mykmu.net

Monday 14 July 2014

SEBAB KENAPA MALAYSIA TIDAK MENGHANTAR JET PEJUANG KE PALESTINE


1. Boleh tak saya cakap yang mereka yang mempertikaikan kenapa kita tak hantar aset senjata kita ke sana sebagai bodoh? Maaf kalau bahasa saya sekali lagi kasar. Bagi saya manusia-manusia ini tidak tahu langsung membuat analisis, terus mencari kesalahan manusia lain. Mari kita ambil sedikit sahaja perbincangan kiita dalam memperkatakan tentang peperangan. Kita snetuh satu bab sahaja iaitu jet pejuang kita dan anda akan merasakan betapa rumitnya.
2. Pesawat pejuang paling hebat yang dimiliki Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ialah Sukhoi Su-30 (nama pengenalan NATO “Flanker-C”). Ianya merupakan sebuah pesawat tentera pantas yang dibangunkan oleh Sukhoi Aviation Corporation, Rusia. Pesawat ini merupakan pesawat penguasaan udara yang mana juga berupaya untuk melaksanakan misi serangan darat.
3. Tahukah anda , pesawat ini mampu terbang selama 4.5 jam sejauh 3,000km dengan tangki minyak yang normal, tetapi dengan sekali pengisian minyak di udara, jarak dan tempohnya boleh dipanjangkan kepada 8,000km serta 10 jam waktu operasi. Manakala jarak antara Malaysia dan Palestine ialah 7000 Kilometer?
4. Melalui atau memasuki ruang udara negara lain dianggap sebagai salah satu kesalahan berat. Bagaimana kita mahu menghantar jet pejuang tanpa ditembak oleh negara lain kerana menceroboh ruang udara mereka sebelum sempat sampai ke Gaza , Mesir dan negara-negara yang berhadapan dengan krisis yang lain?
5. Pernah dengar mengenai Air Invasion , Sea Invasion dan Land Invasion? Kalau jet pejuang kita menceroboh ruang udara negara-negara lain, sudah pastinya kita akan ditembak dengan roket mereka. Jadi bagaimana kita mahu ke sana tanpa melalui ruang udara ?
6. Selain daripada ruang udara , kita juga mampu menghantar jet pejuang melalui jalan laut dengan menggunakan AirCraft Carrier . AirCraft Carrier dalam bahasa Malaysianya bermaksud Kapal Pengangkut Pesawat.
7. Tahukah anda , harga AirCraft Carrier ini lebih kurang dalam 4 billion sama harga dengan kos pembinaan KLCC yang berjumlah RM 4.8 Billion. Kapal ni memainkan peranan sebagai melancarkan dan mendaratkan jet-jet pejuang.
8. Hanya 10 buah negara sahaja yang memiliki Aircraft Carrier ini dan MALAYSIA TIDAK TERMASUK DALAM 10 NEGARA TERSEBUT. Amerika mendahului senarai ini dengan memiliki 10 buah dan diikuti oleh Itali dengan memiliki 2 buah. Russia , United Kingdom , Perancis , India ,Sepanyol , Brazil , China dan Thailand berkongsi kedudukan dengan memiliki 1 AirCraft Carrier.
9. Kapal pengangkut pesawat ini mampu membenarkan pasukan tentera laut untuk meletakkan kuasa di ruang udara pada jarak jauh tanpa bergantung kepada pangkalan tempatan di darat bagi menyediakan landasan untuk jet dan helicopter untuk mendarat.
10. Itu baru bicara mengenai jet-jet pesawat kita, bagaimana pula dengan Tank, pangkalan askar kita bila berada di negara orang kelak? Bagaimana pula dengan isu logistik, isu makanan dan sebagainya?
11. Kalian memikirkan peperangan ini sesenang kalian bermain game Red Alert 3, Starcraft atau pun DoTa, tetapi ketahuilah bahawa sebenarnya ianya lebih daripada itu. Kalian pernah dengan mengenai Konvesyen Geneva di mana semua negara tertakluk dalam perjanjian yang dimeterai dalam perjanjian ini? Para fantasia penyelamat dunia tidak kenal pun itu semua.
12. Kita bukannya negara yang mempunyai kuasa veto seperti USA, China dan Russia yang sesenang menyerang negara lain tanpa PBB mampu berbuat apa-apa. Anda kena ingat isu di Mesir merupakan isu dalaman sesebuah negara. Andai kita masuk campur urusan negara itu, kita telah melanggar undang-undang dunia! Kita hanya boleh bertindak andai PBB mahu menghantar tentera pengaman.
13. Lainlah kalau negara-negara arab yang mengelilingi Palestine itu sendiri mahu membuat pakatan askar mereka, seperti mana pernah mereka lakukan dahulu menyerang Israel beberapa siri peperangan yang lepas. Mereka lebih berkemampuan daripada kita. Dan mereka sudah pun membuktikan kemampuan mereka, dan kita tidak mempunyai kemampuan itu. Kita membina aset senjata kita bukan untuk menyerang, tetapi mempertahankan negara kita!
14. Tetapi banyak sebenarnya jasa Malaysia pada Palestine kalau saya bilang pada kalian, saya mungkin akan membocorkan rahsia negara kita. Cukuplah yang kita tahu bahawa di Bosnia dahulu kitalah jaguh membantu saudara seagama dengan kita di sana dan kita tak pernah cuai melakukannya untuk negara Palestine.
15. Sebab itu mereka akan memilih negara kita sebagai lokasi mereka belajar, membina hidup baru, sahabat sejati mereka kerana kita tidak seperti negara Islam yang lain. Kita paling lantang membela mereka!

SUMBER: DISINI

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Banyak masalah akan timbul jika Malaysia kirim pesawat tempur ke Palestine, demikian juga Indonesia tidak mau ada masalah di Palestine

    ReplyDelete