mykmu.net

Monday, 15 July 2013

DAP DIBELAKANG DUTA VATICAN CITY ?



1. Umat Islam di Malaysia amat marah dengan kenyataan biadap Duta Vatican City ke negara ini yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian.

2. Sokongan yang dizahirkan oleh wakil Paus Francis I, Archbishop Jose Marino bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan umat Islam makah secara terangan mencampuri urusan dalaman Malaysia.

3. Apatah lagi beliau telah menunjukkan sikap yang amat tidak sensitif ketika umat Islam baru sahaja masuk hari kedua mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan al Mubarak.

4. Tentangan hebat daripada badan-badan kerajaan Islam dan Melayu seharusnya diberi pujian dan kalungan penghargaan kerana mereka dengan pantas dan cepat mengutuk keras serta mengecam kenyataan Marino.

5. Yang menjadi persoalan mengapa beliau menjadi amat berani sekali memberi komen sedemikian walaupun baru menyerahkan watikah pelantikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu.

6.Tentu sekali sebagai seorang diplomat yang berpengalaman luas, Marino tahu batasan dan skop tugas sebagai seorang duta yang mewakili negaranya.

7. Apatah lagi jika ia mewakili ketua penganut Kristian Katholik dan dihantar pula ke sebuah negara Islam seperti Malaysia.

8. Mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara adalah antara sempadan larangan yang digariskan begitu jelas dalam protokol hubungan diplomasi antarabangsa.

9. Jelas apa yang dilakukan oleh duta tersebut adalah sesuatu yang terancang dan secara sedar bahawa kenyataan beliau akan mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

10. Ini tidak lain tidak bukan adalah sebab faktor pengaruh parti rasis Dap yang amat lantang sekali memperjuangkan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.

11. Sudah menjadi agenda jelas barisan pimpinan tertinggi dap berbangsa Cina yang rata-rata beragama Kristian Katolik untuk menyebarluaskan pengaruh agama itu di kalangan umat Islam.

12. Dap adalah penerus gerakan Kristianisasi di negera ini sejak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

13. Jadi tidak hairanlah apabila antara agenda utama Dap dalam pakaran pembangkang ialah memperkenalkan tradisi-tradisi Kristian kepada pemimpin-pemimpin Muslim dalam Pas dan PKR.

14. Antaranya ialah tradisi memasang lilin samada untuk mengingati kematian Teoh Beng Hock, A. Kugan atau memegang lilin dengan berpakaian serba hitam dalam perhimpunan politik mereka.

15. Pemimpin Muslim Pas termasuk tok-tok guru dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertindak seperti orang jahil dan tidak menggunakan akal untuk berfikir implikasi perbuatan mereka tersebut.

16. Malah ahli parlimen Pas dari Shah Alam, Khalid Samad tidak segan silu kerap berkunjung ke gereja kononnya untuk berdakwah tetapi kesan yang diperolehi adalah sebaliknya!

17. Kenyataan ahli parlimen Dap dari Seputeh, Teresa Kok yang menolak Islam sebagai agama persekutuan negara ini juga menjurus kepada pertentangan dengan unat Islam.

18. Apatah lagi Marino mengakui dalam temuramah bersama media bahawa beliau mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan pemimpin-pemimpin gereja tempatan di mana kalimah ALLAH telah dibangkitkan.

19. Ini menunjukkan terdapat usahasama rahsia di antara duta Paus Francis I, pihak gereja dan juga Dap yang mensasarkan umat Islam negara ini.

20. Gerakan Kristianisasi mendapat suntikan dan tenaga baru dengan kenyataan Marino yang bias kepada penganut Kristian.

21. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana hujah mantap dan tidak boleh disanggah telah diberikan oleh para ulama yang mengatakan ALLAH adalah katanama khususnya hanya untuk penganut Islam sahaja.

22. Namun atas perancangan licik untuk memecahbelah serta mengelirukan umat Islam, Dap terus menyerang Islam di negara ini.

23. Dap bukan sahaja mahu orang Melayu tunduk dengan pujuk rayu dan janji-janji palsu parti itu tetapi juga mengajak orang Melayu masuk Kristian secara halus.

24. Jika tindakan tidak diambil terhadap Marino samada beliau diusir dari Malaysia atau diberi kutukan ang keras oalh pihak Kerajaan, ini bukanlah terakhir perkara ini akan berlaku.

25. Umat Islam sentiasa haruslah ingat peringatan ALLAH di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali akan redha dengan orang Muslim.

26. Hanya berpegang teguh dengan peringatan ini, umat Islam di Malaysia akan selamat dan terlindung daripada asakan gerakan Kristianisasi yang semakin mengganas.


Thursday, 11 July 2013

PRK KUALA BESUT: PAS TIDAK PERCAYA AZLAN?




Walaupun melafaz baiah sudah menjadi amalan PAS sekian lama, tetapi tindakan PAS menyuruh calonnya bagi PRK Kuala Besut iaitu, Azlan @ Endut Yusoh melafazkan baiah di khalayak ramai, dilihat sebagai masalah ‘kurang keyakinan diri’ yang kronik bagi parti itu.  Selama ini, PAS hanya menuntut calon melakukannya secara tertutup di dalam bilik dengan dihadiri pemimpin-pemimpin tertentu sahaja.  Inilah kali pertama parti itu menuntut lafaz baiah secara terbuka di hadapan orang ramai.

Akur dengan arahan parti, Azlan telah pun melafazkan baiah bahawa beliau akan dilaknat Allah SWT jika melompat parti sekiranya PAS menang di Kuala Besut.

Persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah kenapakah PAS mengambil pendekatan berbeza terhadap Azlan?  Kenapa beliau tidak dituntut berbaiah secara tertutup sahaja?  Apa signifikannya baiah tersebut diperdengarkan kepada umum?



Satu-satunya penjelasan ialah PAS meragui kesetiaan Azlan.  Harapan PAS, Azlan tidak akan berani melanggar baiah sekiranya terlalu ramai saksi yang telah mendengar beliau melafazkannya.  

Azlan merupakan kontraktor bangunan dan kejuruteraan awam – Kelas A.   Ini sekali gus meletakkan beliau sebagai salah seorang yang mendapat manfaat langsung dari kemajuan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional di negara ini.  Malah, kita tidak hairan jika kebanyakan projek-projek yang membolehkan beliau menjadi ‘orang kaya’ di Kuala Besut, merupakan projek-projek kerajaan BN sama ada secara langsung atau tidak langsung. 

Dalam kata lain, Azlan kemungkinan besar telah terlalu banyak memakan budi UMNO.  Justeru, PAS amat khuatir jika beliau bertindak ‘membalas budi’ UMNO dengan cara lompat parti.  

Jika benar Azlan telah memakan budi UMNO sehingga dinobatkan sebagai orang kaya, maka tindakannya untuk bertanding atas tiket PAS di Kuala Besut boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan.

Ini kerana PAS sering mencemuh dan menuduh BN sebagai ‘tidak berbuat apa-apa’ untuk membantu Melayu walaupun telah lebih sedekad berkuasa.   PAS juga sering menuduh UMNO memberi projek kepada kroni sahaja dan membiarkan rakyat jelata hidup susah, tertindas dan sengsara.

Namun, kewujudan Azlan, seorang kontraktor PAS yang kaya dengan sendirinya menafikan segala tuduhan tersebut.  Tidak mungkin Azlan kaya tanpa UMNO memainkan peranan untuk menyediakan peluang perniagaan kepadanya, termasuk syarikat-syarikat pembekalan atau sokongan bagi membolehkan perniagaannya maju.   Persekitaran dan peluang perniagaan sebegini hanya boleh diwujudkan oleh kerajaan yang cekap dan prihatin.

Atas hakikat inilah maka kita tidak hairan jika PAS begitu meragui kesetiaan Azlan. Pada bila-bila masa saja Azlan boleh ‘terkenang’ kembali akan budi UMNO kepadanya.  Atau Azlan mungkin juga perlu mengharap budi UMNO lagi di masa depan bagi membolehkan perniagaannya terus berkembang maju.  Di waktu itu, perkara utama bagi Azlan pastinya mengenai ‘survival’ diri dan bukan lagi ‘survival’ PAS.

Tuesday, 9 July 2013

SALAM RAMADHAN DARI MH: SENARAI BARANGAN YANG PERLU DIBOIKOT OLEH MELAYU MALAYSIA

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari MH. Ingat belilah barangan buatan Bumiputera. Berikut adalah senarai barangan keluaran cina DAP. Jangan beli tau.... kita boikot. 



Tuesday, 25 June 2013

SUARAM SOKONG PENUTUPAN JONKER WALK KERANA SELARAS DENGAN KONVENSYEN PBB ?


Masih ingatkah anda dengan artikel ini? Ini bermakna penutupan Jonker Walk juga selaras dengan konvensyen PBB



1. Marah betul Tony Pua “Chu Kang” apabila Kerajaan Negeri Melaka menutup pasar malam, Jonker Walk, yang menjadi lokasi hampir 200 penjaja kaum Cina di negeri itu memperdagangkan barangan mereka.

2. “Pelawak” dari parti “chauvinis ultra kiasu” itu menuduh Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron sengaja berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap kaum Cina di negeri Baba dan Nyonya itu kerana tidak memberikan undi pada BN pada PRU ke-13 awal Mei lalu.

3. “Tindakan Ketua Menteri Melaka, Idris Haron ini boleh dilihat sebagai tindakan balas dendam kepada komuniti bukan Melayu. Ia ibarat memotong hidung pada wajah seseorang. Hanya semata-mata Idris Haron mahu balas dendam dan merosakkan komuniti Cina, beliau telah mengorbankan kepentingan warga Melaka dan ekonomi negeri itu,” – Tony Pua, DAP, 25 Jun 2013.

4. DAP nak menyalak? Menyalaklah sepuasnya. Kalau yang ditutup itu melibatkan pasar malam orang Melayu, ada ada menyalak? Guan Eng roboh dan sita gerai-gerai orang Melayu, Mamu, Mamak dan India di Pulau Pinang, ada dia menyalak? Rasis betul!

5. Saya yakin, sekiranya kita pernah ke bandaraya Melaka khususnya di waktu petang, kita akan dihimpit masalah kesesakan jalanraya yang sangat teruk terutama apabila menghampiri Jonker Walk.

6. Saya pernah sekali ke Jonker Walk dan saya dapati pasar malam itu hampir 100% dimonopoli oleh kaum Cina. Bukan peniaganya saja dari kaum Cina, bahkan barangan yang dijual itu pun hampir semuanya “made in China”!

7. Pada saya, pasar malam itu tidak sesuai dinamakan sebagai “Jonker Walk”, tapi lebih elok diberi nama “Chinese Walk”. Dan sudah tentu barangan yang didagangkan disitu kebanyakannya merupakan barangan tiruaN



8. Ketika Jonker Walk dibuka sekitar tahun 2010 dulu oleh Kerajaan BN Negeri Melaka, DAP Melaka adalah pihak yang pertama membantah keras tindakan tersebut. Kononnya Jonker Walk menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di bandaraya bersejarah itu.

9. Setelah 3 tahun beroperasi, pihak berkuasa tempatan telah menerima banyak aduan mengenai masalah yang melibatkan Jonker Walk, terutama membabitkan kesesakan lalulintas sebagaimana yang dibantah DAP.

10. Ekoran itu, saya difahamkan bahawa Kerajaan BN Negeri Melaka terpaksa mengambil keputusan untuk menutup Jonker Walk. Itu pun ia bukannya ditutup untuk selama-lamanya.

11. Menurut laporan media, Jonker Walk hanya ditutup selama empat minggu bagi menguji sama ada dakwaan pasar malam itu penyebab utama kesesakan lalulintas di bandaraya itu benar atau tidak.

12. Secara mudah, jika benar ia menyebabkan kesesakan lalulintas, maka ia akan ditutup untuk selamanya. Akan tetapi, jika Jonker Walk didapati bukan penyebab kesesakan tersebut, maka ia akan dibuka semula selepas empat minggu diuji. Susah sangatkah nak faham?

13. Sebenarnya isu penutupan Jonker Walk itu mencetus kemarahan DAP kerana ia menjejas mata pencarian orang Cina di Melaka saja, dan bukannya kepada kaum lain. Bila “periuk nasi” orang Cina diusik, sudah tentulah Cina DAP rasis seperti Tony Pua akan melenting marah!

14. Pada hemat saya, penutupan Jonker Walk tidak menjejaskan kepentingan ekonomi “warga Melaka dan ekonomi negeri itu” sebagaimana yang didakwa Tony. Sebaliknya, ia hanya menjejaskan sedikit kepentingan orang Cina dan ekonomi kaum itu, tapi tidak pada orang lain.
Penutupan Jonker Walk itu dijangka akan meredakan penjualan barangan tiruan yang dijual secara berleluasa di Melaka selain menyebabkan kegiatan peniaga tanpa lesen orang Cina terbantut buat seketika.

15. Nak marah? Marahlah! Kita peduli apa? Pokoknya, Jonker Walk itu lebih banyak mudaratnya berbanding memberi faedah untuk negeri Melaka dan yang paling penting penutupan pasar malam itu tidak menyalahi undang-undang pun.


16. Dalam bahasa mudah, elok tutup saja Jonker Walk. Bukannya pasar malam Cina itu beri keuntungan pada negeri Melaka dan rakyatnya pun. Menyusahkan dan merugikan pihak berkuasa saja..kan?