mykmu.net

Sunday 23 December 2012

PANAS !!! PONDOK PAK YA SAHKAN KERAJAAN PAS KEDAH MUNAFIK







1. Rentetan dari lawatan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang berkunjung ke Kedah dan mengadakan perjumpaan dengan tokoh-tokoh ulama pondok tersohor di negeri Jelapang Padi yang saya ceritakan siang tadi, rupanya ada cerita di sebaliknya.

2. Majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khariah Al-Halimiah atau lebih dikenali sebagai “Pondok Pak Ya” itu sebenarnya menyaksikan satu “tamparan” hebat buat PAS Kedah, khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.

3. Padang Lumat sebenarnya terletak tidak jauh dari kampung halaman Azizan. Hanya sekitar 10 hingga 15 minit saja tempoh masa yang menjarakkan antara kedua lokasi itu. Malah markaz PAS Kedah terletak tidak jauh dari sekolah agama rakyat tersebut.

4. Dalam ertikata lain, pertemuan di antara Muhyiddin dengan para ulama pondok itu diadakan di dalam kubu kuat PAS dan dihadiri oleh ribuan para penyokong PAS di sekitarnya!

5. Biar apa pun, saya mendapat tahu bahawa kehadiran Muhyiddin di situ sangat dialu-alukan oleh golongan ulama dan akar umbi PAS di kawasan tersebut.

6. Paling menarik dan perlu diberi perhatian di dalam majlis tersebut ialah apabila anak kepada pengasas Pondok Pak Ya, Ustaz Najib begitu berani menghentam Kerajaan PAS Kedah pimpinan Azizan secara terbuka!

7. Untuk makluman, satu negeri Kedah tahu bahawa Pondok Pak Ya merupakan sebuah sekolah agama rakyat yang sebelum ini begitu kuat menyokong PAS dan kerap membantu parti itu berkempen pada setiap kali pilihanraya berlangsung.

8. Namun dalam ucapan Najib yang merupakan Setiausaha Lembaga Tadbir sekolah itu mendedahkan bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah tidak pernah membantu mana-mana sekolah agama rakyat, maahad tahfiz atau sebagainya yang ada di negeri itu.

9. Beliau sendiri dari Lembaga Tadbir Pondok Pak Ya memberitahu bahawa pusat pengajian agama tradisional itu tidak pernah menerima bantuan sesen pun dari Kerajaan PAS Kedah sejak memerintah negeri itu.

10. Menurut Ustaz Najib, PAS Kedah sebelum ini menabur janji di dalam manifesto pilihanraya lalu bahawa mereka akan memberi bantuan penuh kepada sekolah-sekolah pondok dan maahad tahfiz sekiranya diberi kuasa mentadbir Kedah.

11. Malangnya, janji tersebut langsung tidak ditunaikan dan bantuan guru dari Majlis Agama Islam Kedah yang ada di sekolah-sekolah agama rakyat itu semuanya disediakan oleh Kerajaan BN Kedah di zaman bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Syed Nahar.

12. Paling “pedas” Ustaz Najib menegaskan bahawa sekolah-sekolah agama rakyat tidak bodoh untuk membezakan jasa atau menilai kebaikan yang ditabur oleh mana-mana pihak yang prihatin terhadap perjuangan sekolah agama rakyat di Kedah.

13. Saya tertanya-tanya, sampai begitu sekalikah kemunafikan PAS di Kedah? Sudah ditabur janji-janji ketika berkempen pada PRU ke-12 yang lalu sehingga berjaya menipu masyarakat pondok yang memperjuangkan ilmu agama, mengapa tergamak mereka mungkiri janji tersebut?

14. Apakah PAS Kedah fikir warga pondok di negeri itu semuanya kolot-kolot belaka dan tidak pernah dengar atau belajar mengenai sepotong hadis Rasulullah SAW berkenaan golongan yang mungkir pada janji mereka?

15. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berjanji namun kemudiaannya memungkiri janji tersebut boleh dianggap sebagai golongan munafik?

16. Bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan slogan “Janji Ditepati”, puak-puak PAS mencebik bibir memperlekehkan slogan berkenaan. Tapi mereka tidak sedar bahawa slogan itu diadaptasi dari ajaran dan hadis Rasulullah SAW!

17. Sudahlah PAS tidak menepati janji, mereka pandang hina pula ajaran Rasulullah SAW itu? Islam jenis apakah PAS ini? Tidak hairanlah Allah tidak pernah membenarkan PAS mentadbir negara meskipun berjuang lebih dari 60 tahun, kan?


Sumber: 

No comments:

Post a Comment