mykmu.net

Monday 21 January 2013

(THE GREAT DAWN RAID SEPT 1981) PROJEK SERBUAN SUBUH OLEH TUN DR MAHATHIR


    


     1. Dawn Raid ialah pembelian/ pengambilalihan semua saham syarikat yang jadi sasaran ketika pasaran mula dibuka. Teknik serbuan ini membolehkan pembeli mendapatkan sebahagian besar saham syarikat sasaransebelum syarikat tersebut menyedarinya.


2. Teknik ini telah digunakan oleh Malaysia ketika cuba menguasai semula hak milik negara dengan membeli saham Sime Darby, Gutrie dan Golden Hope ketika pasaran London Stock Exchange (LSE) mula dibuka.

3. Secara kronologinya pada 1910, ketika Tanah Melayu dijajah oleh British, ahli perniagaan British, William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co dalam sektor perladangan getah. Syarikat ini berlaih kepada kelapa sawit ,koko dan pelbagai sektor lain. 


4. William Middleton Sime ketika itu berusia 37 tahun merupakan pengembara dari Scotland dan terlibat dalam perniagaan import eksport serta ladangkopi. Henry Darby pula berusia 50-an merupakan ahli perbankan dan memiliki beberapa hartanah di utara Tanah Melayu. 

5. Syarikat Guthrie diasaskan oleh Alexander Guthrie pada 1821 di Singapura. Syarikat ini adalah syarikat British yang pertama di Asia Tenggara. Guthrie memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di Kuala Selangor. 

6. Pada 1905, syarikat Harrison and Crosfield membeli beberapa ladang di Sememanjung Malaysia dan mengusahakan tanaman teh dan kopi. Namanya ditukar kepada Golden Hope Rubber Estate. Pada 1982 Harrison and Crosfield menjual tiga ladang miliknya iaitu Golden Hope, Pataling, dan London Asiatic kepada pihak Malaysia pada harga £146 juta. Pada 1990, pemiliknya Permodalan Nasional Berhad menukar nama kepada Golden Hope Plantation Bhd (GHPB). 

7. British yang menguasai dan menentukan harga getah tidak digemari oleh pemimpin dan rakyat Malaysia. Selepas 1970, pelabur Malaysia melalui Tradewinds (Malaysia) Sendirian Berhad membeli dan mengusai saham Sime Darby. Pada 1979, entiti Sime Darby Berhad (SDB) dan Consolidated Plantations Berhad (CPB) digabungkan dan ibu pejabat dipindahkan ke Kuala Lumpur. 

8. Satu Operasi tentera yang diadaptasikan untuk Dunia Korporat yang mengejutkan Dunia dan menjadi sejarah Peristiwa ini masih diingati oleh dunia dan dikenali Dawn Raid Project atau "Serangan Subuh." 


9. Peristiwa ini BERLAKU pada 7 September 1981, DUA BULAN selepas Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PERDANA MENTERI. Tun Dr Mahathir telah menghantar empat orang anak Melayu antaranya ialah Ku Li dan Ghaffar Baba. 


10. Pada 1972, bawah Perdana Menteri Ke-2. Tun Abdul Razak, PNB telah berjaya membeli syarikat perlombongan timah terbesar dunia, London Tin Corporation.Tun Mahathir menolak kaedah berunding untuk dapatkan syarikat kembali syarikat-syarikat ini. Rancangan diketuai oleh bekas Gabenor Bank Negara dan Pengerusi PNB, Tun Ismail Ali yang merupakan abang ipar Tun Mahathir (Abang Tun Siti Hasmah) selepas menerima arahan.


11. Tun Dr Mahathir telah mengarahkan kajian yang begitu teliti dijalankan ke atas undang-undang pelaburan British. Rancangan Tun Dr Mahathir ialah untuk mendapat kembali tiga buah syarikat yang dahulunya milik Malaysia, tetapi telah dirampas oleh British. 


12. Guthrie, Sime Darby dann Golden Hope telah berjaya kembali kepada tangan anak Malaysia, dengan pembelian secara senyap oleh Malaysia ke atas saham British di London Stock Exchange pada waktu subuh tanpa disedari sesiapa. 


13. Apa yang menariknya, kejayaan Tun membawa kembali 3 syarikat ini ke tangan anak Malaysia telah membawa pulangan 36 Bilion ditambah pula dengan tanah di dalam dan luar negara kepunyaan Guthrie.


14. Margeret Thatcher amat bengang dengan kejatuhan syarikat British yang berusia lebih 200 tahun ke tangan Malaysia (ladang Guthrie pun dahulunya milik Malaya). Beliau hanya tahu seminggu selepas peristiwa tersebut. Ianya jadi pengajaran yang amat berguna kepada PM Britain tu kerana sebelum ni dia amat bongkak kerana enggan menjual tanah Guthrie yang ada di negara kita semasa Malaysia menawarkan untuk membeli tanah tersebut. 

15. Tapi akhirnya Tun dengan beraninya melaksanakan Dawn Raid Project sehingga tiada satu ekar pun tanah Guthrie di seluruh dunia yang tidak jatuh ke tangan Malaysia dan pengambilalihan itu sah di sisi undang2 ekonomi antarabangsa walaupun kerajaan Britain membantah. 

16. Akhbar-akhbar di seluruh dunia pada masa itu meletakkan pengambilalihan itu sebagai berita utama mereka dengan tajuk antaranya "Serbuan Menyingsing Subuh" dan "Serangan Malaysia ke atas Kota London" yang menceritakan tentang kejayaan Malaysia, sebuah negara kecil di Asia Tenggara yang berjaya menundukkan keegoan Britain dalam usaha mendapatkan semula beratus ribu ekar tanah yang dahulunya kepunyaan orang Melayu tetapi dimiliki British sejak zaman.

17. Setelah diaibkan atas kejatuhan Guthrie kepada Malaysia, Kerajaan Britain telah meminda undang2 di LSE dengan mensyaratkan setiap individu atau kumpulan yang ingin memiliki harta British perlu melalui Parlimen British terlebih dahulu. Kesan daripada peristiwa tersebut, hubungan Malaysia-Britain menjadi dingin dan kerajaan Britain menuduh Malaysia dengan pelbagai tuduhan negatif berkenaan  pengambilalihan Guthrie. Sekali lagi Tun M dengan beraninya mengadakan kempen “Buy British Last” dan memperkenalkan “Dasar Pandang Ke Timur” yang seterusnya menutup terus mulut Britain pada masa itu.






4 comments:

  1. Bravo..Pendekar moden,tak perlu angkat senjata.
    Ayahanda Tun M negarawan ulung ,pejuang sejati...

    ReplyDelete
  2. kenapa tak mention nama Tun Khalid MB Selangor sebagai salah satu anak melayu tu ?

    ReplyDelete
  3. sebab dia yang diberi arahan je... bukan dia punya strategi pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr...estee8787...malu la komen cmtu...len kali kaji betul2 dulu ye sblm komen.. ;-)
      http://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/06/dawn-raid-guthrie-1981/

      Delete