mykmu.net

Tuesday, 30 April 2013

EKSLUSIF DARI ISRAEL : DOA KHAS DARI GEREJA JERUSALEM UNTUK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT


1. Memang sukar untuk dipercayai, tetapi ia benar berlaku dan sudah pun terdedah dan tersebar di Youtube sebuah video yang dikirim kepada pihak pembangkang oleh Gereja Jurusalem di Israel bagi memberi semangat kepada parti itu dalam menghadapi Pilihanraya ke-13.  Video tersebut boleh didapati di 

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=2xlCXo1ZgmY#at=276

2. Antara kata-kata ‘doa’ pihak gereja ialah ‘Malaysia diberkati oleh Tuhan (the Lord), Tuhan berkati Malaysia dan kerajaan barunya’.  Dan ‘kami akan membawa Malaysia bersama’ ‘tiada lagi kegelapan buat Malaysia’ dan lain-lain lagi. 

3. Selain itu, perutusan dari pihak gereja Israel juga turut menekankan, ‘bakal kerajaan baru Malaysia’  seolah-olah kemenangan PR adalah sesuatu yang pasti.  Mengikut mereka, ‘kerajaan baru’ inilah yang merupakan jalan yang benar yang akan membawa Malaysia di bawah keberkatan ‘Tuhan’. 

4. Apabila video in meletup di laman-laman facebook sejak pagi tadi, penulis menunggu reaksi puak-puak PAS mengenainya.  Seperti yang dijangka, mereka memilih untuk ‘tidak percaya’ daripada menyiasat dan memikirkannya.  Mereka lebih rela berada di dalam kegelapan daripada mengakui kesilapan.   Alasan biasa mereka ialah video telah diedit atau pihak gereja sengaja diupah oleh UMNO.  Soalnya, jika UMNO ingin mengupah Israel, UMNO perlu terlebih dahulu memberitahu Israel bahawa Israel adalah jahat dan UMNO tidak boleh dilihat bersekongkol dengan orang jahat oleh itu Israel perlu dilihat menyokong PR. 

Tentulah ini tidak masuk akal. 

5. Sebenarnya, bagi yang mengikut perkembangan politik sejak dahulu, sokongan Israel terhadap PR, terutamanya Anwar bukan sesuatu yang aneh.  Suatu ketika Jerusalem Post pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Anwar.  Anwar juga pernah menyatakan sokongan terbuka terhadap Israel.  Justeru, kenapakah masih ada pihak terutama di dalam PAS untuk menafikannya?  

6. Anwar juga yang telah menandatangani Annapolis Summit 2007 yang mengiktiraf negara Israel.  BERSIH dan SUARAM, iaitu dua NGO yang begitu giat membantu Anwar dan Pakatan Rakyat juga telah mengakui menerima dana asing iaitu dari rangkaian George Soros yang turut menaja matlamat Zionis, yakni, Israel untuk menguasai dunia melalui misi pertukaran rejim. 

7. Namun, apa yang wajar diberi perhatian serius ialah video tersebut lebih merupakan perutusan tahniah daripada perutusan doa semata-mata.   Kenapa?  Apakah sudah sah yang PR akan menang?   Atau apakah mereka telah diberi maklumat palsu oleh agen di sini bahawa kononnya PR akan menang?  Atau apakah PR akan memastikan mereka menang juga dalam PRU kali ini dengan apa jua cara, bersih atau kotor, depan atau belakang secara aman atau bermandi darah? 

8. Kita mungkin tidak akan mampu untuk ‘memulihkan penglihatan’ atau ‘mengembalikan kewarasan’ saudara-saudara kita di dalam PAS dengan menyebarkan video ini tetapi kita boleh terus berusaha bagi mengelakkan segala kemungkinan buruk.  Apapun perancangan musuh terhadap kita tidak akan berjaya jika kita tidak terpedaya dalam permainan mereka untuk melagakan kita sesama sendiri atau mengheret kita ke jalanraya untuk berdemonstrasi. 

9. Pilihanraya kali ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan rakyat untuk berfikir.  Sedarlah bahawa kita telah memasuki era baru di mana yang bijak sahaja yang akan selamat manakala yang masih ketinggalan di zaman jahiliah sibuk berfikir soal wanita serta dosa pahala orang akan ‘hilang’ secara perlahan-lahan.   

Sunday, 28 April 2013

PANAS PRU KE 13: TRAGEDI 13 MEI BAKAL BERULANG LAGI ?





1. Pilihanraya berdarah 1969 merupakan satu pengajaran keras yang tidak harus dan tidak akan dilupakan oleh rakyat Malaysia.  Orang yang bijak pasti tahu bahawa mereka yang melupakan sejarah akan terpaksa melalui yang sama berkali-kali. 

2. Bagaimanapun, setelah bertahun berlalu dalam suasana aman dan makmur, segala trauma dari tragedi tersebut, walaupun tidak pernah dilupakan, mula kelihatan bagai sebuah mimpi yang ngeri. 

3. Pun begitu `jauh di dalam minda kita, kita sentiasa waspada kalau-kalau sejarah itu berulang, terutamanya sejak pemecatan Anwar Ibrahim.  Sejak pemecatannya, beliau terus mengancam negara ini dengan drama ganas setiap kali melihat ‘peluang’ untuk berbuat demikian.  Dan setiap kali juga, drama itu menyegarkan kembali ingatan terhadap tragedi 13 Mei. 

4. Reformasi, Bersih atau apa jua nama demonstrasi yang didalanginya, matlamatnya adalah jelas iaitu untuk mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan krisis.  Kita pasti, sekiranya beliau kalah lagi dalam PRU kali ini, maka bagi Pakatan Rakyat, anarki adalah perlu untuk memastikan impiannya menjadi Perdana Menteri tercapai. 

5. Beliau tahu bahawa impian tersebut tidak begitu sukar untuk dicapai dengan DAP, yang menjadi dalang utama tragedi 13 Mei, berada di pihaknya. 

6. Mengimbas sejarahnya, tragedi tersebut tercetus apabila DAP tidak lagi mampu menyembunyikan warna sebenar mereka sebagai rasis dan chauvinis Cina.  Sejak azali lagi, parti DAP lahir dan hidup atas kebencian terhadap Melayu, kerajaan, Sultan dan apa saja yang merujuk kepada perkara-perkara ini. 

7. Sebelum pilihanraya 1969 yang diadakan pada 10 Mei, keadaan sudah pun mula tegang berikutan tempoh berkempen yang panjang iaitu 21 hari.  Tempoh itu digunakan sepenuhnya oleh pembangkang (DAP, Gerakan dan PPP) untuk mempromosi perkauman, kebencian, prasangka, keraguan serta keangkuhan kerana kejayaan mereka menguasai ekonomi negara ini.  Mereka juga menghina dan memperlekehkan Melayu yang ketinggalan jauh di belakang. 

8. Bertitik tolak dari situ, keputusan PRU kemudiannya menyaksikan Perikatan kehilangan majoriti 2/3 iaitu pengurangan jumlah kerusi Parlimen dari 89 kepada hanya 66.  Gabungan pembangkang Cina memenangi 25 kerusi manakala PAS 12. 

9. Pembangkang menganggap keputusan tersebut sebagai kemenangan di pihak mereka, atau sekurang-kurangnya di Kuala Lumpur.  Maka, pada 13 Mei, mereka pun mengadakan perarakan lengkap dengan penyapu yang diikat di kenderaan sebagai simbol ingin ‘menyapu bersih’ Melayu dari bandar itu.  Mereka turut melaungkan kata-kata kesat dan mendabik dada bongkak terhadap Melayu. 

10. Pertumpahan darah berlaku apabila mereka gagal mengawal diri dan berarak memasuki kawasan Melayu, iaitu Kampung Baru, untuk mempamerkan keangkuhan mereka.  Jelas, mereka telah tersilap congak akan tahap kesabaran kaum Melayu yang selama ini dilihat lemah lembut dan suka mengalah.  Mereka tidak menyangka bahawa kaum Melayu akan bangkit melawan mereka. 

11. Dalam sekelip mata, Kuala Lumpur pun menyaksikan Cina dipancung, Melayu ditikam, rumah dibakar dengan sekeluarga di dalamnya, kereta dimusnahkan dan sebagainya.  Dalam satu kejadian, kongsi gelap Cina telah mengarahkan semua kaum Cina keluar dari panggung wayang sebelum mereka masuk ke dalam dan membunuh semua Melayu.  Keadaan huru-hara ini pantas merebak ke luar Kuala Lumpur terutama di bandar di mana terdapat ramai kaum Cina. 

12. Maka, darurat pun diisytiharkan di Kuala Lumpur.  Pasukan keselamatan seramai 2000 dari Rejimen Askar Melayu DiRaja dan 3600 polis dikerahkan untuk mengawal keadaan.  300 keluarga Cina dipindahkan ke pusat pelarian di Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain bagi memastikan keselamatan mereka. 

13. Pada 16 Mei, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dengan perkenan YDP Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah diketuai oleh Tun Abd. Razak.  Dengan Parlimen digantung, maka Mageran memegang kuasa tertinggi selama 18 bulan.  Mageran telah memperkenalkan langkah keselamatan bagi memulihkan keadaan termasuk menubuhkan pasukan sukarelawan, tentera sempadan dan battalion pasukan polis.  Keadaan pulih secara perlahan-lahan.

14. Laporan rasmi menunjukkan kematian berjumlah 196 orang, cedera 439, hilang 39 dan ditahan 9143.  Bagaimanapun ramai yang percaya bahawa jumlah kematian adalah jauh lebih tinggi.  Angka-angka lain yang signifikan dalam sejarah ini ialah jangka masa kempen yang panjang iaitu 21 hari, serta keganasan yang bermula pada hari ke-3 selepas pilihanraya. 

15. Sehingga ke hari ini, DAP terus konsisten menuduh UMNO sebagai dalang dan sebagai rasis kerana masih mengingati tragedi itu. 

16. Soalnya, bagaimana UMNO boleh melupakannya jika DAP masih lagi membawa sikap perkauman yang sama sejak 1969 sehingga kini?  Bukankah jelas bahawa orang-orang yang bijak tidak akan melupakan sejarah?

17. Ia mungkin satu kebetulan bahawa Pilihanraya ke-13 ini yang digelar sebagai ‘ibu kepada semua pilihanraya’, diadakan dalam bulan yang sama iaitu bulan Mei.  Tetapi, kejadian bom di ceramah, letupan di bilik gerakan, pukul dan belasah serta kata-kata kesat termasuk membangkitkan semangat perkauman yang sedang dilakukan oleh DAP tidak mungkin satu kebetulan.  Malah, ia memperlihatkan seolah-olah semua ini adalah dirancang.  Dalam kata lain, seolah-olah ada  percubaan untuk mengulangi sejarah 13 Mei 1969. 

18. Hanya beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan pembunuhan pegawai tinggi kastam dengan tembakan.  Ia mungkin tiada kena mengena dengan pilihanraya, namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. 

19. Penggunaan bahan letupan dan pembunuh profesional bukanlah cara Malaysia.  Malaysia mungkin telah melihat jenayah ganas tapi bukan dengan cara ini.  Jenayah sebegini pastinya dirancang rapi dengan dana yang banyak.

20. Maka, berbalik kepada Anwar Ibrahim, Raja Drama yang mempunyai hubungan akrab dengan puak Neo-con.  Pihak Neo-con sudah terdedah sebagai dalang di belakang kejatuhan beberapa pemimpin dan kerajaan di beberapa negara seawal 1940-an lagi.  Objektifnya ialah menguasai sumber negara tersebut, lokasi yang strategik dan seterusnya memerintah dunia.  Ini dilakukan melalui rangkaian yang kompleks dalam bentuk NGO, agen, alat dan boneka yang telah dilatih, dibentuk, ‘dicipta’ dan ‘dipasang’ di negara-negara sasaran.

21. Modus Operandi mereka adalah sama dengan strategi perjuangan Anwar iaitu memburukkan kerajaan sedia ada, mengadakan demonstrasi jalanan yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.

22. Kita telah pun menyaksikan perkara yang sama berlaku di negara-negara Arab, yang mana dirujuk sebagai ‘Arab Spring’.  Kerajaan negara itu jelas telah gagal menangani ‘serangan’ oleh NGO, agen dan alat-alat Neo-con yang menyamar sebagai pejuang kebebasan, pertubuhan hak asasi serta parti politik.  Akibatnya, satu demi satu negara Arab jatuh dengan pantas, bagaikan kesan domino. 

23. ‘Arab Spring’ inilah yang menjadi impian Anwar dan beliau tidak pernah menyembunyikannya.  Beberapa kali beliau dilaporkan menyebutnya di dalam wawancara dan kenyataan dalam media antarabangsa.  Antaranya, Financial Times pada 13 Januari 2013, Anwar berkata “Malaysia Spring dalam persiapan untuk berlaku.  PR pasti menang mana-mana pilihanraya yang bersih”.   Pada 24 Februari 2013 di Bangkok, Inter Press Service melaporkan Anwar berkata “Arab Spring adalah berguna bagi dunia Islam.”  Dan pada 15 April 2013, kepada US business Channel, CNBC, mungkin menyedari kenyataannya sebelum ini adalah ‘silap’, maka Anwar meringankan sedikit nadanya dengan berkata, “Peralihan dalam demokrasi dilakukan melalui pilihanraya maka kita tidak boleh membandingkan Malaysia dengan Timur Tengah atau Arab Spring”.

24. Dengan hakikat impian ‘Malaysia Spring’ Anwar, dan DAP yang sarat dengan kebencian yang meluap-luap, serta dengan PAS yang mengalami kecelaruan emosi, ekstremisme rambang dan kesetiaan buta tuli, ditambah lagi dengan dana yang tiada hadnya dari pihak Neo-Con, maka tidak mustahil bahawa pengulangan sejarah 13 Mei kini berada dalam pembikinan. 

25. Jika difikirkan, slogan pembangkang sendiri, iaitu ‘Ini Kalilah’ dengan sendirinya menggambarkan maksud yang jauh lebih besar dari sekadar ‘sebuah pilihanraya yang paling penting’.  ‘Ini Kalilah’ seolah-olah tiada pilihan, iaitu hanya sekali ini sahaja dan buat kesekian kalinya. 

26. Oleh itu, bukanlah satu paranoia atau tokok tambah jika dikatakan bahawa keganasan yang berlaku dalam kempen pilihanraya kali ini hanyalah permulaannya.  Satu keganasan yang jauh lebih besar dan serius dijangka berlaku pada hari pengundian, sepertimana yang didedahkan oleh bekas pemimpin DAP yang telah meninggalkan parti itu. 

27. Tetapi jika kita melihat kembali sejarah 1969, hari ketiga selepas pilihanraya adalah hari yang benar-benar bahaya di mana kemenangan atau kekalahan boleh saja menjadi punca. 

Adakah kita sudah bersedia?