mykmu.net

Tuesday, 5 March 2013

NASRUDIN AKHIRNYA SAHUT SERUAN JIHAD MH, TAPI SAYANG DAH LAMBAT




Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Nasrudin Tantawi akhirnya menyahut seruan MH kepada Peserta BERSIH 1,2,3 dan Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat DISINI. Tapi sayangnya dah terlambat pun. Gamaknya Nasarudin terasa kot dengan cabaran MH. Ker dia terasa dia Comander in-Chief BERSIH 1,2,3 dan Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat kah kah kah.....


UPDATE PANAS: SEMUA ANGGOTA KESELAMATAN SELAMAT DALAM OPS SULU


Lahad Datu, 5 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini.

"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota
keselamatan).

"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu hari ini.

Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari ini mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.

Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.

Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh.

Beliau berkata inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu.

"Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan.

Beliau berkata hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak terjejas
berikutan insiden itu kerana ia hanya membabitkan sekelompok rakyat Filipina yang tidak mendapat restu daripada kerajaan negara itu.

"Apa yang penting hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina tetap dipertahankan," katanya. 

Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah melalui talian 088-318555, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu (089-881255) atau IPD Semporna (089-782020) untuk sebarang pertanyaan.- BERNAMA

Monday, 4 March 2013

OPS SULU: UPDATE TERKINI DARI LAHAD DATU



7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.37am: Menurut sati sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

11.30am : Pasukan keselamatan berjaya masuk ke kg dan melakukan proses penggeledahan


Terkini: Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu, awal pagi ini

Pasukan keselamatan terdiri daripada Tentera Darat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil alih operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu sebentar tadi.
Sumber pasukan keselamatan memberitahu, ini berikutan serangan udara ke atas penceroboh telah dihentikan sebelum itu.- UTUSAN 

SEMBILAN SEBAB MENGAPA SABAH KINI BUKAN LAGI MILIK KESULTANAN SULU






1. Waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.


2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986

3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.

5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:

Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)

8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).

9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.


SUMBER: DISINI

p/s: Sebab tu dulu orang suruh belajar pandai-pandai. Tak ler asyik kena tipu jer. Ni tak, kira nampak duit jaa...

Sunday, 3 March 2013

TAWARAN KHAS KEPADA PESERTA BERSIH DAN HIMPUNAN RAKYAT UNTUK BERJIHAD MENENTANG PENCEROBOH NEGARA DI SABAH







1. Tawaran khas ini adalah dibuka dan dipelawa peserta Himpunan BERSIH dan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk berjihad di Lahad Datu, Semporna dan kawasan yang diceroboh oleh Penceroboh Sulu. Tatkala masa Himpunan BERSIH dulu selalu berkata untuk berjihad.

2. Negara sedang memerlukan pejuang-pejuang untuk menetang pencerobohan ini. Pejuang-pejuang peserta Himpunan BERSIH dan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat boleh membawa anak isteri sekeluarga untuk menaikan semangat. Ini juga membolehkan anda dan juga keluarga anda berjuang untuk agama bangsa dan negara. 

3. Peluang ini hanya terbuka sekali sahaja untuk sementara ini memandangkan negara sedang menghadapi konflik.

4. Bangunlah para pejuang Himpunan BERSIH dan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat, inilah masanya untuk menunjukan kejantanan anda. Selalunya dengan PDRM sahaja anda nak bertempur. Inilah peluang, inilah saat dan ketikanya untuk berjuang dan berjihad. 

5. Kami percaya dengan pengalaman tuan-tuan dan puan-puan seta anak-anak kecil bertempur dengan PDRM dalam Himpunan BERSIH 1,2,3 dan Himpuanan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini memberikan kelebihan kepada  tuan-tuan dan puan-puan seta anak-anak kecil. Tunjukanlah muka bengis anda kepada penceroboh-penceroboh sulu ini. Serta jangan lupa jeritkan kepada penceroboh ini "PENCEROBOH BABI" "PENCEROBOH ANJING" dan bermacam-macam kata nista lagi. 

Kami percaya pengalaman para pejuang Himpunan BERSIH dan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat mampu meleburkan penceroboh sulu



6. Kami dengan berbesar hati menjemput para pejuang Himpunan BERSIH dan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat ke kawasan konflik di Sabah untuk menyertai Pasukan Bersama PDRM dan ATM. Jangan lepaskan peluang ini. JUMPA ANDA DISANA YA para pejuang Himpunan BERSIH dan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat. 

7. Kami percaya anda mampu menjadi rakyat contoh kepada rakyat Malaysia yang lain yang asyik berpolitik sahaja 


p/s Jangan biarkan hanya PDRM dan ATM sahaja yang mempertahan negara Malaysia. Kita sebagai rakyat juga wajib berjuang menentang pencerobohan ini.