mykmu.net

Monday, 19 November 2012

HADI AWANG SEBAGAI PM: PAS DAH MULA PERCAYA ANWAR MEMANG AL-JUBURI





1. Muktamar PAS ke-58 yang berakhir dengan doa menghancurkan UMNO dilihat sebagai berjaya memaksa ahli-ahlinya menerima hakikat bahawa Putrajaya adalah satu-satunya matlamat hidup parti itu dan apa saja yang mampu mengganggu atau menyukarkan perjalanan ke sana, wajib ditutup, diketepikan atau dimusnahkan.  

2. Sekali gus, segala keraguan akar umbi mengenai ‘cara’ yang digunakan untuk mencapai matlamat itu, wajib dibuang atau akan dianggap sebagai khianat atau belot kepada parti, hatta Islam!

3. Bagi memberi keyakinan kepada akar umbi yang masih sangsi mengenai kemampuan PAS mendominasi Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud, maka Hadi Awang perlu digilap sehingga bersinar-sinar untuk mengaburi cahaya nyalaan api Anwar Ibrahim.   Maka, Hadi Awang pun dijulang dengan koir hudud menghiasi latar belakang.   Hadi juga mengaku yang beliau ‘syok’ atau seronok dengan idea menjadi Perdana Menteri seolah-olah seorang anak kecil yang tidak pernah keluar dari kampung dijanjikan untuk dibawa melawat ke luar negara. 

4. Kata Hadi Awang dengan riaknya, perlantikannya sebagai Perdana Menteri nanti akan bermakna Islam telah menang dan jika beliau ditakdirkan meninggal dunia selepas itu, maka beliau bersedia. 

5. Persoalannya, apakah atau siapakah Hadi Awang untuk meletakkan dirinya sebagai simbol Islam?  Bagaimana perlantikannya sebagai PM menjadi tanda kemenangan Islam?  Apakah jasa Hadi kepada Islam atau Umat Islam selama hidupnya?   

6. Dan apakah Hadi pekak atau pura-pura pekak dan tidak mendengar jeritan Lim Kit Siang yang ingin menegakkan Negara Sekular serta menghapuskan Islam sebagai agama rasmi?   Bagaimana kita menilai keikhlasan Hadi untuk memartabatkan Islam sedangkan di masa yang sama beliau berlutut memeluk erat kaki Lim Kit Siang, bimbang sekali diterajang keluar?  

7. Dengan DAP yang anti Islam serta Melayu, dan PKR pula berkiblatkan barat sehinggakan Anwar tersenarai sebagai tokoh liberalisme dan pluralisme di rantau ini, bagaimana kemenangan PR dan perlantikan Hadi sebagai PM boleh dikatakan kemenangan Islam?

8. Jelas, bahawa Islam hanyalah mainan politik bagi PAS.  Namun, ini sudah pun diketahui umum. 

9. Yang menjadi isu kini bukan lagi sikap PAS yang mempolitikkan Islam tetapi tentang kenapa persoalan mengenai Hadi Awang menjadi Perdana Menteri boleh timbul dalam Muktamar kali ini sedangkan selama ini PR telah sebulat suara meletakkan Anwar sebagai bakal PM? 

10. Jawapannya, tidak lain tidak bukan kerana PAS cukup maklum akan siapakah Anwar Ibrahim dan PAS tidak sanggup menerima kaki liwat, kaki zina dan kaki rasuah sebagai Perdana Menteri.   Selama ini PAS cuba menafikannya, cuba menepisnya dan cuba mengtidak-apakan segala keburukan Anwar tetapi akhirnya PAS terpaksa mengambil-kira keresahan akar umbi kerana bimbang tidak mampu mengekalkan sokongan dalam menghadapi pilihanraya. 

11. Sebelum ini, Hadi Awang sendiri bertungkus lumus membela Anwar dengan menyatakan yang video hanya besi dan tidak boleh dikira sebagai saksi atau bukti.  Tetapi, hari ini terbukti bahawa Hadi Awang sebenarnya meragui kata-katanya sendiri.  Beliau pada hakikatnya cukup tahu dan yakin bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana penuh dengan skandal yang begitu dahsyat sehingga tidak tercapai oleh akal pemimpin naïf sepertinya. 

12. Namun, demi politik Pakatan Rakyat, Hadi sanggup menipu apa saja sambil menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith untuk membela Anwar.  Mungkin dalam Muktamar ini, Hadi Awang baru tersedar bahawa akar umbi juga tahu yang beliau telah menipu mereka selama ini. Dan kerana itu, beliau perlu menunjukkan yang beliau juga bersetuju dengan mereka bahawa penzina dan peliwat tidak boleh menjadi Perdana Menteri. 

13. Apa lagi apabila ahli-ahli menunjukkan sokongan melantik beliau sendiri sebagai Perdana Menteri.  Maka, semakin lebarlah senyum Hadi dan semakin yakinlah PAS yang mereka akan berjaya mendominasi PR. 

14. Namun, seperti biasa, PAS gagal melihat impak dari perkembangan ini dari luar konteks parti mereka.  Semangat ahli-ahli PAS melihat Hadi menjadi PM adalah sesuatu yang negative jika dilihat dari konteks politik Pakatan Rakyat.  Ini kerana, sokongan terhadap Hadi juga bermakna penentangan terhadap Anwar Ibrahim. 

15. Penentangan terhadap Anwar Ibrahim bermakna krisis dalaman kepada PAS iaitu antara golongan Anwarinas dan golongan Ulama yang mana pasti akan diterjemahkan dalam PRU nanti.  Selain itu, ia juga membangkitkan kesangsian DAP terhadap keseluruhan kerjasama dengan PAS dalam PRU kali ini.   Ini kerana DAP hanya bersatu dengan PAS atas ikatan faktor Anwar Ibrahim.  Tanpa Anwar, maka tiadalah tali pengikat kedua-dua parti itu. 

16. Maka kesimpulannya, PAS yang semakin bersemangat tidak bermakna yang PR akan semakin kuat.  Sebaliknya ia mungkin akan melemahkan atau menghancurkan terus pakatan mereka menjelang pilihanraya.

No comments:

Post a Comment