mykmu.net

Thursday, 27 December 2012

SKANDAL TANAH NGEH-NGA MELACURKAN MARUAH DAP





1. Keadaan rumahtangga Dap sudah menjadi bertambah kacau bilau berikutan beberapa pendedahan skandal tanah yang amat mengejutkan pimpinan parti cauvinis Cina itu.

2. Pendedahan itu membuka rahsia besar Dap bahawa wujud 'perjanjian setan' antara Parti Al-Islam Se Malaysia (Pas) dengan parti itu berhubung jawatan Menteri Besar Perak apabila Pakatan Rakyat berjaya merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum 2008.

3. Walaupun Dap muncul sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbanyak berbanding Pas dan PKR namun undang-undang tubuh negeri Perak hanya menerima individu  Melayu untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

4. Maka termaktublah satu persetujuan antara ketiga-tiga parti itu untuk menerima calon Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

5. Atas persetujuan tersebut, Pengerusi Dap Perak, Ngeh Koo Ham dan sepupunya, Nga Kor Ming yang juga Setiausaha Dap Perak menerima imbuhan tanah seluas tanah 10,526 hektar di Gua Musang bernilai melebihi RM30 juta kepada syarikat milik Ngeh bernama Upayadaya Plantation Sdn Bhd.

6. Carian Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu dimiliki Ngeh sebagai pemegang saham terbesar dan pengarah syarikat itu manakala Nga juga merupakan salah seorang pengarahnya.

7. Sejak isu itu meletup di dalam dunia maya, perkara itu telah dilanjutkan di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak apabila Adun Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib Exco dan kerajaan negeri Datuk Hamidah Osman mendesak Ngeh dan Nga menjawab dakwaan yang dilontar terhadap mereka.

8. Melihat tembelang mereka tidak dapat ditutup lagi, Ngeh dan Nga terpaksa mengaku walaupun amat pahit bagi mereka bahawa Upayapadu Sdn Bhd sememangnya mendapat projek pembalakan di Kelantan.

9. Berikutan skandal tanah itu yang membabitkan dua pemimpin tinggi Dap Perak, pimpinan pusat parti itu kini tersepit begitu tertekan untuk memikirkan bagaimana isu ini tidak bertukar menjadi krisis paling besar baginya.

10. Ini kerana dap berkeyakinan untuk terus menerajui Pulau Pinang dan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU13 nanti, menjadikan parti paling berkuasa dan berpengaruh dalam Pakatan Rakyat.

Apapun sudah terlambat untuk menyembunyikan gajah dalam bilik yang sudah nampak jelas.

Kini berlaku pergeseran amat serius di dalam Dap dan antara parti itu dengan Pas.

11. Pengerusi Kebangsaan Dap, Karpal Singh melenting marah dan mengarahkan Ngeh dan Nga memberi penjelasan kepada pimpinan parti samada benar dakwaan tentang penglibatan mereka dengan syarikat pembalakan itu yang menerima tawaran tanah dari kerajaan negeri Pas Kelantan sebagai pertukaran dengan jawatan Menteri Besar.

12. Berlaku tuduh menuduh apabila Ngeh menuding jari kepada Pas yang dikatakan telah membocorkan rahsia itu.

13. Kenyataan Ngeh itu telah dipetik oleh blog pro-pembangkang Free Malaysia Today tetapi telah ditarik balik serta merta apabila menyedari implikasi penyiaran kenyataan pemimpin Dap itu.

14. Krisis terbaru ini menyerlahkan lagi sikap hipokrit yang telah digula-gula kepada rakyat oleh Pas dan Dap.

16. Bagi Pas, parti itulah yang paling suci dari segala dosa sehingga Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan fakwa mengundi Pas masuk syurga.

17. Bagi Dap pula, parti itulah paling bersih dari gejala rasuan dan salahguna kuasa tetapi kini keburukan mereka telah ditelanjangkan untuk tonton rakyat.

18. Jika parti-parti Pakatan Rayat boleh melakukan penyelewengan serta melakukan rasuah pada tahap mega seperti ini, bayangkan apa yang mereka boleh lakukan jika mereka mentadbir kerajaan pusat?

19. Krisis ini tidak akan padam atau diam begitu sahaja kerana ia akan menjadi senjata politik paling ampuh untuk melemahkan Dap dan Pas tatkala negara di ambang menghadapi pilihan raya.

20. Apapun penjelasan yang bakal diberi oleh Ngeh dan Nga kepada pimpinan parti, kredibiliti mereka sebagai pemimpin dan ahli politik sudah hancur dan tidak boleh diperbaiki lagi.

21. Keyakinan rakyat terhadap mereka sudah hilang kerana mereka telah mengkhianati amanah dan kepercayaan yang diberi, bak kata pepatah harapkan pagar, pagar makan padi.

22. Nik Aziz pula sudah panik dan tidak tentu arah lalu seperti biasa menuduh ini semua adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional.

23. Amat mudah sekali orang agama seperti Nik Aziz bertukar menjadi munafik dan pembohong apabila takut kepentingan peribadi dan keduniaan akan terjejas.
 
24. Kerjasama Dap-Pas tidak akan menjadi seakrab lagi selepas skandal ini menjadi perbualan rakyat dan besar kemungkinan Pakatan Rakyat akan retak dan pecah.

25. Sepandai mana Anwar Ibrahim berusaha berdiplomasi dan menjadi orang tengah atau cuba memadam api krisis ini, segalanya sudah berakhir bagi Pas, Dap dan PKR.

ends


Tuesday, 25 December 2012

NIK AZIZ !!!! CUKUP-CUKUP SUDAH, DAH LAMA DAHHHH.....








1. Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.

2. Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.

3. Menyedari sentimen tika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.

4. Masa akhirnya bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.

5. Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, MB Kelantan masih juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

6. Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.

7. Bermati-matian Nik Aziz berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS.

8. Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.

9. Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.

10. Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan?

11. Kalau dah sepanjang menjawat kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja yang menguruskan tugasan MB, lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan tanpa manfaat pada rakyat.

12. Lagi pun apa sangatlah akal fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu, balik-balik siang malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik, si polan itu tolak Islam, tak begitu?

13. Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.

14. Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.

15. Maka jadilah Nik Aziz serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya.

16. Dulu Tun Dr Mahathir telah digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun, akhirnya kini mereka terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak dan pembawaan pemimpin mereka sendiri, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz !!!! Dah lama dahhh.......


KETAHUI 8 PERKARA DALAM AMANAT HAJI HADI YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM MALAYSIA





1. Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak.   Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya. 

2. Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS.   Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat  di atas.  Nik Aziz amat terkenal dengan takbur, riak dan sering marah siap dengan memaki hamun dan mencerca sesiapa yang mengkritik atau mempersoalkan tindakannya. 

3. Begitu juga dengan Presiden PAS, iaitu Dato’ Seri Hadi Awang yang juga berkongsi sifat yang sama.   Lebih buruk lagi, Hadi Awang juga nampaknya seorang yang pengecut apabila tidak berani tampil memberi respon terhadap isu Amanat Kafir yang difatwakannya sendiri hampir 3 dekad lalu.  Walaupun sudah berhari-hari isu ini ‘dipanaskan’ semula oleh media-media perdana, tetapi Hadi Awang masih membisu hatta langsung hilang dari ‘radar’. 

4. Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah pun membuat teguran rasmi melalui surat terhadap Hadi Awang.   Surat tersebut dikeluarkan setelah bermesyuarat bersama beberapa tok guru pondok serta Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan.  Mesyuarat tersebut menggariskan 8 perkara yang membuktikan bahawa fatwa Hadi Awang itu telah membawa kepada kepercayaan sesat di kalangan masyarakat, antaranya: 

a.      percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO,

b.      percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,

c.      percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik   UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera

d.      percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO

e.      percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad

f.      percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.

g.      percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam

h.      percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT.

5. Pihak PAS berusaha menolak dan menutup isu ini dengan alasan ia telah basi, namun soal syahadah dan akidah, soal hubungan suci suami isteri, hubungan darah daging, soal kesinambungan hidup serta kehilangan nyawa, serta soal murni perpaduan ummah dan masyarakat setempat, tidak mungkin basi kerana ia bukan sahaja membabitkan dunia, tetapi merupakan soal rohaniah yang bakal dibangkitkan di akhirat kelak. 

6. Jika Hadi Awang ingin terus berdegil menafikan yang Amanat beliaulah yang menjadi punca segala kesesatan tersebut, maka beliau wajar tampil menjelaskan siapakah yang sebenarnya yang perlu dipersalahkan dalam perpisahan pasangan suami isteri akibat percaya yang pasangannya kafir?  Siapa yang perlu dipersalahkan apabila hati ibu atau bapa hancur, dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan anak-anak sendiri menuduh mereka kafir?

7. Dan siapa yang perlu dipersalahkan apabila anak-anak yatim Memali kehilangan bapa kerana bapa mereka percaya yang mereka berjihad menentang orang-orang kafir?! 

8. Apakah Hadi Awang ingin berkata bahawa penyokong-penyokong PAS sendiri yang bersalah kerana terlalu bodoh sehingga ‘tersalah tafsir’ amanatnya?   Jika ya, beliau tetap bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan apakah tafsiran yang sebenarnya. 

9. Justeru, penyokong-penyokong PAS wajib menyeru Hadi Awang agar keluar dari persembunyian dan berhadapan dengan amanatnya sendiri sebagai anak jantan kalaupun tidak sebagai seorang ulama. 

10. Penyokong-penyokong PAS perlukan satu kepastian sama ada untuk terus berpegang kepada amanat tersebut dan bahawa 8 perkara di atas adalah wajar, tepat dan benar - ataupun tidak. 

11. Adalah tidak wajar bagi Hadi Awang untuk terus membisu membiarkan penyokong-penyokong tegarnya yang terlibat, termangu-mangu bertanya kafir atau tidaknya ibu mereka yang telah meninggal dunia atau isteri mereka yang telah diceraikan sebegitu lama? 

12. Atau apakah tuduhan kafir itu telah berbalik kepada diri mereka sendiri, sepertimana pesan Rasulullah SAW:   “Barang siapa berkata kepada saudaranya, Hai kafir! maka kalimat itu pulang kepada salah seorang dari keduanya,jika kekafiran itu benar ada,jika tidak,maka kekafiran itu berbalik kepada diri yg mengucapkannya.”

Sunday, 23 December 2012

PANAS !!! PONDOK PAK YA SAHKAN KERAJAAN PAS KEDAH MUNAFIK







1. Rentetan dari lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang berkunjung ke Kedah dan mengadakan perjumpaan dengan tokoh-tokoh ulama pondok tersohor di negeri Jelapang Padi yang saya ceritakan siang tadi, rupanya ada cerita di sebaliknya.

2. Majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khariah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai “Pondok Pak Ya” itu sebenarnya menyaksikan satu “tamparan” hebat buat PAS Kedah, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

3. Padang Lumat sebenarnya terletak tidak jauh dari kampung halaman Azizan. Hanya sekitar 10 hingga 15 minit saja tempoh masa yang menjarakkan antara kedua lokasi itu. Malah markaz PAS Kedah terletak tidak jauh dari sekolah agama rakyat tersebut.

4. Dalam ertikata lain, pertemuan di antara Muhyiddin dengan para ulama pondok itu diadakan di dalam kubu kuat PAS dan dihadiri oleh ribuan para penyokong PAS di sekitarnya!

5. Biar apa pun, saya mendapat tahu bahawa kehadiran Muhyiddin di situ sangat dialu-alukan oleh golongan ulama dan akar umbi PAS di kawasan tersebut.

6. Paling menarik dan perlu diberi perhatian di dalam majlis tersebut ialah apabila anak kepada pengasas Pondok Pak Ya, Ustaz Najib begitu berani menghentam Kerajaan PAS Kedah pimpinan Azizan secara terbuka!

7. Untuk makluman, satu negeri Kedah tahu bahawa Pondok Pak Ya merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang sebelum ini begitu kuat menyokong PAS dan kerap membantu parti itu berkempen pada setiap kali pilihanraya berlangsung.

8. Namun dalam ucapan Najib yang merupakan Setiausaha Lembaga Tadbir sekolah itu mendedahkan bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah tidak pernah membantu mana-mana sekolah agama rakyat, maahad tahfiz atau sebagainya yang ada di negeri itu.

9. Beliau sendiri dari Lembaga Tadbir Pondok Pak Ya memberitahu bahawa pusat pengajian agama tradisional itu tidak pernah menerima bantuan sesen pun dari Kerajaan PAS Kedah sejak memerintah negeri itu.

10. Menurut Ustaz Najib, PAS Kedah sebelum ini menabur janji di dalam manifesto pilihanraya lalu bahawa mereka akan memberi bantuan penuh kepada sekolah-sekolah pondok dan maahad tahfiz sekiranya diberi kuasa mentadbir Kedah.

11. Malangnya, janji tersebut langsung tidak ditunaikan dan bantuan guru dari Majlis Agama Islam Kedah yang ada di sekolah-sekolah agama rakyat itu semuanya disediakan oleh Kerajaan BN Kedah di zaman bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Syed Nahar.

12. Paling “pedas” Ustaz Najib menegaskan bahawa sekolah-sekolah agama rakyat tidak bodoh untuk membezakan jasa atau menilai kebaikan yang ditabur oleh mana-mana pihak yang prihatin terhadap perjuangan sekolah agama rakyat di Kedah.

13. Saya tertanya-tanya, sampai begitu sekalikah kemunafikan PAS di Kedah? Sudah ditabur janji-janji ketika berkempen pada PRU ke-12 yang lalu sehingga berjaya menipu masyarakat pondok yang memperjuangkan ilmu agama, mengapa tergamak mereka mungkiri janji tersebut?

14. Apakah PAS Kedah fikir warga pondok di negeri itu semuanya kolot-kolot belaka dan tidak pernah dengar atau belajar mengenai sepotong hadis Rasulullah SAW berkenaan golongan yang mungkir pada janji mereka?

15. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berjanji namun kemudiaannya memungkiri janji tersebut boleh dianggap sebagai golongan munafik?

16. Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan slogan “Janji Ditepati”, puak-puak PAS mencebik bibir memperlekehkan slogan berkenaan. Tapi mereka tidak sedar bahawa slogan itu diadaptasi dari ajaran dan hadis Rasulullah SAW!

17. Sudahlah PAS tidak menepati janji, mereka pandang hina pula ajaran Rasulullah SAW itu? Islam jenis apakah PAS ini? Tidak hairanlah Allah tidak pernah membenarkan PAS mentadbir negara meskipun berjuang lebih dari 60 tahun, kan?


Sumber: 

Wednesday, 19 December 2012

KESAN AMANAT HJ HADI: IMAM ENGGAN URUS JENAZAH ORANG UMNO DI PENDANG






1. Bila para Mufti di negara ini menggesa agar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang dikeluarkan pada tahun 1981 kerana mencetus kepada pepecahan umat Islam, seluruh puak-puak PAS marah sampai merah muka.

2. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula tergopoh gapah cuba menyelamatkan “boneka”nya itu dengan “menghalalkan” amanat tersebut sambil memperlekehkan tahap ilmu yang dimiliki oleh para Sahibussamahah Mufti-Mufti tersebut.

3. Tidak cukup dengan itu, para pemimpin UMNO yang menyelar amanat tersebut dan senada dengan para Mufti itu turut dihentam habis-habisan meskipun aqidah Islam mereka menjadi mangsa dikafirkan Abdul Hadi sesuka hatinya.

4. Secara rasional sebagai umat Islam yang mengenepikan sentimen politik dan berlaku neutral bagi kepentingan perpaduan umat Islam, saya ingin menegaskan bahawa telah berlaku pepecahan yang sangat dahsyat akibat amanat “sesat” Presiden PAS itu.

5. Misalnya, pendedahan seorang bekas Ketua Dewan Pemuda PAS di Kedah, Shahidi Said, 41, memberitahu media betapa amanat tersebut telah menyebabkan seorang Imam PAS enggan menguruskan mayat seorang lelaki yang di kampungnya.

6. Menurut bekas Ketua Pemuda PAS itu, arwah bapanya telah ke sebuah masjid di Pendang untuk menjemput Imam masjid berkenaan selaku individu yang kebiasaannya melakukan tugas-tugas menguruskan jenazah.

7. Namun malang, tunggu punya tunggu punya tunggu, Imam tersebut tidak muncul-muncul sehinggalah waris simati terpaksa mencari pihak lain untuk membantunya menguruskan jenazah lelaki tersebut.

8. Shahidi yang ketika itu masih lagi menjadi Ketua Pemuda PAS di kawasan tersebut telah mendapatkan Imam tersebut bagi mendapatkan penjelasan tentang ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah sehingga menyusahkan anak-anak qariah yang lain.

9. Mudah saja jawapan Imam itu. “Lelaki itu orang UMNO, dan orang UMNO itu kafir kerana menolak Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW”!

10. Nah! Lihatlah pepecahan yang diakibatkan oleh amanat songsang seorang Presiden sebuah parti yang mengkafirkan umat Islam yang lain semata-mata berpaksikan kepada POLITIK!

12. Sebenarnya, saya mengenali Ustaz Shahidi secara peribadi dan berkawan baik dengannya. Berlatar belakangkan pengajian agama di pondok-pondok tersohor di kawasan utara semenanjung, beliau kini sudah meninggalkan PAS kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

13. Ketika bersembang dengannya baru-baru ini, dia menyatakan bahawa tindakannnya keluar dari PAS merupakan satu jihad ke arah Islam dengan niat menyatu-padunya umat Islam di Malaysia sebelum berganjak ke arah perlaksanaan sebuah negara yang lebih Islamik.

14. Menurutnya, PAS tidak mampu berbuat demikian memandangkan parti tersebut hanya Islam pada namanya namun di dalamnya begitu “kotor”, apatah lagi setelah bergelumang dengan “najis” DAP dan PKR yang semakin merosakkan bekas partinya itu.

15. Itu hanya satu kes yang berlaku dan diakui sendiri oleh seorang bekas Ketua Pemuda PAS di Kedah. Cuba anda bayangkan pula apa yang berlaku di negeri-negeri lain di seluruh negara dari akibat amanat Hj Hadi yang tidak bertanggungjawab itu.

16. Bukan soal politik sebenarnya. Gesaan ini lebih bersifat survival dan kepentingan Islam serta umatnya di negara ini yang begitu ketara terpisah hanya disebabkan satu “fatwa” amanat yang disampaikan oleh seorang pemimpin yang “bertuhankan” POLITIK.

17. Kalaulah benar PAS itu mendahulukan Islam, rasanya sudah lama Hj Hadi ditegur dan dinasihati. Dan jika dia berdegil untuk tidak menarik balik amanatnya, sudah tentu dia sudah lama dipecat dari PAS.

18. Namun mungkin kerana terlalu taksub dan mendahulukan politik berbanding Islam, PAS sanggup mempertahankan amanat Hj Hadi yang kini menghantui setiap nafas umat Islam di dalam parti itu untuk membenci saudara seagamanya yang menyokong UMNO.

19. Persoalannya, sampai bilakah puak-puak PAS ini akan terus dipergunakan pemimpin mereka yang mempergunakan Islam demi kepentingan dan mengejar kuasa politik di negara ini? Inikah cara yang diajar Rasulullah SAW? Saya yakin tidak…


sumber: 

DAP LAYAN ORANG MELAYU MACAM SAMPAH



Orang melayu samaada  PAS, PKR, atau DAP beria-ria menyokong DAP, tapi DAP layan orang melayu macam sampah


1. Keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap (CEC) Sabtu lalu tidak mengukuhkan lagi hakikat bahawa parti itu adalah RASIS, CAUVINIS, ANTI-MELAYU dan ANTI-ISLAM.

2. Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional Dap Ke 16 di Pulau Pinang memilih 17 anggota CEC berbangsa Cina dan tiga wakil India.

3. Tidak seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding dipilih termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Zairil Mohd Khir.

4. Blogger yang menjadi pencacai dan pengampu Dap seperti Aspan Alias dan Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz serta bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, Hata Wahari terkedu mulut dan terkunci jari jemari mereka untuk mengetuk analisa dalam blog mahupun memberi komen terhadap apa yang berlaku.

5. Jika mereka boleh terkejut apatah lagi bangsa Melayu yang sejak Pilihan Raya Umum 2008 telah digula-gulakan oleh Dap dengan imej kononnya ia sebuah parti berbilang kaum yang memperjuangkan hak dan kebajikan semua kaum.

6. Buktinya sekarang sudah jelas pada sesetengah orang Melayu yang masih buta hati dan berfikiran sempit untuk mempercayai parti perkauman Cina ini.

7. Mahu tidak mahu untuk menutupkan malu tembelangnya yang sudah tidak dapat ditutup lagi, terpaksalah Dap melantik dua pemimpin Melayu yang kalah dalam pemilihan tersebut - Zairil Mohd Khir, yang juga anak kepada bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohd Khir Johari serta Senator Dr Ariffin SM Omar, seorang pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia dan bekas pemimpin Aliran.

8. Kekalahan mutlak calon-calon Melayu pada pemilihan CEC itu bagaimanapun tersirat rahmat disebaliknya yang boleh menyedarkan umat Melayu bangun dari mimpin mereka dan tidak termakan dengan dakyah Dap.

Bumi dipijak milik orang


9. Slogan 'Malaysian Malaysia' yang menjadi tonggak perjuangan Dap sejak awal penubuhannya dan kemudian disusuli dengan 'Middle Malaysia' pada 2009 tidak lagi boleh dipertahankan.

10. Ia hanya menjadi satu laungan kosong yang penuh dengan pengkhianatan terhadap Malaysia dan orang Melayu sebagai bangsa teras di negara ini.

11. Jika dilihat daripada evolusi Dap, ianya diasaskan oleh pemimpin bangsa berbangsa India seperti P. Patto dan V. David telah lama kelamaan telah diambil alih oleh Lim Kit Siang secara berperingkat dan akhirmya mentransformasi kepada sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis.

12. Kini Dap bukan lagi parti pelbagai kaum tetapi organisasi ala mafia yang dikawal ketat oleh keluarga Lim dan keluarga Karpal seperti juga parti anak beranak PKR.

13. Dap menolak agama Islam dan sistem perundangan Islam apabila ia menentang keras cadangan 'Negara Islam' dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas.

14. Malah dalam isu salon gunting rambut di Kelantan, Dap menunjukkan sikap anti-Islam yang tidak boleh langsung menerima apa-apa sahaja peraturan yang berbaur Islamik.

15. Dap juga anti-Ketuanan Melayu dan tidak boleh menerima Melayu sebagai bangsa pribumi yang menjadi penduduk asal di negara ini.

16. Disebabkan ia anti-Melayu, maka Dap menentang sebarang usaha untuk memperbaiki serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

17. Dap tidak mahu melihat orang Melayu sebagai satu bangsa yang berjaya dan megah di bumi ini dalam segala bidang.

18. Parti itu juga anti-bahasa Melayu dengan memberi sokongan padu kepada gerakan pendidikan Dong Zhong yang sama rasis dan perkauman seperti Dap.

19. Dap melalui Dong Zhong mensabotaj Bahasa Melayu yang dimaktubkan sebagai bahasa rami persekutuan dan usaha kerajaan menjadikan ia sebagai bahasa yang menyatupadukan seluruh rakyat.

20. Dap menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan mahukan bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi kedua dan setaraf dengan bahasa Melayu.

21. Bayangkan betapa angkuh, sombong dan tidak sedar dirinya parti ini yang telah diberi menumpang bangsa Melayu di bumi bertuah ini!

22. Peminggiran pemimpin Melayu di dalam Dap seharusnya membuka mata serta minda orang Melayu seluas-luasnya supaya tidak mempercayai apa sahaja janji yang diberi menjelang PRU13.

23. Kit Siang dan Guan Eng boleh berjanji bulan, bintang dan cakerawala untuk mendapat undi Melayu tetapi jika Melayu tidak mendapat tempat langsung dalam parti itu, apakah ia boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?

24. UMNO dan Barisan Nasional sahajalah satu-satunya formula yang telah dibuktikan berjaya dan otentik dalam mengangkat martabat Melayu dan membangun negara ini.

25. Formula kerjasama antara kaum ini telah melalui proses serta ujian selama hampir 60 tahun dan pembangkang tidak boleh menafikannya sama sekali bahawa ia telah mampu membawa kepada kemajuan, keamanan, kestabilan serta perpaduan yang erat antara rakyat.

26. Dap, Pas dan PKR hanya sekarang mahu meniru model kejayaan UMNO-BN tetapi sudah tentunya formula palsu pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa akan menemui kegagalan dan terserlah pembohongan mereka jua.

KOMEN MH: Inilah cerminan DAP kalau depa berkuasa nanti dibumi Malaysia. Layan orang melayu macam sampah 

Tuesday, 18 December 2012

BONUS: NAJIB RAZAK HANYALAH ASBAB, ALLAH YANG MEMBERI REZEKI ITU





“Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Toha: 132)

1. Semalam 17hb Disember 2012 Kakitangan Kerajaan Malaysia telah menerima setengah bulan lagi bonus seperti yang dijanjikan dan bakal menerima setengah bulan lagi pada gaji bulan Januari 2013 sepertimana termaktub didalam pembentangan bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak. Tidak terkecuali bonus ini juga turut diterima oleh pesara-pesara kerajaan. 

2. Seperti mana yang ditohmahkan oleh pecacai-pecacai pembangkang bonus ini merupakan gula-gula Kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 ramai yang menjuihkan bibir dan mengutuk menerima bonus ini. Dalam menjuihkan bibir dan mengutuk ambik jugak buat makan anak bini. 

3. Seperti biasa setiap kali selepas solat waktu kita akan berdoa kepada Allah SWT. Antara permohonan kita adalah kita berdoa agar dimurahkan rezeki. "sekiranya rezeki aku itu dari langit, Kau turunkan kepadaku Ya Allah, sekira rezeki aku itu dari perut bumi Kau keluarkan kepadaku Ya Allah dan sekiranya rezeki aku itu dari laut dan sungai Kau alirkan kepada Ya Allah". Demikianlah bait-bait doa yang kita pohonkan kepada Allah SWT. 

4. Tetapi manusia tetap manusia yang mudah lupa dan Tun Dr Mahathir pun pernah berkata MELAYU  MUDAH LUPA". Dalilnya adalah dari Surah Yunus ayat 12 "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan , merayulah ia kepada Kami (dalam segala keadaan), samaada ia sedang baring atau duduk ataupun sedang berdiri dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. (Sebagaimana ia memandang elok bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan".   


5. Allah SWT Yang Maha Mendengar telah memakbulkan permintaan hambaNya yang terpilih di Malaysia dengan mengilhamkan kepada Dato' Seri Najib Tun Razak agar diberikan bonus kepada kakitangan kerajaan, pesara-pesara kerajaan, Baucar Buku 1Malaysia, Baucer Rakyat 1Malaysia, Bantuan Persekolahan RM100 dan bermacam-macam lagi. Dan tatkala Allah memberikan rezeki ini,  kita pulak menjuihkan bibir mencaci maki rezeki Allah itu jauh sekali untuk kita bersyukur dan berterima kasih. "Tidak bersyukur seseorang kepada Allah barang siapa yang tidak bersyukur kepada manusia' Imam Ahmad dan Al-Bukhaari. Inilah yang menimbulkan kemurkaan Allah kepada kita. 

6. Akhir kata PM Najib Razak hanya asbab (penyebab) kepada rezeki yang kita terima ini dan Allah SWT yang memberi rezeki ini kepada kita setelah mendengar rayuan dan rintihan kita. Mengapa kita harus menjuihkan bibir dan mengutuk kepada rezeki ini tanpa mengucapkan rasa syukur?