hik hik hik hik kesian..........
Monday, 24 June 2013
Sunday, 23 June 2013
PANASS !!! CUBAAN PESERTA BLACKOUT505 HALANG ANWAR IBRAHIM ANGKAT SUMPAH GAGAL
13 saki baki peserta Blackout505 yang
dihalau keluar oleh pihak DBKL di Padang Merbuk jam 4 pagi tadi, telah
ditahan dan dibawa ke balai polis kerana cuba merempuh masuk ke bangunan
parlimen.
Ironinya, tindakan
merempuh bangunan Parlimen atas arahan Anwar Ibrahim
kerana kononnya membantah keputusan PRU13 yang lepas, dilakukan ketika
Anwar dan 88 ahli parlimen pembangkang yang lain, sedang mengangkat
sumpah jawatan sebagai ahli parlimen.
Wednesday, 12 June 2013
KETAHUI 10 PENIPUAN BESAR ISRAEL KEPADA DUNIA
WARTAWAN Belgium, Michel
Collon, menggunakan bukunya, ‘Israel, let’s talk about it’ (Israel, mari kita
berbicara mengenainya) untuk mendedahkan bagaimana laporan media Eropah
melakukan penipuan berdekad-dekad dalam usaha mereka menyokong kewujudan negara
haram Israel.
Dalam buku itu, Collon menyenaraikan 10 penipuan besar disebarkan media Barat
bagi menjustifikasi penubuhan negara Israel serta menghalalkan tindakan negara
Zionis itu.
Penipuan itu adalah:
1. Penubuhan Israel adalah sebagai reaksi terhadap pembunuhan
beramai-ramai bangsa Yahudi ketika Perang Dunia Kedua.
Hakikatnya, kata Collon, projek mewujudkan Israel itu diluluskan Kongres Zionis
Pertama di Basel, Switzerland, pada 1897.
Dalam persidangan itu, pemimpin Zionis memutuskan untuk menakluk Palestin bagi
menyediakan ruang untuk mereka membangunkan Israel.
Untuk makluman, Perang Dunia Kedua berlaku di antara 1939 hingga 1945.
2. Untuk menghalalkan
penghijrahan besar-besaran ke Palestin, Yahudi mendakwa wilayah itu adalah
warisan mereka selepas diusir pada tahun 70 Masihi.
Kata Collon, data itu hanyalah rekaan semata-mata.
“Saya bercakap dengan beberapa sejarawan terkenal Israel, termasuk Shlomo Sand,
yang percaya peristiwa penghijrahan beberapa abad silam tidak pernah berlaku.
“Penduduk Palestin tidak pernah meninggalkan kawasan mereka pada zaman purba.
“Justeru, kedatangan mereka ke Palestin kononnya untuk menduduki tanah warisan
tidak berasas sama sekali,” katanya.
Menurut Collon, Yahudi yang mendesak mahu pulang ke ‘tanah asal’ mereka di
Palestin sebenarnya berasal dari Barat, Eropah Timur dan Afrika Utara.
Memetik pendapat Sand, Collon berkata, sebenarnya isu negara Yahudi tidak wujud
sama sekali kerana bangsa itu yang berada di pelbagai negara tidak memiliki
persamaan sejarah, bahasa atau budaya.
“Satu-satunya persamaan mereka adalah agama, tetapi agama bukan asas membina
negara,” katanya.
3. Penipuan ketiga ialah
dakwaan kononnya Palestin tidak didiami sesiapa ketika Yahudi mula-mula
mendudukinya.
Kata Collon, ada beberapa dokumen dan bukti menunjukkan produk pertanian
Palestin dieksport ke luar negara pada abad ke-19.
Katanya, Perancis adalah antara negara yang mendapat manfaat daripada produk
pertanian Palestin pada abad itu.
4. Ada pihak mendakwa
warga Palestin meninggalkan negara mereka secara sukarela.
“Ini satu lagi penipuan,” kata Collon.
Menurut wartawan itu, memang ramai pihak percaya kepada dakwaan palsu
berkenaan.
Malah, katanya, pada peringkat awal dia sendiri yakin terhadap tuduhan itu,
sehinggalah dia bertemu sejarawan Israel, seperti Benny Morris dan Ilan Pappe.
“Kata Morris dan Pappe, warga Palestin dihalau dan dilarang kembali melalui
kekerasan dan keganasan,” katanya.
5.
Israel didakwa satu-satunya negara demokrasi di Timur Tengah dan wajib
dipertahankan.
Kata Collon, Israel sebenarnya bukan saja negara melanggar undang-undang, malah
satu-satunya negara yang tidak dibatasi mana-mana peraturan bagi menjelaskan
sempadannya.
“Semua negara di dunia ini memiliki perlembagaan yang menyatakan had batasan
masing-masing tetapi tidak bagi Israel.
“Negara itu wujud hasil projek perluasan wilayah yang tidak mengenal batasan
dan undang-undangnya amat rasis,” katanya.
Melalui peraturan diguna pakai Israel, kata Collon, negara itu khusus untuk
Yahudi dan individu bukan daripada bangsa itu dilihat sebagai ‘bukan manusia’.
“Ia amat bercanggah daripada demokrasi,” katanya.
6. AS didakwa cuba
melindungi demokrasi di Timur Tengah melalui Israel.
Pada masa sama, kata Collon, semua pihak tahu AS menyalurkan dana ke Israel
sehingga RM9.7 bilion setahun.
“Wang itu digunakan untuk menyerang negara jiran Israel,” katanya.
AS, kata Collon, sebenarnya hanya berminat memastikan aliran petroleum di
rantau itu tidak terganggu.
7. AS kononnya berusaha
mencapai persetujuan di antara Israel dan Palestin.
“Ia bohong sama sekali,” kata Collon.
Bekas Ketua Dasar Kesatuan Eropah (EU), Javier Solana, pernah memberitahu
Israel bahawa negara itu adalah anggota ke-21 EU.
Industri senjata Eropah juga bekerjasama dengan Israel dan menyokong mereka
secara kewangan.
Bagaimanapun, kata Collon, apabila warga Palestin memilih kerajaan mereka
secara demokratik, Eropah enggan mengiktirafnya, malah memberi lampu hijau
kepada Israel menyerang Gaza.
8. Menganggap mana-mana
pihak yang mempertikaikan sejarah Israel sebagai anti-Semit.
Sebenarnya, kata Collon, hujah itu digunakan bagi menutup mulut pihak yang cuba
mendedahkan tembelang Israel.
“Apabila kita mengkritik Israel, ia bukan semangat anti-Semit, tetapi mengecam
dasar kerajaan yang tidak mengiktiraf persamaan hak dan taraf di antara Yahudi,
Kristian dan Islam.
“Ia juga memusnahkan keamanan di antara pengikut pelbagai agama,” katanya.
9. Media massa mendakwa
Palestin punca keganasan.
Sebaliknya, kata Collon, penjajahan Israel itulah keganasan sebenar kerana
mereka merampas tanah dan kediaman penduduk yang berhak.
10. Isu sering
dibangkitkan kononnya tiada jalan penyelesaian di antara Israel dan Palestin.
Hakikatnya, kata Collon, penyelesaian boleh dicapai.
“Kita cuma perlu memberi tekanan ke atas sekutu Israel di AS dan Eropah serta
rantau lain di seluruh dunia,” katanya.
Bagi Collon, tekanan umum terhadap media massa yang enggan melaporkan kebenaran
juga boleh menyumbang kepada penyelesaian sebenar di Timur Tengah.
“Menggunakan Internet atau media lain, marilah kita sama-sama melaporkan berita
sebenar mengenai Palestin,” katanya. – Agensi
Monday, 10 June 2013
DISEBALIK ASAP DAN PELURU : KISAH SEBENAR INSIDEN PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU KINI DIDEDAHKAN
Kejayaan
kerajaan menyelesaikan krisis pencerobohan pengganas di Daerah Lahad Datu,
Sabah melalui pasukan keselamatan dipimpin Polis Diraja Malaysia (PDRM)
benar-benar dikagumi.
Di sebalik kejayaan itu, terpahat 1001 kisah pahit selain mengorbankan 10 anggota
pasukan keselamatan, PDRM menghadapi pelbagai kerenah dan permintaan tidak masuk
akal pengganas.
Mahu dirinya diiktiraf sebagai ‘King of Borneo’, itu antara tuntutan yang
disuarakan Ketua Pengganas, Agbimudin Kiram susulan rundingan tiga hari dengan PDRM.
Sinar Harian berkesempatan bertemu Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Pahlawan
Hamza Taib yang berkongsi pengalaman sebelum dan ketika serangan ke atas
pengganas dilancarkan. Ikuti temubual khas bersama wartawan Sinar Harian, di
Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPPK) Sabah.
Bolehkah Datuk ceritakan dari awal bagaimana krisis pencerobohan Lahad Datu
bermula serta langkah-langkah penyelesaiannya?
Saya menerima laporan berkenaan pencerobohan Lahad Datu pada pagi 12 Februari
lalu mengatakan sekumpulan orang bersenjata mendarat di Kampung Tanduo.
Saya menghubungi Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Shamsudin
Mat untuk mengesahkan perkara itu dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa 60
hingga 80 orang mendarat di kampung itu. Sesetengahnya memakai jubah, seragam
serta ‘half uniform’.
Setelah mendapat tahu perkara itu dan selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah
Lahad Datu, apa tindakan Datuk seterusnya?
Saya arahkan pegawai saya membuat laporan berhubung perkara ini serta
menghubungi Komander Briged Sabah, Datuk Ahmad Marzuki untuk mengepung kawasan
berkenaan serta menggerakkan Eastern Command.
Petang itu juga saya kumpulkan semua ketua-ketua jabatan untuk membincangkan
perkara ini dan perkara pertama adalah mencari satu kod operasi yang mana nama
Ops Sulu dipersetujui.
Kita telah gerakkan Ops Sulu dan kumpulkan segala maklumat yang ada. Saya juga
arahkan agar Ketua Cawangan Khas untuk sahkan maklumat yang diterima, Komander
Briged Sabah mengepung kawasan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) wujudkan
pasukan siasatan serta melantik seorang perunding.
Langkah seterusnya adalah memaklumkan pihak Bukit Aman operasi yang
dilaksanakan.
Bagaimana perjalanan rundingan antara polis dengan pihak penceroboh?
Saya bertindak selaku pegawai pemerintah dalam operasi ini dan dimaklumkan oleh
perunding bahawa mereka dapat bertemu dengan pihak penceroboh yang diketuai
oleh Agbimudin Kiram.
Pertemuan dengan pihak penceroboh diadakan sebanyak tiga kali iaitu 14, 15 dan
16 Februari. Bagaimanapun proses rundingan sebenarnya bermula sejak hari
pertama, iaitu pada 12 Februari melalui telefon.
Boleh Datuk ceritakan, daripada proses perbincangan itu, apa yang Agbimudin
mahukan?
Antara dituntut Agimudin adalah mahu gerombolannya dikenali sebagai ‘Royal Sulu
Force’ dan bukan sebagai pihak mewakili Abu Sayaf atau Moro Islamic Liberation
Front (MILF). Agbimudin juga menuntut agar orang Sulu tidak diusir keluar dari
Sabah di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja Pendatang Asing di Sabah (RCI).
Perkara ini kita boleh tunai kerana proses RCI belum habis.
Seterusnya dia minta menemui seorang personaliti dan memaklumkan personaliti
itu ada di Kota Kinabalu. Kita cari dan berjaya temui dengan harapan apabila
berjumpa, Agbimudin akan lembut hati dan akan keluar dari Sabah.
Apakah pihak datuk berjaya temui personaliti itu dan apa keputusan Agbimudin
selepas itu?
Kita jumpa personaliti itu dan bawa orang ini masuk berjumpa Agbimudin.
Selepas itu dia minta berjumpa abangnya, Ismail Kiram. Untuk usaha ini kita
juga bawa Datuk Piah dan anak Ismail Kiram, Amir Baha dari Filipina berjumpa
dengan Agbimudin. Kita ambil mereka di Semporna dan temukan mereka, namun dia
tetap tidak mahu beralah.
Selain itu, apa lagi tuntutan diajukan oleh Agbimudin Kiram?
Dia mahu kita iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’. Saya cakap dengan dia,
sedangkan Kerajaan Filipina tak iktiraf dia sebagai ‘King of Borneo’, mustahil
kita boleh iktiraf apa dia mahu.
Pelbagai usaha kita buat. Kita panggil isteri dia, anak dia dan libatkan
Kerajaan Filipina tapi masih degil.
Selepas rundingan dan segala usaha gagal. Selaku pegawai pemerintah, adakah
Datuk rasa sudah sampai masa serangan dilakukan?
Kita boleh serang, tapi ini bukan cara Malaysia. Kita tak nak ada pertumpahan
darah dan ambil keputusan teruskan usaha rundingan melalui telefon.
Keadaan memang tegang ketika itu. Proses rundingan terus berjalan dan saya
dipertanggungjawabkan kerajaan Malaysia buat sidang akhbar setiap hari. Memang
sukar dan akhirnya selepas 20 hari proses rundingan berlangsung, kerajaan
Malaysia arah serangan dilakukan.
Adakah pihak polis beri sebarang amaran kepada penceroboh sebelum serangan
dilancarkan?
Dua hari sebelum serangan dilakukan, kita beri amaran kepada mereka. Kita jatuhkan
risalah menggunakan helikopter dua hari berturut-turut sebelum serangan untuk
meminta penceroboh serah diri. Risalah itu guna tiga bahasa iaitu Melayu,
Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Sulu.
Pada masa itu, beberapa anggota penceroboh yang takut mula menyusup keluar dari
Kampung Tanduo dan kita berjaya menahan mereka. Namun sebahagian besar masih
bertahan di dalam kampung itu.
Boleh Datuk ceritakan bagaimana pertempuran bermula?
Pada hari pasukan keselamatan sepatutnya sampai, kita telah ketatkan kawalan di
semua penjuru.
Apabila pasukan Vat69 masuk mereka terserempak dengan sekumpulan pengganas dan
mereka diminta menyerah. Kerana pengganas enggan menyerah, terjadilah
pertempuran menyebabkan dua anggota VAT69 meninggal dunia, manakala 15
pengganas ditembak mati.
Masa kejadian saya memang berada di situ dan bila terima berita anggota kita
terkorban, saya memang rasa sedih, marah dan geram. Kalau anda berada di situ
sebagai ketua ketika itu, anda juga turut rasakan perasaan sama.
Tapi kita tak nak sebarang tekanan dan serang pada hari itu sebab kita nak
serang pada keesokan harinya. Kita nak elak bertempur pada Jumaat kerana kita
tahu semangat mereka lebih tinggi pada hari itu, namun tidak dapat dielak. Kita
terpaksa juga melaksanakan gerakan ofensif dan berjaya tembak mati 15
pengganas.
Pertempuran di Kampung Simunul pula enam pengganas maut. Boleh ceritakan
bagaimana pertempuran di situ boleh berlaku?
Sebenarnya pusat persembunyian pengganas Sulu ini berada di Simunul, namun
seperti kita tahu, ia merupakan sebuah kampung air. Anggota kita masuk seramai
25 orang dan berpecah kepada tiga kumpulan.
Satu kumpulan berjaya tangkap enam pengganas dalam sebuah rumah, satu kumpulan
lain berada tidak jauh dari rumah itu dan berlindung di rumah lain. Manakala
satu kumpulan berjaya selamatkan diri.
Untuk selamatkan mereka, kita gerakkan Unit Tindakan Khas (UTK) membantu dan
selepas 22 jam kita berjaya keluarkan kedua-dua kumpulan. Dalam kejadian itu,
enam pengganas ditembak mati manakala enam anggota kita terkorban.
Sepanjang Op Daulat, adakah Datuk sentiasa berhubung dengan bekas Ketua Polis
Negara, Tan Sri Ismail Omar dan bagaimana keadaan Datuk ketika itu?
Saya bernasib baik kerana Tan Sri Ismail yang bertindak sebagai penasihat
operasi turut bersama saya di Felda Sahabat. Begitu juga dengan Panglima
Angkatan Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkefli Zainal Abidin, keadaan ini
membolehkan kami mengadakan perbincangan setiap hari dan ketika itu sememangnya
masa saya cukup padat.
Saya hanya tidur empat jam dan kami dapat dengar setiap bunyi tembakan serta
apa sahaja yang berlaku dari Felda Sahabat yang hanya 20 kilometer dari tempat
operasi. Ketika ini saya kagum dengan kecekalan serta keberanian anggota VAT69.
Walaupun ada anggota gugur semasa operasi. Mereka masih mampu hantar laporan
serta berbincang langkah yang perlu diambil.
Bagaimana Datuk bawa diri sepanjang berada di tempat operasi?
Saya berada di situ lebih 20 hari rasanya dan sepanjang tempoh itu, saya
nikmati makanan bersama mereka. Tiada layanan khas. Antara menu paling lazat
bagi saya ketika itu adalah nasi berlauk ikan sardin dan cucur tepung.
Kadang-kadang bila berkesempatan balik ke Kota Kinabalu sekejap, saya belikan
burger atau lain-lain makanan untuk semua anggota dan bawa ke tempat operasi
guna helikopter. Bukan senang jadi polis dan bayangkan bila anggota terpaksa
makan dalam gelap, serta terpaksa makan sambil perhati pergerakan musuh dalam
hutan
Pada pandangan Datuk, adakah pengganas ini terlatih dan bagaimana pula khabar
angin mengatakan mereka kebal?
Tidak dinafikan mereka cukup terlatih dalam peperangan, bersemangat tinggi dan
mereka datang ke sini untuk mati. Berkenaan kebal, susah untuk saya kata ya
atau tidak.
Namun saya tidak menafikan perkara itu. Memang tidak dapat disangkal bila kita
periksa mayat pengganas, hampir kesemuanya memakai tangkal.
Apa nasihat Datuk kepada anggota atau lontaran kata-kata motivasi ketika
menghadapi situasi itu?
Saya nasihatkan mereka, walau apapun berlaku kita percaya kepada kuasa ALLAH,
kuatkan semangat, sentiasa solat dan tabah. Jika sampai masa mereka (pengganas)
mati, sama ada kebal atau tidak mereka tetap akan mati. Saya juga berpesan
kepada setiap anggota bahawa kita berjuang demi mempertahankan negara dan
jangan gentar hadapi musuh.
Bagaimana isteri dan anak-anak Datuk menghadapi situasi ini?
Mereka cukup tabah, tapi saya kasihan melihat isteri saya (Datin Alauyah
Mohamed) yang semakin susut berat badannya kerana sentiasa risau tentang
keselamatan saya.
Saya sentiasa hubunginya dan sering katakan selagi dia nampak saya di
televisyen, bermakna saya selamat.
Empat anak saya pula sentiasa hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya
untuk ketahui perkembangan diri saya sepanjang operasi.
Adakah insiden pencerobohan ini pengalaman paling mencabar?
Sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat dalam PDRM, inilah pengalaman saya paling
mencabar. Saya juga akui saya sangat takut PRU13 gagal diadakan di Sabah
berikutan insiden ini. Bayangkan jika berlaku pengeboman semasa proses
pengundian berlangsung, pasti ramai rakyat di sini takut keluar mengundi.
Bagaimanapun, syukur semua berjalan lancar dan 80 peratus rakyat Sabah keluar
mengundi 5 Mei lalu.
Adakah insiden pencerobohan ini merupakan insiden tidak disangka akan berlaku
ke atas negara kita?
Sebenarnya saya memang menjangkakan serangan ini akan berlaku dan kerana itulah
kita bentuk Eastern Command, iaitu sistem pertahanan yang melibat polis di
sekitar Malaysia Timur. Saya akan pastikan mesyuarat Eastern Command ini
diadakan secara kerap bagi memastikan tiada ancaman.
Seperti sedia maklum kawasan Malaysia Timur sentiasa terdedah dengan serangan
pihak luar dan kawasan ini juga terdedah dengan aktiviti pelanunan. Oleh itu,
setiap pegawai yang menjawat jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah perlu bersedia
untuk sebarang kemungkinan.
Apa perasaan Datuk bila ada pihak katakan insiden ini satu sandiwara dan
berterusan politikkannya?
Geram bila memikirkannya, saya tak nampak macam mana insiden ini boleh
dikatakan sandiwara. 73 musuh maut bukan satu mainan. 10 anggota keselamatan
yang terkorban, perasaan keluarga, anak dan …apa faedah kita nak kata ini satu
sandiwara? Ramai menyangka Op Daulat telah selesai sedangkan ia masih berjalan
hingga kini namun dalam skala lebih kecil. Saya juga yakin Sabah ketika ini
berada dalam keadaan aman dan selamat.- SH
Wednesday, 5 June 2013
BARAT DAH SERIK KENA KENCING DENGAN ANWAR IBRAHIM
1. Selepas menjelajah ke seluruh negara untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya.
2. Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap sependapat dengan Anwar.
3. Anwar meroyan kerana
terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap
walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi
masing-masing dalam PRU lalu.
4. Kini Anwar seolah-olah
bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang
masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan
Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.
5. Pengundi Cina tertipu dengan
janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil
kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu yang melihat tindakan mereka
itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.
6. Himpunan-himpunan haram yang
diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina yang masih menaruh kepercayaan
kepada Anwar walaupun mereka sedar telah ditipu.
7. Penyokong-penyokong Pas
khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang
keputusan pilihan raya.
8. Bukan sahaja penyokong
pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya
turut juga kena kencing.
9. Melihat kepada keadaan ini, media
Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar
sudah mudah menarik diri secara perlahan.
10. Umpamanya pendedahan bekas
Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji
terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,
menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu
yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.
11. Sikap Anwar yang sukar
berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama
ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.
12. Malah tindakan Jusuf untuk
membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar
berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.
13. Jusuf seolah-olah mahu
memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar
diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan
fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.
14. Agenda Barat untuk melihat
Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di
negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.
15. Bagi Barat Anwar kini
dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.
16. Mungkin mesej yang ingin
disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah
WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen
bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan
kempennya bagi pihak Barat.
17. Malah Economist melihat masa
depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan
pembangkang menumbangkan BN.
18. Barat melihat kegagalan
Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan
kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.
19. Sejak 1998 ketika Anwar
dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau
sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai
'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat.
20. Mungkin pada masa itu Barat
memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan
jalanannya.
21. Namun jangkaan Barat pada
ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi
tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.
22. Setelah dibebaskan pada 2004
dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat
bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga
cubaannya gagal.
23. Ini adalah usaha terakhir
beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk
merealisasikan impiannya.
24. Mungkin juga pihak Barat kini
sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh
dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi
orang yang bernama Anwar.
Monday, 3 June 2013
MUAHAHAHAHAHA..... RED BEAN ARMY DAH KECUT TELOQ
1. Setelah beberapa orang ‘tentera’ Red Bean Army DAP
dikenalpasti dan siasatan mula dijalankan, pasukan tersebut kini berada dalam
keadaan terpinga-pinga dan tercari-cari arah untuk melepaskan diri. Ada yang berlagak berani dan mencabar
kerajaan untuk menangkapnya, tetapi lebih ramai yang kecut perut dan mula
mencari helah untuk menafikan terlibat kononnya akaun laman sosial digodam dan
macam-macam lagi.
2. Apa yang pasti dalam sekumpulan manusia, tidak mungkin semua
mempunyai sifat dan sikap yang sama. Biarpun
pasukan Red Bean tersebut sebelum ini dilihat sebagai bergerak secara
bersepadu, tetapi sikap sebenar seseorang manusia itu hanya akan terserlah
apabila diancam. Ancaman pula bukan
sahaja terhadap masa depan iaitu ditangkap dan dipenjarakan tetapi ancaman yang
lebih besar ialah dari pihak DAP sendiri.
3. Tidak mustahil ugut-mengugut dan amaran demi amaran diberi
agar jangan mendedahkan rakan sendiri.
Tidak mustahil satu lagi kematian ala Teoh Beng Hock akan berlaku demi
menyelamatkan DAP. Mungkin juga akan
ada upacara bunuh diri beramai-ramai jika benar-benar terdesak.
4. Sebagaimana Red Bean Army bertindak mengugut ahli keluarga
dan sahabat handai sasaran mereka, maka tidak mustahil taktik yang sama akan
digunakan oleh kepimpinan DAP ke atas mereka untuk memastikan mereka menutup
mulut. Malah, periuk nasi dan
perniagaan sanak saudara mereka juga mungkin terjejas.
5. Segalanya mungkin bagi parti yang membawa pendekatan samseng
dan terkenal dengan hati kering serta muka tebal sehingga sanggup menipu ahli
sendiri dalam memilih ahli jawatankuasa parti.
6. Mungkin benar ada ahli Red Bean Army yang bersedia menerima
segala kemungkinan atas dasar ‘pengorbanan’.
Jika ada, sahlah bahawa ahli-ahli Red Bean Army produk SJKC ini
benar-benar tidak cerdik orangnya.
Pengorbanan ‘apa ke-jadahnya’ jika sengaja mengambil risiko
memperjudikan hidup yang selesa dan bebas hanya kerana ingin sangat melihat
kaum Cina berkuasa di Malaysia? Kenapa
perlu begitu rasis sedangkan merekalah yang kononnya menentang rasisme?
7. Apakah Red Bean Army benar-benar percaya yang DAP akan mampu
menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada mereka berbanding Barisan
Nasional? Bukankah kemewahan dan
kebebasan sudah pun mereka miliki di bawah BN?
8. Jika pengorbanan ini sekadar untuk kedaulatan Bahasa
Mandarin atau mewujudkan lebih banyak tokong Cina dan pusat hiburan, apakah ia
berbaloi untuk memusnahkan masa depan sendiri?
Lagipun, DAP bukannya memperjuangkan agama Buddha, mereka hanya memperjuangkan
agama Kristian.
9. Sedarkah bahawa pemerintahan DAP hanya akan membawa Malaysia
kembali ke zaman kegelapan. DAP terkenal
dengan sikap tertutup – menghalang kebebasan media, diktator, kronisme, korup
dan samseng. Ugutan, ancaman, kilas
tangan, tutup mulut adalah pendekatan semulajadi DAP. Berat sebelah, tidak boleh ditegur, tidak
mendengar teguran malah mengancam orang yang menegur merupakan perkara biasa di
dalam DAP. Siapa yang mengkritik pula
akan disaman, dan langsung tidak diberi peluang.
10. Red Bean Army pula dilatih untuk menyebar kebencian dengan
menghapuskan terus nilai-nilai murni dalam masyarakat. Maki hamun, memfitnah, memalukan dan menghina
sasaran mereka semahu-mahunya adalah modus operandi utama mereka. Pendek kata, nilai-nilai kemanusiaan dan
kemasyarakatan telah dipersetankan terus.
Jadi, bayangkan saja, apakah jenis negara yang akan dibentuk
di bawah pemerintahan DAP?
11. Pemimpin DAP tidak merasa bersalah atau malu menipu
ahli-ahli sendiri apatah lagi rakyat jelata.
Ini disuarakan sendiri oleh orang-orang di dalam DAP dan bekas-bekas
ahli dan pemimpin DAP. Malangnya,
walaupun menyedari hakikat sikap DAP yang begitu, kaum Cina tetap memilih
DAP. Jelas sekali yang mereka lebih
rela diperintah oleh diktator yang kejam daripada pemimpin yang adil
semata-mata kerana diktator itu adalah dari kaum mereka.
12. Hanya pemimpin yang kejam yang sanggup menafikan
penglibatannya dan membiarkan orang-orangnya menanggung padah sendiri. Dan itulah yang DAP sedang lakukan terhadap
Red Bean Army.
13. Lim Kit Siang telah menafikan mentah-mentah akan kewujudan
Red Bean Army dan kononnya beliau tidak tahu menahu mengenainya. Red Bean Army kini dibiarkan membela diri
sendiri, kecuali, mungkin segelintir yang ‘dekat’ dengan pemimpin DAP yang akan
dihulurkan sedikit bantuan untuk lari.
14. Justeru, jika Red Bean Army mempunyai sedikit ‘kecerdikan’
mereka akan menyedari bahawa mereka kini benar-benar terperangkap. Bekerjasama dengan pihak berkuasa pun salah,
tidak bekerjasama pun salah. Ditelan
mati diri, diluah pun mati juga.
15. Pesan kita kepada produk SJKC ini, jika ingin berkorban,
biarlah untuk tujuan yang murni, seperti menyatupadukan masyarakat dan keamanan
negara bukannya untuk memecabelah dan meruntuhkan negara atas nama
rasisme.
Subscribe to:
Posts (Atom)