mykmu.net

Tuesday, 24 September 2013

PANAS !!! CUBAAN SELUDUP ABU MAYAT CHIN PENG GAGAL





Dua lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antara bangsa Pulau Pinang kerana disyaki menyeludup abu mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng....Individu berkerakyatan Thailand dan warganegara Malaysia dari Pulau Pinang tersebut ditahan malam tadi sejurus selepas kapal terbang dari Thailand menggunakan penerbangan Thai Airways mendarat. 

Kedua-dua individu tersebut kemudiannya dibawa ke Balai Polis Bayan Baru dan kesemua barangan suspek termasuk bagasi dirampas. 

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, pihaknya kini masih menjalankan siasatan bersama pegawai tertinggi di peringkat pusat....Hadir sama dalam sidang media tersebut, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Asst Komisioner Nasir Salleh, Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superitenden Mohd Hatta Mohd Zain dan Ketua Polis George Town Asst Komisioner Gan Kong Meng. 

Kira-kira jam 9.55 malam tadi, kelihatan kehadiran anggota polis yang ramai di kawasan ketibaan lapangan terbang termasuk anggota berpangkat atasan menimbulkan spekulasi bahawa kedua-dua individu yang ditangkap cuba untuk membawa masuk abu mayat Chin Peng ke dalam negara. 

Menurut sumber polis, kedua-dua individu tersebut juga menghadiri majlis pengebumian Chin Peng di Thailand dan membawa beberapa barang kenangan berkaitan bekas pemimpin komunis tersebut. 

Rakyat tempatan yang ditahan dipercayai adik kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang

Sunday, 22 September 2013

BEZA ZUHUD YB DATO' AHMAD MAZLAN DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG YANG LAIN



Cuba pembaca sekelian bandingkan dua pemimpin pembangkang ni... makan kononnya zuhud tapi menunjuk kat orang. Dan CUBA bandingkan dengan seorang lagi pemimpin yang gambarnya dibawah... sapa yang agaknya lebih zuhud. Beza antara pemimpin pembangkang zuhud dengan pemimpin BN yang zuhud. Pembangkang zuhud menunjuk, YB Ahmad Maslan makan nasik bungkus pun tak menunjuk2.... yang mana lebih zuhud ??





Friday, 13 September 2013

PANAS !!! DOK KUTUK-KUTUK POLIS.....AKIHIRNYA TOKONG GUAN ENG CARI POLIS JUGAK


Lim Guan Eng tak percayakan Polis DiRaja Malaysia tapi bila kena ugut buat report Polis. Itu laa Guan Eng kan dah ludah kelangit masuk dalam lubang idung sendiri.... ekekekeke

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap beliau yang diterima melalui Twitter.
Pada Khamis, pengguna Twitter, yang menggunakan twitter @MoonYue18 (Moon Yue) telah menulis: "# DinastyLim # CEC # DAPig @cmlimguaneng penipu! u Mati Minggu depan (Lim Guan Eng adalah penipu dan akan mati minggu depan)".
Dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini pada Jumaat, Lim berkata, beliau terkejut dan bimbang terhadap keselamatannya.
"Peguam saya menasihati saya supaya membuat laporan polis," katanya.

@MoonYue18 turut mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan "Jogja Melayu lu langsi lu Mati" (jangan berlagak atau kamu mati).

Sunday, 8 September 2013

PANAS !!! GUAN ENG SABOTAJ EKONOMI MALAYSIA DI HONG KONG



1. Pengkhianat didefinisikan sebagai manusia yang mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang telah diamanahkan kepadanya untuk menjaga kepentingan bersama. Apakah pengkhianat ini mengkhianati pihak sendiri atau memerangkap musuh atau menawarkan harga lumayan kepada musuh untuk kepentingan peribadi semata-mata?

2. The mistocles, salah seorang ahli falsafah dan politik Yunani yang terkenal telah menjadi seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat bawahan Yunani dengan dasar-dasar populis beliau. Apabila puak Persia menyerang Yunani pada tahun 480 S.M., tentera Yunani mempunyai lebih kurang 200 buah kapal manakala tentera Persia ada 700 kapal.

3. The mistocles sedar bahawa mereka perlu mengundur diri atau menyerah kalah, maka dengan bijaknya beliau telah menghantar pembantu yang dipercayainya untuk menjadi pengintip untuk meresap ke dalam pihak Persia serta menjadi pengkhianat di kalangan tentera Persia setelah mendapat kepercayaan penuh mereka. Pengkhianat tersebut memberitahu tentera Persia bahawa tentera Yunani amat tidak tersusun serta wajar menyerang Yunani melalui tepi pantai pada waktu pagi secara serang hendap. Tentera Persia mempercayai nasihat pengkhianat berkenaan dan bertindak melulu menyerang tepi pantai Yunani. Namun, tentera Yunani menyerang balas dan berjaya menghapuskan tentera Persia.

4. Pengkhianat sebegini sering menyalurkan rahsia kepada musuh, seperti lokasi dan kelemahan dalaman. Dikuasai keinginan yang tamak haloba, mereka hendak berada di pihak yang menang untuk mendapatkan kekayaan, pangkat dan kedudukan yang berkuasa ataupun peluang peribadi untuk membalas dendam. Sekiranya tujuan sebenar pengkhianat ini tidak dikenal pasti, maka mereka kadangkala disambut sebagai “wira”. Contoh masa kini termasuk Edward Snowden dan Bradley Manning.

5. Akan tetapi, apakah yang berlaku jikalau seorang pemimpin peringkat negeri pergi ke luar negara di bawah tugas rasmi (yang sepatutnya  bertemu para pelabur berpotensi serta rakan-rakan perniagaan) mencemarkan imej negaranya sendiri, padahal beliau sepatutnya mengharumkan nama negara dengan menaikkan keyakinan pelabur asing. Pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini diiringi oleh delegasi rasmi negeri  yang kebetulan sama dengan misi pelaburan MIDA ke Hong Kong dan China yang diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

6. Dalam ucapan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng kepada warga Pulau Pinang yang berada di Hong Kong, beliau berkata:

“Perdana Menteri hanya boleh meyakinkan rakyat tentang keikhlasan beliau dan keperluan untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 billion setahun dengan mengimplementasikan tender terbuka yang kompetitif dan menangani rasuah yang akan menjimatkan RM51 billion setahun. Tanpa tindakan susulan, ini menunjukkan tahap komitmen kerajaan persekutuan terhadap rasuah dan rakyat akan mudah melihat keikhlasan palsu kerajaan pusat dan kemestian penipuan untuk mengurangkan kos.”

7. Tidak dinafikan ini adalah pengenalan yang sangat negatif untuk satu ucapan yang seharusnya fokus kepada objektif untuk MENARIK minat pelabur asing ke Malaysia, amnya dan Pulau Pinang, khususnya. YAB Tuan Lim Guan Eng sengaja melakukan sabotaj terhadap misi MIDA untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai destinasi pelabur dan perniagaan utama.

8. Keduanya, pemimpin itu menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan pusat sebagai “tiada keikhlasan” dan “kemestian untuk menipu” untuk mengurangkan kos.

9. Bagaimanakah “pengakuan” sebegitu mampu menaikkan tahap persaingan Pulau Pinang dan Malaysia di peringkat antarabangsa? Adakah mana-mana pelabur yang tidak gila akan mahu melabur di Malaysia setelah mendengar ucapan beliau ini?

10. Tuan Lim Guan Eng sepatutnya menjustifikasikan kegunaan wang negeri untuk ke luar negara dengan delegasi beliau dan mengutuk kerajaan Malaysia di negara asing walhal misi asli sewajarnya adalah untuk menarik minat pelabur untuk meluaskan perniagaan dan pelaburan di Malaysia.

11. Setelah itu, dia menyambung pula:

“Mengapa rakyat khususnya yang berpendapatan rendah harus membayar RM3.3 billion setiap tahun dalam kenaikan harga bahan bakar petrol jika tiada tindakan diambil terhadap para politikus yang mencuri duit negara sebanyak RM51 billion setahun? Dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13 berdasarkan kecekapan fiskal dan dasar anti rasuah kerajaan Pakatan Pulau Pinang dan Selangor telah berjaya menjimatkan perbelanjaan tahunan sebanyak 25% yang didapati daripada pemberian kontrek kerajaan.”

12. Pendirian sebegini menunjukkan ketidakcekapan kerajaan Persekutuan dalam menegakkan peraturan dan undang-undang dalam negara kita. Ini merupakan perbuatan yang sengaja untuk memalukan nama Malaysia di mata dunia. Perbuatan ini sangat tidak beretika sekali. Mengapa beliau bertindak demikian adalah satu persoalan yang wajib dijawab oleh para penyokong DAP dan Pakatan.

13. Beliau turut memfitnah kerajaan pusat lagi, dengan berkata:

“Taktik perkauman dan extremis digunakan dengan jayanya untuk mengelak daripada menangani masalah-masalah sebenar negara, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan tahap hutang kerajaan dan individu serta penurunan tahap pendidikan negara, produktiviti dan kemahiran tenaga kerja Malaysia.

14. Di Hong Kong, ramai pelabur telah berkata 4 faktor ini telah menjadikan Malaysia kurang menarik minat pelabur, malah menjadi kurang daya saing. Ketua Menteri Lim Guan Eng harus menjelaskan mengapa beliau terus memperlekeh dan memalukan negara kita dengan merosakkan imej negara kita di peringkat global. Barang siapa yang normal status mentalnya tidak akan memburuk-burukkan imej baik dan nama harum Malaysia di persada antarabangsa.

15. Apakah tujuan dan matlamat beliau ke luar negara di bawah tugas rasmi untuk memberitahu pelabur tentang keburukan Malaysia yang KURANG MENARIK serta KURANG KOMPETITIF?

16. Ketua Menteri yang tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menuduh kerajaan pusat sebagai “penny wise, pound foolish” dalam erti kata pepatah Inggeris  dan memainkan sentimen perkauman, keagamaan dan extremisme, beliau memberikan impresi dan impak yang negara Malaysia tidak selamat dengan mempersoalkan keupayaan pasukan polis dengan memperolok-olokkan bahawa hanya 10% daripada jumlah pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam kerja-kerja penyiasatan sahaja.

17. Lim Guan Eng yang seharusnya patriotik dan patut mengetengahkan potensi negara dan sumber alam semula jadi yang kaya dan melimpah ruah telah dengan sengaja menuduh kerajaan cuai dan perlu meminjam wang dari luar negara untuk berbelanja.

18. Beliau juga menuduh secara hentam kromo kerajaan pusat gagal untuk melabur dalam bidang pendidikan yang berkualiti. Ini jelas berlawanan dengan semangat Dasar Pendidikan Negara serta “Malaysian Education Blueprint 2013-2025” yang baru-baru ini diperkenalkan oleh Timbalan Perdan Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


19. Saya menyeru Lim Guan Eng menunjukkan data FDI (Foreign Direct Investment) untuk Pulau Pinang untuk tempoh masa dari March 2008 semenjak beliau menjadi Ketua Menteri sehingga kini, berapa banyak pelaburan yang telah masuk dan apakah hasil-hasil pelaburan tersebut. Sekiranya TIADA keputusan positif dari pihak beliau, Ketua Menteri yang bergelar “Tokong” ini harus membayar balik segala perbelanjaan ke Hong Kong dari poket beliau sendiri., selari dengan “falsampah” CAT. Adalah amat tidak rasional dan masuk akal untuk beliau berkata demikian terhadap PM kita.


20. Lim Guan Eng begitu berbangga dengan status Pulau Pinang yang lebih bersih dan hijau serta mempunyai tahap pendidikan berkualiti tinggi. Bagaimana dengan bidang hartanah di Pulau Pinang yang semakin di luar kemampuan penduduk Pulau Pinang sendiri? Adakah beliau ingat Pulau Pinang mempunyai bidang autonomi dan kuasa sendiri? Adakah beliau ingin menjadikan Pulau Pinang sebagai pulau untuk orang kaya sahaja seperti Singapura, Hong Kong dan Monaco?

21. Tidak sah lagi  CAT (“Cocky Arrogant Tokong”) ini mempunyai penyakit kurang patriotik dan kurang cintakan negara. Dalam ucapan yang lepas di Hong Kong Correspondents Club pada 9 Oktober 2012, beliau turut memberikan imej yang amat negatif untuk Malaysia. 

Apakah agenda sebenar beliau, hanya Tuhan yang tahu.

22. Kita rakyat Malaysia yang patriotik sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia ini menyeru Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP yang maha berkuasa untuk merenung dan mencermin sendiri serta melakukan muhasabah diri sebelum mengutuk Perdana Menteri, barisan kabinet dan kerajaan persekutuan.

Ingatlah wahai Lim Guan Eng, “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.”

Tuesday, 23 July 2013

KES NAYA KOREK HIDUNG LEPAS MENGUNDI, JANGAN BUAT MACAM NII YA ORANG KUALA BESUT


Kepada pengundi-pengundi DUN Kuala Besut selamat mengundi dan jangan korek hidung macam ni ya lepas mengundi. Apa pun UNDILAH BN 




Sunday, 21 July 2013

KETAHUI 8 PERKARA YANG DISEMBUNYIKAN DAP DARI PENGETAHUAN RAKYAT MALAYSIA





1.Isu Minyak Malaysia yang diutarakan oleh DAP

Bloomberg menyenaraikan negara Malaysia adalah Ke-9 harga termurah minyak di dunia. Walaupun Amerika Syarikat adalah pada kedudukan ke-12 ($3.30) di dunia, mereka telah pun mendakwa bahawa mereka adalah antara yang paling murah di dunia. Jika Amerika Syarikat berani mengeluarkan kenyataan ke-12 itu adalah antara yang paling murah, jadi bagaimana Malaysia yang menduduki di tangga ke-9 ($4.19)?


Ini tidak termasuk kerajaan BN terbaru yang mengurangkan RON 97 sebanyak 20 sen seliter dan yang paling penting Anwar HANYA BERJANJI sementara BN merealisasikan walaupun pengurangan minyak ini tidak dalam Manifesto BN

2.Isu Pengeksport Minyak yang diutarakan oleh DAP
DAP mendakwa bahawa Malaysia adalah negara pengeksport minyak. Oleh itu harganya haruslah ditetapkan dengan lebih murah? Ini adalah salah kerana fakta no 1 kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai sebuah negara pengeksport minyak. Negara yang betul-betul mengeksport dan menjual minyak ke negara luar sahaja akan dijemput untuk menjadi sebahagian daripada OPEC. Fakta no 2 ialah 90% daripada minyak harian yang dihasilkan oleh Malaysia telah pun diguna pakai oleh rakyat tempatan. Dalam kes ini kita sebenarnya hanya mengeksport dan menjual minyak negara kita dalam 10% ke negara luar, sebab itu lah negara kita tidak diiktiraf oleh OPEC sebagai negara pengeluar minyak.

Pengeluaran minyak Amerika meningkat 14 peratus kepada 6.5 juta tong sehari pada tahun lepas iaitu menunjukkan peningkatan rekod. Menjelang tahun 2020, negara Amerika dijangka akan mengatasi dalam penggunaan minyak melebihi Arab Saudi sebagai pengeluar minyak mentah terbesar di dunia. Pada masa yang sama, permintaan petrol AS telah jatuh kepada 8.7 juta tong sehari, paras terendah sejak tahun 2001.Harga minyak di Malaysia sebenarnya adalah jauh lebih murah daripada lain-lain negara pengeluar minyak di dunia dan negara-negara pengeksport seperti Iraq, Sudan dan lain-lain.

3.Pendidikan Percuma yang diutarakan oleh DAP
Negara Norway adalah luar biasa kerana ia adalah satu-satunya negara pengeluar minyak utama dengan mengenakan harga gas yang mahal. Negara Norway tidak memberi subsidi minyak kepada rakyat tetapi sebaliknya negara Norway menggunakan keuntungan minyak negara kepada perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan kolej bebas dan perkhidmata simpanan untuk penambahbaikan infrastruktur. Sebuah negara seperti Norway yang tidak memberikan subsidi minyak kepada rakyat mereka, akhirnya menggunakan subsidi itu kepada pendidikan percuma. Di Malaysia, kadar faedah pinjaman pendidikan hanya pada 1% dan 80% daripada kos keseluruhan di Universiti awam sudah subsidi oleh kerajaan. Ini termasuk subsidi minyak daripada kerajaan Malaysia. Ini membuktikan negara Malaysia lebih baik dari segi pengurusan wang negara kerana memberikan kelebihan subsidi minyak kepada rakyat dan dalam masa yang sama memberikan subsidi yuran Univiersiti awam sebanyak 80% di Malaysia.

4.Cukai Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Kadar cukai Malaysia berada pada 27%, berbanding kadar cukai Amerika Syarikat ialah pada 40%. Bermakna setiap pendapatan RM 100 di Amerika Syarikat, maka RM 40 akan dikembalikan kepada kerajaan Amerika Syarikat. Namun rakyat dan ahli politik termasuk pembangkang tidak pernah berjanji untuk menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, menghapuskan tol dan banyak lagi janji bulan dan bintang yang tidak pernah dibuat oleh negara lain. Malaysia yang membayar hanya 27% daripada cukai pendapatan merasakan diri mereka adalah BOSS,RAJA,KING dan sebagainya. Manakala orang di Amerika Syarikat pula berpendapat bahawa negara itu sendiri sebenarnya adalah BOSS,RAJA,KING bagi mereka, kerana mereka berprinsip tentang satu kepercayaan bahawa “bukan apa yang negara anda boleh buat untuk anda” tetapi “APA YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK NEGARA ANDA” - John F Kennedy

5.Kadar pengangguran Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Kadar pengangguran Amerika syarikat pada 7.3%, manakala Malaysia pula adalah 3.3%. Dalam teori ekonomi kadar pengangguran pada kadar 5% adalah perkara biasa dan di bawah 5% adalah sangat baik. Sejak DAP sentiasa meminta kita tidak membandingkan dengan negara yang paling teruk daripada kita, maka mengapa tidak kita hanya membandingkan semua ini dengan 1 daripada negara utama dan terbaik di dunia iaitu Amerika Syarikat?

6.Hutang negara Malaysia yang diutarakan oleh DAP
Hutang Amerika Syarikat berada pada US $ 16 TRILLION vs Malaysia yang hanya pada US $ 132 bilion. Apabila Mitt Romney menentang Obama dia tidak mempolitikkan isu hutang negara dimana mendakwa bahawa Amerika Syarikat akan bankrap tetapi sebaliknya Mitt Romney mengutarakan kepada Amerika tentang apa yang dia boleh lakukan untuk mengurangkan Hutang Negara bukan hanya menyalahkan dan mencanang untuk menjatuhkan kerajaan seperti mana DAP lakukan di Malaysia.

Hutang negara Malaysia hanya RM 500 bilion, dalam masa yang sama mengabaikan fakta bahawa hutang negara adalah pada 53% KDNK (adalah normal) dan pendapatan negara sekarang adalah lebih daripada RM 200 bilion setahun selepas PM Najib mengambil alih dan orang-orang seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tian Chua, Ronnie Liu, Rafizi Ramli dan Red Bean Army menyampaikan berita palsu bahawa negara kita akan muflis? Ini adalah pembohongan paling nyata dan tidak berpandukan fakta langsung. Paling teruk adalah ramai pelajar Malaysia dari SPM, STPM dan Ijazah Ekonomi percaya akan pembohongan palsu ini

DAP tidak pernah sekali memberitahu kita semua bagaimana mereka akan mengurangkan hutang negara. Mereka hanya memberitahu bagaimana mereka akan membelanjakan wang negara kita untuk diberikan kepada anda itu dan ini serta menghapuskan itu dan ini tanpa membincangkan secara kritikal atau rancangan yang teliti tentang bagaimana mengurangkan hutang negara. Sebaliknya hanya kerajaan Persekutuan iaitu BN sahaja yang sentiasa mengkaji dan membincangkan tentang bagaimana hutang negara dapat dikurangkan.

7.Hutang Negeri BN vs Hutang Negeri PR
Kerajaan BN Kedah telah memerintah selama 55 tahun dan hutang negeri adalah hanya RM 1 bilion. Pakatan Rakyat memerintah kurang daripada 4 tahun (selepas Mac 2008) dan hutang negara telah melonjak kepada RM 1 bilion hanya dalam masa 4 tahun! Negeri Pulau Pinang DAP pula mencanangkan bahawa negeri mereka adalah “surplus state?”. DAP telah memindahkan 90% hutang air negeri Pulau Pinang kepada kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan Persekutuan itu adalah dibawah BN maka sepatutnya pujian “surplus state” itu seharusnya diberikan kepada kerajaan perseketuan iaitu BN.

8.Rasuah
Selepas PM Najib Razak mengambil alih Malaysia 5 tahun lepas, Indeks Rasuah dan Korupsi Dunia telah menunjukkan Malaysia meningkat sebanyak 6 kedudukan dalam iaitu dari kedudukan ke-60 kepada ke-54 dari 176 negara, dimana menunjukkan pengurangan rasuah secara mendadak dibawah pengurusan PM Najib razak serta dijangka bahawa negara Malaysia akan terus berkurangan rasuah seterusnya akan menduduki carta yang lebih tinggi dari ke-54 menunjukkan negara Malaysia jauh lebih bersih dari negara lain. Datuk Paul Low berkata, Malaysia mendapat 49 dari 100 mata pada survei yang menilai tahap penerimaan rasuah sektor awam di kalangan 176 negara

sumber DISINI 

Thursday, 18 July 2013

PERIHAL AKTA KEHARMONIAN NASIONAL BARU YANG LEBIH RELAVEN




1. Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak telah mengumumkan  pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan untuk memansuhkan itu dibuat untuk mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga Malaysia dan keperluan menangani masalah kemajmukan yang wujud di negara ini.

2. Antara perkara yang digariskan dalam Akta Hasutan ialah:

   3. (1) Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.
Pemansuhan ini adalah bertitik tolak dari desakan pembangkang kerana menganggapnya sebagai menghalang rakyat dari bersuara serta mengongkong kreativiti.  

3. Akibatnya, ia mendapat kritikan banyak pihak di kalangan penyokong UMNO yang menganggap desakan tersebut merupakan satu lagi helah pembangkang untuk ‘mengenakan’ kerajaan sepertimana dakwat kekal dan ISA.

4. Kritikan dari penyokong UMNO dilihat sebagai mampu mengundang risiko besar kepada BN yang bergantung sepenuhnya kepada undi UMNO setelah ditolak mentah-mentah oleh kaum Cina termasuk dari MCA.

5. Walaubagaimanapun, di kalangan sesetengah pihak, pemansuhan Akta ini dilihat sebagai keberanian dan kesungguhan kerajaan untuk melakukan transformasi.   Untuk itu, Akta Keharmonian Nasional diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan.

6. Keputusan ini telah diumumkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak pada 11 Julai 2012 di dalam satu majlis makan malam Jabatan Peguam Negara.

7. Melalui akta baru ini, beberapa perkara dari Akta Hasutan dikekalkan iaitu yang berkaitan dengan kuasa kerajaan dalam tiga perkara iaitu:

a)      Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;

b)      Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia dan

c)      Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan istimewa, kedaulatan atau prerogative sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh Peruntukan Bahagian III atau Perkara 152,153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk meneliti perkara ini.

8. Pada dasarnya, Akta Keharmonian Nasional membawa pendekatan yang lebih longgar untuk rakyat untuk melemparkan kritikan atau ketidakpuasan hati dengan syarat ia tidak membawa niat jahat dan menghasut.


9. Justeru, dengan jaminan kerajaan untuk mengekalkan kuasa bagi menghalang berlakunya ketegangan yang mungkin berpunca dari kelonggaran ini, tidak ada sebab untuk rakyat terus merasa musykil mengenai akta baru ini.