"SEBELUM AYAM BERKOKOK LAGI KITA AKAN LAKSANAKAN HUKUM HUDUD"
Mungkin ramai yang familiar dengan ayat diatas. Rasanya kita semua dah
tau sapa yang cakap lagu tuu...
1. Sejurus selepas memenangi Negeri Kedah dalam pilihanraya
2008, Bernama (9 Mac 2008) melaporkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang yang merancang untuk melaksanakan Hudud di Kedah. Katanya, ia adalah di bawah kuasa kerajaan
Negeri Kedah.
2. Namun, tiada susulan dari mana-mana pemimpin PAS
berkenaan perlaksanaan hudud di Kedah selepas laporan tersebut. Hanya setelah hampir sepenggal, hudud di
Kedah diperkatakan semula melalui laporan kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato’
Seri Azizan Razak, di Sinar Harian (5 July 2012) bahawa beliau menyerahkan
keputusan perlaksanaan hukum hudud kepada PAS Pusat. Ini berikutan perlantikan Jawatankuasa
Pemandu oleh PAS Pusat, bagi memantau pentadbiran PAS Kedah.
3. Sekiranya PAS Kedah ingin melaksanakan hudud, ia bukanlah
sesuatu yang sukar kerana hanya terdapat 3 orang exco bukan Islam di dalam
pentadbiran PAS kedah, dan hanya seorang dari mereka adalah dari parti DAP yang
kuat menentang hudud.
3. Jelas, PAS Kedah seperti juga PAS Pusat, tidak pernah
merancang untuk melaksanakan hudud.
Sebaliknya, hudud hanyalah impian penyokong-penyokong PAS yang dungu dan
mainan politik pemimpin-pemimpin PAS yang licik.
4. Mengikut sejarah, apabila PAS memenangi Terengganu, parti
tersebut pernah membentangkan hudud tetapi telah ditolak oleh kerajaan pusat
kerana terdapat berbelas-belas enakmen yang bercanggah dengan ajaran
Islam.
5. Antaranya, dibolehkan meliwat isteri, orang bukan Islam
boleh dilantik sebagai hakim dalam undang-undang hudud dan juga perkara
berkaitan qazaf yang melibatkan empat saksi bagi zina iaitu sekiranya salah
seorang saksi menarik diri, maka tiga lagi saksi boleh dihukum.
6. Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Zulkifli Nordin di
dalam Sidang Dewan Rakyat pada tahun 2011.
Lebih menarik lagi apabila Dato’ Zulkifli juga menyebut
tentang desas-desus yang didengarinya iaitu kesilapan atau percanggahan dengan
ajaran Islam di dalam hudud yang dibentang PAS pada ketika itu adalah
disengajakan. Ini bertujuan untuk
memastikan Tun Dr. Mahathir, pada ketika itu Perdana Menteri agar menolaknya,
sekali gus mencipta peluang untuk PAS menuduh beliau dan UMNO sebagai menolak
hudud.
Jika ini benar, nampaknya PAS bukan sahaja licik, tetapi
busuk hati.
7. Nasib baik juga PAS Kedah tidak memilih untuk bertindak
licik seperti Terengganu dengan membentangkan enakmen hudud yang lemah dan
bercanggah dengan Islam semata-mata untuk memburukkan kerajaan pusat. Sebaliknya, PAS Kedah tidak berminat untuk
turut bermain wayang hudud bersama dengan PAS Pusat, dan lebih berminat untuk
menambah pusat-pusat hiburan di sekitar bandaraya Alor Setar.
No comments:
Post a Comment