Wednesday, 11 December 2013
Tuesday, 26 November 2013
Sunday, 24 November 2013
BILA PREBET MENJADI JENERAL..... KEMANA HALA TUJUNYA?
Oleh rmf
Artikel ini AGAK PANAS dan mungkin akan menjadi butiran kemarahan PEMUDA UMNO Malaysia, tetapi saya terpaksa nyatakan apa yang saya lihat dan perhatikan melalui lipatan sejarah silam dan perbandingan aras perjuangan masakini.
Saban hari kita melihat betapa lemahnya Pemuda sekarang, Pemuda yang cukup popular dikalangan atris di Malaysia tetapi tidak mampu melakukan apa juga yang berkaitan dengan maruah parti Raja, Agama dan Negara.
Apa yang mereka lakukan sekarang dikala Agama duhina, UMNO dicerca, Raja Disanggah, Ini lah kepimpinan Liberal pemuda yang telah diulas sejak 2004 lagi. Tapi atas tiket kepopulariti mereka telah lupa tentang tanggungjawab yang diberikan untuk mereka galas dipersada politik demi Agama Bangsa dan Negara
Sekarang kita mempunyai barisan Pemuda yang cukup lemah didalam segala banyak hal, Pemuda yang dulu cukup digeruni oleh pelbagai pihak mahupun didalam dan diluar UMNO sekali pun. Ketegasan mereka membela Agama , Bangsa dan Negara serta kedaulatan Raja raja amat jelas menjadi agenda dan asas perjuangan Pemuda-
Baru baru ini, pelbagai isu yang berkaitan dengan Agama, Raja dan UMNO sendiri telah dikritik dihina dengan secara terbuka oleh parti pembangkang termasuk juga dengan parti komponen yang mempertikaikan apa yang telah termaktub didalam perlembagaan.
Dimanakah Pemuda UMNO yang dikatakan hebat dengan sorakan HIDUP MELAYU didalam dewan yang cukup indah. Rupanya dimedan perjuangan mereka menyorok dan menikus menghilangkan diri dek ketakutan untuk berhadapan dengan musuh nyata didalam politik.
Ke mana arah Pemuda akan dibawa oleh kepimpinan yang ada sekarang? Apakah Pemuda akan kembali ke era radikal seperti di zaman datuk Harun Idris atau Jaafar Albar, atau Pemuda di zaman Suhaimi Kamaruddin , Hishamuddin yang dikatakan agak kurang bermaya atau Ketua Pemuda akan datang akan membawa pemuda ke zaman yang lebih pragmatik ketika diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak dan di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA SELANJUTNYA DISINI
Tuesday, 12 November 2013
Wednesday, 30 October 2013
KEMANA HILANGNYA SAHAM BUMIPUTERA RM52 BILLION ? : MENJAWAP KEMBALI TUDUHAN TOKONG LIM GUAN ENG
1. Saya terpaksa merentas
masa untuk menjawab satu persoalan yang sudah basi tetapi dicanangkan semula
oleh Pakatan Rakyat. Mungkin kerana penangan PRK N.20 DUN Sg. Limau yang menampakkan
bibitkan kekalahan Pakatan yang BELUM didaftarkan dengan R.O.S.
2. Isunya ialah kemana hilangnya pegangan saham
bumiputera RM52 Billion ?, isu ini
dibangkitkan oleh MP Bagan, Lim Guan Eng tahun lepas dalam sidang Parlimen
ke-12.
3. Sebelum saya meneruskan perbahasan seringkas
ini, saya mohon anda untuk memahami, apakah itu IPO (Initial Public Offer).
Saham IPO ialah Initial Public Offering atau Saham Terbitan Awal. Sebelum
sesuatu saham itu disenaraikan di Bursa Malaysia, saham tersebut akan
ditawarkan kepada pihak2 seperti berikut ; i.Pelabur Bumiputera yang
dikenalpasti oleh MITI, ii. Pelabur Institusi, dan iii. Orang Awam yang
BERKEMAMPUAN. Harga tawaran akan dinyatakan dimana harga tawaran kepada pihak
institusi adalah berbeza dari harga tawaran kepada orang awam. Prospektus
sesuatu saham IPO itu akan hanya dikeluarkan semasa tawaran kepada orang awam
dibuat. Siapa yang layak memohon saham IPO ?, jawabannya ada disini : http:// www.faizalyusup.net/ search?q=Saham+Bumiputera
4. Dalam ertikata lain, sebenarnya, saham
bumiputera yang dikatakan "hilang" itu bukannya hilang tetapi saham
yang berbentuk saham bebas, boleh dibeli (jika mampu) dan boleh dijual semula,
namun begitu semasa saham2 ini dibuka, ramai pemegang saham itu (khasnya
bumiputera) telah dijual semula oleh pemegang-pemegang saham yang terdiri
daripada 3 pihak yang saya nyatakan diatas. Fakta seterusnya, saham2 berkenaan
sebenarnya diagihkan sepanjang Dasar Ekonomi Baru (DEB) dijalankan bukannya
saham yang dibuka mengikuti masa2 tertentu.
5. Memandangkan isu ini dibangkitkan oleh Lim Guan
Eng dan diikuti pula sekelian dari mereka, yang menuduh kononnya RM54 billion
saham bumiputra diperuntukan tetapi hanya 2 billion yang tinggal manakala
bakinya 52 billion lesap,siapa yang dapat tidak menjadi persoalan sedangkan
saham amanah seperti ASN/Saham wawasan pun melayu tak beli,inikan pula saham
syarikat senaraian awam,lihat contoh bagaimana kaum lain menghabiskan kuota
bukan bumiputera hingga terlebih langgan. Saham yang dibeli,apabila harga telah
meningkat maka pemegang saham bebas untuk menjualnya,adakah ini dikatakan
skandal?. Bezanya cuma pemegang saham bumiputra tidak mempunyai ketahanan untuk
mengekalkan pegangan kerana mahu mengaut keuntungan. Saham bukannya seperti lot
rumah bumiputera yang tidak boleh bertukar tangan kepada pemilikan bukan
bumiputera apabila dijual.
6. Lim Guan Eng ternyata cuba memanipulasi fakta
bombastik ini untuk menghasut dan membangkitkan kebencian.Beliau berasakan amat
mudah memperbodohkan orang melayu kerana kaum ini cukup malas untuk berfikir
hanya tahu menerima maklumat mentah mentah tanpa berusaha untuk menyelidikinya.
Alangkah bagusnya jika Lim Guan Eng mendedahkan siapakah penerima "Pink
form saham saham bumiputera" paling banyak dinegara ini daripada menyalak
dan berbohong kepada rakyat. Barangkali beliau boleh rujuk kepada Anwar bekas
menteri kewangan dahulu dan Azmin kerana mereka berdua yang menguruskan siapa
yang patut duduk didalam syarikat senaraian awam sebagai proksi mereka. Rujuk
sini : http:// gerakan-anti-pkr.blogspot.c om/2009/11/ skandal-rm8juta-azmin-dokum en-saham.html
7. Peranan Permodalan Nasional Berhad : Dalam
mengatasi sebarang bentuk permasalahan dalam agihan Saham IPO dalam DEB, maka
Kerajaan mengambil satu inisiatif dengan menubuhkan Permodalam Nasional Berhad
(PNB) yang menjadi organisasi dalam observer dan superivasi dalam pengendalian
saham-saham yang diperuntukkan. Maklumat lanjut disini : http://www.pnb.com.my/ about/ about_us.cfm?cat=1&subcat=1
8. Peranan EKUINAS : Selain tindakan Kerajaan
menubuhkan PNB pada tahun 1978, Kerajaan turut juga menubuhkan EKUINAS untuk
memastikan kelangsungan ekuiti Bumiputera dalam Syarikat-syarikat milikan awam
dan tidak terbabas daripada aktiviti pasaran bebas saham yang semakin mencabar.
Memandangkan EKUITI Bumiputera masih tidak mencapai sasaran yang diharapkan,
kerajaan tidak berputus asa dengan menubuhkan EKUINAS. EKUINAS sebenarnya
memainkan peranan yang lebih mendalam berbanding PNB dengan dua objektif utama
iaitu objektif kewangan dan objektif sosial. Dalam objektif kewangan EKUINAS
mensasarkan kadar pulangan dalaman minimum bumiputera (IPP) sebanyak 12%
setahun dan sasaran 20% IRR sepanjang portfolionya. Bahkan juga EKUINAS menjadi
"main stake player" dalam membantu pegangan syarikat2 bumiputera
dalam kelestarian pasaran bebas saham. Bahkan penubuhan Ekuinas oleh kerajaan
mungkin boleh menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada kelemahan yang wujud
di kalangan pelabur bumiputera. Ia akan menjadi satu instrumen untuk
meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera, fungsi yang gagal dilaksanakan oleh
Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak
daripada paras 19 peratus selama 19 tahun.
9. TERAJU : Dalam menambahkan kompetensi kemapanan
saham-saham dan ekonomi Bumiputera khasnya, kerajaan menubuhkan satu lagi
entiti memperkasakan kedayasaingan ekonomi bumiputera iaitu TERAJU. Jika
EKUINAS berperanan dalam aspek pengurusan ekuiti bumiputera, TERAJU pula
menjadi "Mainstay Tapioca" dalam ekonomi Bumiputera. Kedua-duanya
saling berkait.
10. Adalah sangat tidak adil dengan menyalahkan
pihak Kerajaan semata-mata dalam isu "kehilangan" saham Bumiputera
RM52 Billion walhal, kenapa TIDAK juga dipertanggungjawabkan kepada pemegang
dan pembeli saham-saham berkenaan ?.
11. Dalam pada masa yang sama, Pakatan juga harus
dipertanggungjawabkan atas TIGA persoalan berikut ;
11.1 KEMANA HILANGNYA RM3.5 JUTA TABUNG MEMALI ?
11.2 KEMANA HILANGNYA RM44 JUTA PELABURAN KOHILAL ?
11.3 KEMANA HILANGNYA RM3 BILLION MENURUT SD DATO
MURAD ?
12.Kesimpulannya ; Pertuduhan Pemimpin Pakatan
khasnya dan sekelian penyokong mereka amnya, untuk mencari salah pihak Kerajaan
sebenarnya membuka pekung mereka sendiri ibarat "Penyu bertelur
beratus-ratus biji, diam menyepi, sedangkan ayam bertelur sebiji riuh
sekampung". Benar juga kata pepatah, "Menepuk air didulang, tapi
terpercik ke muka sendiri".
Bacaan lanjut :
TAWARAN AWAM PERMULAAN : TINJAUAN PRETASI SEPANJANG
DEKAD
Perkongsian : Nor Azizuddin Abdul Manan
SUMBER : Disini
Monday, 28 October 2013
Tuesday, 15 October 2013
PANAS !!! TONY PHUA SASAU, GUAN ENG MEROYAN: ANGKATAN TENTERA MALAYSIA BAKAL MENUBUHKAN KOR MARIN
MH telah menyertai Hari Media bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Kementerian Pertahanan baru-baru ini.
Program selama 2 hari ini mendedahkan para pengamal media kepada kehidupan tentera laut diadakan di Pusat Hidrografi Nasional TLDM di Pelabuhan Klang. Pengamal media turut diberi peluang belayar bersama KD Kelantan dan juga KD Laksamana Tun Abdul Jamil. Di hari kedua Menteri Pertahanan turut serta menyertai warga media diatas kapal.
Angkatan Tentera Malaysia bakal menubuhkan Pasukan Marin bagi memantap keupayaan "ampihibious" yang kini semakin penting termasuk pengawalan keselamatan negeri Sabah. Unit-unit yang sedia ada daripada ketiga-tiga cabang ATM akan dilatih menjalankan operasi darat dan laut (amphibious). Iniatif ini tidak mengambil masa yang lama dan penggunaan kos juga akan dapat dikurangkan.
Disamping itu Kementerian pertahanan akan membina Pangkalan TLDM yang baru di Bintulu bagi memastikan keselamatan perairan Malaysia Timur terjamin. Usaha ini dilakukan memandangkan Bintulu merupakan pusat aktiviti cari gali hidrokarbon yang pesat membangun dan memerlukan jaminan keselamatan.
Kapal Littoral Cambat Ship (LCS) akan memulakan operasi pada 2018 dan akan menjadi aset utama TLDM bagi menjaga keselamtan negara. Sebanyak 6 buah kapal klas ini akan menjalankan tugas-tugas rondaan terutamanya kawasan tumpuan ekonomi negara. Kementerian akan juga membeli aset-aset kritikal untuk membantu industri pertahanan.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang dirakam MH ketika hari media tersebut
Taklimat media pada hari pertama
lawatan pengamal media disekitar Pusat Hirografi
Demonstrasi melawan kebakaran diatas kapal
Demonstrasi anti keganasan
P/s : Kita tunggu reaksi daripada Tony Phua dan pembangkang lain mengenai perkara ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)