mykmu.net

Wednesday, 18 June 2014

INFO MENARIK: KENTUT DARI SUDUT PERADABAN ISLAM DAN SAINS




Hoiii !!!! sapa kentut niiihh ?? Bau petaiiii.... uwwweeekkkk...

Jangan ditanya siapa yang kentut. Nescaya tiada siapa yang akan mengaku, percayalah ! Terutamanya bila ianya dilepaskan di khalayak ramai. Kenapa Kita Kentut, Kentut datang dari mana?, Berapa kali kita mampu kentut? Bunyi macam tak senonoh tapi tu lah hakikatnya. Kita kenalah tahu sebab apa kita kentut. Jangan asyik ingat sebab sakit perut, sebab makan telur, atau sebab nak buang air besar. Kentut ni memang tak da cara nak atasi. Nak tak nak kena kentut jugak, tapi control lah sikit. Jangan lepas ikut suka hati saja...

PENCERAHAN :

Kentut adalah salah satu daripada fungsi badan yang paling biasa sepanjang zaman. Semua orang melakukannya, daripada Neelofa sampailah Angelina Jolie pasti juga kentut. Malah, perkataan “fart” (kentut) adalah salah satu perkataan yang tertua dalam bahasa Inggeris! Teruskan membaca untuk mengetahui fakta-fakta yang lebih menarik perihal kentut ini.

Dari mana datang kentut ni? Pemikiran kita selalu kata kentut datang dari dubur. Tapi sebenarnya, kajian perubatan menyatakan kentut ini berasal dari gas yang kita telan, gas dari darah yang pergi ke usus, gas dari re. aksi kimia dan gas yang dijana oleh bakteria dalam usus dan keluar melalui dubur. Maksudnya, bukanlah dubur punca sebenar kentut tetapi selalu kena tuduh !

Kenapa kentut yang tak bunyi lagi busuk? Salah satu sumber kentut ialah bakteria. Respirasi oleh bakteria dan proses pencernaan akan hasilkan haba serta hasil sampingannya adalah gas busuk. Diameter gelembung gas yang lebih kecil adalah lebih hangat serta menghasilkan metabolisme bakteria yang berbau busuk. Diameter gas yang kecil, tak hasilkan bunyi cuma hasilkan bau yang boleh 'membunuh'.

Berapa banyak kita mampu kentut sehari? Manusia normal boleh kentut lebih kurang setengah liter sehari ataupun sebanyak 14 kali kentut. Tapi ada yang kentut tak sampai 14 kali atau terlebih kan? Sebab tiada siapa yang sudi mengira berapa kali kah sudah terkentut. Tetapi harus ingat... kentut pun ada adab-adabnya.

Islam melarang kita melakukan sesuatu perbuatan yang memalukan diri seperti kentut dihadapan orang ramai dan sebagainya. Walau bagaimanpun bagi mereka yang terkentut maka hendaklah menyembunyikan perbuatannya dan meneruskan pekerjaannya seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku...buat 'donno' !

Hal ini berdasarkan hadis daripada Saidatina Aisyah r.a yang berkata, Nabi SAW bersabda ;

 إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لِيَنْصَرِفْ

"Jika salah seorang daripada kamu terkentut sewaktu solatnya maka hendaklah dia memegang hidungnya lalu beredar (dari solat)." (HR : Abu Daud)

Menurut al-Khattabi, perintah supaya memegang hidung itu supaya seolah-olah orang lain menyangka dia menghadapi hidung berdarah dan keluar bukan sebab kentut. Ini adalah bagi melindungi perkara yang memalukan dan tidak termasuk berbohong sebaliknya dari akhlak yang baik.

Abdullah bin Zam'ah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menegur perbuatan mereka yang ketawa ketika terkentut dan buang angin dengan sabdanya ;

 لِمَ يَضْحَكُ أَحَدُكُمْ مِمَّا يَفْعَلُ ؟

"Kenapa salah seorang daripada kamu ketawa terhadap apa yang dia juga lakukannya?" (HR : Al-Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas bermaksud kentut itu dilakukan oleh semua orang maka tidak sepatutnya dia ketawa terhadap orang yang terkentut kerana dia juga mengalaminya. Bahkan Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan bahawa hal ini adalah menjadi hujah bahawa dilarang mentertawakan orang yang kentut sebaliknya dia harus mengabaikannya dan meneruskan urusannya seperti biasa seolah-olah dia tidak mendengarnya. Hal ini termasuk dalam adab dan akhlak yang baik dengan manusia lain.

Kentut adalah sebagian dari rangkaian metabolisme tubuh manusia. Sehingga semua orang yang normal mengalaminya. Oleh itu, ketika kita mendengar ada orang yang kentut, kita dilarang mentertawakannya. Kerana kita sendiripun kentut atau pernah terkentut !

Dalam Tuhfatul Ahwadzi, Syarh Sunan at-Tirmizi, Al-Mubarokfuri mengatakan,

وكانوا في الجاهلية إذا وقع ذلك من أحد منهم في مجلس يضحكون فنهاهم عن ذلك

“Dulu mereka (para sahabat) di masa jahiliyah, apabila ada salah satu peserta majlis yang kentut, mereka semua tertawa. Kemudian baginda melarang hal itu.” (Tuhfatul Ahwadzi, 9/189).

BAKAL PENGHUNI SYURGA KERANA KENTUT :

Sekitar satu bulan selepas Hatim bin Asom meninggal dunia, seorang teman Hatim bermimpi seolah-olah ia bertemu dengan Hatim Al-Asom.
"Wahai Hatim, apa yang telah kau dapatkan dari Allah, dan bagaimana pula Dia memperlakukan dirimu?" "Allah memperlakukan aku dengan baik sekali, bahkan aku mendapat nikmat kubur yang begitu luas, nikmat awal bagi para penghuni syurga." Jawab Hatim.

"Amalan apakah yang membuat dirimu mendapat perlakuan istimewa seperti itu?""Semua itu ku dapatkan, hanya kerana kentut. Seorang gadis membeli pakaian di kedaiku. Tanpa sengaja ia telah terkentut, namun aku pura-pura tak mendengarnya. Aku berlagak pekak. Bila aku tak berpura-pura pekak, maka boleh saja aku akan terjerumus mendedahkan keaibannya itu. Padahal sesama muslim harus saling menutupi aib dan cela antara satu sama lain, bukan dicanang merata. Jangan pula kamu bukakan rahsia orang lain kesana kemari, kerana itulah rahsia mu juga akan ditutupi oleh Allah jua."


Sekilas 22 fakta menarik tentang kentut

1. Dari mana asal Kentut? 
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria perut.


2. Apa komposisi Kentut?
Berubah-ubah. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dalam udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai usus). Adanya bakteria dan reaksi kimia antara asid perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak uidara yang tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentutnya lebih banyak kerana tubuh tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa Kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida dan merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfur dan merkaptan dihasilkan oleh bakteria dalam perut dan makin busuklah kentut anda. Telur dan daging berperanan besar dalam menghasilkan bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam menghasilkan volume kentut dan bukan kebusukannya.


4. Kenapa Kentut menimbulkan bunyi?
Oleh kerana adanya vibrasi lubang anus pada saat kentut dihasilkan. Kerasnya bunyi bergantung kelajuan gas. 


5. Kenapa Kentut yang busuk itu hangat dan tidak bersuara? 
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria dan proses pencernaan menghasilkan panas, dan hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, panas dan dengan produk metabolisme bakteria yang berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya tapi SBD (Silent but Deadly).


6. Berapa banyak Kentut dihasilkan dalam sehari? 

Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.


7. Mengapa Kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, mengapa gas tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus termasuk gas-ganya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus, gelembung-gelembung kecil bergabung menjadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gas akan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh kerana bentuk usus yang rumit dan berbelit-belit.


8. Berapa lama masa yang diperlukan Kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain? 
Bergantung keadaan udara seperti kelembapan, suhu, kelajuan dan arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara transmitter dengan receiver. begiotu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar dan konsenstrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa saat bererti ianya mengalami pengcernaan di udara dan hilang ditelan udara selam-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di tempat sempit seperti lif atau kereta, konsentrasinya lebih banyak sehingga baunya akan berlegar dalam waktu lama sampai diserap oleh dinding.


9. Apakah setiap orang Kentut? 
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah matipun orang masih boleh kentut .


10. Betulkan laki-laki sering kentut lebih daripada perempuan?
Tidak ada hubungannya dengan gender. Kalau benar, maka perempuan menahan kentutnya dan saat kentut, banyak sekali jumlah yang dikeluarkan.


11. Saat apa biasanya orang Kentut?
Pagi hari saat di tandas, yang disebut â € œmorning thunderâ €. Kalau resonansinya bagus, boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah.


12. Mengapa kacang-kacangan menyebabkan banyak kentut?
Kacang-kacangan mengandungi zat gula yang tidak boleh dicerna tubuh. Zat gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta dan menghasilkan gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya).


13. Selain makanan, apa saja penyebab Kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi, sehingga muncul sebagai kentut).


14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul di lain lubang? 
Tidak. Sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang dihasilkan oleh bakteria lebih banyak.


15. Kemana perginya kentut kalau ditahan atau tidak dikeluarkan? 
Bukan diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor. Kentut berhijrah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, hanya mengalami kelewatan.


16. Mungkinkah kentut terbakar?
Kentut mengandung metana, hidrogen yang combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyalaannya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.


17. Bolehkah menyalakan korek api dengan kentut?
 Jangan mengada-ada! Konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.


18. Mengapa Kentut anjing dan kucing lebih busuk? 
Kerana kucing dan anjing adalah karnivor. Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan horbivor seperti gajah, kuda, kambing yang menghasilkan banyak kentut, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.


19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen. Mungkin sedikit saja anda akan mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.


20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya oren seperti gas nitrogen oksida akan tahulah siapa yang kentut.


21. Apakah kentut itu acid, basa, atau neutral Acid
Kerana mengandungi karbon dioksida (CO2) dan hidrogen sulfida (H2S).


22. Apakah yang terjadi kalau seseorang kentut di planet venus?
Planet venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak akan banyak pengaruhnya.


KESIMPULAN :

Sampai masanya... Siapa kentut ni ? Alhamdulillah masih dapat kentut.



3 comments:

  1. nenek saya kerap kentut .... nasib baik bau takde...

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tahu ambil rujukan dari mana sebab saya berminat nak mengkaji tentang benda ni dengan lebih mendalam.berdasarkan hukum islam.bila seseoarng itu mengeluarkan angin dari badannya.kenapa dia kena berwuduk(basuh muka,tangan,kepala n kaki) tpi tak basuh bahagian yg berkaitan dengan tempat pembuangan angin.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt. Mohon bantuan. Sumbangan derma untuk asnaf fakir miskin. Para dermawan yang budiman. Anda boleh menderma ke akaun maybank orang daif.
    Nama: Adila Bin Suboh
    Nombor Akaun: 151089317354

    ReplyDelete