanakan hudud. Sedangkan
Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan
hudud.
8. Perlaksanaan hudud dalam negara juga tidak menjamin
syurga kepada umat Islam di dalamnya.
Ini kerana, syurga-neraka adalah tertakluk kepada amalan peribadi iaitu
antara hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T dan juga antara sesama manusia. Kerajaan dan undang-undang tidak akan
mempengaruhi kedudukan seseorang Islam di sisi Allah S.W.T.
9. Hudud adalah undang-undang yang terlalu tinggi yang
memerlukan keikhlasan dan ketakwaan yang mantap di kalangan para
pelaksananya. Ia juga memerlukan
kedudukan negara dan umah dalam keadaan sempurna dari segi ekonomi, pendidikan
dan sosial sebelum hudud boleh dilaksanakan.
10. Hudud yang dilaksanakan tanpa memenuhi syarat di atas
akan berakhir dengan ketidakadilan.
Lihat saja antara negara yang mengamalkan hudud seperti Pakistan,
Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria.
Keadaan rakyat mereka menyedihkan, kekejaman terhadap wanita berleluasa,
manakala kaum lelaki bermaharajalela menjamu nafsu. Negara mereka juga semakin mundur dan tidak
pernah aman.
11. Keadaan ini berlaku apabila undang-undang diletakkan
lebih tinggi dari keadilan itu sendiri.
Atau dalam beberapa kes, mungkin juga lebih tinggi dari keperluan asas
seperti makanan, pakaian, pendidikan dan keselesaan. Sedangkan, hudud adalah
berkenaan keadilan dan kesempurnaan, bukan undang-undang semata-mata.
12. Lebih dari itu, adalah bahaya untuk melaksanakan hudud di
kala keadaaan hampir mustahil untuk mencari pelaksana atau hakim yang
benar-benar mantap takwanya dan keikhlasannya serta mampu pula mengambilkira
semua aspek teknologi canggih di zaman ini dan mempunyai pengetahuan yang luas
dalam berbagai bidang termasuk psikologi malah mungkin juga sains, sebelum
menjatuhkan hukuman.
13. Lebih buruk lagi jika si penggubal, pelaksana dan hakim
mempunyai kecenderungan bersifat ‘chauvinis’ dan masih berpegang kepada fahaman
jahiliah iaitu memandang rendah pada wanita atau suka membiarkan diri
terpengaruh dengan sesuatu golongan atau pandangan tertentu. Jika ini berlaku, bagaimana kita boleh
memastikan yang beliau benar-benar menjatuhkan hukuman dengan hukum Allah S.W.T
atau hanya dengan pendapat, pandangan dan kecenderungan peribadinya?
14. Menghakimi hitam atau putih sesuatu perkara mungkin mudah
tetapi malangnya keadilan itu tidak semudah hitam atau putih. Kadangkala, hitam yang dilihat adalah
tumpahan warna dari beberapa punca.
Maka, sang hakim perlu menilai perkara dari puncanya agar tidak berlaku
kejam terhadap sesiapa.
15. Karpal jelas tidak memahami perkara ini tetapi begitu
juga sebahagian umat Islam yang kononnya hidup demi hudud.
16. Namun, sama ada Karpal faham atau tidak, adalah amat
tidak bertanggungjawab bagi beliau, untuk membangkitkan perkara ini dengan
menolak prinsip Rukunegara dan perlembagaan negara yang meletakkan negara ini
sebagai Negara Islam.
17. Mungkinkah, Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan
menidakkan pengetahuan mengenai perlembagaan negara semata-mata kerana
menentang hudud dan segala-galanya yang berkaitan dengan Islam?
18. Walau apapun tindakan dan kenyataan Karpal, yang pasti
PAS telah berikrar akan sehidup semati dengan Karpal dan DAP sementara ‘hudud’
akan terus menjadi nyanyian rasmi PAS sekadar untuk memancing undi.
No comments:
Post a Comment