mykmu.net

Tuesday 6 November 2012

MENJAWAP KENYATAAN ANAK SULUNG ANWAR IBRAHIM YANG KERAP KALI BERJOGET



Joget jangan tak joget... ah ah ah... kenyataan Nurul Izzah pun selalu berjoget jugak macam "daddy hebat" jugak


1. "Tiada paksaan dalam Islam" bermaksud agama Islam tidak membenarkan orang-orang Islam memaksa mana-mana orang yang bukan Islam untuk memeluk Islam.....sebab itu lah pada masa dulu walaupun Islam berkembang ke sebahagian besar dunia, rakyat di negara yang ditakluki oleh orang Islam tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam sebaliknya mereka memeluk agama Islam secara sukarela setelah melihat kebaikan dan keagungan Islam itu sendiri. 


2. Bagaimanapun apabila seseorang telah memeluk agama Islam, maka mereka hendaklah mematuhi semua peraturan dan hukum-hakam agama Islam seperti wajib solat lima waktu sehari, tidak boleh berjudi, tidak boleh minum arak, tidak boleh berzina dan sebagainya. Jika mereka tidak solat dan dihukum, mereka tidak boleh berkata mereka tidak bersalah kerana "tiada paksaan dalam Islam".


3. Pernyataan bengap yang dibuat oleh Nurul ini merupakan pernyataan bodoh sombong pernah dibuat oleh seorang Islam di Malaysia. Pernyataan beliau telah dipuji dan diberi liputan meluas oleh Malaysia kini. Malaysia kini telah meminta orang melayu berfikir seperti Nurul dan jangan berfikiran tertutup. Jika orang melayu tidak bersifat terbuka jangan harap mereka boleh berada di Negara ini.


4. Malaysia kini sendiri tidak terbuka kepada semua pembaca untuk memberi pendapat atau komen. Hanya yang melanggan sahaja boleh membuat komen. Lihatlah bagaimana mereka melayan kita tetapi orang-orang melayu terutama penyokong PR tidak sedar kerana mereka ini telah dikuasai oleh emosi kebencian yang tinggi daripada mengunakan minda, akal dan fikiran yang sihat.

5. Malaysia kini menyokong pernyataan bodoh Nurul kerana selama ini mereka tidak berani mengeluarkan pernyataan sedemikian secara terbuka tetapi si bodoh ini tiba-tiba muncul mengeluarkan pernyataan ini. Maka bersoraklah mereka . Mereka ini tidak pernah akan menyokong sesuatu kecuali perkara itu memberi keuntungan kepada mereka. 


6. Kenapa tiada komen daripada ulama PR terutama daripada PAS seperti Hadi Awang, Nik Aziz dan lain-lain. Jika pernyataan seperti ini dibuat oleh pihak BN sudah tentu orang yang berkata demikian telah dituduh murtad oleh ulama2 PAS. Sebaliknya jika pernyataan sebegini dibuat oleh pihak mereka maka mereka akan diam membisu.


7. Ingatlah semua perbuatan kita akan dihitung dan dipersoal di akhirat nanti. Kepada ulama PAS yang diam membisu berhubung perkara ini sila fikir adakah kepentingan politik dan peribadi itu lebih penting daripada berkata yang benar...
.

8. Kesilapan Anwar membawa masuk isteri dan anaknya ke arena politik. Bukan sahaja menunjukkan ‘kronisme’ dalam PR tetapi juga menunjukkan perumpamaan melayu “bapa borek anak rintik” bukanlah rekaan semata-mata….. 
Wallahualam, smile & salam…

Kredit: FB Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad

1 comment:

  1. klau dulu pakatan haram cakap najib terlibat dlm skandal RM500juta scorpene, skrg bila DAP terlibat juga dengan skandal RM500juta kenapa mereka diam?

    DAP terlibat skandal RM500juta babit projek perumahan rakyat Pulau Pinang

    cakap tak serupa bikin

    ReplyDelete