mykmu.net

Saturday 26 January 2013

FAKTA DAN PENJELASAN: RASIONAL HARGA PETROL DI MALAYSIA





1. Mengenai isu harga minyak, kami mempunyai penjelasan kami sendiri. Kenapa harga minyak di Malaysia mahal. Pertama, benarkah bahawa harga minyak di Malaysia itu mahal? Jadi, untuk mendapat tahu mahal atau tidak harga minyak di Malaysia itu, mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan negara-negara lain. 


2. Pertama, memandangkan Malaysia ini berada dalam ruang lingkup Asia Tenggara, kita buat dahulu perbandingan awal antara Malaysia dan negara-negara asia tenggara yang lain. 

3. Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97. 

4. Malaysia masih termurah antara negara-negara lain di Asia Tenggara. Kenapa Brunei mahal? Jangan jadi bodoh macam rakan kita di seberang sana. Guna akal, jangan bandingkan epal dengan durian macam si Bawani. Brunei, negara yang keenam terkaya di dunia, dengan populasi yang jauh berkali ganda lebih kecil dari Malaysia. Jadi, minyak yang ada di negara mereka sebenarnya tidak habis digunakan dan masih dalam bekal yang banyak membuatkan mereka boleh mengimport ke mana yang mereka mahu, dalam kuantiti yang banyak. 

5. Dan, ada yang mengatakan kenapa bandingkan Malaysia dengan negara-negara asia tenggara? Kenapa tak bandingkan dengan negara pengeluar minyak yang lain? Itu cadangan yang genius. Mari kita buat perbandingan kita. 

6. Malaysia untuk pengetahuan sahabat semua, sebenarnya tidak layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana kita sebenarnya lebih banyak mengimport daripada mengeksportnya. 

7. Juga, kita kena lihat jumlah pengeluaran minyak Malaysia dengan negara-negara yang dibandingkan oleh puak pembangkang dengan jumlah pengeluaran lain. Sebagai contoh, kita ambil Qatar yang harga minyaknya hanyalah 0.82 sen, menurut duit Malaysia. Ada yang mempertikaikan kenapa Qatar mampu memberikan kepada rakyat mereka harga yang semurah ini. Malaysia selaku negara pengeluar minyak, seharusnya mampu seperti Qatar. 

8. Sekali lagi saya tekankan, jangan tertipu dengan taktik mereka. Macam yang saya tegaskan Malaysia bukanlah sebahagian daripada OPEC kerana jumlah minyak serta aktiviti import dan eksport minyak negara kita tidak sehebat dan sebanyak mereka. Sebagai contoh, Qatar mengeluarkan 1125.46 ribu tong sehari, melebihi kita yang hanya mengeluarkan 703.92 ribu tong sahaja. 

9. Kenapa kita tak bandingkan sahaja Malaysia dan Indonesia yang hampir berkongsi amaun yang sama dalam pengeluaran minyak. Ehh, tak, Indonesia jauh meninggalkan kita dengan 1043.14 ribu tong, hampir sebanyak Qatar. Tetapi, lihat sahaja harga minyak di negara mereka, yang mencecah 3.18 sen bagi kategori Ron 95. 

10. Ambil India, yang amaunnya hampir sama dengan kita, di mana India mengeluarkan 881.11 ribu tong sehari, tetapi harga Ron 97 mereka, mencecah 4.57 sen, dua kali ganda daripada kita. 

12. Ambil contoh Argentina, di mana harga minyak di negara mereka mencecah 2.99 sen, walaupun mereka mengeluarkan 787.17 ribu tong minyak sehari. 

13. Ada yang bising kenapa bila harga minyak dunia turun, Malaysia tidak menurunkan harga minyak? Jawapan senang aje. Pernah dengar G20? Pada tahun 2011, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran. 

14. Pakar ekonomi dari serata dunia berkongsi pendapat bahawa sebenarnya subsidi minyak ini mengutungkan pihak yang lebih kaya, berbanding golongan miskin sedangkan jumlah subsidi yang dikeluarkan itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin lebih spesifik. 

15. IMF telah mengeluarkan sebuah kertas kerja. Kertas kerja yang diterbitkan pada 2007 itu mengatakan bahawa, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai. 

16. Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong. China merupakan contoh negara yang menaikkan harga minyak dunia. Apabila China memotong subsidi, harga minyak dunia serta mereta turun. 

17. Dan untuk pengetahuan semua, Malaysia merupakan negara yang tertinggi di Asia Tenggara dan Asia, serta di kedudukan ke dua mempunyai subsidi tertinggi. Malaysia dilaporkan telah sebanyak 2.4% daripada KDNK semata-mata untuk subsidi minyak. Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 meletakkan Malaysia di tangga yang ke-12 membelajankan subsidi minyak untuk rakyatnya. 

18. Jadi, antara sebab yang menyebabkan harga minyak kita sedikit "mahal" ialah kita bukanlah pengeluar minyak utama dunia seperti OPEC, juga kerana proses penghapusan subsidi secara berperingkat oleh kerajaan selaras dengan apa yang telah direncanakan dunia.


Kredit sumber: FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

1 comment:

  1. Salam!!Tahniah BROOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!pendedahan yang baik...!!!

    ReplyDelete