1. Setiap kali pembentangan bajet oleh kerajaan,
setiap kali itulah puak pembangkang mengemukakan belajawannya sendiri.
2. Perkara ini berlaku sejak 2008
apabila pembangkang yang menjenamakan diri mereka Pakatan Rakyat berjaya
menafikan Barisan Nasional majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
3. Pembangkang berasa amat teruja, gah
malah timbul riak dan sombong sambil mendabik dada seperti dalam filem King
Kong bahawa merekalah juara rakyat.
4. Malangnya mimpi mereka untuk
menduduki Putrajaya tidak tercapai kerana rakyat masih mempercayai dan
meletakkan keyakinan kepada BN dan Umno sebagai tunjang utama pemerintahan
negara.
5. Pelbagai taktik digunakan oleh
pembangkang untuk menunjukkan rakyat mereka adalah lebih baik daripada BN.
6. Apatah lagi apabila Anwar Ibrahim
memasukki semula Parlimen sebagai Ketua Pembangkang pada Ogos 2008, bertambah
rancaklah adegan dan lakonan mereka di bawah bekas banduan Penjara Sg Buloh itu
sebagai sutradara.
7. Antara pementasan tahunan Anwar ialah
membentangkan "Bajet Pembangkang" yang akan dilakukan sehari dua
sebelum Perdana Menteri membentangkan belanjawan negara bagi tahun 2013.
8. Tahun ini pembangkang berbuat
demikian pada hari Rabu 27 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri Najib
Tun Razak berucap di Parlimen.
9. Inilah taktik Anwar setiap tahun
kerana sekiranya ada sedikit persamaan Bajet 2013 yang dibentangkan oleh
Perdana Menteri dengan belanjawan olok-olokan pembangkang, maka senanglah
beliau menuduh bahawa BN menciplak ide-ide tersebut daripada Pakatan Rakyat.
Tahun ini tidak ada bezanya dengan
tahun-tahun sebelumnya.
10. Walaupun dilabel gagal menjalankan
tugas sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, namun Anwar tetap mahu
membuktikan pengalamannya sebagai Menteri Kewangan selama lapan tahun masih
bersinar dan menyengat.
11. Hakikatnya senario kewangan dunia dan
ekonomi global sudah jauh berubah meninggalkan Anwar yang masih terkongkong
dalam kepompong pemikiran pengurusan ekonomi yang lapuk dan usang.
12. Bagi beliau, jika harga minyak petrol
semasa di dakwa tinggi, jawapannya ialah ia perlu diturunkan.
13. Jika kini pelajar meminjam daripada
PTPTN untuk membiayai pendidikan di kolej atau universiti, Anwar mencadangkan
pula untuk menghapuskan tabung pembiayaan itu dan mahu pendidikan diberi secara
percuma.
14. Hairan pula semasa berkuasa penuh
sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tidak pula timbul dari
benaknya untuk berjuang bagi kepentingan golongan pelajar.
15. Mungkin Anwar lupa ide penubuhan
PTPTN itu sendiri datangnya dari beliau dan kini sudah bertukar tempo untuk
menjadi hero golongan pelajar pula.
16. Begitulah halnya dengan tindak tanduk
Anwar membentangkan "Bajet Pembangkang" dalam Parlimen.
17. Perbuatan tersebut hanya menyerlahkan
kebodohan tahap gaban puak pembangkang yang tidak mengerti konsep demokrasi.
18. Bajet sesebuah negara hanya
dibentangkan oleh Perdana Menteri yang mewakili parti yang berkuasa ketika itu.
19. Tidak pernah berlaku di mana-mana
negara Komanwel hatta negara-negara serantau pun, pihak pembangkang sibuk
memperkenalkan bajet versi mereka sebelum kerajaan yang memerintah berpeluang
berbuat demikian.
20. Perkara tersebut hanya berlaku di
Malaysia di mana pembangkang tidak dapat menerima hakikat bahawa PKR, DAP dan
PAS bukanlah parti pemerintah di peringkat Pusat.
21. Jadi apa perlunya mereka bersusah
payah mencengkang mata untuk menerbitkan dokumen belanjawan selain yang
dibentang oleh Perdana Menteri?
Inilah yang dikatakan oleh pepatah
Melayu, pandai tidak terikut, bodoh tidak terajar!
22. Siapa peduli "Bajet
Pembangkang" kerana rakyat tahu mereka tidak memiliki kuasa atau otoriti
untuk melaksanakan walaupun satu titik noktah daripada bajet palsu itu.
23. Jadi tidak perlu langsung untuk
memperkatakan, membincangkan atau pun membahaskan sesuatu yang hanya wujud
dalam dunia fantasi pembangkang sebab ia semata-mata gimik politik.
24. Pihak yang mampu melaksanakan segala
apa yang terkandung dalam ucapan Belanjawan 2013 oleh Perdana Menteri ialah BN
sebab BN yang memerintah dan BN yang mempunyai kuasa penuh untuk menunaikan
setiap janji yang dibuat olehnya.
25. Kalau dalam bahasa mahkamah,
perbuatan pembangkang mengeluarkan cadangan bajet tersendiri disebut sebagai
perkara enteng atau frivolous dan tidak salah dikatakan membuang masa dan juga
satu tindakan yang amat tidak produktif.
26. Mungkin juga ada eloknya Pakatan
Rakyat menunjukkan sikap bodoh sombong mereka kerana lebih senang rakyat
membuat pilihan pada PRU 13 nanti.
No comments:
Post a Comment