mykmu.net

Friday 11 January 2013

ILMU NIK AZIZ LEBIH TINGGI DARI PARA MUFTI DAN ULAMAK MALAYSIA






1. Sudah ramai ilmuan agama termasuklah para Mufti tampil menempelak tindakan PAS yang secara sedar telah merendahkan kesucian agama Islam apabila buat kali keduanya bersetuju menyokong kalimah Allah s.w.t digadaikan kepada Kristian.

2. PAS ternyata terpana dan terkesan bila tiba-tiba sahaja para Mufti dan ilmuan agama sama ada yang non partisan mahupun dari dalam PAS sendiri semakin berani menyatakan kritikan mereka secara terbuka, satu senario yang langsung tak terjangka oleh pimpinan PAS.

3. Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid umpamanya menyifatkan tindakan PAS menyokong kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Bible berbahasa Melayu adalah satu langkah seolah-olah sengaja mahu menyekutukan Allah s.w.t.

4. Beliau juga berkata persetujuan PAS membiarkan kesucian kalimah Allah dinukilkan dalam Bible menggantikan perkataan 'God' dalam konsep ketuhanan Kristian, sama seperti PAS redha dan merelakan Allah s.w.t itu bukan lagi Yang Maha Esa.

5. Ulasan beliau senada dengan Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman yang turut mengkritik keputusan songsang PAS menyokong tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berhubung penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible.

6. Katanya lagi, bagi umat Islam Tuhan hanya satu iaitu Allah s.w.t yang menciptakan alam dan seluruh kejadian di dunia ini, tiada sekutu atau menyerupai makhluk lain.

"Namun, (penganut) Kristian menyebut Allah sebagai Tuhan tetapi mempunyai pelbagai bentuk serta beranak pinak (ayah, ibu dan anak)."

7. Malah beliau juga menyelar tindakan pihak gereja Kristian mahu mencetak Bible dalam Bahasa Melayu dengan menukarkan God kepada kalimah Allah yang dipercayai dilakukan dengan maksud tertentu untuk mempengaruhi generasi muda muslim supaya terkeliru dan menganggap al-Quran dan Bible, tiada perbezaannya.

8. Berikutan teguran-teguran itu, tidak sedikit penyokong dan ahli PAS yang buta hati dan kelam mindanya bangkit merendah-rendahkan kewibawaan mereka berdua dengan pelbagai komen buruk dan sinis. Pada mereka, sokongan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap persetujuan PAS dalam isu kalimah Allah adalah tepat dan tiada salahnya.

9. Jika benar martabat para Mufti sebegitu rendah malah lebih rendah daripada Nik Aziz, apa pula komen pengikut taksub PAS terhadap pendirian dua orang ulama PAS yang jelas bertentangan dengan pendapat songsang Nik Aziz?

10. Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din misalnya tetap tegas dengan pendirian sesiapa saja umat Islam yang redha ,menyokong tuntutan kalimah Allah s.w.t untuk dicetak dalam Bible boleh ditimpa kekufuran.

11. Selain Ustaz Haron Din, seorang lagi pemimpin PAS yang juga adalah pendakwah terkenal, Ustaz Ismail Kamus juga mengecam pendirian PAS dalam isu ini. Katanya, penggunaan kalimah Allah dalam kalangan orang bukan Islam tidak sepatutnya dibenarkan kerana tidak sesuai dengan keadaan dan situasi.

"Siapa pun bertanya, jawapan saya tetap sama iaitu kalimah Allah tidak sesuai digunakan orang bukan Islam di negara ini. Kalau dibenarkan, nanti orang keliru. Allah ini Tuhan siapa sebenarnya? Islam atau agama lain?

"Bagi umat Islam, kita perlu pertahankan agama kita. Bagi saya, kerajaan perlu menggunakan kuasa yang ada untuk menghalang penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam daripada berlaku," demikian kata Ustaz Ismail Kamus kepada Utusan Malaysia.

12. Semua kenyataan di atas merupakan satu tamparan hebat buat PAS khususnya kepada Nik Aziz yang sebelum ini bersungguh mempertahankan kesediaan PAS menyokong tuntutan kalimah Allah dimasukkan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

13. Jika dikira dari segi ketokohan dan kelayakan pengetahuan agama, siapa Nik Aziz jika dibandingkan dengan para Mufti sekalian yang terbukti memiliki kelayakan dan luas pengetahuan agama Islam di dada mereka. Hatta Ustaz Haron Din dengan Nik Aziz pun ibarat membanding intan berlian dengan kaca, tak begitu?

No comments:

Post a Comment