mykmu.net

Sunday 11 November 2012

INI SEMUA SALAH ANWAR: RAJA-RAJA MELAYU DIHINA, DICERCA... MENCARI SUNGGUH !!!





1. Pendakwaan juruukur bahan, Ahmad Abd Jalil atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook bukanlah satu kejutan mahupun suatu perkara baru.

2. Gejala menghina institusi raja-raja Melayu sudah menular di kalangan penyokong-penyokong pakatan pembangkang sejak mutakhir ini.

3. Mereka giat menjalankan kegiatan anti-raja melalui ruang-ruang siber yang sediada seperti facebook, blog, twitter dan sebagainya.

4. Jika dibaca komen-komen yang menghina peribadi raja-raja dan institusi yang mereka wakili, tidak disangka kebanyakannya datang dari individu-individu Melayu yang sudah tersimpang jauh daripada nilai-nilai jati diri bangsa mereka sendiri.

5. Kalau sebelum munculnya Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, amat jarang sekali didengari suara-suara sumbang mempertikaikan kedudukan dan kuasa raja-raja.

6. Namun penyakit ini nampaknya berleluasa dan menjadi ikutan pendokong pembangkang setelah mereka melihat gelagat beberapa tokoh pembangkang yang begitu berani menyanggah sultan secara terbuka dan terang-terangan.

7. Rakyat tidak lupa episod hitam di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 apabila sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat menahan, menyerbu dan menyergah kereta rasmi Raja Di Hilir Perak dengan cara kasar.

8. Ini terjadi berikutan seruan sembah derhaka Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak ketika kerajaan negeri Pakatan Rakyat di ambang kejatuhan akibat tindakan tiga ADUN mereka melompat meninggalkan parti masing-masing.

9. Perbuatan menghina Sultan Perak diteruskan pula oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang dituduh mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap baginda di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur, pada 6 Februari 2009.

10. Karpal didakwa berkata pemecatan Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke jawatan itu oleh Sultan Azlan Shah boleh dipertikai di mahkamah.

11. Gejala menghina serta mempertikaikan bidang kuasa sultan juga merebak di Selangor apabila Ahli Dewan Undangan PKR kawasan Sri Muda, Shuhaimi Shafiei  didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Hasutan kerana tulisan di blognya pada 30 Disember 2010 lalu yang menyentuh sultan.

12. Tidak cukup dengan itu profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Aziz Bari yang pro-pembangkang menyerang institusi raja apabila mempertikakan kuasa Sultan Selangor berkaitan urusan undang undang Islam.

13. Aziz bari menyifatkan Sultan Selangor telah memperluaskan kuasanya dalam mengawal hal ehwal Islam berhubung pemerikasaan JAIS ke atas gereja DUMC di Damansara Utama Ogos 2011.

14. Sebelum kes menghina Sultan Johor membabitkan Ahmad, pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers juga ditahan polis untuk siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan baginda.

15. Melakui blognya, uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah bukan sahaja mengaibkan sultan malah turut membabitkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

16. Sebelum itu juga polis telah menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" pada 22 Disember 2010 yang diburu selama empat bulan kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor.
   
17. Menurut pihak polis akaun facebook itu diwujudkan selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari 2010.

18. Penulis blog Aduka Taruna melalui blognya adukataruna.blogspot.com juga telah didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar Shah selepas pihak istana mengumumkan kemangkatan baginda.

19. Tidak serik dengan sembah derhakanya kepada Sultan Perak, Nizar pula celupar memberi komen dalam akaun twitternya yang mendakwa Sultan Johor melakukan pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1.

20. Kesemua kes yang disebutkan merupakan sebahagian kecil daripada banyak insiden yang tersebar luas di dalam dunia siber yang mempermain-main dan memperkecilkan institusi beraja di Malaysia.

21. Baca sahaja laman blog tukartiub kendalian sahabat baik Anwar Ibrahim yang bernama Hishammudin Rais yang penuh dengan kata-kata kesat dan menghina raja-raja Melayu.

22. Mungkin memori seorang pemuda Cina yang berasal dari Muar, Johor bernama Namawee yang menghina lagu kebangsaan Negaraku pada 2007 di youtube masih segar di minda rakyat.

23. Empat tahun kemudian? Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajarnya mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

24. Pelajar yang mengguna nama Mohd Farizal dalam statusnya, didakwa mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.

25. Jika perbuatan ini tidak dibendung segera, dikhuatiri orang bukan Melayu akan juga terangsang untuk turut serta bersama-sama penyokong-penyokong pembangkang memperlekehkan institusi raja yang sudah sebati dengan sejarah panjang dunia Melayu dan banyak berjasa dalam perkembangan Islam di rantau ini.

26. Di manakah letaknya nilai jati diri seorang yang bernama Melayu jika tidak mendokong dan mempertahankan institusi yang memberi pengertian sebenar dalam hidupnya?

27. Hanya penyokong pembangkang yang hilang pedoman dan mempunyai jiwa yang rosak sahaja yang sanggup meletakkan emosi mereka dikawal nafsu untuk melakukan penghinaan terhadap raja-raja Melayu.

ends

2 comments:

  1. Salam,
    Nak tanya, mana nak dapat sumber gambra asal barisan raja-raja Melayu dalam blog saudara ini. Saya ada keperluan utk menerbitkannya semula. Mohon bantuan malumat. TK

    ReplyDelete
  2. malaysie ni negara SAMPAH!!!
    ORang - orang nye pun bodoh - bodoh
    banyak makan tahi gitu lah

    ReplyDelete