mykmu.net

Monday, 8 April 2013

PANAS DAN MEMALUKAN !!! AZIZAN RAZAK HINA INDIA KEDAH DENGAN CEK TENDANG





1. Seluruh Malaysia sudah tahu, sokongan masyarakat terhadap kerajaan kini semakin meningkat kesan daripada beberapa pelaksanaan program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

2. Hasil transformasi yang merangkumi semua aspek ini telah berjaya membela nasib masyarakat India dengan banyak peluang telah disediakan dalam bidang perniagaan dan pendidikan.

3. Senario ini pastinya telah memberi ancaman kepada pembangkang kerana golongan ini pada tahun 2008 dikatakan menyokong mereka sehingga berjaya merampas lima negeri.

4. Untuk mengekalkan sokongan masyarakat India terhadap pembangkang, pelbagai usaha telah dijalankan dengan memfitnah kerajaan telah menindas mereka selama ini.

5. Antara propaganda yang dimainkan adalah, isu ketiadaan kad pengenalan membabitkan 300 ribu kaum India di negara ini yang dikatakan dosan terbesar kerajaan Umno.

6. Macam biasa, pembangkang akan mengeluarkan angka yang gempak-gempak di setiap gerakan, himpunan atau ceramah mereka. Puluh ribu dan ratusan ribu adalah jumlah yang paling mereka suka tapi hakikatnya, bila mereka turun berdemo dulu, yang datang hanya 2 orang jer. Bila nak daftar, sekali orang indon diorang bawak sekali. Nampok benor menipunya.

7. Dalam mereka cuba menfitnah kerajaan, mereka juga cuba menarik perhatian kaum India dengan menunjukkan apa yang mereka mampu berikan kepada kaum India.



8. Di Kedah, kerajaan Pas pimpinan Azizan cuba membantu sekolah-sekolah tamil dengan memberi bantuan sebanyak RM2000 SAHAJA. Bukan jumlah yang besar tapi cukuplah untuk membantu sekolah selain daripada menarik undi memandangkan pilihan raya dah dekat.

9. Akibat niat pembangkang dari awal sudah tidak baik, kebaikan yang cuba ditonjolkan hasil daripada penipuan kantoi. Bukan sahaja kantoi tapi secara tidak langsung telah menaikkan kemarahan kaum India di Kedah.

10. Pada 2 April lalu, Azizan dan exconya, Manikumar telah mengadakan satu majlis penyerahan cek kepada sekolah-sekolah aliran Tamil di mana setiap sekolah akan mendapat peruntukan berdasarkan kategori yang telah ditetapkan.

11. Tapi parti Islam Pas yang terkenal dengan pelbagai penipuan kantoi apabila cek yang diberikan kepada sekolah-sekolah telah tamat tempoh.

12. Pengerusi PIBG SRJK (T) Ladang Harvard gagal menunaikan cek berkenaan apabila pihak bank Islam memaklumkan cek yang bertarikh 12 Disember itu tidak sah kerana sudah melebihi 3 bulan.

13. Punyalah kelam-kabut nak mendapat sokongan kaum India sehingga tarikh cek yang dah luput pun mereka tidak sedar. Macam manalah agaknya kalau mereka memerintah Putrajaya nanti. Haru biru jadinya.

14. Tindakan MB Kedah Ustaz Azizan memberikan cek tamat tempoh kepada sekolah-sekolah Tamil seluruh Kedah dilihat sebagai satu usaha menghina kaum India di negeri itu.

15. Apa malang nasib rakyat kedah dapat MB nyanyuk, tak tahu nak tadbir dan kuat menipu. Eloklah rakyat dalam pilihan raya akan datang ni hangpa semua humban ja ustaz kaki kelentong ni.

Hangpa dapat cek tendang, hangpa tendang je lah Pakatan keluaq dari Kedah la pulak.

PAS AKAN LACURKAN DAP PADA PRU 13 INI





1. Apabila pilihanraya hampir tiba, PAS akhirnya tidak sanggup lagi dilihat sebagai anjing kurap atau kuda tunggangan kepada DAP.  Dengan susah payah, PAS mula bangun dan mengutip sisa-sisa harga diri yang tinggal. 

2. Umat Melayu mula memandang serong terhadap PAS apabila parti itu tunduk kepada DAP sehingga meninggalkan perjuangan ke arah Negara Islam.  Tahap ‘keIslaman’ PAS teruji lagi apabila berhadapan dengan isu murtad yang mana DAP telah dikenalpasti turut menjadi dalang. 

3. Ternyata PAS kalah dalam ujian tersebut sehingga sanggup memecat Dato’ Hasan Ali yang bersungguh-sungguh memperjuangkan akidah umat Islam dari dipesongkan oleh gerakan Evangelist Kristian.  Tindakan PAS benar-benar mengejutkan umat Islam dan ia dilihat sebagai bukti kukuh betapa tipisnya perjuangan Islam PAS sehingga sanggup untuk memilih menjaga hati DAP, daripada menyelamatkan akidah ummah. 

4. PAS juga sanggup membelakangkan bangsa sendiri dan menghina mereka yang mempertahankan Melayu walaupun menyedari bahawa DAP bermati-matian memperjuangkan bangsa Cina.  Atas dasar itu maka, sokongan Melayu terhadap PAS pun semakin berkurangan. 

5. Pada tahun 2010, PAS sekali lagi memilih untuk menyebelahi DAP dalam isu Kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu.  Isu ini menjadi gah apabila pihak kerajaan dituduh dengan sengaja menghalang kemasukan injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah ke Malaysia.   Pada masa itu PAS mengambil pendirian untuk mendesak kerajaan membenarkan kemasukan injil tersebut bagi menunjukkan kepada DAP betapa parti Islam itu serius membawa imej yang lebih terbuka. 

6. Tidak cukup dengan itu, PAS juga diuji dengan berbagai skandal Anwar Ibrahim yang tidak jemu-jemu membuat salahlaku moral.  Dan dalam setiap keadaan, PAS tetap teguh berada di belakang Anwar sehingga sanggup menggunakan hujah jahiliah dengan menolak bukti berbentuk rakaman video. 

7. Berdasarkan semua faktor tersebut, maka sokongan terhadap PAS semakin lama semakin nipis.  PAS dicemuh oleh lawan serta tidak dihormati oleh kawan.  

8. Justeru, apabila isu Kalimah Allah sekali lagi menjadi hangat akhir-akhir ini, maka PAS yang baru tersedar dari mimpi telah mengambil keputusan U-Turn.  Malah, PAS turut kembali berdolak-dalih mengenai Negara Islam yang mana telah pun dipersetujui sebelum ini untuk digugurkan dari dasar parti.  

9. Tindakan U-Turn, berdolak-dalih dan putar belit ini nampaknya tidak membantu, malah menyebabkan semakin ramai yang memalingkan muka dari PAS.  Di tambah dengan pendedahan mengenai kelemahan pentadbiran di Kedah dan selamanya, di Kelantan, maka PAS semakin terdesak untuk menghadapi pilihanraya. 

10. Dalam pada itu, PAS juga turut dikutuk kerana tidak pernah bertanding kerusi yang cukup,  yang mana tidak mungkin membolehkan mereka menjadi kuasa dominan di dalam PR. 

11. Mengambil kira semua faktor ini, maka di saat-saat Pilihanraya hampir tiba, PAS tiba-tiba mengambil keputusan untuk berusaha habis-habisan memperbetulkan segala apa yang telah terlanjur dan tersilap. 

12. Malangnya, PAS tidak melakukan ‘pembetulan’ itu dengan cara yang betul, iaitu mengakui secara terbuka kesilapan bekerjasama dengan DAP mahupun Anwar, tetapi memilih untuk melakukan secara taktik ‘gerila’, iaitu secara sembunyi-sembunyi.  

13. Tanpa keluar dari pakatan dengan parti kafir harbi dan parti penyokong LGBT, PAS berusaha untuk bertanding lebih banyak kerusi iaitu lebih 2/3 daripada 222 kerusi mengatasi kedua parti itu.  Pada tahun 2008, PKR telah bertanding di 97 kerusi dan cuma menang 31.  PAS pula 66 dan menang 23, manakala DAP 47 dan menang lebih separuh iaitu 28.   Kali ini, PAS ingin bertanding di 76 kerusi parlimen bagi memastikan parti itu menjadi dominan di dalam PR, sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan nanti. 

14. Masalahnya, PAS tidak berkuasa mutlak walaupun di negeri yang diterajui mereka seperti Kelantan.  Isu salon, arak, judi di Kelantan menjadi bukti  bahawa PAS akur kepada DAP juga. 

15. Namun, melihat dari sikap PAS kebelakangan ini, terutama ‘golongan Ulama’, tidak keterlaluan jika dikatakan mereka nampaknya begitu serius untuk mengembalikan maruah parti itu di dalam PR.  Dari apa yang didengari, mereka sanggup mengangkat senjata memerangi DAP sekiranya PR menang dalam PRU kali ini dan DAP enggan mengikut rentak mereka. 

16. Pada ketika itu mengikut sumber tersebut, PAS akan mengisytiharkan jihad menentang DAP, di mana tidak mustahil terdapat orang-orang UMNO sendiri akan turut menyertainya. 

17. Sebenarnya, tidak sukar kita membayangkan PAS mengangkat senjata menyerang DAP atau sesiapa saja kerana parti itu sememangnya dipenuhi dengan manusia-manusia yang mudah dipengaruhi emosi.  Jika tidak, kenapakah setiap kali demonstrasi, tenaga dari PASlah yang paling mudah didapati dan boleh dikerah sesuka hati untuk melakukan kerosakan sehingga membahayakan diri mereka sendiri? 

18. Hakikatnya, PAS berakarkan ektremisme dan akar itu tidak pernah putus, atau PAS sudah tentu tidak lagi wujud hari ini.  Biarpun ia telah dijangkiti virus dan parasit, tetapi ia tidak bermakna yang ektremisme di dalam PAS yang mengidolakan pemerintahan ala Taliban itu, telah terhapus terus.  Malah, golongan syiah juga berkembang biak di dalam PAS. 

19. Justeru, jika DAP dan PKR menyangka PAS itu boleh dipijak selama-lamanya, mereka silap, kerana PAS bukan kuda tunggangan atau anjing suruhan, tetapi syaitan.  Bukankah hanya syaitan yang layak berkawan dengan syaitan?  Dan bukankah PAS juga yang mengakui sanggup bersahabat dengan syaitan?

Sunday, 7 April 2013

PANAS PRU 13 !!! JUANDA JAYA MELEPAS, PAS-PKR PERLIS PERANG BESAQ BEREBUT KERUSI




1. PAS menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukan lagi satu rahsia, sama seperti PAS menolak DAP juga bukan rahsia.   Namun, yang menolak Anwar dan DAP ini bukanlah semua, tetapi hanya terhad kepada golongan Ulama saja.   Manakala, di kalangan pencacai atau penyokong bawahan PAS yang buta tuli, kabur dan kosong itu pula, langsung tidak tahu apa-apa dan hanya menyokong dan mempercayai apa saja yang disogok oleh kitab ‘suci’ Harakah. 

2. Sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa golongan Ulama yang menolak Anwar memilih Haron Din sebagai wakil untuk memberitahu Anwar secara terus terang bahawa Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri.   Sehubungan dengan itu, satu gerakan besar-besaran dilakukan untuk mengsabotaj Anwar termasuk di dalam ceramah-ceramah PR. 

3. Antaranya, di salah satu ceramah di negeri Perlis, pihak pengerusi Majlis telah ‘mengenakan’ penceramah PKR dengan memberikan teks untuk pengumuman yang mana terkandung di dalamnya nama 3 calon PAS bagi Parlimen negeri itu sekali gus menafikan permintaan PR untuk parlimen Kangar.  

4. Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya dikatakan antara yang kecewa dengan pengumuman itu kerana Anwar telah menjanjikan kerusi parlimen untuknya.  Kekecewaan tersebut bertukar marah apabila Anwar langsung tidak berbuat apa-apa untuk membelanya ataupun parti PKR.  Malah, Anwar langsung tidak berani mengumumkan nama-nama calon PR. 

Setakat ini, 8 DUN yang berpotensi menang di Perlis, semuanya dibolot oleh PAS.

5. Begitulah sekali licik PAS mempermainkan rakan-rakan sekutunya sehingga sanggup mengsabotaj teks ceramah.   Nampaknya, PAS benar-benar berpegang kepada prinsip matlamat menghalalkan cara dalam mencari jalan untuk berkuasa. 

6. Oleh itu, tidak salahlah jika UMNO sering mempertikaikan kedudukan PAS sebagai parti Islam.  Ini kerana di dalam Islam, ketulusan dan keikhlasan adalah tonggak keimanan.  Tanpanya, apa saja yang dibuat tidak akan membawa makna.  Tidak ada ungkapan ‘matlamat menghalalkan cara’ di dalam Islam kerana Islam menuntut umatnya agar sentiasa menggunakan cara yang benar walau apapun yang terjadi.  

7. Kita difahamkan bahawa sebelum ini, Haron Din ada didatangi Anwar yang telah menghidu akan penolakan terhadapnya dari golongan Ulama PAS.  Tetapi, Haron Din telah bertindak berdolak dalih dan berbohong bagi menenangkan Anwar walaupun sebelum itu telah pun bersepakat untuk menolak Anwar.  Bukankah berbohong merupakan satu dosa?  Kenapakah seorang Ulama perlu berbohong dalam soal yang beliau boleh berterus terang? 

8. Jelas, Haron Din bermain politik yang paling kotor di mana beliau dan seluruh golongan Ulama PAS sanggup selama ini berpura-pura menyanjung Anwar sehingga sanggup menidakkan bukti jelas mengenai skandal Anwar.  Tidak cukup dengan itu, golongan Ulama ini juga dengan sengaja memfitnah sebagai UMNO memfitnah Anwar, semata-mata untuk membela Anwar. 

9. Mereka juga sanggup mempermainkan ayat Al-Quran, soal sumpah, soal 4 saksi dan sebagainya, semata-mata untuk menyesuaikannya dengan keadaan yang mana memberi kelebihan kepada Anwar.  Walhal, di dalam hati mereka cukup maklum tentang kebenaran mengenai salahlaku Anwar. 

10. Sehinggakan ke hari ini, di ketika Haron Din sedang mengatur gerakan besar-besaran untuk menyingkirkan Anwar, masih ada lagi pencacai PAS yang buta tuli, kabur dan kosong yang berterusan membela Anwar kerana berpegang teguh kepada apa yang diperkatakan oleh golongan Ulama itu mereka sebelum ini.  

11. Kita ingin bertanya Haron Din, kenapa tidak menolak Anwar secara terbuka sahaja?  Iaitu tampil mengakui bahawa PAS percaya bahawa Anwar sememangnya tidak bersih agar pencacai-pencacai tadi kembali ke pangkal jalan?  Kenapa Haron Din sanggup membiarkan penyokong mereka sendiri terus tersesat menyanjung dan memuja Anwar? 

12. Bercakap tentang hal ini, kita sebagai saudara seagama turut merasa malu.  Tidak tahu apakah yang lebih busuk antara ‘DAP memperkudakan PAS kerana PAS bodoh dan gila kuasa’, atau ‘PAS menikam belakang DAP dan PKR kerana gila kuasa’.  

Dalam kata lain, kita tidak tahu mana lebih buruk antara ‘PAS yang bodoh’ atau ‘PAS yang jahat’. 

13. Jika caranya saja sudah salah dan bertentangan dengan Islam, apakah jaminan yang PAS akan dan mampu mempertahan dan melaksanakan agenda Islam sekiranya mereka memerintah?  

14. PAS sudah terlalu kotor nampaknya.  Jubah yang dipakai juga sudah tidak mampu lagi menutup najis yang bersememeh, bertakung dan busuk.  Segala sifat amarah, fitnah, putar-belit, dengki, iri hati, cemburu, dendam, benci, gila kuasa telah menjadi cara hidup ‘umat PAS’ yang dipromosi oleh Ulama mereka. 

15. PAS wajib membersihkan diri jika ingin terus memakai nama Parti ‘Islam’ SeMalaysia.  Sesungguhnya, tiada apa lagi yang Islam di dalam PAS kecuali nama, slogan dan sebutannya saja.  Jubah dan serban yang dipakai Ulamanya itu juga bukan lambang Islam, tetapi lambang budaya Arab. 

16. Bak kata seorang Ulama dari Indonesia yang menyampaikan kertaskerja di dalam program Islam di Nusantara baru-baru ini, “Islam itu tidak ada imej atau bentuk tertentu kerana ia adalah untuk semua bangsa di dunia.  Malah, kubah pun bukanlah lambang atau bentuk binaan Islam tetapi hanyalah berdasarkan budaya sahaja.” 

17. Mungkin inilah antara sebab musabab Kaabah itu bentuknya segi empat, tanpa ukiran atau tanda apa-apa supaya manusia tidak meletakkan imej atau bentuk tertentu bagi menggambarkan Islam, lalu taksub dan keliru pula mengenainya.  

PANAS! !! BETOI KA MAT SABU TIDAK DIBENARKAN BERCERAMAH SEPANJANG PRU 13 ?




Sepanjang dua minggu lepas banyak kuliah-liah maghrib di masjid-masjid diseluruh negara dibatalkn kerana ustaz-ustaz yang dok bagi kuliah maghrib tu semuanya pi Markas PAS Malaysia di Taman Melewar untuk angkat sumpah bai'ah untuk menyokong sepenuh hati perjuangan PAS dalam PRU 13 ini.



Menurut sumber dalaman PAS, Timbalan Presiden Mohamad Sabu tidak lagi dibenarkan ceramah-ceramah PAS, ini kerana Mat Sabu dikatakan lebih banyak mencemarkan imej PAS. Antaranya Mat Sabu pernah menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam. Dan terbesar sekali dosa Mat Sabu kepada PAS ialah penyelewengan Tabung Memali seperti yang didedahkan oleh Cikgu Non baru-baru ini.

Hal ini nyata amat meresahkan golongan akar umbi PAS. Sebelum pada itu Mat Sabu juga tidak mengiktiraf perwira-perwira negara yang terkorban dalam tragedi serangan pengganas komunis Bukit Kepong. Polimek in diteruskan pula dengan kehangatan insiden pencerobohan Lahad Datu baru-baru ini.Selain itu Mat Sabu juga mendokong agenda fahaman syiah di Malaysia. Imej beliau berjumpa dengan pimpinan syiah Syiria ada dipaparkan dibeberapa blog baru-baru ni. Mat sabu juga tidak dibenarkan berada dimana-mana pentas Pakatan Rakyat sepanjang PRU ini. Muahahahahaha cian kat bang mat noo....




Menurut sumber dalaman itu juga Mat Sabu hanya dibenarkan bercakap semula selepas PRU 13 ini sahaja.

Muahahahahahahaha masa PRU dah tak dibenarkan bercakap, jangan-jangan bang mat kita dah tak tercalon nanti hehehehehehehe

Wednesday, 3 April 2013

BIDANG KUASA KERAJAAN SEMENTARA SELEPAS PARLIMEN BUBAR




1. Adakah jemaah Kabinet terbubar secara automatik dengar terbubarnya Parlimen? Persoalan sama, adakah barisan EXCO di negeri-negeri juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Undangan Negeri (DUN). Persoalan ini menjadi penting dalam perkembangan semasa tanah air.

2. Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri tidak mempunyai peruntukan khusus berkaitan pembubaran barisan jemaah Kabinet dengan terbubarnya Dewan Rakyat. Dengan kata lain, Perlembagaan tidak menyatakannya dengan terperinci.

3. Selepas diteliti perbincangan ketika penggubalan Perlembagaan, penulis dapati jemaah menteri juga terbubar dengan sendirinya selepas berlakunya pembubaran Parlimen – sama ada pembubaran secara automatik selepas tamat tempoh hayat Parlimen atau Parlimen dibubarkan atas permintaan Perdana Menteri dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong. (Hanya Dewan Rakyat yang terbubar, Dewan Negara tidak terbubar).

4. Hujah di sini ialah asas lantikan anggota jemaah menteri ialah kedudukannya dalam Majlis Parlimen – sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara. Apabila Parlimen terbubar, maka asas lantikan itu tiada lagi.

5. Atas dasar kehilangan asas keahlian itu, anggota jemaah menteri hendaklah melepaskan jawatannya. Dengan itu, boleh difahami bahawa jemaah menteri adalah juga terbubar dengan terbubarnya Dewan Rakyat.

Terus jadi amalan

6. Justeru, dengan terbubarnya jemaah menteri, timbullah persoalan sama ada perlu atau tidak dibuat pelantikan khusus sebuah kerajaan sementara bagi menggantikan jemaah menteri yang terbubar itu.

7. Jemaah menteri yang melaksanakan pentadbiran ketika Parlimen terbubar inilah yang sering disebut sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker government’. Ia merujuk kepada kerajaan yang mentadbir negara dalam keadaan ketiadaan Parlimen untuk satu masa tertentu sehinggalah kerajaan baru dibentuk.

8. Dalam negara yang matang mengamalkan demokrasi berparlimen adalah menjadi amalan bagi kerajaan yang memerintah sebelum itu untuk terus menjadi kerajaan sementara. Bagi negara kita, inilah amalan dilakukan selama ini selepas 12 pilihan raya umum (PRU) berlangsung selepas merdeka. Perlu disebut bahawa Perlembagaan kita tidak menggunakan istilah kerajaan sementara.

9. Amalan itu bukanlah sesuatu yang ‘haram’ atau bertentangan dengan Perlembagaan. Perlembagaan tidak mewajibkan atau tidak meletakkan syarat secara tersurat mengkehendaki penubuhan kerajaan sementara. Amalan ini sudah menjadi fahaman atau ideologi dalam konvensyen demokrasi kita.

Bahagian akhir Perkara 43

10. Walau apapun, dalam perbicaraan ketika penggubalan Perlembagaan juga, bahagian akhir Perkara 43 menyatakan bahawa selepas Parlimen terbubar Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik jemaah menteri seperti disebut dalam Perkara 43. Maka, kita dapati Perkara 43(2) membuat peruntukan yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membuat lantikan jemaah menteri ketika Parlimen terbubar.

11. Perkara sama menyebut Yang di-Pertuan Agong boleh melantik anggota jemaah menteri terdahulu, tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak terikat dengan kriteria itu. Dengan kata lain, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara dalam menentukan keanggotaan jemaah menteri yang dibuat ketika Parlimen terbubar.

12. Sementara itu, semua negeri mempunyai peruntukan sama dengan memberi kuasa kepada Raja-Raja atau Sultan masing-masing. Oleh itu, dalam amalan sistem demokrasi berparlimen, ia sudah menjadi amalan untuk jemaah menteri daripada mandat Parlimen yang terbubar itu meneruskan tugas sebagai menteri tanpa lantikan khusus.

Tanggungjawab kerajaan sementara

13. Walau apapun, kita harus menitikberatkan dua perkara dalam membincangkan hal tugas dan kuasa kerajaan sementara. Dua bidang tugas utama kerajaan sementara ialah melaksanakan pentadbiran harian dan memastikan pilihan raya umum berjalan secara adil dan lancar. Kerajaan sementara hendaklah bersifat seimbang atau neutral dan juga tidak mempengaruhi penjawat awam dalam hal berkaitan pilihan raya. Kerajaan sementara juga tidak boleh mempengaruhi tindakan atau keputusan badan yang mengendalikan pilihan raya seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negara kita.

14. Bagi mencapai tahap matang demokrasi, kerajaan sementara hendaklah mempunyai sifat saksama yang tidak boleh dipertikai oleh mana-mana pihak – sama ada dalam melaksana pentadbiran harian atau juga pilihan raya umum.

15. Dalam keadaan seperti ini, kita tidak perlu memberikan penekanan yang tidak perlu kepada lantikan khusus kerajaan sementara. Tetapi, dua perkara berkaitan tanggungjawab kerajaan sementara itu yang perlu diambil perhatian. Sekiranya ada persoalan kredibiliti, barulah diperlukan sebuah kerajaan sementara yang dilantik khusus oleh Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan kuasa budi bicara baginda.

Tuesday, 2 April 2013

PANAS TERKINI ! PARLIMEN BUBAR HARI INI ?


KUALA LUMPUR 3 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di perkarangan Istana Negara Jalan Duta di sini tepat pada pukul 8.25 pagi.

Kehadiran perdana menteri untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini, menguatkan lagi desas-desus pembubaran Parlimen untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib menghabiskan masa selama satu jam menghadap Tuanku Abdul Halim dan keluar dari istana pada pukul 9.12 pagi.

Selepas ini, Najib dijadualkan akan ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan dan akan mengadakan ucapan secara langsung dari pejabatnya di Putrajaya pada pukul 11.30 pagi