mykmu.net

Thursday 1 November 2012

AGENDA KRISTIANISASI PAKATAN RAKYAT SEMAKIN GALAK MENCABAR UMAT ISLAM MALAYSIA






1. Sebuah pertubuhan Kristian yang berpengaruh di Sabah yang dikenali sebagai 'The National Fellowship (NECF) Commission on Sabah Affairs' atau COSA telah membantah satu cadangan enakmen negeri yang mewajibkan masjid dibina di kawasan perumahan baru.

2. Menurut kumpulan Kristian ini langkah tersebut akan menyebabkan jurang perbezaan yang lebih besar di antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negeri itu.

3. Kalau di Sabah COSA merupakan kumpulan yang memperjuangkan hak penganut Kristian serta menyusun aktiviti penyebaran ajaran agama itu, di Semenanjung pula organisasi yang sama wujud dipanggilNational Evangelical Christian Fellowship Malaysia.

4. Kedua-dua pertubuhan mempunyai pengerusi yang sama iaitu padri bernama Datuk Jerry Dusing.

5. Beliau mengatakan cadangan enakmen itu seolah-olah mengambarkan agama Islam sahaja yang wujud di negara ini.

6. Ini adalah satu pemikiran yang cuba memesongkan fakta sebenar dan mempengaruhi rakyat di negara ini supaya menentang Islam.

7. Bantahan yang dibuat oleh COSA boleh dianalisa daripada beberapa segi.

8.. Pertama, golongan Kristian yang dianuti kira-kira 28 peratus daripada keseluruhan penduduk Sabah dan 9.1 peratus penduduk Malaysia, kini merasakan mereka sudah cukup kuat dan berpengaruh untuk mencabar kedaulatan dan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

9. Ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 (1) yang menyebut bahawa "Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan."

10. Dengan sokongan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim, golongan Kristian di negara ini bukan sahaja di Sabah sudah mula menunjuk taring sejak Pakatan Rakyat memang besar pada Pilihan Raya Umum ke 12 tahun 2008 lalu.

11. Bermula dengan isu terjemahan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu yang dipanggildi Al-Kitab sehinggalah kepada tindakan Anwar mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian, agenda Kristianisasi menjadi semakin rancak dan menular secara lebih aktif.

12. Tindakan Kristian di Sabah membantah pembinaan masjid-masjid di kawasan perumahan baru adalah satu lagi usaha mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama utama yang diiktiraf di negara ini.

13. Jadi apa sahaja usaha kerajaan untuk memartabat, memakmur serta meningkatkan syariat Islam di mana-mana negeri di Malaysia termasuk Sabah, sesekali tidak boleh dicabar apatah lagi dipertikaikan kerana ia merupakan hak yang telah termaktub secara hakiki di dalam Perlembagaan.

14. Perlembagaan tidak menyebut nama mana-mana agama seperti Hindu, Buddha atau Kristian di mana-mana bahagian di dalam perundangan utama negara tetapi satu-satu agama yang disebut dan disahkan sebagai agama negara ialah Islam dan hanya Islam sahaja.

15. Menurut Perlembagaan agama-agama lain dibenarkan berfungsi dalam keadaan "aman dan damai" di negara ini.

16. Agama seperti Kristian hanya dibenarkan bergerak sekiranya ia tidak memberi sebarang mudarat atau bahaya kepada Islam.

17. Jika golongan Kristian yang menganggotai COSA membantah apa-apa sahaja mengenai Islam maka tafsiran peruntukan Perkara 3 (1) akan bertindak balas kerana tindakan itu dilihat tidak lagi mempunyai elemen "aman dan damai" malah boleh dikategorikan sebagai subversif dan melancarkan peperangan terhadap Islam.

18. Golongan Kristian mendapati agenda memerangi Islam dan seterusnya mengkristiankan bumi Melayu mampu dijayakan di atas platform Pakatan Rakyat yang mempromosi fahaman pluralisme agama dan liberalisme.

19. Anwar telah dijadikan alat oleh gerakan Kristian antarabangsa untuk memastikan agenda Kristianisasi berjalan secara lancar dan mencapai matlamat.

20. Kini pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk ustaz-ustaz PKR dan PAS tidak segan silu sering kali memasuki gereja-gereja dan mengambil bahagian dalam upacara-upacara Kristian seperti menyalakan lilin dan sebagainya.

21. Begitu hebat Kristianisasi telah meresap ke dalam Pakatan Rakyat sehingga agenda Islam dan perjuangan agenda Melayu tidak lagi kedengaran malah terus dibenamkan.

22. PAS sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan agenda Islam tidak lagi mampu melakukan apa-apa tatkala berdepan dengan usaha Kristianisasi yang hebat.

23. Ini kerana sekutunya, DAP telah berjaya melumpuhkan perjuangan parti Islam sehingga PAS kini tunduk dan patuh kepada segala kehendak parti rasis Cina itu.

24. DAP yang kebanyakan pimpinan tertinggi serta ahli-ahli parlimen dan wakil-wakil rakyatnya beragama Kristian, menjadikan Kristianisasi sebagai agenda utamanya jika Pakatan Rakuat berjaya berkuasa di Putrajaya.

25. Ini adalah satu gambaran yang amat menakutkan kepada orang Melayu mengenangkan nasib yang bakal menimpa Islam jika keadaan ini menjadi realiti.

26. Anwar sudah tidak peduli samada orang Melayu atau Islam 'survive' di negara ini kerana baginya apa sahaja yang boleh membantunya menjadi Perdana Menteri akan mendapat restu beliau hatta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

27. UMNO adalah benteng terakhir yang perlu dipertahankan dalam apa jua keadaan sebagai pertahanan terhadap agenda jahat Anwar.

28. Orang Melayu tidak lagi boleh bergantung kepada PAS sebagai pelindung Islam mahupun bangsa Melayu kerana kerakusannya untuk mendapat kuasa menyebabkan ia sanggup bersekongkol dengan kuasa Syaitan.

ends







No comments:

Post a Comment