mykmu.net

Thursday, 4 October 2012

BILA ULAMAK PAS JAHIL TENTANG EKONOMI NEGARA






1. Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man nampaknya seperti belum mengambil iktibar dari kesilapan lama dan keterlanjurannya mengarahkan ahli PAS menangguhkan ibadah haji ke Mekah semata-mata untuk menghadapi PRU 13 yang diramal olehnya akan berlangsung semasa musim haji 1433.

2. Arahan itu jelas kelihatan seperti PAS cuba memperbodohkan pemikiran pengikutnya supaya mendahulukan kepentingan parti berbanding keutamaan menunaikan Rukun Islam ke-5 dan di masa yang sama cuba memainkan sentimen umat Islam, namun akibatnya ia mengundang amarah khalayak umum pula.

3. Itulah hakikat sebenar watak dan pembawaan pemimpin PAS, cukup gah membicarakan soal hukum hakam agama tapi realitinya kepentingan politik kepartian juga yang didahulukan.

4. Tidak serik dengan isu tersebut, kali ini pemimpin PAS yang mempunyai pertalian keluarga dengan Mursyidul Am PAS itu sekali lagi cuba memperbodohkan khalayak dengan kenyataan yang memperlekehkan maruah penerima imbuhan BR1M dan lain-lain.

5. Dalam satu kenyataannya kepada media, Tuan Ibrahim mengibaratkan semua bantuan one off dalam bajet 2013 yang meliputi BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan dan pelbagai imbuhan lain untuk rakyat adalah candu beracun yang memberi kegembiraan sementara sahaja.

6. "Ini umpama candu yang melalikan dan melalaikan buat sementara waktu tapi perit kesakitannya pasti mengunjung tiba, bahkan barah itu bakal ditanggung generasi akan datang," demikian katanya.

7. Menurutnya lagi, "asas kepada pembinaan ekonomi negara bukan hanya dilihat kepada apa yang dicurah, tetapi juga sejauh mana asas kawalan perbelanjaan negara diurus.

8. Dengan kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, tindakan PM dilihat hanyalah untuk menghabiskan dana negara dalam bentuk pemberian One-Off bagi menarik golongan sasar di kalangan pengundi baru untuk membeli jaminan kerajaan korup ini terus berkuasa."

9. Membaca kenyataan Tuan Ibrahim itu jelas memperlihatkan kedangkalan caranya berfikir. Seolah-olah pada pandangan pemimpin PAS itu, orang yang menerima BR1M dan lain imbuhan termasuk bantuan persekolahan anak-anak adalah orang yang bodoh kerana membiarkan candu dan racun menguasai diri.

10. Hakikatnya tidak sedemikian. Walau wang yang diterima nilainya tidak seberapa, besar manfaatnya untuk perbelanjaan keluarga yang berpendapatan rendah. Di masa yang sama wang BR1M yang dibelanjakan itu pula mengalir ke pelbagai sektor sekaligus menyemarakkan aktiviti ekonomi setempat.

11. Usahlah PAS bermain dengan api cuba menganggap rakyat negara ini bodoh konon bagaikan penagih candu atau sebagainya. Jangan dihina rakyat yang berpendapatan rendah kerana kelak bila tiba musim pilihanraya khalayak ini jugalah nanti yang akan PAS cuba hampiri untuk meraih undi.

12. Percayalah, selagi wujud ramai pemimpin bermulut celupar dalam PAS dan lain-lain parti pembangkang yang gemar merendah-rendahkan maruah dan daya fikir rakyat marhaen seperti mana tutur kata Tuan Ibrahim, nescaya sampai kiamat pun PAS dan PR tidak akan berpeluang untuk menguasai tampuk pemerintahan negara ini.

No comments:

Post a Comment