mykmu.net

Wednesday 23 January 2013

PERANAN MALAYSIA DI DALAM RUNDINGAN PERJANJIAN PEMBENTUKAN WILAYAH AUTONOMI (ISLAM) BANGSAMORO


Berikut adalah sebahagian daripada petikan daripada kertas kerja oleh 

Al-Haj Murad Ebrahim
Pengerusi
Moro Islamic Liberation Front (MILF)
Camp Darapanan Sultan Kudarat Maguindanao,
Bangsamoro

yang bertajuk

ISLAM DI KEPULAUAN MELAYU:  KEBANGKITAN BARU BANGSAMORO

Yang dibentang pada Seminar Nusantara: Islam Di Asia Tenggara, Cabaran dan Harapan. 18-20 Jan 2013. PWTC

Malaysia memainkan peranan yang besar dalam proses perdamaian dan pembentukan BangsaMoro



1. Penglibatan Malaysia sebagai pihak ketiga di dalam siri rundingan antara Government of Philippines (GPH) dan Moro Islamic Liberation Front (MILF) adalah sebagai fasilitator atau pemudah cara. 

2. Malaysia, selain daripada sebagai tuan rumah, biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:
a.                   Orang tengah dalam menyampaikan pendirian pihak terlibat
b.          Menyedia suasana dan prasarana yang kondusif rundingan. 
c.    Menjadi ‘pengadil’ dan juga sebagai ‘saksi’ kepada sebarang komitmen dan     persefahaman
d.          Membantu menjadi jambatan di antara pihak terlibat. 
e.    Menyimpan dan menyediakan minit – memperinci apa sebenarnya yang pernah dipersetujui’.

3. Sementara meneruskan peranan sebagai pemudah cara, Malaysia juga memainkan peranan ‘pengantara’. Ianya mungkin tidak secara jelas – kerana Malaysia gemarkan ‘diplomasi senyap’.

4. Ketika mana GRP dan MILF berhadapan dengan situasi ‘buntu’, Malaysia biasanya hadir membentangkan alternatif.

5. Peranan pengantara Malaysia biasanya berkesan di luar mesyuarat dan ketika mana kedua pihak tidak bercakap antara satu sama lain.

6. Peranan Malaysia boleh dilihat melalui kekerapan wakil Malaysia bertandang ke Manila dan Camp Darapanan.

7. Malaysia sangat kreatif dalam menguruskan perundingan. Apabila Panel GPH tidak mahu menandatangani peraturan mengenai kemanusiaan, rehabilitasi dan aspek pembangunan di dalam Perjanjian Damai GPH-MILF pada 2001, Malaysia menggunakan kaedah lain untuk memecahkan kebuntuan.

8. Apabila kerajaan Filipina menyerang pendirian MILF pada 11 Feb 2003, Malaysia menjemput kedua-dua pihak duduk berbincang mengenai jalan hadapan kepada usaha tersebut. Pergantungan kepada perbincangan rasmi, dipermudahkan dengan ‘perbincangan tinjauan’ sebagai platform rundingan kepada perkara-perkara lebih substantif seperti domain sejarah nenek moyang.

9. Secara jelas, niatnya adalah untuk memastikan perbincangan rasmi tidak akan tersekat apabila isu-isu yang membawa perbalahan sudah diselesaikan terlebih dahulu. Ianya juga mengenepikan tanggapan bahawa persetujuan tidak akan dapat dicapai kerana terlalu disibukkan dengan isu-isu lain.

10. Satu lagi peranan penting Malaysia adalah menjadi peneraju dan menyediakan kontinjen terbesar di dalam Pasukan Pemantau Antarabangsa (IMT) yang dipertanggungjawabkan untuk memantau gencatan senjata dan pelaksanaan persetujuan lain.

11. Kontinjen lebih kecil datang dari Brunei, Libya, Jepun dan Indonesia. Kehadiran IMT mengurangkan secara signifikan pertemuan ganas di antara Kerajaan dan tentera MILF. 

MH: Terkenangkan sebuah hadis Baginda Rasulullah SAW 



Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: Dari Abdullah bin Mas’ud dia berkata: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasulullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menye­rahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan seba­gai­mana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”  (Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

No comments:

Post a Comment