mykmu.net

Wednesday 24 April 2013

DAP WARNING PAS LAGI: JANGAN SEBUT PASAL HUDUD




Hari ini DAP sekali lagi terpaksa tampil menolak hasrat PAS untuk melaksanakan undang-undang itu jika pembangkang menawan Putrajaya, sekali gus menolak dakwaan parti itu menerima konsep negara Islam PAS. 

Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Haron Din berkata kesediaan DAP menggunakan logo PAS adalah petanda parti berasaskan kaum Cina itu menerima dasar-dasar PAS, termasuk hukum hudud.

Bagaimanapun Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan parti itu tidak berganjak daripada ketetapan menolak undang-undang Islam kerana ia bertentang dengan Perlembagaan negara.

"Kerangka Pakatan Rakyat kita pertahankan, memang semua tahu pendirian DAP, tak payah kita jelaskan,” tegas beliau kepada Antarapos.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini menegaskan penerimaan logo PAS untuk digunakan oleh calon DAP tidak bermaksud parti itu menerima dasar-dasar Islam bersabit hudud.

Kelmarin Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau dan “seluruh Johor” harus bimbang dengan apa yang bakal dilakukan sekiranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi Perdana Menteri.

Semakin hari sifat angkuh DAP semakin menjadi-jadi kerana mereka sudah merasakan hanya parti mereka sahaja yang akan menang besar dalam PRU ini. Ingatlah wahai orang-orang melayu sekalian, jangan sesekali beri undi kamu kamu kepada DAP.

No comments:

Post a Comment