mykmu.net

Wednesday 22 January 2014

KOS HIDUP TINGGI: CADANGAN SISTEM RANGKAIAN PEMBEKAL BUMIPUTERA WAJIB DIWUJUDKAN @NAJIBRAZAK

1. Kangkong merupakan perkataan yang popular pada minggu lepas. Bermacam-macam perkara dilabelkan kangkong. Ini berikutan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memberikan contoh barang-barang keperluan yang telah turun harga tetapi tidak dipuji oleh pembangkang.
 
2. Antara perkara menarik yang perlu diperhalusi oleh pentadbiran Perdana Menteri dalam hal ini. Isu kenaikan kos sara hidup menjadi punca dan polemik yang beterusan dalam masyarakat hari ini. Antara barang keperluan yang menjadi perdebatan hangat ialah kos ayam, ikan, sayuran dan bermacam-macam barang runcit yang semakin hari semakin meningkat naik kosnya.
 
3. Umum mengetahui kenaikan kos harga barang menjadi isu duri dalam daging kepada Barisan Nasional (BN) dalam mempertahankan kerajaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 14. Rata-rata rakyat melihat ini sebagai kelemahanPM  Najib dalam menghadapi gelora dan pancaroba dakyah pembangkang. Suka atau pun tidak kita wajib menerima ini sebagai satu kenyataan dalam kehidupan.


 
4. Pada awal Januari 2014 Perdana Menteri telah mengumumkan 11 langkah mengurangkan perbelanjaan di sector awam mulai Januari 2014. Antara langkah-langkah yang diambil termasuklah pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus selain elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C). Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun 2014.
 
5. Langkah lain juga merangkumi pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.
 
6. Kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding atau konsultan untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian feasibiliti.Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
 
7. Kerajaan juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.Langkah penjimatan lain termasuk juga meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.
 
8. Penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan akan dikurangkan.Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah pengurangan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat;
 
9. Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
 
10. Pada masa yang sama juga Kerajaan telah menubuhkan sebuah MAKMAL bagi mengkaji kos sara hidup yang semakin tinggi. Makmal ini terletak dibawah Unit Pengurusan Prestasi dan pelaksanaan (PEMANDU) Jabatan Perdana Menteri.  


 
11. Bagi hemat MH ini hanya apa yang dinamakan “interim action”. Didalam pengurusan krisis istilah “interim action” adalah merujuk kepada tindakan sementara yang perlu dilakukan dalam mengekang krisis. Tindakan sementara ini hanya akan redakan sedikit krisis sahaja. Dan ianya tidak melibatkan “comprehensive solution” atau “total solution” atau dalam bahasa yang lebih mudah lagi sebagai jalan keluar kepada krisis.
 
12. Umum mengetahui perniagaan di Malaysia dimonopoli oleh kaum Cina. Ini meliputi pengimport, pembekal, pemborong dan peruncit didalam semua bidang perniagaan. Menurut MYKMU.net dalam artikel mereka pada 22 Jan 2014, para pengimport, pembekal, pemborong dan peruncit telah menaikan haraga barang-barang keperluan  bertujuan untuk memburukkan imej Barisan Nasional tetapi pada masa yang sama mereka mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menaikkan harga barangan. Ini ada strategi 2 mata mereka dalam menjalankan dakyah pembangkang.
 
13. Kerajaan Barisan Nasional hanya mampu memberi amaran tindakan “tindakan tegas akan diambil” kepada peniaga-peniaga yang ingkar. Dan ini sebenarnya telah memberikan persepsi yang buruk kepada Kerajaan Barisan Nasional semenjak dari tahun 2008 lagi. Rakyat amat tertunggu-tunggu dan amat mengalu-alu tindakan tegas dari kerajaan sebenarnya. MH meluat sebenarnya untuk mengkritik sebegini tetapi dalam masa yang sama MH terpaksa mengatakan perkara yang benar demi kelangsungan dan kesinambungan Barisan Nasional dalam menerajui Negara.  
 
14. Didalam ucapan Perdana Menteri pada Majlis Memperkasakan Ekonomi Bumiputera di UiTM pada September 2013 beberapa focus telah diberikan penekanan. Antaranya mendaya modal insan bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan bumiputera dan memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
 
15. Didalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) pemerkasaan ekonomi bumiputera amat banyak dititik beratkan. Kesannya ramai dikalangan orang melayu hari ini amat tinggi minatnya untuk berniaga. Amatlah significan anjakan paradigma pemikiran orang melayu sebelum dan selepas Dasar Ekonomi Baru dilancarkan. Jika sebelum DEB dilancarkan sikap orang melayu ialah perniagaan adalah perkara yang memalukan dalam hidup.
 
16. Dalam merentasi gelora gelombang kos sara hidup yang semakin meningkat ini, satu mekanisme lanjutan daripada DEB perlu diperkenalkan. Jika 44 tahun kerajaan melalui DEB mengajak orang melayu berniaga atau dalam istilah yang sebenarnya mengajak orang melayu menjadi peniaga runcit. Sudah tiba masanya hari ini kerajaan menjadikan orang-orang melayu sebagai pengimport, pembekal, pemborong dan tidak lagi menjadi peruncit terutamanya sector-sektor kritikal.
 
17. Sektor kritikal disini bermaksud sektor yang menjadi kunci kepada sesuatu sector yang lain. Contohnya bagi sector penternakan ayam. Faktor kritikal disini ialah makanan dan perubatan dan antibiotik ayam-ayam. Seringkali faktor makanan dan perubatan dijadikan sebab dalam kenaikan harga ayam. Disinilah peranan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  amat perlu sebagai permulaan.
 
18. Contohnya KFC Holding, boleh menjadi pembekal ayam kepada seluruh Negara. Kemampuan KFC menerusi system “contract farming” memang tidak dapat dinafikan lagi. Bagi mengawal factor kritikal bagi sector penternakan ayam KFC holding perlu menubuhkan kilang pemprosesan makanan ayam dan juga kilang pemprosesan ubat-ubatan untuk penternakan. Strategi Lautan Biru kerajaan juga boleh digunakan disini. FELDA boleh mendirikan kilang pemprosesan makanan ayam manakala perubatan untuk ternakan pula boleh dilakukan oleh Pharmaniaga atau pun CCM menerusi Deupharma Biotech. Dengan ini kos untuk penternakan ayam dapat di turunkan.
 
19. Itu hanyalah satu contoh sector, banyak lagi sektor yang perlu diberi tumpuan. Maka disinilah peranan PEMANDU untuk memecahkan monopoli “supply chain” masyrakat cina terhadap ekonomi Negara. Maka selaku rakyat Malaysia MH pulangkan kembali kepada PEMANDU apa yang patut dilakukan untuk meningkatkan lagi pengimport, pembekal dan pemborong dikalangan orang melayu.
 
20. Peranan institusi-institusi pendidikan juga penting. Di university-universiti pada hari ini terutamanya di UiTM (UiTM means “Universiti Terulung Melayu” which ‘i’ make a significant different) menawarkan kursus-kursus keusahawanan perlu melakukan anjakan paradigm dimana matapelajaran “supply chain entrepreneurship” perlu di ajar untuk menjadikan. Ini bermaksud “supply chain” digabungkan dalam pelajaran keusahawanan.
 
21. MARA merupakan agensi yang bertanggungjawap memajukan orang melayu. Hari ini MARA tidak boleh lagi menggalakkan orang melayu menjadi peniaga runcit. MARA hari ini wajib menjadikan orang melayu sebagai pengimport, pembekal dan pemborong bagi setiap sector barangan.
 
22. Kertas kerja dan kajian saintifik perlu lebih ditekankan. Kajian-kajian terhadap sistem “supply chain” masyarakat cina Malaysia perlu dikaji. Jika perlu diwujudkan instutusi atau KERUSI pengajian bagi supply chain ini maka wujudkanlah.
 
23. Apapun cadangan MH ini mungkin akan memakan masa yang panjang. Tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan oleh Kerajaan untuk tidak berbuat sesuatu dalam menghadapi gelora kos sara hidup yang tinggi pada sekarang. Kepada Dato’ Seri Najib, MH memohon cadangan ini dipertimbangkan dan dilaksanakan segera bagi menjamin kesinambungan Kerajaan BN atau dengan nada yang lebih tepat lagi untuk agama, bangsa dan Negara.  



1 comment:

  1. Salam tuan.. saya amat setuju dengan cadangan tuan blog. Mohon diperpanjangkan kpd pihak atasan. Kita dh muak dgn PEMANDU PM yg tk berikan tindakan berkesan.. Krjn akan jd mangsa sabotaj peniaga cina dan talibarut2 mereka!

    ReplyDelete