mykmu.net

Thursday, 10 January 2013

KENALI MAZHAB-MAZHAB TERKINI DALAM PAS






1. Umum sedia maklum bahawa orang-orang PAS menganggap parti mereka sebagai agama.  Tetapi tahukah anda bahawa ‘agama PAS’ ini juga mempunyai berbagai mazhab?   Ajaran mazhab-mazhab di dalam ‘agama PAS’ ini pula berbeza mengikut ‘mood’ pemimpin selain masa, tempat dan keadaan semasa.  

2. Tidak dapat dipastikan ada berapakah mazhab di dalam PAS tetapi yang dapat dikenalpasti ialah 3 iaitu Mazhab Hadi, Mazhab Nik Aziz dan Mazhab Azizan. 

Antara perbezaan ajaran mazhab-mazhab ini ialah mengenai binaan patung. 

3. Mazhab Azizan nampaknya berpegang kepada binaan patung adalah tidak salah.  Oleh itu, setelah mengambil-alih Kedah, PAS tidak pernah langsung menyentuh soal kewujudan patung helang bersaiz gergasi di Pulau Langkawi sebagai berunsur syirik.  Ini amatlah berbeza dengan mazhab Nik Aziz dan mazhab Hadi yang mengambil soal patung sebagai sesuatu yang serius dan perlu dihapuskan dengan seberapa segera.  

4. Kerana itu, sejarah pemerintahan PAS di Kelantan yang mengamalkan mazhab Nik Aziz, bermula dengan ‘memancung’ kepala patung-patung kijang di bulatan dekat jambatan Sultan Yahya sejurus selepas mengambil-alih negeri itu pada tahun 1990.  

5. Pendirian yang sama dipegang oleh mazhab Hadi dimana pada 3 Mac 2000, selepas PAS mengambil-alih Terengganu, Exco Terengganu Wan Hassan Mohd Ramli telah membuat kenyataan berikut, “Terengganu akan roboh semua patung haiwan termasuk patung sotong dan udang di Bandar Marang.  Tindakan meroboh itu dibuat sebagai mengikut langkah Kerajaan Pas Kelantan yang merobohkan replika Kijang di bulatan Tuan Padang,Kota Bharu sebaik sahaja memerintah negeri itu pada tahun 1990". 

6. Pendirian ini bagaimanapun semakin longgar kerana masih terdapat beberapa patung lain yang tidak dirobohkan di sekitar Terengganu.   Justeru, pada 31 Mei 2000, iaitu tidak sampai pun dua bulan kemudian, Haji Hadi membuat kenyataan berikut, "patung-patung di kawasan lain akan dihapuskan secara berperingkat apabila masyarakat tempatan sudah mula faham mengenai hukum.”

7. Kelonggaran pendirian ini juga selaras dengan mazhab Nik Aziz yang mana menyaksikan kemeriahan pembinaan patung-patung yang berbagai rupa dan kedudukan dan bersaiz gergasi selepas 1990.  Antaranya, Patung Buddha berdiri di Bachok di bina pada tahun 2002 dengan sumbangan org ramai sebanyak 2 juta mempunyai ketingian 36 meter dan 30 meter garis pusat.  Kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60,000 melalui wakilnya Datuk Anuar Tan.   Selain itu, Terdapat juga 100 patung kecil pelbagai jenis dan 2 ekor naga raksaksa.

8. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat pula, mempunyai ketinggian menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan. 

9. Suatu ketika, dunia dikejutkan dengan tindakan Taliban memusnahkan patung Buddha di Bamiyan.  Pantas, rakyat Malaysia mengaitkannya dengan mazhab Hadi dan mazhab Nik Aziz yang tidak menunggu lama untuk memusnahkan patung sejurus mendapat mandat dahulu. 

110. Namun, terbukti bahawa pendirian kedua-dua mazhab itu telah benar-benar berubah dan seiring dengan mazhab Azizan kini apabila Hassan Shukri, melalui Harakahdaily pada 25 Ogos 2001 menyatakan bahawa “mereka mahu memburukkan nama PAS seumpama Taliban di Afghanistan yang memusnahkan patung Buddha di Bamiyan sebelum ini.”  Jelas, PAS cukup terganggu dan tidak suka dikritik kerana menghapuskan patung-patung. 

11. Kerajaan Barisan Nasional, walaupun sering dituduh sebagai sesat dan tidak Islam oleh PAS tetap mengambil serius soal patung yang bertujuan untuk disembah iaitu syirik.  Oleh yang demikian, ketika pemerintahan BN di Kelantan, permohonan masyarakat siam untuk membina sebuah tokong gergasi pada awalnya tidak diluluskan oleh kerajaan negeri (BN) memandangkan saiz yang dicadangkan terlalu besar dan tinggi. Namun setelah dirayu berkali-kali dan mengambil kira kebebasan beragama, maka akhirnya pembinaan tokong itu diluluskan dengan beberapa syarat, iaitu ia mesti dibina dalam bentuk berbaring, tidak boleh dalam bentuk menegak seperti cadangan asal dan mestilah terlindung supaya tidak mengganggu masyarakat melayu/islam di sekitarnya.

12. Namun, semua syarat-syarat ini jelas tidak relevan dalam agama PAS pada hari ini kerana membiarkan patung agama Buddha dibina tanpa syarat khas selain menyokong PAS dalam pilihanraya. 

13. Hari ini, kita melihat ketiga-tiga mazhab PAS itu telah sepakat bahawa ‘patung’ bukan lagi masalah dalam ‘agama PAS’ sekali gus, soal syirik yang disebut dalam Islam adalah tidak timbul langsung.  Penganut PAS tidak pernah mempersoalkan perkara ini, dan cukup akur dengan apa sahaja fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka.  Sama seperti masalah berkenaan bekerjasama dengan bukan Islam, undang-undang sekular, arak, judi, pusat hiburan dan sebagainya di mana dahulu haram, sekarang halal belaka.  

Wednesday, 9 January 2013

HAPPY BIRTHDAY NIK AZIZ :-)


Assalamulaikum Salam 1Malaysia, 

MH dengan rasa hormatnya ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke-82 buat Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini. MH mendoakan agar Dato' dimurahkan rezeki sekeluarga.

Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kebenaran perjuangan kepada  Dato' Nik Abdul Aziz Nik dan  PAS.

p/s : Jangan nakal-nakal tau....





12 JANUARI HIMPUNAN SELAMATKAN ANWAR-SHAMSIDAR RUPANYA





1. 12 Januari ini merupakan tarikh penting bagi Pakatan Rakyat di mana mereka akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat iaitu kesinambungan dan kemuncak usaha terdesak mereka untuk menghuru-harakan Malaysia menjelang pilihanraya ke-13.  Memandangkan beberapa himpunan tajaan mereka akhir-akhir ini menunjukkan kemesorotan yang ketara dari jumlah peserta, maka himpunan ini diharap mampu menyemarakkan kembali semangat penyokong mereka yang semakin malap.   

2. Namun, pada hari yang sama, kedengaran satu lagi perhimpunan yang juga dianjurkan oleh pembangkang.  Himpunan ini dinamakan Himpunan Shamsidar, iaitu isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan watak utama dalam Kes Liwat 1 Anwar Ibrahim.  Beliau didakwa menjadi kekasih gelap Anwar, di mana hubungan mereka juga disyaki telah menghasilkan seorang anak luar nikah.  Apa yang membuatkan kita mengucap panjang, ternganga terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala kehairanan ialah hubungan tersebut dikatakan berlaku atas restu Azmin. 

3. Semua kisah ini terakam kemas dalam dokuman perbicaraan serta masih terus menjadi bahan perbincangan politik semasa.   Selama itu juga, tiada sebarang usaha bersungguh-sungguh dari mana-mana pihak untuk membersihkan nama Shamsidar.  Namanya terus membusuk, sama busuk dengan nama Anwar dan juga Azmin. 

4. Kemuncaknya ialah kenyataan akhbar oleh Nallakaruppan iaitu bekas sahabat Anwar merangkap bapa ayam kepada Shamsidar, yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.  

5. Setelah tidak tahan didesak dan dicabar agar membuktikan tuduhan Nalla tidak benar, Anwar akhirnya memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta syarikat penerbitan, Utusan Melayu (M) Bhd. yang menyiarkannya.  Akibatnya, kes tersebut kini bakal dibicarakan dalam beberapa hari sahaja lagi di mana Anwar akan terpaksa berhadapan beberapa saksi, yang kebanyakannya merupakan mereka yang dinamakan sebagai pasangan seksualnya - termasuklah Shamsidar.  Terlambat menyedari yang beliau telah masuk perangkap, Anwar cuba memohon agar nama-nama mereka ini digugurkan dari senarai saksi.  Namun, permohonan Anwar gagal.  

6. Oleh itu, Himpunan Shamsidar pada 12 Januari ini dilihat sebagai usaha terdesak Anwar untuk memastikan Shamsidar tidak menjadi saksi.  Ia juga boleh dilihat sebagai langkah pertama ke arah membersihkan nama Shamsidar.  Apapun, yang jelas dapat dilihat ialah Anwar panik dan tidak berani berhadapan dengan Shamsidar serta saksi-saksi lain. 

7. Sedangkan, logiknya, jika beliau tidak bersalah, kenapa perlu meminta nama-nama mereka digugurkan?  Bukankah kemunculan mereka sepatutnya menggembirakan Anwar kerana beliau berpeluang membuktikan yang beliau bukan biseksual seperti didakwa Nallakaruppan?
Walaubagaimanapun, pembangkang menuduh bahawa himpunan ini hanyalah satu propaganda bodoh Barisan Nasional.   Apatah lagi dengan pertindihan tarikh yang sama dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berskala mega, maka  tentulah tidak logik mengadakan Himpunan Shamsidar di hari yang sama, kerana ia tidak mungkin berjaya mendapat impak yang diharapkan.

8. Nampaknya, penyokong pembangkang telah terlepas pandang akan strategi pemimpin-pemimpin mereka sendiri.  Bukankah BERSIH sebelum ini juga menghimpunkan Himpunan Hijau bersama-sama kerana bimbang tidak mampu mencapai sasaran jumlah peserta?   Bukankah pembangkang gemar berhimpun di tempat yang sedia terdapat ramai orang seperti di masjid selepas solat Jumaat?  

9. Maka, strategi yang sama juga dapat dilihat dalam Himpunan Shamsidar ini iaitu bergabung dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat agar kedua-dua himpunan dilihat mempunyai jumlah penyertaan yang cukup ramai. 

10. Justeru, tidak perlulah penyokong pembangkang mempersoalkan sama ada Himpunan tersebut adalah sesuatu yang benar atau hanya propaganda.  Adalah lebih baik jika mereka mempersoalkan kenapakah Anwar tidak mahu Shamsidar menjadi saksi? 

11. Kita pasti, penyokong pembangkang mampu meneka jawapannya iaitu, kerana segala-gala yang dituduh terhadap Shamsidar dan Anwar, adalah benar belaka. 

12. Himpunan menyelamatkan Shamsidar ini sebenarnya adalah himpunan untuk menghalalkan penzinaan antara isteri orang dan suami orang lain.  Himpunan Shamsidar adalah himpunan untuk menutup kes paling terkutuk, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan ahli politik yang membawa imej Islamik dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di sebuah negara Islam. 

13. Oleh itu, sama ada Himpunan Shamsidar ini satu propaganda atau tidak, kita sama-sama fikirlah sendiri….

PANAS !! TERBONGKAR SUDAHH... HIMPUNAN UNTUK TUKAR BENDERA MALAYSIA SABTU NII OLEH PR


1. NIAT SEBENAR PAKATAN RAKYAT TERBONGKAR HARI INI. 1 JUTA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENUKAR BENDERA JALUR GEMILANG KEPADA SANG SAKA MALAYA (BENDERA HARAM KOMUNIS).

2. INILAH KENYATAANNYA. NIAT PEMBANGKANG TERBONGKAR SUDAH.... AYUH KITA TENTANG HIMPUNAN HARAM INI...

PAS BERSYUKUR BERKAT PERJUANGAN MEREKA, DAP AKAN EDAR 100,000 BIBLE GUNA NAMA ALLAH






1. Perlukah soalan di atas ditanya kepada DAP?  Rasanya tidak perlu, kerana untuk siapa lagi Bible berbahasa Melayu diedarkan jika bukan untuk mereka-mereka yang bertutur bahasa Melayu?  Dan siapakah penutur bahasa Melayu jika bukan orang Melayu? 

2. Justeru, mungkin tajuk di atas perlu diubah-suai sedikit dengan menujukan soalan tersebut kepada PAS dan bukan DAP.   Kenapa PAS?  Kerana PAS sering mendabik dada sebagai pejuang Islam dan ingin mempertahankan Islam.  Secara logiknya pejuang Islam tentulah menentang usaha DAP ini.  

3. Tetapi mungkin ada puak PAS yang bertanya, kenapa tidak ditanya kepada UMNO, bukankah UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu?  Jawapannya, kerana UMNO bukan sekutu DAP, dan UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut:  

“Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia.  Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.”  --  Nasharuddin Mat Isa, 15 Mac 2011 (Malaysian Insider)

4. Tajuk laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut menjelaskan segala-galanya iaitu “PAS  Hormati Injil Bahasa Malaysia”.

5. Laporan tersebut dibuat oleh Malaysian Insider berdasarkan masalah kemasukan 35,000 nashkah injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia pada ketika itu.   Perkara ini dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan berkata, “tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan dan merampas lebih 30,000 naskhah di dua pelabuhan adalah satu “perkembangan tidak menggalakkan sama sekali.” Beliau menambah bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi imej mengenai Malaysia, yang dilihat sebagai negara moderat, di peringkat antarabangsa.

6. Seterusnya, Malaysian Insider juga melaporkan bahawa banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam PR menggesa Putrajaya agar membenarkan kitab Injil Berbahasa Melayu dibawa masuk ke negara ini serta merujuk kepada masalah yang berlaku di pelabuhan sebagai ‘sifat cetek gagasan 1 Malaysia’.  Lim Kit Siang juga turut menyuarakan rasa ‘marah dan kecewa’ terhadap apa yang berlaku. 

7. Injil berbahasa Melayu dari Indonesia itu menjadi kontroversi apabila menggunakan nama Allah dalam merujuk kepada Tuhan agama Kristian.  Akibatnya, kerajaan telah dikritik oleh pertubuhan Kristian dan dituduh dengan sengaja menahan kitab injil tersebut dari masuk ke Malaysia sedangkan ia tidak salah berdasarkan undang-undang negara. 

8. Pembangkang pula, iaitu PAS, DAP dan PKR mengambil kesempatan membelasah kerajaan atas isu ini atas tuduhan mengambil sikap berat sebelah dengan melebihkan agama Islam serta tidak bersifat terbuka dalam soal agama. 

9. Laporan Malaysian Insider, termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu “Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.”

10. Dan ini pula petikan kenyataan rasmi Presiden PAS, Hadi Awang di laman rasmi PAS pada 5 Januari 2010, iaitu: “Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.”

11. Penulis memetik kembali laporan-laporan dan kenyataan-kenyataan ini kerana terdapatnya puak-puak PAS yang cuba menafikan bahawa PAS menyokong Injil dalam Bahasa Melayu sambil menuduh UMNO sebagai tidak mengambil langkah sewajarnya untuk mengekangnya. 

12. Sedangkan, hakikatnya pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang bukan sahaja memberi lampu hijau malah menekan kerajaan agar ‘mengambil sikap terbuka’ mengenainya.  

13. Kini, ‘berkat’ dari perjuangan PAS menyokong DAP agar Injil berbahasa Melayu dibenarkan, maka hari ini terbitlah lagi 100,000 injil berbahasa Melayu untuk edaran.  Mungkinkah Nik Aziz akan berkata ‘Alhamdulillah!’ sebagai respon kepada perkembangan ini?

14. Seperti yang dikatakan di permulaan artikel ini tadi, tidak perlu kita soal untuk apa dan kenapa atau kepada siapa Injil ini akan diedarkan oleh DAP.  Kita tahu bahawa tidak lain tidak bukan, ia adalah antara usaha menggiatkan lagi proses memurtadkan umat Melayu yang mana merupakan antara agenda utama Kristianisasi DAP.  Dengan penggunaan kalimah Allah dalam kitab injil tersebut maka, agenda ini juga yang nampaknya sedang berjalan seiringan dengan agenda pluralisme PKR. 

15. Dengan laporan Malaysian Insider dan Harakah di atas, maka kita juga nampaknya tidak perlu lagi menyoal apakah pendirian PAS mengenai isu ini. 

16. Sudah begitu jelas, terang lagi bersuluh bahawa PAS pastinya tiada masalah dengan 100,000 injil berbahasa Melayu untuk membantu penyebaran agama Kristian sekali gus usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak gereja. 

17. Apakah PAS akan menafikan pernah berkata seperti di atas?  Jika ya, maka PAS perlu terlebih dahulu menyaman Harakah dan Malaysia Insider. 

18. Jika tidak, PAS wajar berhenti dari berdolak dalih dan mengaku sahaja bahawa mereka telah secara sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, bersubahat dalam agenda kafir harbi untuk memurtadkan umat Islam.

Monday, 7 January 2013

PANAS !!! USTAZ KAZIM BERTEMU TUN DR MAHATHIR. TUNTUT PENJELASAN HUDUD





Penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias menemui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminta penjelasan, benarkah beliau menolak hudud sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.
“Saya pergi jumpa dia (Tun Mahathir), tiga jam jumpa dia, saya pergi rumah dia, saya cakap dengan dia secara peribadi.
“Saya tanya dia direct, Tun..adakah Tun menolak hudud ? Dia jawab apa ?,” kata Ustaz Kazim.
Pertanyaan Ustaz Kazim itu dijawab oleh Tun Mahathir dengan berkata, “Siapalah saya nak pertikai hukum Allah Taala..”
Ustaz Kazim juga turut menghuraikan panjang lebar jawapan bekas Perdana Menteri itu kepadanya. Sila tonton video di sebelah.
“Kalau begitu Tun kenalah cakap dalam paper, cakap dalam sidang akhbar, Tun tak tolak hukum, sekarang orang dok tuduh Tun tolak.
“Sebab itu, seminggu lepas itu, dia buat kenyataan, saya tak tolak hudud Allah,” kata Ustaz Kazim lagi.


Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam – Dr. Mahathir
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.
Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.
Sebagai contoh katanya, di bawah ‘hudud Pas’, seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.
“Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.
“Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.
Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.
Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.
Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.
“Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak,” katanya – Utusan Malaysia

sumber: http://www.anwaraidc.com/?p=27857



Thursday, 3 January 2013

PART 1: HUTANG SEMASA NEGARA: SATU ANALISIS





1. Hutang negara baru-baru ini yang mencecah 50 % daripada KDNK begitu menjadi isu oleh puak pembangkang. Rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa Malaysia akan bankrap pada LINGKUNGAN 2015 - 2020 kalau hal ini berterusan. Lantas, Malaysia dibandingkan dengan Greece. Ada yang mengatakan bahawa hutang negara yang meningkat ini akan membawa kepada inflasi. Benarkah sedemikian?

2. Pertama, sebelum bercakap mengenai hutang negara, kita perlu tahu bahawa hutang negara pun boleh terbahagi kepada dua. Iaitu Internal Debt dan External Debt. Apa itu Internal Debt? Internal Debt boleh dikatakan sebagai hutang dalaman. Biasanya melibatkan proses penghutangan antara kerajaan dan rakyat. Rakyat boleh jadi siapa sahaja seperti badan yang meminjamkan wang di dalam negara tersebut. Pendek kata, internal debt itu ialah segala yang melibatkan apa hutang di dalam negara.

3. External debt pula ialah hutang dalam negara yang terjadi antara kerajaan dan penghutang daripada luar negara. Badan yang berhutang boleh jadi kerajaan, organisasi ataupun individu sendiri. Badan yang menawarkan hutang pula boleh jadi kerajaan negara lain, IMF, dan Bank Dunia. Kita akan mengulas benda ini dalam perbincangan kita yang akan datang.

4. Benarkah dakwaan pembangkang yang mengatakan bahawa kalau kita berbelanja lebih daripada pendapatan maka kita akan bankrap?

5. Seperti mana yang kita tahu, isi rumah menambah pendapatan mereka melalui kerja dan pelaburan. Manakala syarikat pula, mereka mendapat pendapatan melalui penjualan barang-barang dan perkhidamatan mereka misalnya. Pendapatan kerajaan pula datangnya daripada cukai langsung dan tidak langsung. Di sini dah cukup untuk membangkang apa yang dikatakan oleh pembangkang bahawa kerajaan dan isi rumah lebih kurang sama fungsi dengan isi rumah.

6. Kita juga kena faham bahawa cukai ini dikawal oleh kerajaan. Bila-bila masa sahaja kerajaan boleh menaikkan cukai dan menurunkan cukai. Jadi, tiada kekangan dalam pendapatan kerajaan berbanding isi rumah. Kalau melalui perbelanjaan kerajaan mampu menimbulkan keupayaan produktif ekonomi, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan dengan tanggapan pembangkang yang berfikir bahawa hutang negara sama seperti isu rumah – sekiranya kerajaan membelajakan lebih daripada pendapatan KDNK, maka negara akan bankrap.

7. Kita teruskan perbincangan kita mengenai kadar hutang yang ditanggung oleh negara. Seperti mana yang kita tahu, hutang sesebuah kerajaan itu boleh dibahagi dua iaitu Internal Debt dan External Debt.

8. Kerajaan memerlukan wang untuk menguruskan negara. Kerajaan bukannya mencetak wang dikilang. Selain daripada sumber cukai, cara lain kerajaan menambahkan pendapatan ialah melalui pinjaman wang daripada BNM. Jadi, kerajaan menjana pendapatan dengan meminjam duit daripada BNM dan secara tidak langsung, kita akan melihat pertambahan hutang negara. Hutang seperti itu dikategorikan sebagai internal debt. Jadi, seperti mana yang kita tahu, selagi kerajaan mampu menjanakan ekonomi, maka tidak ada yang perlu dirisaukan melaluinya. Lainlah, kerajaan berhutang melalui external debt.

9. Kenapa saya tekankan external debt? Sebenarnya external debt inilah yang sangat berbahaya. Pakar ekonomi semuanya sependapat bahawa external debt sebenarnya membawa kepada ranapnya sebuah negara.

10. Mungkin ada yang bertanya apa bezanya hutang dengan luar dan dalam negara? Namanya tetap hutang. Sebenarnya begini, kita kena faham bagaimana sebuah kerajaan dan bank dunia berkerja.

11. Philip Bagus, seorang pakar ekonomi daripada Austria merumuskan bahawa external debt empat kali ganda lebih berbahaya daripada Internal Debt. Antara alasan beliau ialah apabila kerajaan meminjam wang daripada kuasa luar, secara automatic kerajaan tersebut telah dikawal oleh kerajaan negara lain, dan sekaligus boleh dimonopoli kuasanya dalam sebuah pentadbiran.

12. Beliau mengambil contoh kenapa Jepun yang mempunyai hutang 200 % daripada KDNK negara mereka masih dianggap stabil oleh para pelabur kerana hampir semua hutang negara Jepun menurut beliau berpunca daripada Internal Debt yang sebenarnya lebih senang ditangani daripada external debt. Beliau mengangkat Sepanyol sebagai negara contoh yang sednag mengalami krisis ekonomi pada waktu ini di mana walaupun hutang negara Sepanyol hanyalah dalam lingkungan 80 % daripada KNDK negara mereka, tetapi oleh kerana jumlah hutang external debt itu ialah hutang majoriti negara berkenaan yang menjerumuskan Sepanyol ke dalam kancah krisis.

13. Sekarang, kita ambil contoh negara Malaysia. Berdasarkan rekod terbaru yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kita menduduki tangga ke-48 dunia dengan jumlah external debt negara kita dalam angka 30 % daripada KDNK.

14. Kalau IKUT LOGIK PEMBANGKANG, Malaysia yang berhutang 30 % ini dikatakan akan bankrap pada tahun 2015 misalnya oleh pembangkang, maka kita akan melihat ada lebih kurang 47 negara lagi yang akan bankrap lebih awal daripada Malaysia.

15. USA misalnya mempunyai external debt lebih kurang 103 % daripada KDNK mereka. Negara Jepun yang diambil contoh oleh pakar ekonomi di atas hanya mempunyai 45 % sahaja hutang external debt daripada KDNK mereka walaupun kita tahu hutang mereka mencecah 200 %.

16. United Kingdom, 390 % daripada KDNK mereka, Belanda – 344 %, Belgium dengan 266 % daripada KDNK mereka, Turki dengan 40 % daripada KDNK mereka sudah cukup untuk membuktikan kalau mengikut logik pembangkang, ada puluhan negara lagi yang sedang menanti untuk bankrap lebih awal daripada Malaysia.

17. Dan tahukah anda jumlah negara yang berhutang di atas ranking daripada Malaysia semuanya terdiri daripada negara-negara maju? USA, Jepun, China, Italy, Jerman, Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Denmark, Russia, Finland. Kenapa tiada seorang pun suara pembangkang mengatakan bahawa negara-negara ini akan bankrap?

18. Seterusnya, dakwaan pembangkang mengatakan bahawa Malaysia akan jadi seperti Greece – BANKRAP dalam 10 tahun lagi, ada yang cakap beberapa tahun lagi. Benarkah dakwaan ini?

19. Kita buat perbandingan, Malaysia tidak pernah untuk mencarum untuk hutang luar manakala Greece memang terkenal melakukan perkara itu sejak sekian lama. Greece mempunyai hutang kepada nisbah pendapatan lebih 100% untuk dua puluh tahun yang lalu, nisbah pada waktu ini mencecah 150 %. Hutang Malaysia jika dilihat dari KDNK mempunyai nisbah sebanyak 70 % pada 25 tahun yang lalu dan pada hari ini, sekadar 50 % daripada KDNK. Greece juga berhutang hampir 2/3 daripada KDNK mereka kepada negara luar manakala Malaysia sekadar 1/5 sahaja. Kita juga kena ingat bahawa negara seperti Greece tidak mempunyai kawalan terhadap insuran duit mereka kerana mereka berada dalam zon eropah dan ini sangat berbeza dengan Malaysia. 


P.S: Part dua akan membincangkan mengenai inflasi dan defisit serta banyak lagi sub-tajuk yang berkaitan dengan Hutang Negara, In Sha ALLAH.