Sang Saka Malaya
1. Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur
Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut. Walaupun Anwar
bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun
pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan
Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar
terkantoi.
2. Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang
didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan
dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal
politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi
yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad,
individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan
Brunei.
3. Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai
nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia
(PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.
4. Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam
telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti
Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan
mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist
Front) yang berhaluan kiri.
5. Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan
Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi
menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan
Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.
6. PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda
Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang
dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.
Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.
7. PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan
bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai
gabungan kumpulan sosialis Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang
kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
8. Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia
bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
9. Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera
kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu
kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan
dalam perhimpunan PKMM.
Sang Saka Merah Putih
10. Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan
bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa. Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar
merah dan bintang kuning.
11. Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah
‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa? Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat
Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda
besar komunisme?
12. Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia
pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah
undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot
negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.
13. Dan apa yang ironi di sini ialah, Anwar juga
dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk
memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar
memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini. Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu
konfrontasi pula.
13. Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu
memanjangkan idea Pak Sako iaitu menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan
meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan Melayu rantau ini?
14. Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja
‘menjemput’ negara asing menjajah kita sedangkan
pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah? Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari
kita seperti Indonesia.
15. Kita tidak dapat membayangkan adanya sebarang
penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya
ini. PR boleh terus menafi, tetapi
kerosakan telah pun berlaku. Rakyat kini
telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.
No comments:
Post a Comment